Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Kepuasan Berumrah Bersama Suami dan Anak-anak - Mekah

February 18, 2014
Menyambung catatan umrah kami....

Sila baca di sini untuk catatan di Madinah....

Di Mekah, hotel kami terletak kira-kira 200m sahaja dari Masjidil Haram. Okla, tak de la jauh sangat jika dibandingkan dengan orang lain. Keadaan hotel pun memuaskan hati, selesa untuk kami 4 beranak. Kami sampai ke Mekah pada jam 11malam. Terdapat sedikit kesesakan menyebabkan perjalanan menjadi sedikit lambat. Keadaan di kota Mekah sangat meriah, walaupun ketika itu sudah larut malam. Ianya adalah ibarat kota yang tidak pernah tidur kerana tak kira pukul berapa, ianya sentiasa meriah.

Selesai urusan check in, sejam kemudian kami turun untuk berkumpul bagi menunaikan umrah yang pertama bersama mutawif dan ahli rombongan. Sempat la saya mandikan blong dan adik acad untuk segarkan mereka memandangkan kami telah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Madinah. Alhamdulillah mereka tidak meragam sepanjang perjalanan dan mereka telah mendapatkan tidur yang secukupnya sepanjang perjalanan. Ini adalah sangat penting kerana kanak-kanak yang letih akan membuat perangai, dan jika ini berlaku, sukar bagi ibubapa untuk melakukan umrah.

Berdebar rasa hati ketika kaki melangkah ke perkarangan Masjidil Haram untuk kali pertama. Ketika ini, orang tidak terlalu ramai, agak selesa dalam erti kata tidak terlalu padat. Inilah umrah wajib bagi saya, jadi perasaan berdebar dan dalam masa yang sama kerisauan terputus dari en asben turut ada. Ketika umrah ini, adik acad didukung oleh en asben, manakala saya memegang blong. Tawakal sahaja pada Allah ketika itu supaya kami dapat melakukan tawaf dan sai'e dengan sebaiknya. Syukur kepada Allah kerana sepanjang tawaf, saya sentiasa dibelakang en asben yang berjalan disebelah mutawif. Blong juga dapat melakukannya dengan baik walaupun adakalanya bertanya lambat lagi ke.....

Ketika itu, saya hanya mengikut sahaja apa yang dibaca oleh mutawif kerana tidak sempat untuk membuka buku panduan. Sebelah tangan memegang blong, dan dalam masa yang sama nak melambai ke hajar aswad dan juga rukun yamani. 7 pusingan mengelilingi kaabah terasa sangat sekejap. Selesai itu, kami mencari tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa menghadap ke multazam. Kemudian berehat sebentar dan minum air zam-zam. Adik acad sepanjang tawaf hanya tidur sahaja dalam pelukan ayahnya. Okla tu, atlis dia tak meragam memandangkan ketika tawaf itu orang berhimpit-himpitan. 

Cabaran yang sebenar akhirnya tiba iaitu bersai'e. Perjalanan ulang alik dari Safa ke Marwa sejauh lebih kurang 2.8km (400m setiap laluan) membuatkan saya sendiri hampir tercabut kaki, ini kan pula blong. 4 kali ulang alik masih boleh bertahan, masuk yang ke-5, mula terasa penatnya. Blong pula dah hampir tidak boleh berjalan. Jadi apa yang kami lakukan, kami bergilir mendukung blong dan adik acad. 1 perjalanan en asben dukung blong, the next one suruh dia jalan. Walaupun penat, alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Pada ketika itu, blong dah hampir nak tertido. Tetapi saya kejutkan memandangkan saya tau en asben pun sudah keletihan dan tak mampu nak dukung blong sepanjang perjalanan sai'e itu. Elok je habis 7 pusingan Safa dan Marwa ni, blong terus segar sebab saya cakap nak beli aiskrim...huhuhu....

Syukur ke hadrat Ilahi, selesai umrah wajib saya yang pertama pagi itu. Tiada apa lagi yang mampu diucapkan. Walaupun tadinya terasa penat, namun ianya hilang apabila segalanya selesai. Balik ke hotel, pada jam hampir 3 pagi untuk berehat sebentar sebelum subuh. 

Sepanjang di Mekah, alhamdulillah kami sihat-sihat sahaja. Hanya adik acad diserang demam, batuk dan selsema untuk 2 hari. Tapi walaupun begitu, dia tak meragam. Jadi ianya tidak menghalang kami dari beribadah. Adakalanya saya tidak pergi bersolat di Masjid kerana memberi laluan kepada en asben, memandangkan adakalanya anak-anak tidur pada waktu-waktu menjelang waktu solat. 

Setiap ziarah yang kami pergi sepanjang di Mekah juga berjalan dengan lancar. Dapatla melawat tempat-tempat bersejarah dan mempunyai kesan yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah. Pada saya, melawat ke Mina dan tempat berwukuf ketika musim haji adalah sangat terkesan. Kerana di tempat yang nampak serba kekurangan, umat Ialam seramai-ramainya pergi menunaikan haji kerana ianya merupakan salah satu rukun Islam. Jika iman tidak kuat, pasti tidak sampai ke situ pada musim haji, melainkan anda mempunyai wang yang begitu banyak dan mampu mengambil pakej yang mencecah sehingga rm100k untuk seorang. 

Sepanjang di Mekah juga, kami tidak banyak berbelanja, malah hanya pergi membeli pada 3 hari terakhir sebelum pulang sahaja. Itu pun sekadar membeli sedikit barangan yang dipesan, hadiah untuk ahli rombongan serta jubah sebagai kenangan. 

Banyak lagi kenangan lain sepanjang di sana, termasuk ketiadaan air pada pagi hari selama kira-kira 1 jam selama 3 hari, harga servis dobi yang sangat mahal, makan masakan indonesia setiap hari sampai adakalanya rasa dah tak boleh telan, berurusan beli dengan para penjual di sana hanya dengan berbahasa Melayu dan menggunakan duit Ringgit Malaysia dan macam-macam lagi.

Sepanjang di sana, kami dapat menunaikan umrah sebanyak 3 kali dengan dipandu oleh mutawif. Namun, hanya umrah kali pertama sahaja saya dapat melakukannya bersama en asben dan anak-anak. Ini kerana selepas itu, kami dah tak larat nak bawak anak-anak, malah mereka juga sudah tidak larat nak ikut kami. Jadi, kami bergilir menjaga anak-anak. Memandangkan en asben pernah melakukan umrah sebelum ini, maka dia agak konfiden untuk melakukannya sendiri. Jadi saya melakukannya bersama rombongan dan mengikut mutawif, kemudian selepas saya selesai, en asben pula akan pergi menunaikannya manakala saya menjaga anak-anak di hotel.

Satu lagi perkara yang menarik sepanjang di sana adalah, kami telah dibawa oleh mutawif ke tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa disekeliling kaabah. Walaupun keadaan agak pack di sekeliling kaabah, malah mutawif juga tidak yakin kami mampu meredah manusia untuk pergi menyentuh kaabah kerana kami membawa anak, namun dengan izin-Nya kami berjaya juga pergi dan memegang kaabah serta berdoa di tempat-tempat yang mustajab di sekeliling kaabah. Malah kami telah ditunjukkan juga tempat telaga zam-zam yang asal, yang kini telah ditutup oleh pihak Saudi, malah mereka langsung tidak meninggal kesan.

tempat mustajab di sekeliling kaabah
tempat mustajab serta lokasi telaga zam-zam
Tidak puas dengan pemergian kali pertama, kami pergi sendiri kali ke-2. Alhamdulillah kali ini saya dapat masuk ke kawasan Hijr Ismail bersama blong, walaupun sekadar untuk berdoa. Memang langsung tak sangka saya berpeluang untuk masuk ke situ memndangkan kawasan tersebut sentiasa penuh, dan keadaan saya yang sedang mengandung dan membawa anak pula. Memang saya telah berhajat untuk pergi berdoa ke tempat-tempat yang mustajab sebelum bertolak ke tanah suci lagi. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkannya walaupun tidak semua tempat saya dapat pergi. Sekurangnya separuh daripada itu adalah memadai buat saya.

Tiba hari terakhir kami di tanah haram, kami dikehendaki melakukan tawaf wida' pada pagi itu. Seawal jam 3 pagi kami sudah mula bangun dan menyiapkan anak-anak kerana subuh di sana adalah pada jam 5.30 pagi. Adalah penting untuk masuk ke Masjidil Haram seawal mungkin bagi mengelakkan dihalau dan dilarang memasuki Masjid kerana sudah penuh. Pagi itu, kami memilih untuk solat dikawasan Sai'e kerana ianya mudah untuk mengambil air zam-zam dan juga berdekatan dengan tandas. Yelah, kami perlu memelihara wudu' untuk satu jangka masa yang panjang, maka andai kata terbatal wudu' atau perlu ke tandas, tidak menjadi masalah bagi kami.

Selesai solat subuh, pada jam 6.30am kami mula bergerak ke kawasan Kaabah untuk menunaikan tawaf wida'. Pada waktu itu, orang tidak terlalu ramai, jadi agak mudah bagi kami melakukannya. Kesedihan pada waktu itu tidak dapat dibendung, memandangkan inilah kali terakhir kami memandang kaabah secara berdepan. Sewaktu menunaikan solat tawaf yang terakhir, air mata mengalir ibarat air paip. Langsung tak dapat dibendung. Doa pada ketika itu semestinya mengharap ini bukanlah kunjungan kami yang terakhir ke situ, dan memohon agar segala ibadah kami di sana diterima oleh-Nya tanpa sebarang halangan.

cerita tentang umrah - Mekah
di ladang unta - 2 budak yang excited tengok unta secara live
cerita tentang umrah - Mekah
begini la agaknya baginda Rasulullah dulu mengembara bersama sahabat dan pergi berniaga
cerita tentang umrah - Mekah
telaga di hudaibiah yang dikatakan airnya pernah diminum oleh Rasulullah dalam perjalanan ke Mekah
cerita tentang umrah - Mekah
di perkarangan masjid pada pagi lawatan ke sekeliling kaabah
cerita tentang umrah - Mekah
memulakan perjalanan untuk meyentuh kaabah dan berdoa di sekelilingnya
cerita tentang umrah - Mekah
bersama ahli rombongan di luar kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
pembangunan yang sangat pesat di sekeliling kaabah dan kota mekah
cerita tentang umrah - Mekah
bergambar selepas selesai tawaf sunat di pagi hari
cerita tentang umrah - Mekah
adik acad yang lena sepanjang tawaf sunat
cerita tentang umrah - Mekah
tempat minum air zamzam di kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
kawasan sai'e, menuju ke Safa
cerita tentang umrah - Mekah
kelihatan di belakang bukit Safa yang hanya tinggal sedikit sahaja akibat dari pembangunan
cerita tentang umrah - Mekah
pintu 1 - pintu King Abdul Aziz yang kerap menjadi pintu utama bagi kami masuk ke masjidil Haram
cerita tentang umrah - Mekah
burung merpati yang bebas beterbangan di luar perkarangan Masjid. tidak digalakan mengejar mereka kerana dikatakan bahawa burung merpati adalah burung kesayangan Saidatina Aishah
cerita tentang umrah - Mekah
perpustakaan Mekah yang didirikan di atas bekas tapak rumah baginda Rasulullah

   Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan pakej umrah bersama POTO Travels & Tour ni kerana ianya tidak melibatkan ahli rombongan yang ramai, harga yang berpatutan, hotel yang tidak jauh dari Masjid, mutawif yang sangat membantu, team leader yang menjaga kami dengan sebaiknya dan lain-lain lagi. Mungkin jika berpeluang untuk pergi ke sana lagi, kami tetap akan memilih untuk pergi bersama mereka. Amin....        

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

tambah pendapatan dengan shaklee

Wednesday, 12 February 2014

Kepuasan Berumrah Bersama Suami dan Anak-anak - Madinah

February 12, 2014
Dah lebih 2 minggu rupanya kami meninggalkan tanah suci Mekah dan Madinah dan kembali ke tanah air. Tak terasa sungguh masa berlalu. Patutlah kerinduan untuk berada di sana kerap berkunjung di dalam hati ini, terutamanya bila melihat gambar-gambar sahabat yang baru sampai ke sana.

Subhanallah, rasa rindu sangat pada Rasulullah. Berada di bumi Madinah selama hanya 3 hari 2 malam adalah satu jangka masa yang sangat pendek. Masih boleh tercium bau harumnya makam nabi ketika kami lalu ditepi masjid Nabawi yang menempatkan jenazah baginda ketika ingin berkunjung ke kawasan perkuburan Baqi'. Keharumannya memang sangat mengasyikkan dan menyenangkan. Itulah kali pertama dan terakhir saya berkesempatan lalu di tepi kawasan yang menempatkan makam Rasulullah dan sahabat baginda yang tercinta iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan juga Umar Al-Khattab. Peluang itu adalah sangat berbeza dengan kesempatan yang diperolehi untuk masuk ke Raudhah, yang terdapat di dalam Masjid Nabawi itu sendiri.

Secara jujurnya, perasaan berada di bumi Mekah dan Madinah adalah sangat berbeza, pada saya secara personalnya. Sebaik mutawif mengumumkan bahawa bas kami telah memasuki tanah Madinah, air mata ini berguguran tanpa dapat di tahan kerana rasa terharunya dan bersyukur kerana akhirya saya berpeluang menjejak kaki di bumi Madinah yang menjadi tanah tempatnya bersemadi jasad Nabi Muhammad S.A.W. Terasa betapa rindunya kepada baginda sehingga air mata tidak dapt ditahan dan rasa yang sangat tidak sabar untuk berkunjung ke masjid baginda, walaupun hanya sekadar untuk bersolat dan bukanlah untuk bertemu baginda.

Sebaik sahaja bas berhenti dihadapan hotel, yang jaraknya hanya dalam 50m sahaja dari pintu masuk masjid Nabawi, hati ini meronta-ronta untuk segera pergi dan masuk ke dalam masjid. Malah mungkin rezeki kami telah ditentukan oleh-Nya, kami mendapat bilik yang menghadap betul-betul ke Masjid Nabawi, malah dari tingkap bilik kami boleh nampak kubah hijau yang menjadi penanda bahawa di situlah tersemadinya jasad baginda. Subhanallah, betapa bersyukurnya perasaan ketika itu dengan rezeki yang telah ditetapkan untuk kami.
masjid nabawi dan kubah hijau
Selesai urusan check in, kami bergegas bersiap untuk menunaikan solat zuhur yang pertama di Masjid Nabawi. En asben turun lebih awal bersama blong memandangkan beliau lebih afdal untuk solat berjemaah di dalam masjid, manakala saya menyiapkan adik acad, membersihkan dia sebelum bergerak ke masjid. Memandangkan ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke masjid ini, maka saya tidak tahu ke manakah arah tuju dan tempat solat untuk wanita kerana masjid ini sangat besar. Jadi saya hanya sekadar mengikut arus sahaja. Malangnya nasib saya kerana ketika kami bergerak ke masjid, azan zuhur telah berkumandang dan apabila kami sampai, pentugas-petugas sudah tidak membenarkan kami dan jemaah lain untuk masuk ke dalam masjid kerana sudah penuh.

Maka saya mencari ruang lain untuk bersolat. Walaupun tidak dapat masuk ke dalam masjid, tetapi sebenarnya, di kawasan luar juga merupakan tempat menunaikan solat para jemaah. Ruang yang sangat luas dan selesa disediakan untuk para jemaah menunaikan solat, cuma bezanya tiada carpet dihamparkan. Nasib baik saya memang telah bersediakan dan turut membawa sejadah. Lalu saya pun mencari ruang untuk saya dan adik acad bersolat.
solat di masjid nabawi
ceria di Masjid Nabawi walaupun setelah menempuh perjalanan lebih dari 12 jam
Sepanjang kami berada di Madinah, saya dan en asben telah bersetuju untuk membawa anak seorang satu, yang mana en asben akan membawa blong manakala saya pula akan membawa adik acad. Persetujuan ini berlangsung juga semasa kami berada di Mekah dan alhamdulillah sepanjang kami berada di sana, kedua-dua anak kami telah dipelihara oleh-Nya dan mereka tidak meragam atau pun mendatangkan sebarang masalah kepada kami. Malah saya yang sebelum bertolak ke sana telah diserang morning sickness yang teruk juga langsung tidak mengalami sebarang masalah sepanjang di sana. Inilah doa yang telah saya pohon sebelum kesana, iaitu meminta dari-Nya supaya segala urusan dipermudahkan, dan alhamdulillah doa saya telah dimakbulkan oleh-Nya.

3 hari di Madinah, selain beriktikaf di Masjid Nabawi dan mengikuti ziarah ke tempat bersejarah di sana, kami tidak sempat untuk membeli-belah di sana. Hanya pada pagi sebelum bertolak ke Mekah sahaja kami sempat pergi membeli sehelai jubah untuk adik acad dan juga jubah yang telah dipesan oleh kawan saya. Tiada masa yang lebih bermanfaat selain berada di dalam masjid dan membaca AlQuran sepanjang berada di bumi Madinah.

Peluang untuk berkunjung ke Raudhah adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Untuk jemaah wanita, ada masa-masa yang telah ditetapkan untuk masuk ke Raudhah, malah terdapat 2 sahaja pintu masjid yang dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Waktu yang dibenarkan untuk masuk adalah selepas isya, selepas subuh dan selepas zuhur sahaja. Maka, pada malam pertama kami di sana, mutawif wanita yang ditugaskan telah membawa rombongan kami untuk masuk ke kawasan Raudhah. Jam 9pm kami bergerak dari masjid, namun disebabkan ramainya jemaah wanita ketika itu yang juga hendak masuk ke kawasan Raudhah, menyebabkan kami terpaksa menunggu giliran hampir 2jam setengah. 

Ini kerana kawasan tersebut sangat kecil berbanding jumlah orang yang ingin masuk ke situ. Mujur pada malam tersebut, saya tidak membawa adik acad bersama kerana keadaan di situ adalah sangat hectic. Mungkin kerana waktu sudah hampir larut malam, dan ramai yang sudah tidak sabar dan kepenatan kerana terlalu lama menunggu membuatkan keadaan agak kucar-kacir. Saya sendiri terpaksa merempuh orang untuk meloloskan diri masuk ke kawasan  Raudhah yang merupakan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Malah di situ jugalah terdapatnya makam  baginda Rasulullah, serta tempat-tempat yang bersejarah memandangkan itu adalah rumah baginda dan Siti Aishah. 

Pada mulanya saya ingat saya sudah tidak berpeluang untuk menunaikan solat di dalam kawasan itu kerana keadaan yang sangat kucar-kacir. Malah apabila melihat ada jemaah yang telah dilanggar dan dipijak ketika solat membuatkan hati ini takut, tambahan pula saya sedang mengandung. Namun rezeki Allah masih berpihak kepada saya. Mujur ada ahli rombongan yang bekerjasama membantu kami untuk bersolat secara bergilir-gilir dengan membantu menjaga kami yang sedang bersolat. Solat sunat 1 rakaat, doa yang khusus dan memberi salam kepada baginda dan sahabat-sahabat baginda walaupun sekadar dari jauh adalah pengalaman yang sangat bermakna. Air mata langsung tidak berhenti mengalir, terutama apabila melihat pintu makam baginda. Walaupun hati ini meronta untuk pergi dekat dengan makam baginda, dan memegang tiang-tiang yang dikatakan mempunyai sejarah tersendiri, namun hajat itu terpaksa dilupakan. Mungkin itu bukan rezeki saya untuk kali ini. Namun, masih bersyukur kerana hajat untuk masuk ke Raudhah telah dimakbulkan oleh-Nya. Akan tetapi, sempat saya titipkan doa agak kunjung saya di lain kali akan diberikan peluang untuk pergi hampir ke pintu makam baginda.
kubah hijau, makam nabi
Menziarahi tempat-tempat bersejarah yang lain, serta menunaikan peluang menunaikan solat di masjid Quba' adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan juga. Terasa betapa bersyukurnya kerana diberi peluang ini, pada usia yang masih muda, malah berpeluang membawa anak-anak bersama, adalah rezeki yang sangat berharga. Tiada apa lagi yang dapat diucapkan selain rasa bersyukur ke hadrat Illahi.
kenangan di Masjid Quba'
seronok dan ceria sepanjang trip ziarah di Madinah
Posing jap di Ladang Kurma bersama kawan baru
Bergambar di kawasan perkuburan Bapa saudara Nabi, Hamzah
Jabal Rahmah yang mencatat sejarah bg Nabi Adam dan Hawa, begitu juga kami
Semoga pemergian kami ke sana kali ini bukanlah yang terakhir dan akan dijemput lagi untuk ke sana setiap tahun. Amin.... ^__^

shaklee membership

Wednesday, 8 January 2014

Jemputan Allah untk Menjadi TetamuNya...

January 08, 2014
Alhamdulillah...dapat juga kami jemputan dariNya tahun ni. Hampir 3 tahun hajat tertunda kerana masalah injection menyebabkan hajat kami untuk kesana dahulu terpaksa ditunda. Dulu masa duduk kat Miri, kami dah nak g juga, duit deposit pun dah bayar sikit, tapi disebabkan saya tak amik injection lagi dan time tu saya mengandung, maka tak dapat la pergi (nasib dapat balik refund hihihi)..

Tahun 2013, tiba-tiba terdetik rasa nak pergi. Terus cakap kat en asben, tahun ni kita mesti pergi jugak. So mencarila kami agen, cukupkan duit semua. Planning asal nak pergi 1st trip lepas musim haji, tapi lepas ditimbang balik, so kami ikut trip orang g bulan Januari 2014. Kebetulan adik yang duduk di dubai tu pun balik Malaysia, dan pertengahan bulan Januari 2014 baru balik ke sana, so just nice jela sebab kami plan nak singgah Dubai masa on the way balik ke Malaysia dari Jeddah nanti. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..

