Biasa orang bagi anak-anak makan ubat cacing berapa kerap dalam setahun? Kalo tak silap, 6 bulan sekali kan? Saya pun sebenarnya jarang-jarang bagi blong & adik acad makan ubat cacing, sebabnya, tak rasa keperluan untuk beri diorang makan ubat cacing. Dah la budak-budak ni jenis jenuh nak makan ubat, kena paksa, kena peluk kuat-kuat, kena pujuk-pujuk dan macam-macam gaya lagi la. Sebab tu saya sangat susah hati kalau diorang ni sakit. Sebab susah hati camne nak bagi diorang makan ubat huhuhu
Apa tanda-tanda budak yang kecacingan?
- perut buncit tapi kerap lapar
- sering menggaru punggung
- mengadu perut tak selesa
- cacing keluar bersama najis ketika membuang air besar
- sering keletihan walaupun tiada membuat aktiviti yang berat
- tiada selera makan dan lain-lain lagi...
Walaupun ada yang mengatakan setiap 6 bulan kanak-kanak perlu diberi ubat cacing, tetapi pada pendapat saya, jika anak anda bukan jenis yang kerap berkaki ayam di luar rumah, atau bukan jenis duduk di kampung-kampung dan sering ke kebun/sawah padi, maka tak semestinya kot kena bagi uabt cacing setiap 6 bulan. Ini hanyalah garis panduan sahaja, terpulang kepada ibubapa untuk mengikutnya atau pun tidak. Malah jika anda pasti yang setiap bahan mentah yang anda beli di pasar, telah dibasuh dengan sempurnanya sebelum di masak, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.
Sebenarnya saya nak cerita tentang ubat cacing yang saya baru beli hari tu. Biasanya kalo orang beli ubat cacing ni, mesti beli yang jenama Zentel tu kan. Memang biasa la tu. Tapi hari tu bila saya plan nak bagi anak-anak makan ubat cacing (time tu diorang tak berselera makan tapi perut buncit - kusungguh risau), saya pun g la satu farmasi ni di Bahau. Disyorkan kepada saya 2 jenis, iaitu : Zentel & M-Zole.
Zentel ni dah biasa la...Time saya kecik dulu pun makan yang ni. Memang dah la wujud. Tapi dia punya rasa tak ingat dah macam mana, sedap ke tak. Memandangkan saya saje nak cari kelainan, so saya pun beli la both sebab ada 2 anak kan...sorang satu la. Each bottle tu bleh makan sekali untuk seorang sahaja. Harga M-Zole ni cheaper la dari Zentel, mbe sebab brandnya tak segah Zentel kot.
Walaupun dah lama beli, tapi baru kelmarin saya bagi blong makan ubat cacing ni sebab 2-3 ari ni sebelum nak tdo dia ngadu gatal kat punggung. Mulanya risau jugak time nak bagi tu, sebab blong ni memang jenis payah nak makan ubat. Saya tak cakap la nak bagi dia makan ubat cacing, just cakap blong cuba makan ni. Tapi dia tau mama nak bagi makan ubat sebenanrnya...Tapi dia tak pulak lari, duduk je diam-diam. Bila saya bukak botol tu, aroma nya wangi. Bau ubat cacing tu sedap sangat, bau pisang dan vanilla. Memang seriously baunya sedap dan menarik.
Saya pun tuang la kat sudu. Ubat cacing ni jenis kena makan sampai habis 1 botol in one shot. Satu sudu tuang, tak habis. Suap blong. Air dah memang standby, takut dia nak muntah ke apa. Tengok-tengok elok je dia telan. Pastu suap lagi, sebab stil ada. 3 kali suap baru habis sebotol (10ml). Blong pun steady je makan ubat cacing tu dan minum air, macam makan coklat je, tak ngamuk, tak nangis, tak lari. Memang terkejut la. En asben yang memang standby kat tepi blong pun terkejut gak. Kata dia, "Sedap ke ubat ni? Nape blong ok je makan?"... Saya hanya mampu angkat bahu je...
Tu jela nak cerita. Yang penting, alhamdulillah lepas blong makan ubat cacing tu, tak de plak dia ada cacing kluar time dia buang air besar. Ok je....Gatal punggung pun hilang. Selera makan memang ok je, bertambah-tambah lagi. Ok la tu...So lepas ni tau dah la kalo lepas ni nak beli ubat cacing, memang beli jenama M-Zole ni jela. Tak yah pening-pening nak bagi blong makan ubat. Now nak kena cari jalan plak nak suap adik acad ubat cacing Zentel tu. Ni lagi sorang nak kena paksa...Jenuhh...huhuhuhu...
Anak anda sering tak sihat ditaska? Mari tengok apa yang akak ni buat bila anaknya sering sakit, malah kurus kering je akibat tak de selera makan....
Anak anda sering tak sihat ditaska? Mari tengok apa yang akak ni buat bila anaknya sering sakit, malah kurus kering je akibat tak de selera makan....
Bekalkan anak anda dengan khasiat secukupnya sebelum mereka ke sekolah
atau tadika supaya mereka dapat belajar dengan penuh bersemangat dan
aktif. Malah, imun sistem mereka juga dapat dipertingkatkan, jadi
dapatlah mereka pergi ke tadika ataupun sekolah dengan sihatnya dan
terlindung dari sebarang bakteria mahupun kuman. Hubungi saya untuk
mengetahui dengan lebih lanjut...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
Org dewasa boleh x makan ubat cacing jenama m-zole ni?
ReplyDeleteM-Zole ni untuk kanak² 2 tahun keatas dan dewasa. Saya baru je makan 5 min yg lepas. Terus google cari info. Sedap sangat.. Kalau kena minum 5 botol lagi pun nak sangat²..
DeleteSalam. Apa jadi lepas makan ubat cacing tu ye? Sy baru je sehari lepas keluar cacing. Ni takut pulak nak makan. Dia keluar cacing sekor2 ke atau dia jadi najis?
ReplyDelete