Tanpa kita sedar, banyak makanan dan minuman di sekeliling kita yang mampu membantu penghasilan susu badan buat ibu-ibu yang menyusu. Cuma sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Jadi hari ini saya nak share beberapa makanan dan minuman yang mampu membantu anda mendapatkan susu badan yang lebih banyak tanpa perlu bersusah payah...❤❤❤
Antara makanan yang paling femes adalah halba, longan kering dan juga lobak putih. Lobak putih pasti ramai yang dok amalkan dari dalam berpantang lagi kan. Kalo saya dulu, sememangnya sup lobak putih menjadi juadah saya sepanjang berpantang. Sebab tu la susu sangat banyak lepas bersalin blong dulu. Cuma masa bersalinkan adik acad, tak berapa sangat makan lobak putih ni sebab tak sempat nak buat. Bersalin prem kan, macam-macam hal huhuhu
Kalo halba pulak, agak-agak bila susu dah nak merudum, memang trus gi beli halba, rebus dan minum. Rasanya memang subhanallah la pahit, tapi demi anak, semua pun telan hihihi..Tapi rasanya sekarang dah mudah, ada dah coklat halba, air minuman berhalba dan sebagainya. So tak de la 'bercinta' sangat nak minum air rebusan halba dah...(͡° ͜ʖ ͡°)
Jom kita lihat apa lagi yang ada....
Tidak terhad pada bahan-bahan makanan yang diatas sahaja, masih banyak lagi sumber lain seperti durian (it works for me too hihihi), sawi, kucai, pucuk manis, geti, peria, jantung pisang, betik, jintan hitam, barli, oat, tempe dan tauhu. Tapi ibu harus berwaspada juga, mungkin ada di antara sumber ini yang boleh mendatangkan alergik kepada bayi, jadi haruslah sentiasa berjaga-jaga.
Bahan-bahan di atas juga tidak semuanya perlu dimasak, ada juga yang boleh dimakan begitu sahaja terutamanya yang dalam kategori buah-buahan. Jadi be creative ye mommies...(ɔˆ ³(ˆ⌣ˆc)
Lagi satu sumber yang best, dan pada saya sangat sedap dan sangat mu dah ialah minuman yang mengandungi malt. Tips ni saya dapat dari blog Dr Harlina. It's really works jugak la, tapi bila dah kerap sangat lama dah tak menjadi hihihi...mbe sebab badan dah immune kot ho!ho!ho! so kita try plak MILO.....sedap, lazat dan berkrim...Bestkan...sambil2 minum, sambil dapat tingkatkan susu...
Jadi anda boleh la mencuba mana-mana makanan atau pun minuman yang saya sebutkan di atas ye. Kalo rajin, kongsikan lah hasilnya bersama saya....sharing is caring, caring is love...≧◠◡◠≦♥♥
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment