Showing posts with label batuk. Show all posts
Showing posts with label batuk. Show all posts

Monday, 1 December 2014

Cuti Sekolah Kembali Lagi....

December 01, 2014
Cuti sekolah kembali lagi....

Apakah perancangan yang telah anda buat untuk anak-anak anda?

Bagi kami, memandangkan ini cuti sekolah yang terakhir sebelum blong masuk ke alam persekolahan yang sebenar, maka kami plan nak bawa dia berjalan-jalan. Tapi, dalam pada itu, kami tetap masukkan juga dia ke dalam beberapa program yang bermanfaat...

Seminggu yang lepas, blong dah selamat attend kem solat di Masjid Tengku Mizan, Kertih selama 5 hari. Mulanya, risau juga kot dia tak mau join (atau tak dibenarkan join), memandangkan program tu sebenarnya dibuka untuk umur 7-17tahun (blong 6 tahun). Alhamdulillah dia sangat seronok sepanjang program tu. Malah setiap hari bangun dengan penuh semangat sebab nak pergi.

school holiday activityMinggu ni pulak, tak de join apa-apa...Cuma ikut ayahnya ke kl..Lepak kat hotel, then trus balik rumah atuk sebab sabtu nanti maude nak bertunang (inshaAllah...). Pastu trus stay rumah atuk sampai khamis sebab nak masukkan blong kat satu program ni (actually still berbelah bagi sebab program ni 3-full day program & campur umur dari 6-12 tahun)...

Lepas tu balik kertih, then ikut ayah g training kat Gebeng....Then barulah sampai masa untuk percutian yang sebenar....Seminggu ayah dah amik cuti untuk bawa blong, bngah n anas bercuti...Tapi tak pergi tempat yang blong nak sebab keadaan cuaca yang tak menentu...InshaAllah, kali ni bawa pergi indoor je...Next time kalo ada rezeki baru g yang outdoor....

Kemanakah detinasinya itu....

Jeng..jeng...jeng....

Nantikan update dalam entry di minggu tersebut....

Till then....

*pastikan anak-anak anda kekal sihat sepanjang cuti sekolah ini supaya setiap hari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.....*

##rahsia anak-anak saya kekal sihat >>>> MEALSHAKES & VITAMIN C##

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

income shaklee business


Monday, 3 November 2014

Pengalaman Sendiri Bersama....Omegaguards Shaklee

November 03, 2014
Sambil dukung bb anas yang dok menangis je tadi (meragam nak tdo), tetiba teringat perbualan dengan seorang ibu yang dok mendukung anaknya yang menangis je masa pergi Hospital Pakar Kuantan 2 minggu lepas. Time tu kitorang nak balik dah, lepas dekat 2 jam lebih bertapa kat hospital tu sebab nak jumpa doktor kanak-kanak.

Perbualannya lebih kurang gini...
 
Si ibu : nak balik dah ke?
Saya : a'ah, nak g amik ubat then nak balik
Si ibu : kenapa bb?
Saya : kena ekzema. tu muka jadi merah ni..(sambil tunjuk pipi bb anas). bb ni kenapa?
Si ibu : berkahak. banyak doktor dah pergi, ubat macam-macam dah, tapi tak kurang jugak. nangis je...(memang bb tu dari dia dtg saya tgk crancy je, maknya nak duduk pun tak dapat sbb bb tu akan nangis)
Saya : oooo...anak saya ni tak pernah pulak kena...dah try buat steam wap?

pam sedut hingus babytropika creamDan perbualan bersambung lebih kurang 5 minit dengan saya share tentang steam wap, setakat pembacaan dan apa yang saya tau. Praktikalnya memang tak pernah buat sebab baby anas tak pernah lagi setakat ni berkahak tahap yang banyak sampai susah nak tidur malam. Selsema pun walaupun pernah kena, tapi bukan la tahap kritikal. Kadang sapu krim tropikal n buat sedutan hingus guna pam yang kecil tuk , dia dah ok dah. Alhamdulillah...Lagi satu tips saya, tiap pagi saya amalkan tepuk belakang dia bila dia bangun pagi.

Tapi, apa yang saya perasan, kalo bb anas ni macam ada bunyi selsema atau berkahak, bila dia berak mesti akan kluar lendir-lendir. Kiranya dia akan berak kluar taik yang biasa tu (sorry bunyi geli sikit) beserta dengan lendir. Lepas tu hilang lah bunyi selsema @ kahaknya tu. 

vitamin selsema dan batukBila saya fikir-fikir balik, adakah amalan pengambilan omegaguards yang saya dok amalkan dari dalam pantang lagi menjadi penyebab atau membantu mencairkan kahak dan selsema bb anas sekaligus membuangnya melalui najis bb anas? Kalo betul la telahan saya ni, memang sangat berbaloi la saya amalkan omegaguards ni sebab hajat dihati amik nak turunkan berat badan (berat naik melampau time preggy, oh my....) tak tau la plak dapat kesan sampingan untuk bb anas. Kesan sampingan yang sangat baik plak tu...Memang tak sia-sia...

Rupa-rupanya ramai ibu-ibu lain yang mengamalkan pemberian omegaguards ni kepada anak-anak mereka sebagai pendinding dari serangan selsema dan batuk berkahak ni....Saya je yang tertinggal keretapi rupanya hihihi......

testimoni omegaguards shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...
 
kaya dengan shaklee