Showing posts with label Lady Boss. Show all posts
Showing posts with label Lady Boss. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Income Yang Banyak Datang Dari Kerja Kuat

August 01, 2013
Bersiaran dari PNB Darby Park Apartment lagi...Baru 3 malam balik ke Kerteh, kami sekeluarga kembali lagi ke sini memandangkan en asben kena sambung kerjanya minggu lepas. Tepat jam 11.30pm tadi kami sampai ke sini and we'll be here for another 3 days, lepas tu balik Kerteh lagi sebelum balik bercuti untuk raya pulak...

Tiada apa yang nak saya kupaskan hari ini, cuma sekadar berkongsi perasaan dengan para pembaca. 

Semalam merupakan closing bagi bulan Ogos untuk kami para distributor Shaklee. Alhamdulillah saya bersyukur dengan ketentuan dari Ilahi. Ada juga rezeki untuk saya bulan ini, nampaknya pertengahan bulan depan, poketku akan tebal lagi walaupun ketika itu orang lain mungkin sudah hampir 'kering' poketnya hihihihi....Rezeki Allah S.W.T. tidak boleh kita jangkakan, semuanya sudah ditentukan oleh-Nya dengan sebaiknya.

Pukul 1am tadi baru sempat saya buka Facebook untuk melihat cerita-cerita ajaib mengenai closing Julai. Dan melihatkan kepada status dari Nanny Lyna Noh di secret group Lady Boss, ramai 'adik-beradik' saya yang cemerlang pada bulan Julai. Malah bulan Julai juga menyaksikan 'kelahiran' seorang lagi Master di group Lady Boss. Tahniah kak Wan Fatihanum..(˘‿˘ʃƪ) Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai ahli group LadyBoss yang menuju ke puncak. Insha Allah saya pun akan menurut jejak langkah akak...Amin...

Segala kejayaan yang dicapai hari ini adalah bergantung kepada usaha kita. Jika banyak usaha yang dicurahkan, dan turut juga disertakan dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi, pasti hasilnya nanti akan sungguh manis. Tetapi, andainya uasaha yang dicurahkan hanyalah ibarat 'touch n go', jangan haraplah nak dapat seladang epal yang penuh dengan buah epal yang ranum. Jadi, bersedialah wahai diri, sekiranya mahukan kejayaan yang manis dihujung hari, bersedialah untuk korbankan segala 'leisure time', segala rancangan tv, segala tidur yang lena dan yang seumpamanya. Lompatlah dari 'comfort zone' yang membelenggu dirimu. Cabarlah dirimu dan atasilah segala ketakutan yang ada dalam diri itu. Inilah masa yang paling sesuai untuk sesuatu yang lebih mencabar. Bangkitlah wahai diri....ᕙ(`▽´)ᕗ Sekiranya orang lain boleh, mengapa dirimu tidak boleh?? Cungkillah sesuatu yang selama ini terpendam dari dirimu dan tunjukkanlah pada semua yang kamu juga mampu untuk melakukannya dan merubah dirimu...

Semoga diri kita semua menjadi lebih baik di masa hadapan, seseorang yang mampu menyumbang sesuatu kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara. InshaAllah...❤❤❤

**semoga suatu hari nanti, diri ini mampu menyumbang sesuatu 'yang besar' untuk agamaku yang tercinta, agama Islam. Amin**

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday, 24 July 2013

Bulan Ramadhan Pun Ada Kelas Shaklee...

July 24, 2013
Kelas Bersama Master Lyna & Zainul
Bertempat di Pejabat IKRAM, Shah Alam
Masa & Hari : 10pagi - 2petang, hari Ahad
Tajuk : Perjalanan Menuju Master

Sabtu petang, 'mak' Shaklee saya, Efie Muhammad tanya, dah balik Kerteh ke? Kalo belum, pergi lah join klas tu. Amik aura & tambah ilmu lagi..Yelah, bukan senang nak dapat ilmu, bukan senanag nak jumpa masters yang hebat ni, for FREE pulak tu...≧◉◡◉≦

Dalam hati, rasa nak pergi yelah, kot ada ilmu baru, bleh jugak buat tambah ilmu yang sedia ada tapi ciput je ni. Tapi, dah janji dengan en asben nak pergi beli baju raya dia & anak-anak. Yelah, alang-alang ada kat KL ka, lagi pun hari kerja mana lah sempat nak pergi beli. Memang la saya ni tak kerja, tapi takkan nak g dengan anak-anak je, camne nak beli baju en asben kan...Nanti kang ada yang pkai baju sempit time raya...Salah size punya kes, tak ke haru....

