Hari ini 28 Ramadhan, bermakna tinggal lagi sehari je kita akan berpuasa sebelum menyambut Syawal. Pasti semua persediaan telah pun siap, malah ramai yang telah mengambil cuti seawal minggu lepas untuk pulang ke kampung. Selain kita, 'mereka-mereka' yang kena ikat sepanjang bulan Ramadhan pun dah bersiap nak balik ke 'kampung' juga...Tak caya? Tengok ni..siap beratur lagi hihihi
Dalam diam, rupanya tahun ni merupakan tahun ke-3 saya menyusukan adik arsyad dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki adik acad sangat murah, meriah sungguh susu yang dikurniakan oleh Allah untuknya melalui mama. Tahun pertama, saya tidak dapat menyusukan adik acad secara direct kerana dia masih dalam inkubator (adik acad lahir tak cukup bulan). So saya hanya pam je susu sepanjang 3bulan adik acad di hospital. Tahun ke-2, iaitu tahun lepas, dapat la menyusu secara direct, dan begitu juga tahun ini.
Masa mula-mula saya decide nak menyusu adik acad sepenuhnya dengan susu badan, rasa tak yakin dapat completekan 2 tahun tu sememangnya wujud. Walaupun pasang niat nak menyusu selama 2 tahun, tapi ada juga terdetik dalam hati, jika dapat menyusu selama 1 tahun pun jadilah. Tapi nampaknya Allah telah mengizinkan dan memperkenankan permintaan saya yang pertama. Alhamdulillah...
Pada tahun pertama dan ke-2, tiada masalah yang saya hadapi, sebab sememangnya susu agak banyak. Menjenguk ke tahun ke-3 ni, ada juga la sedikit risau kuantiti susu terganggu sebab adik acad pun dah masuk 2 tahun, plus saya dah lama tak mengepam susu, hanya direct feeding je. Jadi saya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan adik acad dapat meyusu dengan secukupnya seperti biasa. Maka saya telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan susu badan sentiasa cukup, antaranya :
- Minum air masak secukupnya bermula dari waktu berbuka sehingga waktu sahur
- Melewatkan makan pada waktu sahur
- Makan kurma ketika bersahur dan berbuka
- Mengambil supplemen Shaklee seperti Vitalea, B Complex, Ostematrix, Alfalfa dan sebagainya
- Sentiasa berfikiran positif dan tidak tertekan
- Berdoa kepada Allah S.W.T
Jadi kepada para ibu yang menyusukan anak dalam bulan Ramadhan ini, jika saya mampu lakukan (menyusu anak 3 tahun berturut dalam bulan Ramadhan), saya pasti anda juga mampu melakukan. Sememangnya pada awalnya kita akan merasa bahawa ianya adalah sesuatu yang sukar, tetapi, apabila kita berfikiran positif dan berusaha untuk melakukanya dengan penuh bersemangat, pasti kita boleh, dan pastikan jangan lupa untuk berdoa kepada-Nya.
Oh ya, sekiranya nak tahu apakah makanan yang boleh membantu anda untuk menambah kuantiti susu terutamanya dalam bulan Ramadhan, boleh la dapatknya dalam Majalah PaMa keluaran Julai 2013. Jangan lupa ya...Selain itu, boleh juga ambil supplemen Shaklee terutamanya vitamin seperti ESP (Energizing Soy Protein), Alfalfa dan Ostematrix, kerana ketiga-tiga vitamin ini sememangnya sangat terkenal sebagai milk booster juga
InshaAllah tahun depan pun saya akan menyusukan anak juga dalam bulan Ramadhan tetapi bukan adik acad, tapi mungkin adik kepada adik acad sebab kami merancang untuk menambah ahli keluarga tahun depan... >_< Kalo tak sempat menyusu, mungkin masih mengandung kot hihihi...Semoga dimurahkan lagi rezeki kami...Amin...
Sempena Syawal yang menjelang tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan anda kata ada entry saya yang menyebabkan anda tersinggung, 10 jari saya susun meminta maaf... Selamat Hari Raya....
Sempena Syawal yang menjelang tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan anda kata ada entry saya yang menyebabkan anda tersinggung, 10 jari saya susun meminta maaf... Selamat Hari Raya....
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment