Saturday, 14 September 2013

Doa dan Zikir Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

Sebagai umat Islam, kita semua yakin bahawa rezeki kita semua adalah dari Allah S.W.T. Begitu juga dengan rezeki anak-anak, dan dalam hal ini adalah rezeki dari segi susu. Saya akui, sememangnya bukan mudah untuk melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun ini. Ada masanya, susu memang akan merudum, terutamanya pada waktu-waktu seperti datang bulan, stress, demam dan sebagainya. 

Namun, kita digalakkan berdoa dan meminta kepada-Nya. Jadi pada waktu-waktu yang sebegini, kita tidak seharusnya merasa down mahupun berputus asa, sebaliknya teruskan berdoa dan berzikir memohon rahmat dan kasih-sayang dari-Nya. Berikut adalah beberapa tips dan doa khas untuk para ibu yang menyusukan bayi....\ (•◡•) /

1- Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya) sebanyak 70x setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.

2- Berselawat dan berdoa setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.

3- Baca doa untuk para ibu, " Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...

4- Amalkan membaca ayat berikut yang dipertik daripada surah Ar-ad, ayat 8-9...
breastfeeding doa

5- Boleh juga diamalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurangnya selama 2 tahun....
doa ketika menyusukan bayi

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

 Selamat mengamalkannya dan semoga anda semua dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif dengan susu ibu sahaja sehingga bayi berumur 2 tahun...InshaAllah....(>‿◠)✌

Mari kita lihat antara inisiatif yang diambil oleh jururawat di IJN ini yang risaukan bayinya tidak cukup susu badan....


Dapatkan info mengenai set penyusuan Shaklee dengan menghubungi saya melalui cara-cara berikut :
contact agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

No comments:

Post a Comment