Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 15 October 2014

Kasih Sayang Ibu Sehingga Ke Akhir Hayat

October 15, 2014
Pagi-pagi buta ni dok mengupdate blog, bukak jap facebook sementara tunggu gambar diupload dan terjumpa cerita ni...

It's very touching..Tapi inilah kenyataan yang berlaku sebenarnya..Saya sendiri pun tidak terkecuali, tapi adakalanya memang tidak dapat nak elak kesibukan itu walaupun dah cuba. Benarlah kata pepatah, "ibu seorang mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu".

Jemput baca coretan ini yang saya petik dari seorang sahabat di dalam facebook...Lynn Dino III...

"Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan
yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Makyang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, “Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak.
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilandari ibu tanpa berjawab?


Rasa sedih membaca coretan ini?? Luangkanlah lebih masa untuk ibu anda walau dimana anda berada...Sekurangnya telefon jika tidak sempat nak balik berjumpa mereka. Jangan sampai Mak dah tiada, baru anda nak mencari...Ketiku itu, hanya batu nisan sahaja yang mampu anda tatapi dan pegang...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

jana income dengan shaklee
  

Tuesday, 18 February 2014

Kepuasan Berumrah Bersama Suami dan Anak-anak - Mekah

February 18, 2014
Menyambung catatan umrah kami....

Sila baca di sini untuk catatan di Madinah....

Di Mekah, hotel kami terletak kira-kira 200m sahaja dari Masjidil Haram. Okla, tak de la jauh sangat jika dibandingkan dengan orang lain. Keadaan hotel pun memuaskan hati, selesa untuk kami 4 beranak. Kami sampai ke Mekah pada jam 11malam. Terdapat sedikit kesesakan menyebabkan perjalanan menjadi sedikit lambat. Keadaan di kota Mekah sangat meriah, walaupun ketika itu sudah larut malam. Ianya adalah ibarat kota yang tidak pernah tidur kerana tak kira pukul berapa, ianya sentiasa meriah.

Selesai urusan check in, sejam kemudian kami turun untuk berkumpul bagi menunaikan umrah yang pertama bersama mutawif dan ahli rombongan. Sempat la saya mandikan blong dan adik acad untuk segarkan mereka memandangkan kami telah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Madinah. Alhamdulillah mereka tidak meragam sepanjang perjalanan dan mereka telah mendapatkan tidur yang secukupnya sepanjang perjalanan. Ini adalah sangat penting kerana kanak-kanak yang letih akan membuat perangai, dan jika ini berlaku, sukar bagi ibubapa untuk melakukan umrah.

Berdebar rasa hati ketika kaki melangkah ke perkarangan Masjidil Haram untuk kali pertama. Ketika ini, orang tidak terlalu ramai, agak selesa dalam erti kata tidak terlalu padat. Inilah umrah wajib bagi saya, jadi perasaan berdebar dan dalam masa yang sama kerisauan terputus dari en asben turut ada. Ketika umrah ini, adik acad didukung oleh en asben, manakala saya memegang blong. Tawakal sahaja pada Allah ketika itu supaya kami dapat melakukan tawaf dan sai'e dengan sebaiknya. Syukur kepada Allah kerana sepanjang tawaf, saya sentiasa dibelakang en asben yang berjalan disebelah mutawif. Blong juga dapat melakukannya dengan baik walaupun adakalanya bertanya lambat lagi ke.....

Ketika itu, saya hanya mengikut sahaja apa yang dibaca oleh mutawif kerana tidak sempat untuk membuka buku panduan. Sebelah tangan memegang blong, dan dalam masa yang sama nak melambai ke hajar aswad dan juga rukun yamani. 7 pusingan mengelilingi kaabah terasa sangat sekejap. Selesai itu, kami mencari tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa menghadap ke multazam. Kemudian berehat sebentar dan minum air zam-zam. Adik acad sepanjang tawaf hanya tidur sahaja dalam pelukan ayahnya. Okla tu, atlis dia tak meragam memandangkan ketika tawaf itu orang berhimpit-himpitan. 

Cabaran yang sebenar akhirnya tiba iaitu bersai'e. Perjalanan ulang alik dari Safa ke Marwa sejauh lebih kurang 2.8km (400m setiap laluan) membuatkan saya sendiri hampir tercabut kaki, ini kan pula blong. 4 kali ulang alik masih boleh bertahan, masuk yang ke-5, mula terasa penatnya. Blong pula dah hampir tidak boleh berjalan. Jadi apa yang kami lakukan, kami bergilir mendukung blong dan adik acad. 1 perjalanan en asben dukung blong, the next one suruh dia jalan. Walaupun penat, alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Pada ketika itu, blong dah hampir nak tertido. Tetapi saya kejutkan memandangkan saya tau en asben pun sudah keletihan dan tak mampu nak dukung blong sepanjang perjalanan sai'e itu. Elok je habis 7 pusingan Safa dan Marwa ni, blong terus segar sebab saya cakap nak beli aiskrim...huhuhu....

Syukur ke hadrat Ilahi, selesai umrah wajib saya yang pertama pagi itu. Tiada apa lagi yang mampu diucapkan. Walaupun tadinya terasa penat, namun ianya hilang apabila segalanya selesai. Balik ke hotel, pada jam hampir 3 pagi untuk berehat sebentar sebelum subuh. 

Sepanjang di Mekah, alhamdulillah kami sihat-sihat sahaja. Hanya adik acad diserang demam, batuk dan selsema untuk 2 hari. Tapi walaupun begitu, dia tak meragam. Jadi ianya tidak menghalang kami dari beribadah. Adakalanya saya tidak pergi bersolat di Masjid kerana memberi laluan kepada en asben, memandangkan adakalanya anak-anak tidur pada waktu-waktu menjelang waktu solat. 

Setiap ziarah yang kami pergi sepanjang di Mekah juga berjalan dengan lancar. Dapatla melawat tempat-tempat bersejarah dan mempunyai kesan yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah. Pada saya, melawat ke Mina dan tempat berwukuf ketika musim haji adalah sangat terkesan. Kerana di tempat yang nampak serba kekurangan, umat Ialam seramai-ramainya pergi menunaikan haji kerana ianya merupakan salah satu rukun Islam. Jika iman tidak kuat, pasti tidak sampai ke situ pada musim haji, melainkan anda mempunyai wang yang begitu banyak dan mampu mengambil pakej yang mencecah sehingga rm100k untuk seorang. 

Sepanjang di Mekah juga, kami tidak banyak berbelanja, malah hanya pergi membeli pada 3 hari terakhir sebelum pulang sahaja. Itu pun sekadar membeli sedikit barangan yang dipesan, hadiah untuk ahli rombongan serta jubah sebagai kenangan. 

Banyak lagi kenangan lain sepanjang di sana, termasuk ketiadaan air pada pagi hari selama kira-kira 1 jam selama 3 hari, harga servis dobi yang sangat mahal, makan masakan indonesia setiap hari sampai adakalanya rasa dah tak boleh telan, berurusan beli dengan para penjual di sana hanya dengan berbahasa Melayu dan menggunakan duit Ringgit Malaysia dan macam-macam lagi.

Sepanjang di sana, kami dapat menunaikan umrah sebanyak 3 kali dengan dipandu oleh mutawif. Namun, hanya umrah kali pertama sahaja saya dapat melakukannya bersama en asben dan anak-anak. Ini kerana selepas itu, kami dah tak larat nak bawak anak-anak, malah mereka juga sudah tidak larat nak ikut kami. Jadi, kami bergilir menjaga anak-anak. Memandangkan en asben pernah melakukan umrah sebelum ini, maka dia agak konfiden untuk melakukannya sendiri. Jadi saya melakukannya bersama rombongan dan mengikut mutawif, kemudian selepas saya selesai, en asben pula akan pergi menunaikannya manakala saya menjaga anak-anak di hotel.

Satu lagi perkara yang menarik sepanjang di sana adalah, kami telah dibawa oleh mutawif ke tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa disekeliling kaabah. Walaupun keadaan agak pack di sekeliling kaabah, malah mutawif juga tidak yakin kami mampu meredah manusia untuk pergi menyentuh kaabah kerana kami membawa anak, namun dengan izin-Nya kami berjaya juga pergi dan memegang kaabah serta berdoa di tempat-tempat yang mustajab di sekeliling kaabah. Malah kami telah ditunjukkan juga tempat telaga zam-zam yang asal, yang kini telah ditutup oleh pihak Saudi, malah mereka langsung tidak meninggal kesan.

tempat mustajab di sekeliling kaabah
tempat mustajab serta lokasi telaga zam-zam
Tidak puas dengan pemergian kali pertama, kami pergi sendiri kali ke-2. Alhamdulillah kali ini saya dapat masuk ke kawasan Hijr Ismail bersama blong, walaupun sekadar untuk berdoa. Memang langsung tak sangka saya berpeluang untuk masuk ke situ memndangkan kawasan tersebut sentiasa penuh, dan keadaan saya yang sedang mengandung dan membawa anak pula. Memang saya telah berhajat untuk pergi berdoa ke tempat-tempat yang mustajab sebelum bertolak ke tanah suci lagi. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkannya walaupun tidak semua tempat saya dapat pergi. Sekurangnya separuh daripada itu adalah memadai buat saya.

Tiba hari terakhir kami di tanah haram, kami dikehendaki melakukan tawaf wida' pada pagi itu. Seawal jam 3 pagi kami sudah mula bangun dan menyiapkan anak-anak kerana subuh di sana adalah pada jam 5.30 pagi. Adalah penting untuk masuk ke Masjidil Haram seawal mungkin bagi mengelakkan dihalau dan dilarang memasuki Masjid kerana sudah penuh. Pagi itu, kami memilih untuk solat dikawasan Sai'e kerana ianya mudah untuk mengambil air zam-zam dan juga berdekatan dengan tandas. Yelah, kami perlu memelihara wudu' untuk satu jangka masa yang panjang, maka andai kata terbatal wudu' atau perlu ke tandas, tidak menjadi masalah bagi kami.

Selesai solat subuh, pada jam 6.30am kami mula bergerak ke kawasan Kaabah untuk menunaikan tawaf wida'. Pada waktu itu, orang tidak terlalu ramai, jadi agak mudah bagi kami melakukannya. Kesedihan pada waktu itu tidak dapat dibendung, memandangkan inilah kali terakhir kami memandang kaabah secara berdepan. Sewaktu menunaikan solat tawaf yang terakhir, air mata mengalir ibarat air paip. Langsung tak dapat dibendung. Doa pada ketika itu semestinya mengharap ini bukanlah kunjungan kami yang terakhir ke situ, dan memohon agar segala ibadah kami di sana diterima oleh-Nya tanpa sebarang halangan.

cerita tentang umrah - Mekah
di ladang unta - 2 budak yang excited tengok unta secara live
cerita tentang umrah - Mekah
begini la agaknya baginda Rasulullah dulu mengembara bersama sahabat dan pergi berniaga
cerita tentang umrah - Mekah
telaga di hudaibiah yang dikatakan airnya pernah diminum oleh Rasulullah dalam perjalanan ke Mekah
cerita tentang umrah - Mekah
di perkarangan masjid pada pagi lawatan ke sekeliling kaabah
cerita tentang umrah - Mekah
memulakan perjalanan untuk meyentuh kaabah dan berdoa di sekelilingnya
cerita tentang umrah - Mekah
bersama ahli rombongan di luar kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
pembangunan yang sangat pesat di sekeliling kaabah dan kota mekah
cerita tentang umrah - Mekah
bergambar selepas selesai tawaf sunat di pagi hari
cerita tentang umrah - Mekah
adik acad yang lena sepanjang tawaf sunat
cerita tentang umrah - Mekah
tempat minum air zamzam di kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
kawasan sai'e, menuju ke Safa
cerita tentang umrah - Mekah
kelihatan di belakang bukit Safa yang hanya tinggal sedikit sahaja akibat dari pembangunan
cerita tentang umrah - Mekah
pintu 1 - pintu King Abdul Aziz yang kerap menjadi pintu utama bagi kami masuk ke masjidil Haram
cerita tentang umrah - Mekah
burung merpati yang bebas beterbangan di luar perkarangan Masjid. tidak digalakan mengejar mereka kerana dikatakan bahawa burung merpati adalah burung kesayangan Saidatina Aishah
cerita tentang umrah - Mekah
perpustakaan Mekah yang didirikan di atas bekas tapak rumah baginda Rasulullah

   Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan pakej umrah bersama POTO Travels & Tour ni kerana ianya tidak melibatkan ahli rombongan yang ramai, harga yang berpatutan, hotel yang tidak jauh dari Masjid, mutawif yang sangat membantu, team leader yang menjaga kami dengan sebaiknya dan lain-lain lagi. Mungkin jika berpeluang untuk pergi ke sana lagi, kami tetap akan memilih untuk pergi bersama mereka. Amin....        

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

tambah pendapatan dengan shaklee

Wednesday, 12 February 2014

Kepuasan Berumrah Bersama Suami dan Anak-anak - Madinah

February 12, 2014
Dah lebih 2 minggu rupanya kami meninggalkan tanah suci Mekah dan Madinah dan kembali ke tanah air. Tak terasa sungguh masa berlalu. Patutlah kerinduan untuk berada di sana kerap berkunjung di dalam hati ini, terutamanya bila melihat gambar-gambar sahabat yang baru sampai ke sana.

Subhanallah, rasa rindu sangat pada Rasulullah. Berada di bumi Madinah selama hanya 3 hari 2 malam adalah satu jangka masa yang sangat pendek. Masih boleh tercium bau harumnya makam nabi ketika kami lalu ditepi masjid Nabawi yang menempatkan jenazah baginda ketika ingin berkunjung ke kawasan perkuburan Baqi'. Keharumannya memang sangat mengasyikkan dan menyenangkan. Itulah kali pertama dan terakhir saya berkesempatan lalu di tepi kawasan yang menempatkan makam Rasulullah dan sahabat baginda yang tercinta iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan juga Umar Al-Khattab. Peluang itu adalah sangat berbeza dengan kesempatan yang diperolehi untuk masuk ke Raudhah, yang terdapat di dalam Masjid Nabawi itu sendiri.

Secara jujurnya, perasaan berada di bumi Mekah dan Madinah adalah sangat berbeza, pada saya secara personalnya. Sebaik mutawif mengumumkan bahawa bas kami telah memasuki tanah Madinah, air mata ini berguguran tanpa dapat di tahan kerana rasa terharunya dan bersyukur kerana akhirya saya berpeluang menjejak kaki di bumi Madinah yang menjadi tanah tempatnya bersemadi jasad Nabi Muhammad S.A.W. Terasa betapa rindunya kepada baginda sehingga air mata tidak dapt ditahan dan rasa yang sangat tidak sabar untuk berkunjung ke masjid baginda, walaupun hanya sekadar untuk bersolat dan bukanlah untuk bertemu baginda.

Sebaik sahaja bas berhenti dihadapan hotel, yang jaraknya hanya dalam 50m sahaja dari pintu masuk masjid Nabawi, hati ini meronta-ronta untuk segera pergi dan masuk ke dalam masjid. Malah mungkin rezeki kami telah ditentukan oleh-Nya, kami mendapat bilik yang menghadap betul-betul ke Masjid Nabawi, malah dari tingkap bilik kami boleh nampak kubah hijau yang menjadi penanda bahawa di situlah tersemadinya jasad baginda. Subhanallah, betapa bersyukurnya perasaan ketika itu dengan rezeki yang telah ditetapkan untuk kami.
masjid nabawi dan kubah hijau
Selesai urusan check in, kami bergegas bersiap untuk menunaikan solat zuhur yang pertama di Masjid Nabawi. En asben turun lebih awal bersama blong memandangkan beliau lebih afdal untuk solat berjemaah di dalam masjid, manakala saya menyiapkan adik acad, membersihkan dia sebelum bergerak ke masjid. Memandangkan ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke masjid ini, maka saya tidak tahu ke manakah arah tuju dan tempat solat untuk wanita kerana masjid ini sangat besar. Jadi saya hanya sekadar mengikut arus sahaja. Malangnya nasib saya kerana ketika kami bergerak ke masjid, azan zuhur telah berkumandang dan apabila kami sampai, pentugas-petugas sudah tidak membenarkan kami dan jemaah lain untuk masuk ke dalam masjid kerana sudah penuh.

Maka saya mencari ruang lain untuk bersolat. Walaupun tidak dapat masuk ke dalam masjid, tetapi sebenarnya, di kawasan luar juga merupakan tempat menunaikan solat para jemaah. Ruang yang sangat luas dan selesa disediakan untuk para jemaah menunaikan solat, cuma bezanya tiada carpet dihamparkan. Nasib baik saya memang telah bersediakan dan turut membawa sejadah. Lalu saya pun mencari ruang untuk saya dan adik acad bersolat.
solat di masjid nabawi
ceria di Masjid Nabawi walaupun setelah menempuh perjalanan lebih dari 12 jam
Sepanjang kami berada di Madinah, saya dan en asben telah bersetuju untuk membawa anak seorang satu, yang mana en asben akan membawa blong manakala saya pula akan membawa adik acad. Persetujuan ini berlangsung juga semasa kami berada di Mekah dan alhamdulillah sepanjang kami berada di sana, kedua-dua anak kami telah dipelihara oleh-Nya dan mereka tidak meragam atau pun mendatangkan sebarang masalah kepada kami. Malah saya yang sebelum bertolak ke sana telah diserang morning sickness yang teruk juga langsung tidak mengalami sebarang masalah sepanjang di sana. Inilah doa yang telah saya pohon sebelum kesana, iaitu meminta dari-Nya supaya segala urusan dipermudahkan, dan alhamdulillah doa saya telah dimakbulkan oleh-Nya.

3 hari di Madinah, selain beriktikaf di Masjid Nabawi dan mengikuti ziarah ke tempat bersejarah di sana, kami tidak sempat untuk membeli-belah di sana. Hanya pada pagi sebelum bertolak ke Mekah sahaja kami sempat pergi membeli sehelai jubah untuk adik acad dan juga jubah yang telah dipesan oleh kawan saya. Tiada masa yang lebih bermanfaat selain berada di dalam masjid dan membaca AlQuran sepanjang berada di bumi Madinah.

Peluang untuk berkunjung ke Raudhah adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Untuk jemaah wanita, ada masa-masa yang telah ditetapkan untuk masuk ke Raudhah, malah terdapat 2 sahaja pintu masjid yang dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Waktu yang dibenarkan untuk masuk adalah selepas isya, selepas subuh dan selepas zuhur sahaja. Maka, pada malam pertama kami di sana, mutawif wanita yang ditugaskan telah membawa rombongan kami untuk masuk ke kawasan Raudhah. Jam 9pm kami bergerak dari masjid, namun disebabkan ramainya jemaah wanita ketika itu yang juga hendak masuk ke kawasan Raudhah, menyebabkan kami terpaksa menunggu giliran hampir 2jam setengah. 

Ini kerana kawasan tersebut sangat kecil berbanding jumlah orang yang ingin masuk ke situ. Mujur pada malam tersebut, saya tidak membawa adik acad bersama kerana keadaan di situ adalah sangat hectic. Mungkin kerana waktu sudah hampir larut malam, dan ramai yang sudah tidak sabar dan kepenatan kerana terlalu lama menunggu membuatkan keadaan agak kucar-kacir. Saya sendiri terpaksa merempuh orang untuk meloloskan diri masuk ke kawasan  Raudhah yang merupakan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Malah di situ jugalah terdapatnya makam  baginda Rasulullah, serta tempat-tempat yang bersejarah memandangkan itu adalah rumah baginda dan Siti Aishah. 

Pada mulanya saya ingat saya sudah tidak berpeluang untuk menunaikan solat di dalam kawasan itu kerana keadaan yang sangat kucar-kacir. Malah apabila melihat ada jemaah yang telah dilanggar dan dipijak ketika solat membuatkan hati ini takut, tambahan pula saya sedang mengandung. Namun rezeki Allah masih berpihak kepada saya. Mujur ada ahli rombongan yang bekerjasama membantu kami untuk bersolat secara bergilir-gilir dengan membantu menjaga kami yang sedang bersolat. Solat sunat 1 rakaat, doa yang khusus dan memberi salam kepada baginda dan sahabat-sahabat baginda walaupun sekadar dari jauh adalah pengalaman yang sangat bermakna. Air mata langsung tidak berhenti mengalir, terutama apabila melihat pintu makam baginda. Walaupun hati ini meronta untuk pergi dekat dengan makam baginda, dan memegang tiang-tiang yang dikatakan mempunyai sejarah tersendiri, namun hajat itu terpaksa dilupakan. Mungkin itu bukan rezeki saya untuk kali ini. Namun, masih bersyukur kerana hajat untuk masuk ke Raudhah telah dimakbulkan oleh-Nya. Akan tetapi, sempat saya titipkan doa agak kunjung saya di lain kali akan diberikan peluang untuk pergi hampir ke pintu makam baginda.
kubah hijau, makam nabi
Menziarahi tempat-tempat bersejarah yang lain, serta menunaikan peluang menunaikan solat di masjid Quba' adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan juga. Terasa betapa bersyukurnya kerana diberi peluang ini, pada usia yang masih muda, malah berpeluang membawa anak-anak bersama, adalah rezeki yang sangat berharga. Tiada apa lagi yang dapat diucapkan selain rasa bersyukur ke hadrat Illahi.
kenangan di Masjid Quba'
seronok dan ceria sepanjang trip ziarah di Madinah
Posing jap di Ladang Kurma bersama kawan baru
Bergambar di kawasan perkuburan Bapa saudara Nabi, Hamzah
Jabal Rahmah yang mencatat sejarah bg Nabi Adam dan Hawa, begitu juga kami
Semoga pemergian kami ke sana kali ini bukanlah yang terakhir dan akan dijemput lagi untuk ke sana setiap tahun. Amin.... ^__^

shaklee membership