Showing posts with label cergas. Show all posts
Showing posts with label cergas. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Pengalaman Pertama Ke Tadika Khalifah Cerdik Kerteh

February 12, 2015
3 tahun dok ikut mama ulang alik amik blong skul (sebut : tadika). Adakalanya kena tinggal sebab tido tak hingat dunia masa mama nak g amik blong. Nasib skul blong dekat je dengan rumah, 5 minit je, so bila mama balik dia still tdo dengan lenanya (dilarang melakukan aksi ini ye hihihi). Memang hati dah melonjak-lonjak la nak ke tadika. Tahun lepas dapat la join playgroup, so dah terbukak la sikit minda tentang konsep tadika ni. Tapi playgroup ni mama ada sama-sama, dan 2 jam je seminggu, so still tak sama jugala.

Masuk 2015, akhirnya, sampai la masa untuk bngah berskul. Memang excited giler la. Tengok pulak unifrom cantik, siap ada butterfly lagi (recycle je uniform blong, cuma anta alter untuk kecikkan memandangkan bngan ni bersaiz mini berbanding blong)...Ada kopiah bagai, memang sukalah...

1st day skul, g dengan mama n bb anas je sebab ayah kena hantar dan tengok blong orentasi di Sekolah Al-Amin tu (blong masuk darjah 1). Bangun pagi tu memang excited jela, siap pakai baju, pakai bag pack, breakfast semua. G sekolah pun ok lagi, mama dok usha la. Nampak ok, selamba je dok main mainan. So ingat okla kan. Alih-alih, bila sampai masa parents dah kena kluar, sebab tadika nak start dah, maka bermula la pesta tangisan...

Memang macam pesta. Lepas sorang, sorang nangis. Tu belum kira yang dok panjat grill, yang dok tendang banting kat pintu grill, yang sendal grill guna tangan n kaki sebab tak mau bagi teacher tutup. Fuhhhh...Macam-macam....Bngah pun tadi yang macam cool je, tetiba join sama nangis. Mama ni dok la usha dari luar, mula nampak ok. Bila tengok budak lain nangis, dia tutup telinga dengan tangan. Tapi tak lama lepas tu, dia pun nangis sama hahaha....

Mama ni usha kejap, pastu balik la...Tunggu pukul 11.30 plak g amik dia. Time balik je, happy giler la nampak mama. 1st day, dapat juga la main playground mini kat situ. Then masuk 2nd day smpai habis seminggu, tak main dah sebab rmai budak lain. Bngah ni plak tak reti la nak berebut main dengan orang sebab dah ditrain dari kecil tak boleh rampas-rampas barang mainan.

Habis seminggu orientasi, yang mana tiap-tiap pagi memang menangis, masuk minggu ke-2, pindah ke rumah skul yang baru. Time minggu orientasi tu, semua kanak-kanak diletak dalam 1 rumah je. So ramai la kan. Tapi sebenarnya, untuk 4 tahun, pihak pengurusan dah sediakan rumah lain untuk diorang, tak campur tahun 5 & 6. Sembang-sembang dengan en asben, dia predict bngah akan menangis kat skul for a month....

Tapi, rupanya, adaptability bngah agak tinggi. Masuk minggu ke-2 ni, takde dah nangis. Pasrah je g skul. Maybe juga sebab dia tengok rumah yang baru tu, lebih ceria, lebin terang dan budak-budak lain lebih kurang besar dia je kot. So okla...Memang happy je skul....Habis skul pun, dengan happynya main mainan kat luar kelas dengan kawan-kawan. Mulut pulak potpetpotpet bila nampak mama, macam-macam cerita kluar hihihi...Tapi kalo lalu depan rumah tadika yang mula-mula tu, mesti bngah akan cakap gini, " Skul tu bngah tak nak, skul tu bngah nangis" hihihi...(padahal selang 1 pintu je antara rumah-rumah tu kuikuikui).

Mama doakan bngah akan terus gembira di tadika Khalifah Cerdik dan dapat menimba ilmu sebanyaknya di situ. Bermain dengan kawan-kawan sebaiknya dan mengenal dunia luar. InshaAllah, bngah pasti akan berjaya dunia dan akhirat. Bak tema program Little Caliph..." Read and solat at age 4 with Little Caliph"...Amin....

pengalaman ke tadika di kerteh

pengalaman ke tadika di kerteh

pengalaman ke tadika di kerteh
pengalaman ke tadika di kerteh

*********************************************

Bekalkan anak anda dengan khasiat secukupnya sebelum mereka ke sekolah atau tadika supaya mereka dapat belajar dengan penuh bersemangat dan aktif. Malah, imun sistem mereka juga dapat dipertingkatkan, jadi dapatlah mereka pergi ke tadika ataupun sekolah dengan sihatnya dan terlindung dari sebarang bakteria mahupun kuman. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut...
contact agen shaklee kemasik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Tuesday, 10 February 2015

Berjaya Megamall Kuantan Ada Tempat Mainan Untuk Kanak-kanak

February 10, 2015
Assalamualaikum....

Duduk kat kertih ni, memang seriously tak banyak tempat untuk anak-anak bermain. Playground pun ada la 2-3 tempat, tapi fasilitinya agak menyedihkan lah. Dengan rosaknya, dengan dah terkopaknya, langsung takde ciri-ciri keselamatan. Ada satu tempat tu, usha juga nak pergi, tapi tak terpergi-pergi sebab ianya kat open space, pastu langsung tak de pokok-pokok kat area situ. So kalo g waktu petang, kena tunggu tak panas sangat la pulak. Kalo time hujan memang tak dapat langsung la nak main kan.

Paling kerap kitorg g bawa anak-anak beriadah adalah kat kelab rekreasi petronas tu. Mandi swimming pool atau pun main badminton. Jadila, at least anak-anak ada la juga beriadah. Kadang bawa juga bola g court badminton tu. Budak-budak ni, janji dapat berlari dengan bebas, sukan sikit-sikit, hati sudah gembira.

Last week, kami g lagi lepak kat rumah adik kat kuantan. Hajat hati nak g repair handphone kat kuantan parade tu, tengok-tengok LED yang rosak. Terus tak jadi repair sebab kos repair tu dah boleh dapat 1 handphone baru. En asben pun g usha roof carrier untuk alza pun tak jumpa yang berkenan. 

castle bouncer kanak-kanakFikir-fikir, dah sampai kuantan, nak la bawa anak-anak g main. So kami pun menuju la ke Berjaya Megamall. Hajat nak g main kat rumah angin yang boleh lompat-lompat tu. Tak tau la namanya apa huhuhu. Tempat ni ada kat level satu Berjaya Megamall tu, betul-betul depan Mr DIY. Harga untuk seorang budak RM8 kalo tak silap. Boleh la main selama mana nak. Ada 2 benda alah ni, pastu ada a few lagi la mainan macam jongkang jongkit tu, buaian dan lain-lain. Okla untuk level blong n bngah kan...

Nak dijadikan cerita, hari tu en asben yang drive dan dia masuk parking thru entrance lain. Wah...quite scary jalan parking tu. Dah la sempit, pastu parkingnya sangat limited. Sempat la juga jumpa kereta yang selfish, yang sesuka hati parking kat laluan orang. Dah kena tegur dengan security pun tak enjak jugak. Last-last kena high beam dengan driver lain baru nak kalih.

Kami dapat parking kat level 3. Kiranya kalo kluar tangga tu trus smapai kat tempat boling dan panggung wayang tu. Kluar dari tangga, trus nampak sesuatu yang membuatkan blong n bngah melompat keriangan. Tempat main yang sangat best, macam yang diorang biasa g kat The Mines. Siap ada area pasir tu lagi. Apa lagi...Terus budak-budak ni bukak selipar, dan masuk. Kelam-kabut la en asben nak membayar. Tak menyempat-nyempat dah diorang nak main. Dan bermain la mereka 2 beradik dengan gembiranya beberapa jam. Satu yang saya suka tempat-tempat macam ni adalah, kita boleh kluar dan masuk sepanjang hari tanpa had. Kira berbaloi la dengan harga yang dibayar kan. Sesekali bagi anak-anak happy, apa salahnya.

Jom layan gambar-gambar tempat tu. Nanti anda pun boleh la bawa anak anda bermain kat situ sampai diorang pengsan hihihi....

tempat main kanak-kanak di kuantan
main pasir ni memang favourite bngah

tempat main kanak-kanak di kuantan
tempat main yang luas

tempat main kanak-kanak di kuantan
turut disediakan tempat duduk untuk ibubapa yang menunggu anak bermain
tempat main kanak-kanak di kuantan
happily main pasir yang tak mengotorkan baju & seluar
tempat main kanak-kanak di kuantan
panjat ball tower pula
tempat main kanak-kanak di kuantan
turun kat slides berpusing
tempat main kanak-kanak di kuantan
soft board everywhere
tempat main kanak-kanak di kuantan
the happiness - priceless
tempat main kanak-kanak di kuantan
the smiles - priceless
tempat main kanak-kanak di kuantan
ada juga slides biasa
tempat main kanak-kanak di kuantan
information
tempat main kanak-kanak di kuantan
the entrance
Inginkan anak anda sihat dan cergas selalu? Berikan mereka khasiat yang mereka perlukan setiap hari semaksimum mungkin agar mereka dapat membesar dengan cerdasnya. Set anak bijak Shaklee membantu anak anda mendapatkan nutrisi secukupnya setiap hari.

anak cergas shaklee

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

agen shaklee kemasik

Monday, 1 December 2014

Program Cuti Sekolah Lagi....Tapi Dah Lepas...

December 01, 2014
Lagi tentang program cuti sekolah...

Tapi ni cerita bulan Jun ari tu la...Baru berkesempatan nak citer...But then, still tak terlambat nak citer sebab ada kesinambungan dari program tu yang hanya berlaku pada hujung tahun ni...Cantik btul aturanNya...

Cuti 2 minggu, spend kat Kertih je sebab ayah keje n mama plak dah sarat waktu tu pregnantkan bb anas (kenali bb anas di sini...). Takkan termenung je kat rumah kot kan...Maka bila teacher playgroup bngah (pe benda playgroup tu...), cakap diorang ada organize 1 program untuk kanak-kanak, trus mama ni bagitau ayah n trus registerkan nama blong. Program namanya : Little Chef & Origami kalo tak silap... Sebelum tu tanya dulu blong dia minat ke tak nak join, bila dia ok then baru proceed...Tak mau la paksa-paksa, rugi je nanti...

Tiba harinya...Bersiap la blong n bngah di awal pagi...Siap-siap breakfast dengan milo campur mealshakes shaklee dan 2 biji vitamin c chewable serta roti bakar feveret dia...Plan asal, mama hantar je blong, then mama balikla dengan bngah. Sekali blong buat plak perangai tak-bagi-mama-balik...Maka stay la mama disitu bersama bngah. Tapi ada hikmahnya...Ianya dapatla mama jadi sukarelawan kat situ memandangkan diorang pun tak cukup orang (tapi untuk meja blong jela hihihi)

So memasak la blong (barang-barang dah siap disediakan, tinggal nak gaul n buat je) dan berorigami la buat beberapa benda...Bngah pun tak menang tangan, sibuk nak join jugak hukhuk....

wahm shaklee
riang sebelum klas start
wahm shaklee
belek-belek manual yang bakal dibelajar nnt
wahm shaklee
masak : gaul2 je bahan-bahan macaroni tu
 Half day spend masa teman blong, balik semua pengsan kepenatan...Dan lepas klas tu, blong trus macam minat tentang masak-masak ni. Bila mama masak, mula la dia nak tengok...dan rajin juga tolong mama kat dapur lepas tu...

Nak jadi cerita, sekali..Untuk persembahan kelas tadika dia sempena ihtifal hari tu, cikgu kelas blong datang jumpa mama minta kebenaran blong jadi ketua chef dalam persembahan klas ganti tempat kawannya yang tetiba tak mau plak...Blong pun excited je...Dah la minat nak jadi chef...suka pulak tu buat muffin..n dah hafal lagu Muffin Man dari kecik, so memang jalan trus la....2 minggu je practice, alhamdulillah lancar je semuanya, dah to suprise mama dan ayah..blong langsung tak gugup buat persembahan kat depan orang ramai...Alhamdulillah....
persembahan ihtifal tadika an nur kertih
ketua chef...lelaki sensorang...
Terus lepas tu bila tanya cita-cita...jawabnya dengan penuh confident..."Saya nak jadi chef"...tak kisah la...janji belajar btul-btul dulu sekarang ni ye nak....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jutawan shaklee