Last week, kecoh orang bercerita dan menshare sana sini video mengenai kanak-kanak yang kena pukul kat nursery tu. Masa saya tengok tu, mula-mula macam tak faham, sebab gambarnya tak berapa nak clear. Plak tu sound tak bukak, sebab tak mau bagi anak-anak dengar. Lepas tengok 2 kali baru la faham apa yang orang dok marah kan sangat mengenai video tu.
Semua tahu video tu bukan lah kes yang pertama. Malah lately banyak je kes-kes macam tu, tapi rasanya yang tak direportkan dan yang mak bapak tak tau mungkin juga ada. Kesian anak-anak kecil yang diperlakukan sebegitu. Dah la awal pagi dah kena hantar ke nursery, petang pulak balik lambat, malah ada yang malam baru diambil. Bayangkan bagaimana personaliti yang akan terbentuk dalam diri kanak-kanak ini. Tak hairan la jika ada di antara anak-anak yang mula bersikap memberontak, menunjuk perasaan dan sebagainya apabila umur mereka semakin meningkat. Kerana itu ialah apa yang mereka pelajari sejak mereka masih kecil lagi.
Namun, tidak ramai ibubapa yang mempunyai pilihan. Menghantar ke nursery, anak-anak diperlakukan sebegitu. Mengambil pengasuh/pembantu rumah sendiri, dikhuatiri perkara yang sama berlaku. Jadi apa pilihan yang ada? Hendak membesarkan sendiri, sememangnya agak mustahil. Dengan harga barang-barang yang semakin melambung tinggi, tetapi gaji pula hanya bertambah sedikit sahaja, adalah agak mustahil untuk hanya salah seorang dari ibu bapa sahaja yang bekerja. Jadi, apakah penyelesaian yang terbaik untuk keadaan ini?
Saya juga tidak dapat membantu dalam hal ini kerana saya faham dilema yang dihadapi oleh ibu bapa lain dalam hal ini. Malah saya sendiri pernah mengalaminya dahulu, iaitu selepas melahirkan anak yang pertama. Walaupun anak saya dijaga oleh pembantu rumah jiran mak saya (pembantu rumah merangkap pengasuh taska, dan rumahnya betul-betul disebelah rumah mak), namun tetap muncul rasa tidak puas hati & gusar dengan cara penjagaan dan tahap keselamatan anak saya. Akhirnya saya mengambil keputusan berhenti kerja kerana tidak tahan dengan beberapa kerenah yang terpaksa saya hadapi dengan tuan punya pusat asuhan itu.
Dari pengalaman saya yang tak seberapa ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara mengenai hal ini :
- Jangan percaya 100% pada pengasuh/nursery. Anda boleh membuat spot check pada bila-bila masa, kerana anda berhak untuk mengetahui keadaan anak anda.
- Berhubung rapat dengan penjaga anak anda itu sendiri. Penjaga anak itu yang lebih tau apa yang terjadi pada anak kita berbanding tuan punya nursery
- Kalo anak anda pandai bercakap, rajin-rajin kan tanya apa yang berlaku sepanjang hari kat nursery/tadika. budak-budak diorang tak pandai menipu, so kalo ada yang diorang cerita tu meragukan, siasat segera, jangan berlengah
- Cek beg anak anda setiap hari. Tengok macam mana keadaan barang-barang yang diorang bawa balik tu. If kotor, baju bercampur muntah/kencing/tahi, siasat. Buat-buat tanya pada pengasuh kenapa teruk sangat keadaan barang-barang anak tu.
Pendek kata, jadilah ibubapa yang prihatin. Memang penat bila balik kerja nak kena buat semua benda ni, nak hadap anak-anak lagi, nak kena masak n etc, tapi tak rugi spend dalam 5-10minit setiap hari untuk buat semua ni daripada anda menyesal dikemudian hari. Duit sememangnya boleh dicari, tetapi anak-anak bagaimana? Fikir-fikirkan la ye wahai ibu bapa..(bapa turut tidak terkecuali kerana tanggungjawab ke atas anak-anak tidak sepatutnya digalas oleh ibu seorang sahaja)....
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment