Showing posts with label eksklusif. Show all posts
Showing posts with label eksklusif. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Shaklee Malaysia Membanteras Perosak Market

April 14, 2014
Produk Shaklee sememangnya telah terbukti BERKESAN, SELAMAT dan MESRA ALAM. Kerana inilah antara visi syarikat sejak dahulu lagi. Jadi tidak hairanlah jika berjuta dollar dibelanjakan oleh Shaklee setiap tahun semata-mata untuk kerja-kerja penyelidikan sebelum menghasilkan setiap produk nya. Malah, kajian-kajian yang dilakukan ke atas setiap bahan yang digunakan bukan sahaja diperiksa oleh pihak makmal Shaklee, malah ianya turut diperakui oleh pihak ketiga.

Shaklee sangat mengambil berat tentang kualiti setiap produk yang dikeluarkannya. Disebabkan itulah, Shaklee tidak menjual produk-produknya di pasaraya-pasaraya mahupun frmasi secara terbuk kerana bimbang berlakunya sebarang kerosakan kepada produknya. Oleh itu, Shaklee mengambil langkah untuk memasarkan produknya secara jualan langsung, di mana, ianya hanya boleh diperolehi daripada pengedar-pengedar yang sah sahaja. Malah, setiap produk yang ingin dibeli oleh pengguna, perlulah diberikan penerangan secara terperinci kepada bakal pembeli supaya mereka memperolehi manfaat yang semaksimum mungkin dari apa yang mereka beli.

Kini, di Malaysia, Shaklee adalah satu fenomena. Ramai rakyat Malaysia yang mula sedar tentang kepentingan supplemen/vitamin dalam kehidupan seharian mereka mula mendapatkan produk Shaklee untuk diri sendiri dan keluarga. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan positif. Namun, disebalik itu, terdapat juga pengedar-pengedar yang tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat dilanggar sehingga menjadikan standard produk Shaklee ini jatuh menjunam. Produk Shaklee yang boleh dikatakan berada di dalam kelas A telah diperlakukan seolah ianya barangan yang dijual di pasar malam dan kelihatan seperti tidak berkualiti. Sayang sekali....

Memandangkan keadaan ini semakin hari semakin meruncing, pihak Shaklee Malaysia kini telah membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap para pengedar yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat dengan membatalkan keahlian mereka. Kini, perlahan-lahan produk Shaklee kembali ke kelasnya yang sepatutnya. 

Apakah kesalahan yang paling banyak sekali telah dilakukan oleh para pengedar yang telah merosakkan market Shaklee ini sehingga dikenakan tindakan tegas? Tak lain dan tak bukan iaitu : menjual produk Shaklee kepada yang bukan ahli pada harga ahli ataupun pada harga yang lebih rendah daripada harga ahli. Ini adalah kesalahan yang dipandang serius oleh pihak Shaklee kerana ianya menyebabkan pengedar lain sukar untuk menjual pada harga yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee. Malah, ianya telah mengundang kepda masalah lain, iaitu antaranya, pembeli tidak mendapat konsultasi yang sebetulnya dan sewajarnya tentang cara pengambilan produk Shaklee yang dibeli menyebabkan mereka tidak mendapat manfaat dari apa yang dibeli. Dan ini akan menyebabkan mereka merasa tertipu sekaligus menyalahkan pihak syarikat. Bukankah ini suatu perkembangan yang tidak sihat? Oleh itu, Shaklee Malysia sangat mengambil berat tentang hal ini dan kini giat membanteras pengedar-pengedar yang melakukan kesalahan ini.

Jadi, kepada para peminat produk Shaklee, anda diseru supaya menyertai dan menjadi ahli kepada Shaklee Malaysia sekiranya anda ingin mendapatkan harga produk Shaklee pada harga yang rendah, iaitu pada harga ahli. Banyak kelebihan yang anda bakal perolehi sekiranya anda menyertai keahlian Shaklee. Anda mungkin tidak berminat untuk berniaga, tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak menyertainya.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Dapatkan manfaat semaksimum yang mungkin dari setiap produk Shaklee yang anda beli dengan mendapatkannya dari pengedar yang sah, walaupun harga yang diberikan agak tinggi. Namun, anda boleh menjadi lebih bijak, dengan menyertai kami untuk mendapatkan potongan sehingga 25% bagi produk Shaklee. Jangan lagi membuang masa anda, hubungi kami segera untuk mengetahui cara-cara untuk menyertai keahlian Shaklee yang sememangnya sangat berbaloi ini....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

pendapatan tambahan bersama Shaklee malaysia

Wednesday, 11 September 2013

Penyusuan Melalui Pengalaman Sendiri

September 11, 2013
Minggu ni rasa nak bercerita tentang penyusuan je...Ntah la kenapa, mbe sebab terasa nak menshare sedikit sebanyak ilmu berkaitan penyusuan dengan readers..

Sebenarnya, the best teacher in our life is our own experience. Seriusly saya katakan and this really apply to me. Dulu masa pregnant anak sulung, saya memang berhajat sungguh nak menyusukan blong sampai cukup umurnya 2 tahun. Mula la cari info, cari barang-barang kelengkapan untuk penyusuan, baca sana-sini, tapi end up dapat menyusu sampai blong umur 6 bulan je. Time tu saya keje, pastu stil tak cukup experience, so semangat tu kejap je ada. Sokongan memang ada dari en asben, even majikan pun tak menghalang, tapi mbe sebab semangat tu kureeeng, tambah pulak ada 2-3 kali breast bengkak sebab susu tak mo kluar, jadi macam serik.. Tapi itulah pengalaman yang terbaik sekali yang akhirnya mengajar saya macam-macam ilmu tentang penyusuan. Yelah, bila kita dah terkena sdri, barulah kita dok sibuk nak cari camne nak selesaikan masalah tu btul tak? Dan kita juga akan lebih ingat sebab tak mau dah kena lagi macam tu in futurekan...

Kedai yang saya dok pergi masa tu sememangnya MomslittleOne la. Satunya sebab dekat dengan umah mak. Time tu kdai ni baru je bukak sebab sebelum ni diorg bukak secara online je. Bertuah pulak dapat jumpa owner kdai tu, Pn Rita Rahayu, so memang banyak la yang disembangkan. Tapi walaupun banyak tips yang Pn Rita Rahayu ni bagi, saya setakat dengar jelah sebab time tu blum bersalin lagi. Blum ada experience lagi tentang penyusuan ni. Then banyak jugak la soalan-soalan yang saya tanyakan time tu Pn Rita hanya jawab gini, " Nanti baby yang akan decide sdri", "Nanti baby yang akan stopkan sdri", "Nanti puan akan tahu sdri"...

Masa Pn Rita cakap gitu, ada jugak rasa tak berapa puas hati. Tapi bila fikir-fikir balik, btul la apa yang beliau cakapkan tu. Lagipun macam mana dia nak terangkan sedangkan diri sendiri blum tempuhi lagi experience tu. Dia pun tak dapat la nak tunjukkan sebab badan kita sdri kan...

Once dah bersalin, time tu baru la tau automaticly dengan sdrinya..Memang terjawab terus la soalan-soalan saya sebab sedang dan telah melaluinya sendiri...≧◉◡◉≦

So itulah dia...Memang kita boleh blaja macam-macam benda kat dunia ni, tapi kalo kita tak applykan, kita tak laluinya, tak berguna jugak ilmu yang banyak tu..Begitu juga dalam penyusuan bayi. Kita boleh baca, kita boleh blaja tapi kalo kita tak apply, memang tak de maknalah. Lagi satu kalo nak blaja, seeloknya blajar la dengan mereka yang pakar atau sekurangnya memang mengapply ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka dan bukanlah belajar dengan mereka hanya tahu tentang teori sahaja....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================