Showing posts with label bengkak susu. Show all posts
Showing posts with label bengkak susu. Show all posts

Friday, 16 January 2015

Rahsia Susu Melimpah Ruah Walaupun Bayi Pramatang Tinggal Di Hospital

January 16, 2015
Cabaran bagi ibu-ibu yang bersalinkan bayi pramatang ni, selain daripada masalah emosi sebab bayi tak de di sisi sepanjang masa, malah kena ulang-alik hospital-rumah walaupun masih dalam pantang, adalah susu badan yang tidak banyak. 

Biasa kita dengarkan, antara tips supaya susu badan banyak adalah dengan kerap menyusukan bayi. 

TAPI.......

Kalo dah bayi tu terbaring je dalam inkubator, saiz pun kecil je, nak pegang dan bawa keluar dari inkubator pun tak dibenarkan, agak-agak macam mana la nak susukan bayi tu sepanjang masa kan....Saya sendiri mempunyai anak yang dilahirkan pramatang. Namun, nasib saya waktu sangat baik sebab rezeki susu anak saya melimpah ruah sampai terpaksa dibuang akibat sudah tamat tempoh.

TETAPI...

Kini isu tentang ketiadaan susu oleh ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang ni boleh diatasi, janji semangat ibu tu sendiri kena kuat. Apapun, mari ikuti satu pendedahan eksklusif mengenai susu-badan-bayi-pramatang ni...


Jadi bagaimana? Sudah lebih yakinkah untuk menghadapi hari-hari bersama si manja pramatang anda? Segalanya lebih mudah kini dengan set penyusuan Shaklee. Ramai yang telah berpuas hati kerana ianya bukan sekadar membantu membanyakkan susu badan, malah turut membekalkan tenaga yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu ini sepanjang masa.

Apakah vitamin yang terdapat dalam set penyusuan Shaklee? Ini dia...

susu banyak bersama shaklee

Bulan ni ada promosi Alfalfa ye...Antara supplemen yang terbukti mampu menambahkan susu badan..Jadi, jangan lepaskan peluang anda...Grab trus 1 set (buy 6 free 1) untuk kegunaan jangka panjang (sebelum harga naik disebabkan gst huhuhu)....

Masih ragu-ragu @ mahukan lebih information?

Bleh terus contact saya disalah satu cara berikut...Konsulati secara PERCUMA akan diberikan selepas pembelian dibuat sehingga anda tidak rasa membazir langsung membeli set ini....

set menyusu shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana income dengan shaklee

Wednesday, 18 September 2013

Bengkak Susu...Lecithin Helppp...✿✿✿

September 18, 2013
Bengkak susu adalah cabaran yang paling besar sepanjang tempoh penyusuan. Tidak dinafikan bengkak susu sememangnya sangat sakit, bertambah teruk lagi jika jika dah dijangkiti kuman. Dah la sakit, pulak kalo sampai dah bernanah, memang bergandalah sakit. Susu pun tak boleh nak bagi kat baby, membuang dan membazir jela jawabnya..

Kalo dah tahap macam ni, ubatnya hanyalah antibiotik. Worst case senario adalah operate. Saya sendiri penah kena sampai hampir nak dioperate, tapi lepas pikir balik, untuk jangka masa panjang, cancel kan n trus rawat dengan antibiotik sahaja...Alhamdulillah akhirnya selesai dan semua nanah serta darah keluar dengan baiknya sampai betul-betul clear...

Satu lagi cara yang pada saya agak mujarab jugak, bagi case bengkak susu yang biasa-biasa je, boleh amalkan mengambil LECITHIN. tak kiralah apa brand pun, tapi sememangnya LECITHIN sangat membantu. Tahun lepas, lepas saya dapat tau LECITHIN boleh membantu memnyurutkan bengkak susu, memang trus pegi farmasi dan beli LECITIN. time tu blum kenal SHAKLEE, so beli jenama SA**A je sebab yakin dengan keHALALannya. Tapi masalah lain pulak lepas tu, susu jadi merudum. Tak tau la kenapa. 2-3 kali kena, memang saya terus amalkan LECITHIN tu tapi bila susu pulak merudum, saya pun stop dan cari alternatif lain. Alhamdulillah dipertemukan dengan SHAKLEE...terus tak risau dah nak makan LECITHIN lepas tu sebab susu pun tak merudum. Plus bleh bantu turunkan berat badan pulak tu hihihi

Ok, ni ada beberapa petua yang boleh membantu menyurutkan bengkak susu anda sekiranya anda tidak mahu mencuba mengambil LECITHIN mahupun antibiotik..

1- Pastikan anda memakai coli untuk menyusu yang mempunyai sokongan. Pastikan juga coli anda itu dipakai dengan selesa dan tidak terlalu ketat ataupun menekan payudara anda.

2- Bayi yang sedang membesar memerlukan susu yang secukupnya. Jadi susuilah bayi anda dengan kekerapan 2-3 jam sekali. Pastikan bayi menyusu dengan posisi yang betul dan cara yang betul. Sekiranya anda bekerja, pastikan anda mengepam susu mengikut jadual dan bukan lah menunggu sehingga payudara anda bengkak baru nak pergi mengepam

3- Bagi ibu yang menghadapi masalah susu susah nak keluar, boleh la amalkan menuam payudara anda dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Tekap perlahan-lahan kain tersebut pada payudara anda sambil mengurutnya dengan perlahan.

4- Boleh juga mandi dengan air suam sambil memicit dan mengurut payudara anda bagi melancarkan pengeluaran susu yang mungkin tersumbat.

urutan melegakan bengkak susu
teknik mengurut bagi melancarkan susu badan
5- Sekiranya suami ada disisi, boleh minta pertolongan beliau untuk mengurut di bahagian belakang badan
anda. Kemungkinan terdapat urat yang tidak betul sehingga menyebabkan susu tidak dapat disalurkan dengan baik.

6- Gunakan sikat untuk menyikat payudara anda dengan cara dari pangkal payudara ke arah puting anda. Lakukan perlahan-lahan. Proses ini adakalanya agak menyakitkan tetapi anda perluah bersabar dan berusaha dengan sebaiknya.

7- Susukan bayi anda sambil mengurut-urut payudara anda dengan perlahan. Pastikan teknik dan posisi penyusuan tersebut betul bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

8- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Celupkan kapas ke dalam bancuhan tersebut dan tekap perlahan-lahan ke payudara anda. Buatkan dengan berhati-hati supaya tidak terkena puting anda. Lakukannya setiap hari sehingga bengkak menyusut.

9- Dapatkan beberapa helai daun sirih, sapukan minyak zaitun dipermukaan daun sirih tersebut dan layurkan di atas tudung periuk. Apabila daun sudah agak suam, tekapkan perlahan-lahan ke payudara anda. Ianya dapat membantu melancarkan susu dan mengurangkan kesakitan bengkak susu anda.

bengkak susu10- Sekiranya bayi tidak mahu menyusu, anda bolehla membuat teknik mermet ataupun mengepam menggunakan pam supaya susu yang dihasilkan dapat dialirkan seterusnya mengurangkan bengkak tersebut.

Jadi mommies, sekiranya anda mula merasakan payudara anda mulai sakit, cepat-cepat la cari penawarnya dan jangan sampai dah membengkak teruk baru nak rawat. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.. 

 
 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================