Tempat pulak lokasinya, Shah Alam...Alamak!! Shah Alam adalah sangat tak sinonim dengan diri ini..Sokmo sesat kalo gi Shah Alam. Mesti sejam la pusing-pusing sebelum sampai lokasi yang nak dituju. Pikir punya pikir punya pikir, tanya en asben. Dia cakap, g jela, buat pe nak pikir banyak. Nanti kita arrange la camne. Lagipun, 4 jam je pun klas tu, entah-entah habis awal sebab bulan puasa kan...Errrmmm...betul jugak tu...Nak pikir sesat, GPS kan ada..kebetulan pulak hari Sabtu dah diupgrade, so inshaAllah la boleh diharap...

So apa lagi alasannya?? Anak-anak boleh je bawak, bukannya satu masalah pun. Lagi pun klas Shaklee ni kan untuk family jugak, jadi itu bukan satu masalah pun . Plus en asben kan ada bleh tulun jaga & tengokkan anak-anak hohoho...Malam sabtu tu, Master Lyna pulak message kat facebook, nak mintak tumpangkan 'anak' dia untuk g klas. So okla, dah ada permintaan dari Master, so akhirnya decide untuk pergi la klas tu..Kira macam push factor la jugak..Sambil g tambah ilmu, sambil tolong orang...bulan Ramadhan ni, memang baik la kalo nak tolong-tolong ni kan hehehe

So kami pun pergi la klas tu. Sampai situ ngam-ngam 5 minit sebelum pukul 10 (kalut gak sebab kalo lambat, Master Zainul dah cakap nak kunci pintu. so rugi la kalo datang tapi tak dapat masukkan). Tengok-tengok, ramai gak la yang dah sampai, termasuk Master Lyna, tapi semuanya menunggu kat bawah, sebab PIC yang pegang kunci tak sampai lagi. And Master Zainul pun tak kelihatan, rupanya balik mandi dulu (mereka baru sampai dari Kota Kinabalu pkul 2 pagi). Fuh lega.....

Lepas suma settle, klas pun berjalan lah dengan baiknya. Walaupun tempat tersebut macam agak sempit, dan yang datang pun ada dekat 50 orang termasuk suami-suami, tapi Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar. Anak-anak pulak, masing-masing pandai-pandai bawa diri sendiri. Walaupun adakalanya bising sikit la dengan suara mereka, tapi itu adalah lumrah sebab memang setiap event kami anak-anak memang takkan disisihkan. Begitu juga dengan kaum suami. Secara tak langsung, ukhwah silaturrahim terbina di situ.

4 jam berlalu, kelas pun tamat. Blong dan adik acad, Alhamdulillah sangat behave (walaupun ada insiden blong sakit perut...haru gak, tapi settle dengan baiknya). Lepas klas tamat,  kami pun balik ke Bangi dulu untuk hantar 'anak' Master Lyna ke rumahnya. Lepas tu barulah kami bergerak ke AEON Jusco Cheras Selatan untuk mereward anak-anak dengan lunch & beli baju raya. End up, pkul 9 malam jugak la baru kami bali rumah mak. Tu pun sebab tiket parking hilang. Tak pasal je kena bayar RM20 and kena escort ke tempat parking huhuhu...Nasib bukan kena denda RM50, kalo tak, naya je..Voucher yang dapat pulak RM20 je, so ngam-ngam la untuk guna bayar denda tu huhuhu

Apa pun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan keperluan semuanya dapat dipenuhi dengan baik...Tentang klas pulak, ada jugak la ilmu yang dipelajari, tapi of course la tak boleh nak disclose kat sini kan sebab ilmu tersebut khas untuk peserta & juga group member Lady Boss je...≧◔◡◔≦  Agak-agak kalo nak tau, kena la join hihihi...

Mari layan gambar-gambar yang diambil spanjang & selepas klas. Tapi bukan dari saya la sebab kamera handphoneku sudah rosak (¬‿¬) 

Shaklee Class
talk by Master Lyna - me in the purple tudung with adik acad
Shaklee class
talk by Master Zainul (husband Master Lyna)
Shaklee class
sharing session
Shaklee class
separuh dari participants - me dah balik time ni T_T
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Saturday, 13 July 2013

Hi-Tea Group Jutawan Shaklee

July 13, 2013
Entry hari ni saje nak bercerita tentang Hi-Tea Group Jutawan Shaklee yang dinaungi oleh Presidential Master Shareeza @ K.Cery yang berlangsung pada sabtu lepas di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Majlis adalah disponsor sepenuhnya oleh K.Cery sendiri, sebagai tanda penghargaan & penaik semangat kepada ahli kumpulan Jutawan yang cemerlang sepanjang tahun kewangan 2012/2013.

Serba sedikit tentang Group Jutawan ni ye, group ni k.cery la ketuanya. Beliau start group ni sejak 3/4 tahun yang lepas, iaitu sejak beliau start buat business Shaklee ni secara online. Dalam group ni, pelbagai tips, guideline, motivasi, kata-kata perangsang, info produk dan macam-macam akan diberikan oleh beliau dan ahli group yang lain. Semuanya dilakukan dengan cara sharing atau berkongsi. Jika terdapat sebarang keraguan mengenai produk, atau isu-isu berbangkit yang berkaitan, semuanya akan dibincangkan dalam group ni. Dengan cara ini, ukhwah silaturrahim secara tak langsung terjalin sesama ahli walaupun tak pernah berjumpa dan bersua.

Sebagai umat Islam, kami juga didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan rohani di dalam group ini. Jadi ianya tidak la semata-mata mengenai Shaklee sahaja, tetapi juga membantu memantapkan amalan rohani kami yang mendekatkan kami kepada-Nya. Alhamdulillah kerana saya ditemukan dengan group yang betul, yang mengajar tentang business dan dalam masa yang sama juga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Group ini juga tidak pernah menekankan head-hunting mahupun pembelian stok yang banyak untuk mendapatkan pangkat.

Sepanjang group ini beroperasi, seramai 11 orang Masters termasuk K.Cery sendiri telah dilahirkan. Mereka ini, walaupun kini mempunyai pendapatan bulanan sehingga 5 & 6 angka, tidak pernah menunjuk-nunjuk, malah penampilan mereka biasa sahaja. Tiada unsur kemewahan yang ditunjukkan kerana itu bukanlah matlamat utama group ini. Leaders yang lain diranking masing-masing juga ramai hingga tak terkira. Seronok rasanya apabila berada di dalam group ini kerana setiap ahli mesra sesama sendiri dan berkongsi pelbagai kisah yang mampu memotivasikan masing-masing. Jumlah ahli kumpulan ini juga telah mencapai 60000+ orang.


Saya kini berada di bawah naungan Master Lyna Noh, penaung group Lady Boss dan Alhamdulillah banyak yang dipelajari di dalam group ini. Tidak banyak beza dengan group Jutawan, cuma skopnya lebih mendalam dan ada beberapa pendedahan lain yang ada dalam group LadyBoss tetapi tiada dalam group Jutawan, terutamanya teknik berkaitan blog.

Jutawan Shaklee
2% daripada ahli group Jutawan di Hi-tea Jutawan
Jika anda masih tercari-cari business apa untuk dilakukan bagi mendapatkan pendapatan sampingan, jangan segan untuk hubungi saya bagi mendapatkan informasi yang lebih mendalam sebelum anda membuat keputusan. Akan tetapi, untuk berjaya dalam business Shaklee ini, anda perlulah mempunyai sekeping hati yang kental, sanggup mengorbankan keselesaan yang anda nikmati sekarang dan sanggup membuat apa yang diajarkan oleh 'mak'/'nenek'/'moyang' anda....




**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================