Kami riki 3 agen je, iaitu Rayhar Travels & Tours, POTO Travels & Tours dan juga Andalusia. Mula memang nak pergi dengan Andalusia, tapi mungkin Allah nak permudahkan, Dia pertemukan saya dengan seorang hamba Allah ni. In short, tak jadi la kami pergi dengan Andalusia (tak nak cerita sebabnya, tak mau mengaibkan sesiapa). Then try tanya dengan Rayhar sebab sokmo lalu depan opis dia yang terletak kat tepi jalan Kemaman tu. Pergi jugak tanya, tapi quotation yang diorang bagi sangat lambat. 

So kami carila back up, tanya kat POTO Travels. Hanba Allah yang saya jumpa tu syorkan pergi dengan POTO ni, tapi masa dia cakap tu saya tak amik pot sangat sebab macam tak femes nama company ni, tapi maybe Allah memang nak aturkan kami pergi dengan POTO, entah macam mana satu hari terlintas news tentang POTO ni time saya tengah tengok fb. Terus saya kontek diorang, tanya tentang package semua dan bagitau plan kami yang nak stop over kat Dubai for few days.

Kalo dah memang ditentukan, segalanya akan mudah. Kebetulan flight yang POTO guna, iaitu flight Etihad memang transit kat Abu Dhabi, yang terletak lebih kurang 1 jam ++ dari Dubai, so memang sejalan la, tak perlu beli tiket asing pulak. Jadi, plus minus segalanya, kami pun dapat la harga pakej yang dirasakan tidak terlalu mahal, dan bersesuaian dengan bajet kami. Bila cek dengan POTO, katanya hotel pun tak berapa jauh dari masjid, so okla..Yelah, kami bawa anak 2 orang, so bab penginapan ni perlu juga diambil berat. Budak-budak kalo penat nanti macam-macam la ragam..biasala kan...

Berurusan dengan pihak POTO juga sangat mudah. Pekerja mereka sangat ramah, sangat membantu, malah tak lokek nak share apa sahaja mengenai segalanya. Macam saya ni, 1st time pergi, so memang tak tau la nak expect apa. En asben pulak dah pernah pergi, few years back (dekat 5-6 tahun yg lalu kot), so atlis dia dah ada idea la camne keadaan kat sana. Jadi bila denganr cerita dari pihak POTO, atlis tau la sikit2 dan boleh bayangkan la.

Kini, hanya tinggal seminggu je lagi sebelum kami berangkat ke sana. Persiapan masih belum lengkap sebab minggu ni kami masih bertravel ke sana sini. InshaAllah hari Ahad ni akan pack barang betul-betul. Hopefully semua barang adalah. Kami hanya ada hari ahad dan selasa je nak pack barang sebab isnin saya ada appointment dengan doktor, then nak g melawat kakak ipar yang bakal bersalin pada tarikh tersebut.

Saya sangat berharap dapat melaksanakan segala ibadah disana dengan sempurna. Cabaran sememangnya ada, terutama sekali bila membawa anak kecil, tapi InshaAllah Dia akan permudahkan. Saya juga berhajat supaya dapat berdoa dikesemua tempat yang mustajab doa, tak dapat semua, atlis sebahagian daripadanya, memandangkan julung-julung kali dapat menjejak kaki di sana. Mohon sangat dipermudahkan segalanya....

Semakin dekat hari berangkat, semakin terasa kerinduan pada Rasullulah. Terasa sangat seperti dipanggil-panggil. Allahuakbar...Tak sabar rasanya hati ini...Dengan ini, saya ingin memohon sepuluh jari meminta maaf kepada anda semua yang membaca dan mengikut blog saya, serta pernah berurusan dengan saya, jika ada terkasar bahasa atau terasa hati dan sebagainya, harap maafkan saya....InshaAllah panjang umur kita berurusan lagi ye....

umrah-dubai 2014
makam Rasulullah yang dirindui
umrah-dubai 2014
Travel agent kami - POTO Travel & Tours
umrah-dubai 2014
Kaabah yang kelihatan seperti memanggil-manggil
umrah-dubai 2014
Dubai- stop over for family holiday
Sepanjang kami disana, business kami tetap berjalan seperti biasa. Anda jangan bimbang, order anda akan tetap dihantar kepada anda seperti biasa. 

