Showing posts with label selera makan. Show all posts
Showing posts with label selera makan. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Buang Angin Dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee

December 20, 2013
Ibu mengandung memang mudah berangin. Nak-nak pulak di awal kehamilan sebab selera makan berkurang akibat daripada alahan/morning sickness. Adakalanya keadaan ini berlanjutan walaupun pada trimester ke-2. Ada ibu mengandung yang berselera nak makan, tetapi apabila makanan terhidang di depan mata, selera tu entah ke mana. Akibatnya perut akan dimasuki angin kerana tiada makanan yang masuk.

Seperti saya sendiri, apabila angin mula menyerang, bukan setakat perut terasa kembung, tekak mual, malah ianya akan berjangkit sehingga ke pinggang dan juga kaki. Apabila keadaan ini berlaku, langsung tiada satu kerja pun yang dapat dilakukan kerana badan terasa sangat lemah. Bayangkan bagaimana nak menguruskan anak-anak yang lain dan juga suami jika keadaan berpanjangan seperti ini. Pasti ini akan menyebabkan anak-anak terasa terpinggir, begitu juga dengan suami. Lebih malang jika suami adalah jenis yang tidak mengambil berat / tidak faham dengan keadaan si isteri (nasib baik en asben ku jenis yang faham, alhamdulillah...)

Jadi bagaimana nak atasi keadaan ini? Sebab ianya memang sangat merimaskan dan menyekat pergerakan dan aktiviti seharian ibu mengandung. Antaranya :

1- Amalkan pemakanan yang berulang-ulang. Makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Makanan yang diambil pula bukan lah makanan ringan yang tidak berkhasiat dan bukan la juga nasi setiap masa, tetapi ianya merangkumi buah-buahan, snek-snek yang sihat seperti kekacang dan sebagainya.

2- Jika terasa mual, bancuh dan minum la minuman kegemaran anda secara suam. Ini kerana, minuman yang suam ini mampu membantu menolak angin yang berlegar-legar dalam badan supaya keluar sama anda melalui mulut atau pun kentut.

buang angin dengan peppermint ginger plus shaklee3- Boleh juga telan 2 biji Peppermint Ginger Plus Shaklee yang sememangnya terbukti mampu membantu membuang angin-angin yang berlebihan dalam badan. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah bahan-bahan yang sememangnya digunakan secara tradisional untuk tujuan ini seperti halia.

Sebaiknya, ibu yang mengandung adalah disarankan supaya makan mengikut masa dan tidak memandang ringan mengenai pemakanan sepanjang temph mengandung ini kerana ianya bukan sekadar melibatkan ibu itu sahaja, sebaliknya juga bayi yang dikandung dan juga orang-orang tersayang yang berada disekeliling. Sememangnya menjadi seorang ibu adalah satu tanggungjawab yang besar, kerana bukan sekadar menjaga diri sendiri tetapi lebih dari itu.

Jadi, sentiasa pastikan diri ibu sentiasa sihat, cergas dan ceria setiap hari supaya segala perancangan dan aktiviti berjalan lancar sentiasa. Akhir kata, jangan lupa untuk mendapatkan sebotol Peppermint Ginger Plus Shaklee hari ini juga demi mengeluarkan angin-angin yang tidak sihat dalam badan anda. Ianya juga sesuai untuk suami yang sering mengalami keletihan, kelesuan akibat bekerja di pejabat. Jangan lepaskan peluang ini kerana stok Peppermint Ginger Plus Shaklee ini adalah sangat TERHAD!!

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday, 12 November 2013

Ubat Cacing Untuk Anak-Anak

November 12, 2013
ubat cacing kanak-kanak

Biasa orang bagi anak-anak makan ubat cacing berapa kerap dalam setahun? Kalo tak silap, 6 bulan sekali kan? Saya pun sebenarnya jarang-jarang bagi blong & adik acad makan ubat cacing, sebabnya, tak rasa keperluan untuk beri diorang makan ubat cacing. Dah la budak-budak ni jenis jenuh nak makan ubat, kena paksa, kena peluk kuat-kuat, kena pujuk-pujuk dan macam-macam gaya lagi la. Sebab tu saya sangat susah hati kalau diorang ni sakit. Sebab susah hati camne nak bagi diorang makan ubat huhuhu

Apa tanda-tanda budak yang kecacingan?
  1. perut buncit tapi kerap lapar
  2. sering menggaru punggung
  3. mengadu perut tak selesa
  4. cacing keluar bersama najis ketika membuang air besar
  5. sering keletihan walaupun tiada membuat aktiviti yang berat
  6. tiada selera makan dan lain-lain lagi...
Jika anak anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda berikut, apa kata anda cuba beri mereka makan ubat cacing, especially kalo dah lebih dari 6 bulan tak bagi lagi ubat cacing.


Walaupun ada yang mengatakan setiap 6 bulan kanak-kanak perlu diberi ubat cacing, tetapi pada pendapat saya, jika anak anda bukan jenis yang kerap berkaki ayam di luar rumah, atau bukan jenis duduk di kampung-kampung dan sering ke kebun/sawah padi, maka tak semestinya kot kena bagi uabt cacing setiap 6 bulan. Ini hanyalah garis panduan sahaja, terpulang kepada ibubapa untuk mengikutnya atau pun tidak. Malah jika anda pasti yang setiap bahan mentah yang anda beli di pasar, telah dibasuh dengan sempurnanya sebelum di masak, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

ubat cacing kanak-kanakSebenarnya saya nak cerita tentang ubat cacing yang saya baru beli hari tu. Biasanya kalo orang beli ubat cacing ni, mesti beli yang jenama Zentel tu kan. Memang biasa la tu. Tapi hari tu bila saya plan nak bagi anak-anak makan ubat cacing (time tu diorang tak berselera makan tapi perut buncit - kusungguh risau), saya pun g la satu farmasi ni di Bahau. Disyorkan kepada saya 2 jenis, iaitu : Zentel & M-Zole.

Zentel ni dah biasa la...Time saya kecik dulu pun makan yang ni. Memang dah la wujud. Tapi dia punya rasa tak ingat dah macam mana, sedap ke tak. Memandangkan saya saje nak cari kelainan, so saya pun beli la both sebab ada 2 anak kan...sorang satu la. Each bottle tu bleh makan sekali untuk seorang sahaja. Harga M-Zole ni cheaper la dari Zentel, mbe sebab brandnya tak segah Zentel kot.

Walaupun dah lama beli, tapi baru kelmarin saya bagi blong makan ubat cacing ni sebab 2-3 ari ni sebelum nak tdo dia ngadu gatal kat punggung. Mulanya risau jugak time nak bagi tu, sebab blong ni memang jenis payah nak makan ubat. Saya tak cakap la nak bagi dia makan ubat cacing, just cakap blong cuba makan ni. Tapi dia tau mama nak bagi makan ubat sebenanrnya...Tapi dia tak pulak lari, duduk je diam-diam. Bila saya bukak botol tu, aroma nya wangi. Bau ubat cacing tu sedap sangat, bau pisang dan vanilla. Memang seriously baunya sedap dan menarik.

Saya pun tuang la kat sudu. Ubat cacing ni jenis kena makan sampai habis 1 botol in one shot. Satu sudu tuang, tak habis. Suap blong. Air dah memang standby, takut dia nak muntah ke apa. Tengok-tengok elok je dia telan. Pastu suap lagi, sebab stil ada. 3 kali suap baru habis sebotol (10ml). Blong pun steady je makan ubat cacing tu dan minum air, macam makan coklat je, tak ngamuk, tak nangis, tak lari. Memang terkejut la. En asben yang memang standby kat tepi blong pun terkejut gak. Kata dia, "Sedap ke ubat ni? Nape blong ok je makan?"... Saya hanya mampu angkat bahu je...

Tu jela nak cerita. Yang penting, alhamdulillah lepas blong makan ubat cacing tu, tak de plak dia ada cacing kluar time dia buang air besar. Ok je....Gatal punggung pun hilang. Selera makan memang ok je, bertambah-tambah lagi. Ok la tu...So lepas ni tau dah la kalo lepas ni nak beli ubat cacing, memang beli jenama M-Zole ni jela. Tak yah pening-pening nak bagi blong makan ubat. Now nak kena cari jalan plak nak suap adik acad ubat cacing Zentel tu. Ni lagi sorang nak kena paksa...Jenuhh...huhuhuhu...

Anak anda sering tak sihat ditaska? Mari tengok apa yang akak ni buat bila anaknya sering sakit, malah kurus kering je akibat tak de selera makan....



Bekalkan anak anda dengan khasiat secukupnya sebelum mereka ke sekolah atau tadika supaya mereka dapat belajar dengan penuh bersemangat dan aktif. Malah, imun sistem mereka juga dapat dipertingkatkan, jadi dapatlah mereka pergi ke tadika ataupun sekolah dengan sihatnya dan terlindung dari sebarang bakteria mahupun kuman. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut...
 
contact agen shaklee kemasik
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik