Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Buang Angin Dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee

December 20, 2013
Ibu mengandung memang mudah berangin. Nak-nak pulak di awal kehamilan sebab selera makan berkurang akibat daripada alahan/morning sickness. Adakalanya keadaan ini berlanjutan walaupun pada trimester ke-2. Ada ibu mengandung yang berselera nak makan, tetapi apabila makanan terhidang di depan mata, selera tu entah ke mana. Akibatnya perut akan dimasuki angin kerana tiada makanan yang masuk.

Seperti saya sendiri, apabila angin mula menyerang, bukan setakat perut terasa kembung, tekak mual, malah ianya akan berjangkit sehingga ke pinggang dan juga kaki. Apabila keadaan ini berlaku, langsung tiada satu kerja pun yang dapat dilakukan kerana badan terasa sangat lemah. Bayangkan bagaimana nak menguruskan anak-anak yang lain dan juga suami jika keadaan berpanjangan seperti ini. Pasti ini akan menyebabkan anak-anak terasa terpinggir, begitu juga dengan suami. Lebih malang jika suami adalah jenis yang tidak mengambil berat / tidak faham dengan keadaan si isteri (nasib baik en asben ku jenis yang faham, alhamdulillah...)

Jadi bagaimana nak atasi keadaan ini? Sebab ianya memang sangat merimaskan dan menyekat pergerakan dan aktiviti seharian ibu mengandung. Antaranya :

1- Amalkan pemakanan yang berulang-ulang. Makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Makanan yang diambil pula bukan lah makanan ringan yang tidak berkhasiat dan bukan la juga nasi setiap masa, tetapi ianya merangkumi buah-buahan, snek-snek yang sihat seperti kekacang dan sebagainya.

2- Jika terasa mual, bancuh dan minum la minuman kegemaran anda secara suam. Ini kerana, minuman yang suam ini mampu membantu menolak angin yang berlegar-legar dalam badan supaya keluar sama anda melalui mulut atau pun kentut.

buang angin dengan peppermint ginger plus shaklee3- Boleh juga telan 2 biji Peppermint Ginger Plus Shaklee yang sememangnya terbukti mampu membantu membuang angin-angin yang berlebihan dalam badan. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah bahan-bahan yang sememangnya digunakan secara tradisional untuk tujuan ini seperti halia.

Sebaiknya, ibu yang mengandung adalah disarankan supaya makan mengikut masa dan tidak memandang ringan mengenai pemakanan sepanjang temph mengandung ini kerana ianya bukan sekadar melibatkan ibu itu sahaja, sebaliknya juga bayi yang dikandung dan juga orang-orang tersayang yang berada disekeliling. Sememangnya menjadi seorang ibu adalah satu tanggungjawab yang besar, kerana bukan sekadar menjaga diri sendiri tetapi lebih dari itu.

Jadi, sentiasa pastikan diri ibu sentiasa sihat, cergas dan ceria setiap hari supaya segala perancangan dan aktiviti berjalan lancar sentiasa. Akhir kata, jangan lupa untuk mendapatkan sebotol Peppermint Ginger Plus Shaklee hari ini juga demi mengeluarkan angin-angin yang tidak sihat dalam badan anda. Ianya juga sesuai untuk suami yang sering mengalami keletihan, kelesuan akibat bekerja di pejabat. Jangan lepaskan peluang ini kerana stok Peppermint Ginger Plus Shaklee ini adalah sangat TERHAD!!

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday, 5 December 2013

Atasi Sembelit Di Kala Mengandung Dengan 1 Langkah Mudah

December 05, 2013
ostematrix shakleeMengandung adalah satu berita yang sangat ditunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin. Sama ada mereka merancang untuk mendapatkan anak secepat mungkin selepas berkahwin, mahupun ingin menundakan dahulu bagi memberi peluang kepada diri masing-masing, itu adalah pilihan masing-masing. Namun, tetap jauh disudut hati, setiap pasangan tetap inginkan anak dari darah daging mereka kerana anak adalah lambang kasih sayang dan cinta mereka, malah anak juga merupakan waris yang bakal meyambung keturunan mereka.

Ketika saya mengandung anak pertama dahulu, saya memang tidak menghadapi masalah yang teruk. Sekadar morning sickness yang biasa, itu memang adat la. Mengandung pula kali ke-2, alahan sedikit teruk. Demam panas, muntah-muntah setiap hari dan cabaran paling besar adalah bleeding yang berpanjangan sehingga anak ke-2 dilahirkan pada kandungan baru berusia 26 minggu. Namun, alhamdulillah kini anak ke-2 saya membesar dengan sihat seperti anak-anak cukup bulan yang lain.

