Tuesday 17 September 2013

Tips Membanyakkan Susu Badan

Soalan yang bermain di minda bila mula decide nak menyusukan anak semestinya cukupkah susu badan saya?? Mampukah diri ni nak menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Anak yang 1st dulu dapat menyusukan sekejap je, anak yang 2nd ni ada chance ke nak fully BF...

Errmmm....Jawapan saya hanyalah : BOLEH dan BOLEH...apa yang perlu hanyalah YAKIN dengan diri anda SETIAP MASA...senang kan...

Ok, macam mana pun, hari ni saya sharekan beberapa TIPS yang boleh ibu-ibu applykan bagi menjayakan tempoh penyusuan anda (dan ini adalah antara tips yang sememangnya saya sendiri gunakan) :

penyusuan susu ibu1- Pastikan ibu-ibu mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami. Tidak mengapa jika orang lain di sekeliling anda tidak menyokong niat anda untuk menyusukan bayi anda, yang penting suami mesti sentiasa disisi

2- Bergaul dengan komuniti atau kumpulan-kumpulan sokongan berkaitan penyusuan susu ibu. Kata-kata semangat daripada mereka adakalanya akan dapat membantu anda kembali bersemangat.

3- Ikut jadual penyusuan yang disyorkan oleh pakar-pakar laktasi. Sekiranya anda berkerja, pastikan anda mengikut jadual mengepam susu dengan sebaiknya. Pastikan juga anda maklumkan kepada bos anda mengenai jadual mengepam susu anda sekiranya perlu supaya tiada masalah di masa hadapan.

penyusuan susu ibu
4- Kerapkan bangun di waktu malam samada untuk menyusu mahupun mengepam kerana pada waktu malam susu akan dihasilkan dengan lebih banyak berbanding pada waktu siang. Jadi jangan sia-sia kan susu tersebut.

5- Pastikan payudara anda betul-betul dah kosong setiap kali selepas penyusuan. Setiap kali selepas bayi anda direct feeding (DF), anda masih boleh memerah/mengepam susu kerana adakalanya masih terdapat lagi susu di dalam payudara anda walaupun selepas bayi menyusu. Apabila payudara telah betul-betul kosong, otak akan dapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memenuhi permintaan bayi anda.

6- Pada setiap sesi mengepam susu, pastikan anda berada dalam keadaan yang betul-betul tenang dan tidak merasa tertekan. Dinasihatkan juga supaya anda melihat gambar-gambar bayi anda sepanjang tempoh mengepam.

7- Berdoalah setiap masa supaya urusan anda dipermudahkan oleh-Nya kerana hanya Dia yang dapat menentukan segalanya.

set 3m shaklee8- Amalkan pengambilan vitamin sepanjang tempoh penyusuan kerana ianya akan dapat membantu anda lebih segar, bertenaga, sihat dan cergas. Malah bayi anda juga akan mendapat manfaatnya juga.

9- Jika anda lebih gemarkan mengambil makanan lain yang boleh membantu penghasilan lebih banyak susu badan, adalah sangat digalakkan juga kerana semuanya adalah yang terbaik demi bayi kita semua.

10- Sentiasa yakin dengan diri anda dan bergembiralah dengan apa yang anda lalui kerana tempoh penyusuan adalah tempoh yang terbaik antara untuk anak dan ibu dalam mengeratkan hubungan anak-ibu.

Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Yakinlah bahawa susu ibu adalah yang TERBAIK untuk anak-anak kita,  melainkan keadaan betul-betul TIDAK mengizinkan anda. InshaAllah...≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment