Januari 2014 Shaklee sales...Alfalfa Complex....Salah satu vitamin yang sememangnya sinonim dengan pengeluaran susu badan....Ramai yang dah mencubanya secara konsisten, dan sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Ada yang sampai terpaksa stopkan kejap pengambilannya sebab susu dah banyak sangat.
TAPI....
Betul ke Alfalfa Complex ni penyebab susu badan jadi banyak? Banyak sampai melimpah-limpah macam air terjun tu? Sungguh ke? Atau sekadar propa penjual Shaklee yang nak melariskan produknya sahaja?
Jawapannya...
Obvious SALAH dan BUKAN. Bila menyusu, kita mesti sentiasa ingat dan pegang konsep demand dan supply dalam penyusuan ni. Apa maksudnya? Maknanya di sini, ibu menyusu perlu kerap menyusukan atau mengepam susu mengikut jadual yang dicadangkan oleh pakar penyusuan. Bila ibu kerap mengosongkan payudara (melalui penyusuan/mengepam), sekaligus otak dan badan akan dapat rasakan keperluan and permintaan yang tinggi terhadap susu, seterusnya ianya akan dihasilkan dengan banyaknya.
Jika ibu malas atau menyusukan/mengepam susu dalam jarak masa yang panjang, badan tidak dapat merasakan kepentingan menghasilkan susu yang banyak. Bila ini berlaku, sekaligus menyebabkan penghasilan susu juga tidak banyak. Inilah yang kerap melanda ibu-ibu menyusu yang sering mengadu tiada/susu badan sedikit. Maka mula la episod mencari milk booster disana sini oleh si ibu itu.
Jadi, kenapa orang selalu mengaitkan alfalfa dengan penghasilan susu badan yang banyak? Ini kerana alfalfa memang memang membantu dapat penghasilan susu badan, tetapi hanyalah sebagai pemangkin sahaja dan bukanlah faktor utamanya. Jadi ibu-ibu masih perlu merajinkan diri untuk bangun menyusukan bayi/mengepam jika berjauhkan dengan bayi, dan bukanlah bergantung 100% kepada milk booster ini. Kerana, sememangnya tiada short-cut dalam penyusuan badan....
Namun, saya pasti ibu-ibu pasti dapat lakukannya kerana terdapat 1001 kebaikan dalam susu ibu serta faedah-faedah lain kepada para ibu...Sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita....
Note : Jangan lepaskan peluang mendapatkan Alfalfa Shaklee pada yang sedang dalam promosi di sepanjang bulan Januari 2014 ini kerana kebaikan Alfalfa Shaklee bukan sekadar untuk penyusuan sahaja ye....Ingat tahu lebih lanjut?? Hubungi saya untuk info yang lebih detail.....
JANGAN KETINGGALAN!!! ≥Ö‿Ö≤
No comments:
Post a Comment