Sepanjang bulan ini juga, saya telah menganjurkan pertandingan untuk kumpulan saya Shaklee STARS, dan hadiah yang ditawarkan agak lumayan, malah diterbangkan jauh dari Dubai. Anda pasti berminat untuk menyertainya jika anda tahu betapa mudahnya dan lumayannya hadiah yang ditawarkan. Jadi, jangan segan-segan, hubungi saya segera untuk mengetahuinya. Tarikh tutup penyertaan adalah 25hb Januari 2014...

STARS Shaklee info

Monday, 6 January 2014

Safety Harness Bag For Kids

January 06, 2014
Korang pernah tengok safety harness bag ni tak? Dulu, few years back, masa mula-mula orang gunakan kat Malasia ni, macam la tanggapan orang ramai. Biasa la tu orang kita kan. Ada yang kata macam ikat anjing la, padahal yang paki tu anak kita. Tapi lama-lama hilang la isu tu begitu sahaja. Biasa la tu. Benda baru, ofkos ada je yang tukang komennya kan...

Personally, saya pun masa mula tengok, macam tak berapa berkenan la...Sebab rasa kesian gak kat anak tu sebab kena ikat dan tak bebas berlari sana-sini. Time bag bertali ni keluar, anak saya baru sorang, blong je, dan blong time kecik dulu bukan jenis suka berlari sana-sini kalo kami g berjalan kat Mall. Mesti pegang tangan/duduk dalam stroller.

Tapi now, bila dah ada adik acad, dia memang sangat aktif. Kalo g je mana-mana Mall, mesti nak berlari sesuka hati dia. Dan blong pun sama je sekarang. Tapi nasib baik la TMC kat Kerteh tu kosong je pada hari-hari biasa, so tak de la risau sangat. Kalo diorang buat perangai begitu di Mall kat KL ni, atau paling dekat pun kat Kuantan, memang kena cubit la jawabnya. Bukan pe, Malaysia sekarang ni pada saya tak berapa selamat, kes penculikan budak kerap sangat berlaku. Jadi pada saya biarlah anak saya menangis sebab tak dapat bebas berlari, daripada saya menangis menyesal kehilangan mereka...Ok, emosi sudah....hihihi

Nak cerita tentang bag tu sebenarnya. Memandangkan pertengahan bulan ni, kami sekeluarga, InshaAllah akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah, jadi en asben telah mencadangkan supaya dibeli la bag itu, untuk digunakan ketika bersolat di Masjid. Yelah, kat sana keadaannya mesti orang ramai. Kalo g masjid kat Malaysia ni, time mama solat, memang biasala adik acad akan berjalan ke sana sini, tapi stil dekat-dekat mama la. Kat sana nanti, buatnya dia buat perangai macam tu, kalo papehal terjadi, kan susah huhuhu

So kami pun belilah bag itu, dengan intention untuk pakaikan pada adik acad time mama solat. Harap bag tu dapat bantu mama solat dengan khusyuk kat sana nanti dan adik acad pun tak meraga
m sepanjang kami berada di sana nanti. Peluang keemasan ini, takkan kami sia-siakan...

Tetapi...

Masalahnya sekarang, adik acad tak mo paki bag tu...Macam-macam cara dah pujuk dia pakai, tapi still tak mau.."Takut...takut..." katanya...Ntah pe la yang ditakutkannya, entah la...Ada masa seminggu lebih ni je lagi nak train dia pakai bag tu, harap berjaya la. Semoga segala urusan kami disana dipermudahkan dan umrah kami diterima olehNya...Aminnn....

safety harness bag for kids
kecik je bag ni...nasib adik acad kecik je orgnya hihihi
safety harness bag kid
Macam ni la cara pkai bag tu
safety harness bag kid
Specificasi bag n tali nya..
sandal bright color kid
sandal adik acad utk dibawa ke sana...bright color, senang nak cari nnt...
Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang ye.... ^___^


Wednesday, 10 July 2013

Suntikan Untuk Ke Mekah - Tiada Kaitan Dengan Vitamin Shaklee

July 10, 2013
umrah ke mekah
Adalah menjadi impian setiap umat Islam untuk pergi ke Mekah, sama ada bagi menunaikan umrah mahupun haji. Ramai yang berusaha mengumpul duit semata-mata nak pergi ke rumah Allah ini, tapi tak semua yang bertuah dan berpeluang untuk ke sana.

Saya dan en asben juga begitu. Kami sudah lama berhajat untuk pergi ke sana, walaupun en asben pernah pergi ke sana sekali ketika bujang dahulu, tapi beliau sentiasa rasa nak pergi lagi. Yelah, sapa yang tak rindu nak ke rumah Allah tu kan, melawat makam Nabi Muhammad, berdoa di tempat yang paling mustajab di dunia ini dan 1001 lagi aktiviti yang boleh dibuat di sana sekaligus merapatkan diri kepada Allah. Allahuakbar!!!

Bercerita mengenai umrah, kami pernah hampir nak pergi ke sana, malah duit pun sudah dibayar kepada agen. Akan tetapi ketika itu saya sedang mengandung, dan antara syarat untuk ke Mekah adalah perlu mengambil suntikan "Meningococcal Vaccine", dan suntikan ini tidak boleh diambil oleh wanita yang hamil...wuuuaarggghhhhh.....terus tak dapat pergi....cancel semuanya, tapi nasib baik duit dipulangkan balik oleh agen 100%....xpela, adalah hikmahnya disebalik ini...

So tahun ni, kami bercadang lagi nak pergi memandangkan adik acad pun dah cukup 2 tahun (sudah agak besar untuk dibawa ke sana). Maka kami pun pergilah mengambil suntikan ini last wiken di Hospital Pakar An-nur, Bangi. Memandangkan kami bercadang untuk membawa anak-anak bersama (blong & adik acad), kami keempat-empat kami kena ambil suntikan tersebut. Berdebar juga hati masa nak ambil suntikan ni, sebab risau blong tak tahan. Untuk adik acad saya tak risau sangat sebab dia masih kecil dan tak faham sangat apa yang sedang berlaku. Macam blong, dia dah besar, jadi bila nampak jarum suntikan tu, dia dah tau la akan rasa sakit bila kena cucuk.

Dan memang seperti yang dijangka (kami aturkan supaya blong dicucuk dahulu). Percubaan pertama, cucuk dilengan tidak berjaya kerana dia meronta sebab terasa sakit masa jarum tu dicucuk, jadi cubaan kedua dilakukan di punggung. Menangis la kesedihan anak bujang tu lepas kena cucuk, siap kena dukung dgn ayahnya lagi lepas dicucuk. Adik acad pun dicucuk di punggung, nangis sikit je time terasa sakit jarum tu dicucuk. Lepas tu dah ok, blong plak yang over hihihihi

buku vaccine untuk umrah
buku vaccine, mengesahkan yang saya dah ambil vaccine
Oh ya, suntikan ni valid untuk 3 tahun, jadi kiranya kalo kami nak pergi lagi umrah tahun depan dan tahun seterusnya (kalo ada rezeki tiap-tiap tahun nak g umrah), maka kami tak perlu ambil lagi suntikan ini. Tahun ke-4 nanti baru kena perbaharui suntikan. Lagi satu, memandangkan dah ambil suntikan, jadi katalah ada rezeki dan saya mengandung, maka saya masih boleh pergi menunaikan umrah sebab saya dah ambil suntikan ini sebelum saya mengandung. 

Seronoknya la kalo mengandung dan dapat pergi umrah. Dapat la saya minum air zam-zam banyak-banyak, dan inshaAllah baby dalam perut akan dapat manfaatnya...

Fuh...rasa tak sabar je nak pergi umrah. Tapi kami plan nak pergi lepas raya haji sebenarnya memandangkan ketika itu pasti tidak ramai orang yang menunaikan umrah kerana baru lepas musim haji. Lagipun kami akan bawa 2 anak kecil, jadi kami perlu lebih bersedia dari segala aspek n hope time tu ta sesak sangat la...

Dengarnya kat Mekah tu cuacanya sekarang sangat panas, plus pulak tengah banyak construction so nanti bila pergi sana saya akan pastikan saya bawa bekalan Performance Drink (supaya kekal bertenaga dan tak mudah dehydrate), Nutriferon (menguatkan antibodi) dan Vitalea (membekalkan dan melengkapkan vitamin yang diperlukan oleh badan). So hope perancangan kami nanti akan berjalan dengan lancar dan urusan disana nantikan akan dipermudahkan...Aminnn...

**kalo ada rezeki lebih, kami merancang nak berjalan ke Dubai sebelum balik ke Malaysia nanti, melawat adik sekeluarga yang kerja di sana...Aminnn....InshaAllah...**

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================