Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Bermasker di Malam Minggu Dengan Vitamin C

September 27, 2013
RM0.00 Shaklee : Great News! Sustainable Release Vita C Plus will be available 4 sales end of Oct 13. We'll inform you when stock is ready 4 sales. TQ.

Sememangnya berita yang SANGAT ditunggu oleh semua peminat VITAMIN C ni...Dan saya pun salah sorang daripadanya. Yelah saya mula kenal dan jatuh cinta pada Shaklee ni pun disebabkan vitamin ni. Sebabnya....ada dalam entry ni...

Ok, kali ni saya nak kongsikan cara nak buat masker dengan Vitamin C ini. Bukan ESP sahaja boleh digunakan untuk buat masker, Vitamin C pun boleh juga. Ada lagi 2 vitamin pun bleh juga dijadikan masker, tapi tu kita cerita dalam lain kali ye...

Tak sabar dah nak bermasker dengan Vitamin C? Mari ikuti cara-caranya ye...
masker vitamin c shaklee
Camne? Mudah bukan...Thanks to kak Najihah yang sudi menjadi model masker Vitamin C ini. 

Cuba lihat juga dalam pic tu, banyakkan kelebihan masker Vitamin C ini. Semuanya ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cantik dan bersinar. Vitamin C ini adalah sumber masker yang sangat murah kerana sebiji Vitamin C hanya berharga tak sampai RM1 pun. Malah sebijik Vitamin C tu boleh dijadikan masker sebanyak 3 kali❣❣❣ Jadi setiap kali anda bermasker dengan Vitamin C ini, anda hanya berbelanja tak sampai 50sen pun....Tak ada masker kat luar tu yang lebih murah daripada masker Vitamin C Shaklee ini....Untung bukan?? (>‿◠)✌

Jadi apa tunggu lagi. Segera dapatkan Vitamin C Shaklee ini apabila stoknya sampai nanti. Anda juga boleh menghubungi saya untuk membuat reservation jika risau stok kehabisan. 

Oh ya, satu lagi, sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C ini, pastikan anda mendapatkannya daripada pengedar Shaklee yang sah ye dan bukanlah dari penjual Vitamin C organik/Vitamin C tiruan yang lain kerana mereka itu membeli dari Shaklee dan kemudiannya membuat repack dan menjual di pasaran dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi. Jadi pastikan anda tidak menjadi mangsa mereka. Jadi, nak senang, apa kata anda beli saja dengan saya sebab kompen anda takkan tertipu sebab saya memang pengedar Shaklee yang sah...
shaklee kerteh

Jadi bertindak la segera ye...≧◉◡◉≦
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday, 18 September 2013

Bengkak Susu...Lecithin Helppp...✿✿✿

September 18, 2013
Bengkak susu adalah cabaran yang paling besar sepanjang tempoh penyusuan. Tidak dinafikan bengkak susu sememangnya sangat sakit, bertambah teruk lagi jika jika dah dijangkiti kuman. Dah la sakit, pulak kalo sampai dah bernanah, memang bergandalah sakit. Susu pun tak boleh nak bagi kat baby, membuang dan membazir jela jawabnya..

Kalo dah tahap macam ni, ubatnya hanyalah antibiotik. Worst case senario adalah operate. Saya sendiri penah kena sampai hampir nak dioperate, tapi lepas pikir balik, untuk jangka masa panjang, cancel kan n trus rawat dengan antibiotik sahaja...Alhamdulillah akhirnya selesai dan semua nanah serta darah keluar dengan baiknya sampai betul-betul clear...

Satu lagi cara yang pada saya agak mujarab jugak, bagi case bengkak susu yang biasa-biasa je, boleh amalkan mengambil LECITHIN. tak kiralah apa brand pun, tapi sememangnya LECITHIN sangat membantu. Tahun lepas, lepas saya dapat tau LECITHIN boleh membantu memnyurutkan bengkak susu, memang trus pegi farmasi dan beli LECITIN. time tu blum kenal SHAKLEE, so beli jenama SA**A je sebab yakin dengan keHALALannya. Tapi masalah lain pulak lepas tu, susu jadi merudum. Tak tau la kenapa. 2-3 kali kena, memang saya terus amalkan LECITHIN tu tapi bila susu pulak merudum, saya pun stop dan cari alternatif lain. Alhamdulillah dipertemukan dengan SHAKLEE...terus tak risau dah nak makan LECITHIN lepas tu sebab susu pun tak merudum. Plus bleh bantu turunkan berat badan pulak tu hihihi

Ok, ni ada beberapa petua yang boleh membantu menyurutkan bengkak susu anda sekiranya anda tidak mahu mencuba mengambil LECITHIN mahupun antibiotik..

1- Pastikan anda memakai coli untuk menyusu yang mempunyai sokongan. Pastikan juga coli anda itu dipakai dengan selesa dan tidak terlalu ketat ataupun menekan payudara anda.

2- Bayi yang sedang membesar memerlukan susu yang secukupnya. Jadi susuilah bayi anda dengan kekerapan 2-3 jam sekali. Pastikan bayi menyusu dengan posisi yang betul dan cara yang betul. Sekiranya anda bekerja, pastikan anda mengepam susu mengikut jadual dan bukan lah menunggu sehingga payudara anda bengkak baru nak pergi mengepam

3- Bagi ibu yang menghadapi masalah susu susah nak keluar, boleh la amalkan menuam payudara anda dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Tekap perlahan-lahan kain tersebut pada payudara anda sambil mengurutnya dengan perlahan.

4- Boleh juga mandi dengan air suam sambil memicit dan mengurut payudara anda bagi melancarkan pengeluaran susu yang mungkin tersumbat.

urutan melegakan bengkak susu
teknik mengurut bagi melancarkan susu badan
5- Sekiranya suami ada disisi, boleh minta pertolongan beliau untuk mengurut di bahagian belakang badan
anda. Kemungkinan terdapat urat yang tidak betul sehingga menyebabkan susu tidak dapat disalurkan dengan baik.

6- Gunakan sikat untuk menyikat payudara anda dengan cara dari pangkal payudara ke arah puting anda. Lakukan perlahan-lahan. Proses ini adakalanya agak menyakitkan tetapi anda perluah bersabar dan berusaha dengan sebaiknya.

7- Susukan bayi anda sambil mengurut-urut payudara anda dengan perlahan. Pastikan teknik dan posisi penyusuan tersebut betul bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

8- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Celupkan kapas ke dalam bancuhan tersebut dan tekap perlahan-lahan ke payudara anda. Buatkan dengan berhati-hati supaya tidak terkena puting anda. Lakukannya setiap hari sehingga bengkak menyusut.

9- Dapatkan beberapa helai daun sirih, sapukan minyak zaitun dipermukaan daun sirih tersebut dan layurkan di atas tudung periuk. Apabila daun sudah agak suam, tekapkan perlahan-lahan ke payudara anda. Ianya dapat membantu melancarkan susu dan mengurangkan kesakitan bengkak susu anda.

bengkak susu10- Sekiranya bayi tidak mahu menyusu, anda bolehla membuat teknik mermet ataupun mengepam menggunakan pam supaya susu yang dihasilkan dapat dialirkan seterusnya mengurangkan bengkak tersebut.

Jadi mommies, sekiranya anda mula merasakan payudara anda mulai sakit, cepat-cepat la cari penawarnya dan jangan sampai dah membengkak teruk baru nak rawat. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.. 

 
 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday, 17 September 2013

Tips Membanyakkan Susu Badan

September 17, 2013
Soalan yang bermain di minda bila mula decide nak menyusukan anak semestinya cukupkah susu badan saya?? Mampukah diri ni nak menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Anak yang 1st dulu dapat menyusukan sekejap je, anak yang 2nd ni ada chance ke nak fully BF...

Errmmm....Jawapan saya hanyalah : BOLEH dan BOLEH...apa yang perlu hanyalah YAKIN dengan diri anda SETIAP MASA...senang kan...

Ok, macam mana pun, hari ni saya sharekan beberapa TIPS yang boleh ibu-ibu applykan bagi menjayakan tempoh penyusuan anda (dan ini adalah antara tips yang sememangnya saya sendiri gunakan) :

penyusuan susu ibu1- Pastikan ibu-ibu mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami. Tidak mengapa jika orang lain di sekeliling anda tidak menyokong niat anda untuk menyusukan bayi anda, yang penting suami mesti sentiasa disisi

2- Bergaul dengan komuniti atau kumpulan-kumpulan sokongan berkaitan penyusuan susu ibu. Kata-kata semangat daripada mereka adakalanya akan dapat membantu anda kembali bersemangat.

3- Ikut jadual penyusuan yang disyorkan oleh pakar-pakar laktasi. Sekiranya anda berkerja, pastikan anda mengikut jadual mengepam susu dengan sebaiknya. Pastikan juga anda maklumkan kepada bos anda mengenai jadual mengepam susu anda sekiranya perlu supaya tiada masalah di masa hadapan.

penyusuan susu ibu
4- Kerapkan bangun di waktu malam samada untuk menyusu mahupun mengepam kerana pada waktu malam susu akan dihasilkan dengan lebih banyak berbanding pada waktu siang. Jadi jangan sia-sia kan susu tersebut.

5- Pastikan payudara anda betul-betul dah kosong setiap kali selepas penyusuan. Setiap kali selepas bayi anda direct feeding (DF), anda masih boleh memerah/mengepam susu kerana adakalanya masih terdapat lagi susu di dalam payudara anda walaupun selepas bayi menyusu. Apabila payudara telah betul-betul kosong, otak akan dapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memenuhi permintaan bayi anda.

6- Pada setiap sesi mengepam susu, pastikan anda berada dalam keadaan yang betul-betul tenang dan tidak merasa tertekan. Dinasihatkan juga supaya anda melihat gambar-gambar bayi anda sepanjang tempoh mengepam.

7- Berdoalah setiap masa supaya urusan anda dipermudahkan oleh-Nya kerana hanya Dia yang dapat menentukan segalanya.

set 3m shaklee8- Amalkan pengambilan vitamin sepanjang tempoh penyusuan kerana ianya akan dapat membantu anda lebih segar, bertenaga, sihat dan cergas. Malah bayi anda juga akan mendapat manfaatnya juga.

9- Jika anda lebih gemarkan mengambil makanan lain yang boleh membantu penghasilan lebih banyak susu badan, adalah sangat digalakkan juga kerana semuanya adalah yang terbaik demi bayi kita semua.

10- Sentiasa yakin dengan diri anda dan bergembiralah dengan apa yang anda lalui kerana tempoh penyusuan adalah tempoh yang terbaik antara untuk anak dan ibu dalam mengeratkan hubungan anak-ibu.

Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Yakinlah bahawa susu ibu adalah yang TERBAIK untuk anak-anak kita,  melainkan keadaan betul-betul TIDAK mengizinkan anda. InshaAllah...≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday, 11 September 2013

Tips Menyambut Hari Lahir Anak di Tadika

September 11, 2013
9 September 2008, 5 tahun yang lepas, Muhammad Ashraf Hakim bin Mohd Zaha Mira Hisham telah dilahirkan. So tahun ni genap la umurnya 5 tahun..bujang dah ye hihihi...

Setiap tahun kami akan menyambut hari lahirnya di taska/tadikanya..Cuma tahun lepas je tak buat sebab time tu baru je pindah masuk tadika Petronas tu, so macam tak sempat nak berkenalan dengan cikgu-cikgu semua dan kawan-kawan. Ashraf pun time tu stil blur-blur dan malu-malu lagi kat tadika tu...

secret recipies
Soccer Fever kek from Secret Recipies
Tahun ni, masuk tadika lain plak, Tadika Annur sebab Tadika Petronas tu dah tutup. So kami pun
merancanglah nak buat jamuan sambutan hari lahirnya kat tadika tersebut...Seminggu sebelum hari lahirnya saya pun mulalah survey untuk kek hari lahir. Hajat di hati nak la beli kek yang ada shape tu kan, bentuk Angry Bird ke, bentuk Thomas ke, tapi malangnya tak jumpa. Kalo duduk kat Bangi/KL banyakla pilihan, tapi duduk kat Kerteh ni tak de plak huhuhu...So last resort tempah kat Secret Recipies jela...Jadilah, daripada tak de langsung kan...

Tapi nak dijadikan cerita, mama tersalah tarikh huhuhu....Besday on 9/9, so patutnya mintak la amik kek tu awal sehari, tapi saya g cakap nak amik pagi 9 September tu dalam pkul 10 pagi. Dah la waktu rehat untuk makan pagi tu pukul 10, so memang tak sempat la. Alih-alih bagitau cikgu Ashraf yang nak buat sambutannya hari esoknya, iaitu pada 10 September. Ditambah pulak dengan goodies bag yang tak siap so memang tak sempat la nak buat on the actual day huhuhu...

Goodies bag
Goodies bag for classmate blong n teachers
Akhirnya semalam pagi berlangsung la jamuan tersebut. Buat kecil-kecilan je, dengan classmate blong je, saje nak bagi dia seronok sambut besday dengan kawan-kawan. Saya pun bawak kek sebijik je, tak de plak bawa makanan lain sebab time jamuan tu sememangnya time makan pagi budak-budak ni, so dah memang ada makanan yang pihak tadika sediakan. Lagipun budak-budak bukannya makan banyak hihihi...Lepas dah potong kek, makan-makan dan bagi goodies kat kawan-kawan klas blong, kami pun balik la...Selesailah sudah jamuan sambutan hari lahir blong untuk tahun ni...Just a very simple jamuan untuk mengembirakan hati anak...(>‿◠)✌

Bagi ibubapa yang berhajat nak buat jamuan sambutan hari lahir di tadika anak anda, boleh la ikuti beberapa tips berikut :
  1. Maklumkan pihak tadika mengenai perancangan anda. Bincang dengan mereka akan rancangan anda.
  2. Sebaiknya maklumkan dalam seminggu sebelum hari kejadian dan bolehlah ingatkan pihak tadika sekali lagi sehari sebelum hari kejadian
  3. Buat persediaan seminggu lebih awal supaya anda tidak kelam-kabut 
  4. Pada hari kejadian, pastikan anda datang lebih awal sebelum berlangsungnya sambutan tersebut supaya anda dapat menyiapkan majlis tersebut seperti yang telah dirancangkan
  5. Pastikan juga tiada barang yang tertinggal bagi mengelakkan rancangan anda terganggu
Seronokkan sesekali dapat gembirakan hati anak-anak. Senyuman dan ciuman yang mereka hadiahkan terasa sangat bermakna...
kids n presents
hadiah birthday tahun ni...adik tmpg besday blong utk pow hadiah

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================