Kini apabila disahkan megandung kali ke-3, rasa gembira memang tak terkata. Namun kebimbangan mengenai apa yang berlaku ketika mengandung kali ke-2 tetap menjadi igauan. Bermulalah episod morning sickness, tetapi kali ini impactnya turut dirasai oleh suami dan anak-anak (kuat betul penangan adik baby ni huhuhu). Tapi bukan itu yang nak saya highlightkan...

ostematrix shakleeSelain mabuk-mabuk, minggu pertama tu juga saya telah mengalami sembelit. Walaupun makan seperti biasa,water intake cukup, entah kenapa sembelit pula. Trauma jugak la bila perut memual rasa nak membuang, tetapi bila ke toilet, berpeluh juga sepanjang tempoh membuang itu. Mungkin bagi orang lain, mereka boleh meneran dengan kuat bagi memaksa proses detoks itu lancar. Namun, bagi saya, itu adalah suatu yang almost mustahil..kerana sejarah mengandung kali ke-2 (sila ikutinya di sini...)

Pintu rahim saya telah terbuka 2cm pada masa kandungan berumur 24 minggu. Jawapan yang diberikan kepada saya apabila bertanya kepada para doktor mengapa situasi ini berlaku adalah, "kemungkinan pintu rahim puan tidak tutup sepenuhnya selepas kelahiran anak pertama"....tak tau nak percaya atau tak, walaupun it sounds funny, tapi saya tetap terima jawapan tersebut kerana para doktor tahu apa yang mereka lakukan dan bercakap mengikut pengalaman mereka. Saya tetap respect jawapan itu...

Okey, apa kaitannya pintu rahim yang tak tertutup sepenuhnya dengan meneran ketika membuang air besar?? Ini teori saya sahaja la, dan bila cerita kat en asben pun dia gelak je huhuhu...tapi pada saya baik berhati-hati dari menyesal di kemudian hari...Long cut short, saya takut tersalah teran time tegah membuang tu dan end up bukan najis yang keluar, tapi fetus yang baru nak terbentuk pulak yang keluar...Nauzubillah....Tapi rasanya tak impossible pun kejadian itu boleh berlaku, kalo tak camne banyak berlaku kes orang buang bayi kat toilet kan...huhuhuhu

atasi sembelit dengan ostematrix shakleeJadi..bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku, terus malam tu juga, saya amalkan mengambil 4biji ostematrix sebelum tido. Selain membekalkan kalsium kepada saya dan baby, ostematrix juga mampu melawaskan perut dan melembutkan najis dengan kandungan magnesium nya..Sememangnya terbukti berkesan, malah diakui juga oleh suami kepada pelanggan saya yang perasan beliau dapat membuang dengan mudahnya setiap pagi tanpa perlu membuang masa lagi di dalam tandas.

Malah ada juga ibu mengandung yang sebelum ini sering mengalami cramp, kini bebas dari masalah ini selepas mengamalkan pengambilan ostematrix secara konsisten setiap malam. Berbalik kepada cerita saya, 2 hari selepas mengamalkan ostematrix, alhamdulillah hari-hari seterusnya saya tidak lagi dibelenggu masalah sembelit. Syukur sangat kepada Ilahi...Rasa tak menyesal berkenalan dengan Shaklee walaupun lambat (orang lain anak pertama dah kenal Shaklee huhuhu)

Sememangnya sangat berbaloi mendapatkan sebotol Ostematrix ni, malah saya merasakan ianya adalah vitamin yang wajib diambil oleh para ibu yang sedang mengandung selain asid folic. Sebotol mengandungi 120biji tablet dan harganya baru RM61 sahaja. Ianya juga mampu menghilangkan letih-letih badan, malah anda akan dapat tidur dengan lenanya pada malam itu dan bangun dengan segarnya pada keesokkan harinya. Tak percaya?? Cubalah beli sebotol dari saya...Bab harga jangan bimbang, sesuatu yang istimewa pasti menanti anda... Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan bebaskan diri anda dari segala masalah berkaitan sembelit ini....yeayyy...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday, 15 July 2013

Penangan Promo GLA Shaklee - Ramai Booking Hospital Lagi 9 Bulan

July 15, 2013
khasiat gla complex shakleeSemua orang tahu yang GLA Complex Shaklee ni dah bantu ramaiiiiiiiii wanita untuk hamil. Bukan tu sahaja, wanita yang ada masalah cyst, fibroid, hormon tak stabil, sering mengalami period pain setiap kali datang bulan dan macam-macam lagi la. Alhamdulillah, itu semua dengan kuasa Allah jua, tapi kita sebagai manusia wajib la berusahakan...Bukannya duduk tunggu je rezeki turun dari langit kan......

So bersempena dengan bulan promo GLA Complex ni, memang berduyun-duyun la orang membelinya, terutama kaum wanita. Tapi GLA Complex ni buan untuk lelaki sahaja ye, JANGAN salah faham plak. Sesuai je orang lelaki makan GLA Complex sebab selain membantu wanita yang mempunyai masalah seperti yang disebut diatas, GLA Complex ni juga boleh membantu kaum lelaki untuk mengawal selia hormon testesteron mereka. Selain itu, GLA Complex ini juga kan boleh bantu turunkan berat badan, so sesuai juga la untuk kaum lelaki kan...

Jom baca beberapa testimoni mereka yang berjaya mengandung selepas mengamalkan pengambilan GLA Complex Shaklee ini...
testimonial gla complex shaklee
testimonial gla complex shaklee

Nampaknya 9 bulan dari sekarang wad bersalin kat hospital kat Malaysia ni penuh la dengan ibu-ibu yang berjaya mengandung dengan lepas amalkan GLA Complex ni....Apa nak buat...rezeki.....

**bukan salah ibu mengandung ya, tapi salahkan Shaklee sebab buat promo GLA Complex ni hukhukhuk**

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Wednesday, 10 July 2013

Suntikan Untuk Ke Mekah - Tiada Kaitan Dengan Vitamin Shaklee

July 10, 2013
umrah ke mekah
Adalah menjadi impian setiap umat Islam untuk pergi ke Mekah, sama ada bagi menunaikan umrah mahupun haji. Ramai yang berusaha mengumpul duit semata-mata nak pergi ke rumah Allah ini, tapi tak semua yang bertuah dan berpeluang untuk ke sana.

Saya dan en asben juga begitu. Kami sudah lama berhajat untuk pergi ke sana, walaupun en asben pernah pergi ke sana sekali ketika bujang dahulu, tapi beliau sentiasa rasa nak pergi lagi. Yelah, sapa yang tak rindu nak ke rumah Allah tu kan, melawat makam Nabi Muhammad, berdoa di tempat yang paling mustajab di dunia ini dan 1001 lagi aktiviti yang boleh dibuat di sana sekaligus merapatkan diri kepada Allah. Allahuakbar!!!

Bercerita mengenai umrah, kami pernah hampir nak pergi ke sana, malah duit pun sudah dibayar kepada agen. Akan tetapi ketika itu saya sedang mengandung, dan antara syarat untuk ke Mekah adalah perlu mengambil suntikan "Meningococcal Vaccine", dan suntikan ini tidak boleh diambil oleh wanita yang hamil...wuuuaarggghhhhh.....terus tak dapat pergi....cancel semuanya, tapi nasib baik duit dipulangkan balik oleh agen 100%....xpela, adalah hikmahnya disebalik ini...

So tahun ni, kami bercadang lagi nak pergi memandangkan adik acad pun dah cukup 2 tahun (sudah agak besar untuk dibawa ke sana). Maka kami pun pergilah mengambil suntikan ini last wiken di Hospital Pakar An-nur, Bangi. Memandangkan kami bercadang untuk membawa anak-anak bersama (blong & adik acad), kami keempat-empat kami kena ambil suntikan tersebut. Berdebar juga hati masa nak ambil suntikan ni, sebab risau blong tak tahan. Untuk adik acad saya tak risau sangat sebab dia masih kecil dan tak faham sangat apa yang sedang berlaku. Macam blong, dia dah besar, jadi bila nampak jarum suntikan tu, dia dah tau la akan rasa sakit bila kena cucuk.

Dan memang seperti yang dijangka (kami aturkan supaya blong dicucuk dahulu). Percubaan pertama, cucuk dilengan tidak berjaya kerana dia meronta sebab terasa sakit masa jarum tu dicucuk, jadi cubaan kedua dilakukan di punggung. Menangis la kesedihan anak bujang tu lepas kena cucuk, siap kena dukung dgn ayahnya lagi lepas dicucuk. Adik acad pun dicucuk di punggung, nangis sikit je time terasa sakit jarum tu dicucuk. Lepas tu dah ok, blong plak yang over hihihihi

buku vaccine untuk umrah
buku vaccine, mengesahkan yang saya dah ambil vaccine
Oh ya, suntikan ni valid untuk 3 tahun, jadi kiranya kalo kami nak pergi lagi umrah tahun depan dan tahun seterusnya (kalo ada rezeki tiap-tiap tahun nak g umrah), maka kami tak perlu ambil lagi suntikan ini. Tahun ke-4 nanti baru kena perbaharui suntikan. Lagi satu, memandangkan dah ambil suntikan, jadi katalah ada rezeki dan saya mengandung, maka saya masih boleh pergi menunaikan umrah sebab saya dah ambil suntikan ini sebelum saya mengandung. 

Seronoknya la kalo mengandung dan dapat pergi umrah. Dapat la saya minum air zam-zam banyak-banyak, dan inshaAllah baby dalam perut akan dapat manfaatnya...

Fuh...rasa tak sabar je nak pergi umrah. Tapi kami plan nak pergi lepas raya haji sebenarnya memandangkan ketika itu pasti tidak ramai orang yang menunaikan umrah kerana baru lepas musim haji. Lagipun kami akan bawa 2 anak kecil, jadi kami perlu lebih bersedia dari segala aspek n hope time tu ta sesak sangat la...

Dengarnya kat Mekah tu cuacanya sekarang sangat panas, plus pulak tengah banyak construction so nanti bila pergi sana saya akan pastikan saya bawa bekalan Performance Drink (supaya kekal bertenaga dan tak mudah dehydrate), Nutriferon (menguatkan antibodi) dan Vitalea (membekalkan dan melengkapkan vitamin yang diperlukan oleh badan). So hope perancangan kami nanti akan berjalan dengan lancar dan urusan disana nantikan akan dipermudahkan...Aminnn...

**kalo ada rezeki lebih, kami merancang nak berjalan ke Dubai sebelum balik ke Malaysia nanti, melawat adik sekeluarga yang kerja di sana...Aminnn....InshaAllah...**

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday, 9 July 2013

Testimoni Pengguna Set Mighty 3 Gems - Kisah Benar

July 09, 2013
Terus ke cerita berkaitan tajuk entry. Entry lepas saya dah citer tentang produk dan bagaimana set Mighty 3 Gems ni bleh membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa, now tibalah masa nak share tentang testimonial mereka yang telah mengambil dan mengamalkan set Mighty 3 Gems ni especially ibu-ibu yang mengganti puasa di bulan-bulan lepas.

testimoni set mighty 3 gems shaklee1- Puan Balkhis Hamid : Berpuasa pada waktu yang lebih panjang dari biasa >12 jam (lokasi : luar negara) mengandung malah menyusukan anak pada waktu yang sama. Dapat berpuasa penuh, kurang dehydrate dan mampu menyusukan anak tanpa sebarang masalah.


testimoni set mighty 3 gems shaklee
2- Puan Jamie Arisa : Mengganti puasa Ramadhan dalam bulan Syaaban, selain set Mighty 3 Gems, beliau juga mengambil
cinch shake serta 7 biji kurma. Rasa lebih bertenaga dan kurang haus berbanding tahun sebelumnya.

testimoni set mighty 3 gems shaklee 3- Puan Nor Fahidayu Masran : mampu menyusukan anak sepanjang bulan Ramadhan walaupun terpaksa bekerja di luar pada waktu itu. malah kuantiti susu perahan beliau tetap sama seperti di bulan lain.




testimoni set mighty 3 gems shaklee
4- Puan Khadijah Mohd Zin : berkongsi testimoni pelanggan beliau yang berpuashati dengan set ini di mana antaranya rasa lebih bertenaga ketika berterawih.



5- Puan Fahidayu Masran : juga berkongsi pengalaman pelanggan beliau yang berpuasa ketika mengandung. setelah mengamalkan set ini, beliau rasa lebih bertenaga dan tidak mudah merasa letih.

testimoni set mighty 3 gems shaklee6- Puan Khadeejah Hasmad : suaminya berkongsi perasaan kagum melihat isterinya mampu mengganti puasa selama 9 hari dan dalam masa yang sama juga menyusukan anak mereka yang ke-2 dan melayan anak sulung yang sedang lasak tanpa merasa letih berbanding tahun sebelumnya.

Begitulah antara perkongsian pengalaman pengguna-pengguna dan pengamal set Mighty 3 Gems yang sangat berpuas hati kerana mereka mampu berpuasa sambil bekerja di luar kawasan, menyusukan anak, melayan anak, mengandung, berpuasa pada masa yang lebih panjang dengan lebih bertenaga dan cergas.

Jika anda termasuk dalam kategori yang dinyatakan di atas, dan sering merasa letih, lesu, kepenatan sepanjang berpuasa, apa kata anda cuba amalkan set Mighty 3 Gems ini HARI INI dan rasailah perbezaannya. InshaAllah anda akan dapat rasakan kelainannya dan pasti berpuas hati dengan set ini.

*set ini bleh dinikmati dalam pelbagai cara...tapi kegemaran saya adalah bancuhan Energizing Soy Protein+PD+Mealshakes bersama Tropicana Twister Orange*

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================