Bersiaran dari PNB Darby Park Apartment lagi...Baru 3 malam balik ke Kerteh, kami sekeluarga kembali lagi ke sini memandangkan en asben kena sambung kerjanya minggu lepas. Tepat jam 11.30pm tadi kami sampai ke sini and we'll be here for another 3 days, lepas tu balik Kerteh lagi sebelum balik bercuti untuk raya pulak...
Tiada apa yang nak saya kupaskan hari ini, cuma sekadar berkongsi perasaan dengan para pembaca.
Semalam merupakan closing bagi bulan Ogos untuk kami para distributor Shaklee. Alhamdulillah saya bersyukur dengan ketentuan dari Ilahi. Ada juga rezeki untuk saya bulan ini, nampaknya pertengahan bulan depan, poketku akan tebal lagi walaupun ketika itu orang lain mungkin sudah hampir 'kering' poketnya hihihihi....Rezeki Allah S.W.T. tidak boleh kita jangkakan, semuanya sudah ditentukan oleh-Nya dengan sebaiknya.
Pukul 1am tadi baru sempat saya buka Facebook untuk melihat cerita-cerita ajaib mengenai closing Julai. Dan melihatkan kepada status dari Nanny Lyna Noh di secret group Lady Boss, ramai 'adik-beradik' saya yang cemerlang pada bulan Julai. Malah bulan Julai juga menyaksikan 'kelahiran' seorang lagi Master di group Lady Boss. Tahniah kak Wan Fatihanum..(˘‿˘ʃƪ) Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai ahli group LadyBoss yang menuju ke puncak. Insha Allah saya pun akan menurut jejak langkah akak...Amin...
Segala kejayaan yang dicapai hari ini adalah bergantung kepada usaha kita. Jika banyak usaha yang dicurahkan, dan turut juga disertakan dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi, pasti hasilnya nanti akan sungguh manis. Tetapi, andainya uasaha yang dicurahkan hanyalah ibarat 'touch n go', jangan haraplah nak dapat seladang epal yang penuh dengan buah epal yang ranum. Jadi, bersedialah wahai diri, sekiranya mahukan kejayaan yang manis dihujung hari, bersedialah untuk korbankan segala 'leisure time', segala rancangan tv, segala tidur yang lena dan yang seumpamanya. Lompatlah dari 'comfort zone' yang membelenggu dirimu. Cabarlah dirimu dan atasilah segala ketakutan yang ada dalam diri itu. Inilah masa yang paling sesuai untuk sesuatu yang lebih mencabar. Bangkitlah wahai diri....ᕙ(`▽´)ᕗ Sekiranya orang lain boleh, mengapa dirimu tidak boleh?? Cungkillah sesuatu yang selama ini terpendam dari dirimu dan tunjukkanlah pada semua yang kamu juga mampu untuk melakukannya dan merubah dirimu...
Semoga diri kita semua menjadi lebih baik di masa hadapan, seseorang yang mampu menyumbang sesuatu kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara. InshaAllah...❤❤❤
**semoga suatu hari nanti, diri ini mampu menyumbang sesuatu 'yang besar' untuk agamaku yang tercinta, agama Islam. Amin**
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment