Saturday, 17 August 2013

Shaklee Tu Kan Multi Level Marketing...Ok Ke??

Shaklee MLM
MLM is about networking
Ada ke lagi yang TAK tahu bahawa Shaklee ni termasuk dalam kategori MLM (multi level marketing)?
Rasanya ramai yang tahukan, tapi tak kurang juga yang tak tahu, contohnya saya sendiri. Masa mula-mula join Shaklee ni, memang langsung tak tahu apa-apa pasal Shaklee. Namanya pun tak pernah dengar, kenal pun sebab penyewa umah sebelum saya, yang saya duduk yang kami diami sekarang ni kat Kerteh tu, ada tinggalkan beberapa produk Shaklee masa dia nak pindah. Antaranya Hand Dish Wash, Fabric Softener dan sabun pencuci baju.

First time guna Hand Dish Wash tu memang terus jatuh hati la. Mana taknya, bayangkan pinggan mangkuk plastik yang bersalut minyak, yang kalo guna pencuci basuh pinggan biasa kena tenyeh beberapa kali baru btul-btul hilang kotoran minyak tu, senang je nak basuh bila guna Dish Wash tu. Tak payah nak tenyeh banyak kali atau pun ulang-ulang basuh. Memang suka sangat, tapi masa tu tak tau pun kat mana nak dapatkan produk Shaklee ni sampai la 'mak' saya, Efie Muhammad, ajak join Shaklee ni.

Ok, tu intro sikit la pasal macam mana saya berkenal dan boleh berkecimpung dengan Shaklee. Masa decide nak join, memang langsung tak tahu yang Shaklee ni MLM. Apa yang ada dalam kepala masa tu, just join sebab nak jana pendapatan dan isi masa lapang sambil jaga anak. Bila dapat memberkit, baca-baca, barulah tahu yang Shaklee ni MLM. Tapi langsung tak rasa menyesal, sebab...
  • saya berada di landasan yang betul, i.e. saya join group yang memang kuat dalam business Shaklee ni, iaitu group Jutawan Shaklee dan LadyBoss
  • walaupun MLM, tetapi saya TAK pernah dipaksa untuk bekerja untuk upline saya. maksudnya, business Shaklee yang saya buat, adalah untuk diri saya, sebabnya, bila saya bekerja keras, pendapatan yang saya dapat totally untuk diri saya, dan bukan untuk upline saya
  • dalam group ini, saya TIDAK dipaksa untuk membeli stok beribu-ribu semata-mata nak kekal diranking saya ini. saya juga TIDAK pernah dipaksa untuk membuat loan beribu-ribu semata nak beli stok yang entahkan dapat dijual, entah kan tak dapat
  • leaders dalam group ini juga TIDAK lokek untuk memberikan tunjuk ajar dari A-Z. saya TIDAK ditinggalkan seorang diri terkontang-kanting selepas join Shaklee, malah kesemua leaders sudi memberikan tunjuk ajar pada bila-bila masa sahaja
  • tiada istilah HEAD HUNTING dalam group ini, malah sekiranya saya TIDAK bersedia untuk mempunyai downline (kerana takut tak mampu nak beri tunjuk ajar), saya sendiri perlu berusaha keras untuk memastikan saya kekal efektif setiap bulan, dan bukannya pergi mencari downline semata-mata untuk kepentingan saya sendiri
Shaklee MLMTahukah anda sebenarnya mengapa perniagaan Shaklee ini dijalankan secara MLM? Sebab yang paling utama adalah : Dr Forrest C. Shaklee mahukan produknya dikongsi dengan ramai seramai mungkin orang tanpa sebarang masalah dipertengahan jalan. Apakah maksudnya "tanpa sebarang masalah dipertengahan jalan"?

Mari kita lihat perbezaan di antara perjalanan perniagaan biasa berbanding Shaklee seperti dalam carta di sebelah. Dengan ketiadaan pemborong di dalam business flow Shaklee, kos produk dapat dijimatkan, malah harga produk boleh menjadi lebih rendah apabila produk yang dikeluarkan oleh pengeluar terus sampai kepada pengguna tanpa melalui pemborong mahupun pengedar. Ini boleh berlaku apabila pengguna menjadi ahli Shaklee yang mana pengguna bukan sahaja dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah, malah boleh menikmati pelbagai lagi benefit yang ditawarkan oleh Shaklee seperti peluang perniagaan, peluang pergi ke percutian mewah secara percuma, elaun kereta dan sebagainya. Dengan ini, produk Shaklee mampu digunakan oleh lebih ramai orang tanpa sebarang bebanan pada harganya. Dan cara ini hanya boleh digunakan apabila produk Shaklee dipasarkan menggunakan teknik MLM.

Walaupun Shaklee menjalankan business secara MLM, akan tetapi, TIADA PENINDASAN yang berlaku dalam group kami. Malah cara group kami menjalankan business Shaklee ini juga jauh berbeza dengan perniagaan yang dijalankan menggunakan teknik piramid (lain kali pulak cerita).

Shaklee MLMKesimpulannya, MLM yang dijalankan di dalam Shaklee adalah lebih kepada "networking business". Kerana, apabila kita menggunakan produk Shaklee, dan berkongi kebaikan dan keberkesanannya dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, serta orang lain, secara tidak langsung, kita telah mewujudkan satu networking business. Dan kebanyakan pengedar Shaklee hari ini adalah bermula sebagai pengguna produk Shaklee yang berpuas hati dengan produk yang digunakan dan mahu orang ramai turut merasai kebaikan produk ini. Bak kata bidalan, "Sharing is Caring", jadi ramailah yang suka nak berkongsi dengan orang yang mereka rapat dan seterusnya dengan orang-orang lain. Terus secara tidak langsung membantu masing-masing mendapatkan pendapatan lebih.


Saya tutup entry kali ini dengan satu video mengenai "Bagaimana Perniagaan Shaklee Berfungsi". Selamat menonton..


 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
 




No comments:

Post a Comment