Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, 5 February 2015

Mana Larat Nak Puasa Kalau Tengah Mengandung

February 05, 2015
Dalam islam memang ada kelonggaran dalam bab puasa bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu-ibu yang sedang hamil diberi kelonggaran untuk berbuka atau tidak berpuasa sekiranya khuatir memudaratkan diri atau pun bayi dalam kandungan. Tapi, jika berkemampuan, pada saya, lebih baik la puasa je, tak de la jenuh nak menggantikan nanti. Yelah, lepas dah bersalin nanti, nak menyusu bayi pula. Dok tunda punya tunda, kang tengok-tengok dah masuk ramadhan tahun berikutnya. Tak pasal je kena bayar fidyah.

Saya sendiri dah kena. Dok menunggu hari je nak bersalinkan blong 6tahun yang lepas, masuk ramadhan. Mak saya suruh juga puasa, saya pun rasa ok je, tak de hal. Dapat la puasa 8 hari sebelum blong dilahirkan pada 9 ramadhan tahun tu. Alhamdulillah....

Honestly, berpuasa masa tengah mengandung tak delah penat sangat. Tapi kalau tengah di awal kehamilan tu, masa tengah dok mabuk lagi, time tu memang tak dinafikan lah memang susah sikit. Kalo dok teruk sangat, sampai nak berdiri pun tak larat, so better tak payah la puasa time tu, nanti bila dah ok, slow-slow la ganti kan...

Tapikan...Ada akak sorang ni, memang tengah dok mabuk la. Sampaikan puasa sunat yang biasa dibuat dalam bulan rejab dan syaaban pun tak dapat nak dilaksanakan sebab memang langsung tak larat. Namun, masuk je bulan ramadhan, dia cuba juga sedaya upaya untuk puasa dan tup-tup tengok cukup sebulan di puasa....Cekalkan.....

Jom kita dengar apa agaknya rahsia akak tu ye....


OOOOOOO...Gigih dok minum ESP rupanya...Patutla kuat dan bertenaga je dan mampu berpuasa sepanjang ramadhan....Alhamdulillah....

vitamin ketika mengandungSelain tu, ada lagi beberapa jenis vitamin untuk wanita hamil yang akak ni dok amalkan dan alhamdulillah, dengan izin-Nya, bayi yang dikandung tu, apabila lahir sahaja, dia lebih sihat dan perkembangannya lebih kehadapan berbanding adik-beradiknya yang lain. Tak banyak pun vitamin lain yang akak ni dok makan : vitalea, b complex, vitamin c, omegaguard dan juga ostematrix....5 jenis je, sekali ngap je tiap-tiap pagi, settle...
 
Perghhhh....2 daripadanya tengah dalam promosi, memang berbaloi-baloi la.....Jom cepat grab sementara tengah promosi ni, dan sementara tak de lagi penambahan harga disebabkan GST ni. Jangan lepaskan...Nanti kerugian besarrrr......Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, bayo sajelah harga mahal campur GST tu nanti hukhukhuk....
 
COD di kawasan kerteh, paka dan kemasik turut disediakan......

vitamin hamil shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
contact agen shaklee kemasik
 
 

Tuesday, 6 August 2013

3 Tahun Berturut Berjaya Menyusu Bayi Di Bulan Ramadhan

August 06, 2013
Hari ini 28 Ramadhan, bermakna tinggal lagi sehari je kita akan berpuasa sebelum menyambut Syawal. Pasti semua persediaan telah pun siap, malah ramai yang telah mengambil cuti seawal minggu lepas untuk pulang ke kampung. Selain kita, 'mereka-mereka' yang kena ikat sepanjang bulan Ramadhan pun dah bersiap nak balik ke 'kampung' juga...Tak caya? Tengok ni..siap beratur lagi hihihi

Dalam diam, rupanya tahun ni merupakan tahun ke-3 saya menyusukan adik arsyad dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki adik acad sangat murah, meriah sungguh susu yang dikurniakan oleh Allah untuknya melalui mama. Tahun pertama, saya tidak dapat menyusukan adik acad secara direct kerana dia masih dalam inkubator (adik acad lahir tak cukup bulan). So saya hanya pam je susu sepanjang 3bulan adik acad di hospital. Tahun ke-2, iaitu tahun lepas, dapat la menyusu secara direct, dan begitu juga tahun ini.

Masa mula-mula saya decide nak menyusu adik acad sepenuhnya dengan susu badan, rasa tak yakin dapat completekan 2 tahun tu sememangnya wujud. Walaupun pasang niat nak menyusu selama 2 tahun, tapi ada juga terdetik dalam hati, jika dapat menyusu selama 1 tahun pun jadilah. Tapi nampaknya Allah telah mengizinkan dan memperkenankan permintaan saya yang pertama. Alhamdulillah...

Pada tahun pertama dan ke-2, tiada masalah yang saya hadapi, sebab sememangnya susu agak banyak. Menjenguk ke tahun ke-3 ni, ada juga la sedikit risau kuantiti susu terganggu sebab adik acad pun dah masuk 2 tahun, plus saya dah lama tak mengepam susu, hanya direct feeding je. Jadi saya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan adik acad dapat meyusu dengan secukupnya seperti biasa. Maka saya telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan susu badan sentiasa cukup, antaranya :
  • Minum air masak secukupnya bermula dari waktu berbuka sehingga waktu sahur
  • Melewatkan makan pada waktu sahur
  • Makan kurma ketika bersahur dan berbuka
  • Mengambil supplemen Shaklee seperti Vitalea, B Complex, Ostematrix, Alfalfa dan sebagainya
  • Sentiasa berfikiran positif dan tidak tertekan
  • Berdoa kepada Allah S.W.T
Jadi kepada para ibu yang menyusukan anak dalam bulan Ramadhan ini, jika saya mampu lakukan (menyusu anak 3 tahun berturut dalam bulan Ramadhan), saya pasti anda juga mampu melakukan. Sememangnya pada awalnya kita akan merasa bahawa ianya adalah sesuatu yang sukar, tetapi, apabila kita berfikiran positif dan berusaha untuk melakukanya dengan penuh bersemangat, pasti kita boleh, dan pastikan jangan lupa untuk berdoa kepada-Nya.

Shaklee n breastfeeding
Oh ya, sekiranya nak tahu apakah makanan yang boleh membantu anda untuk menambah kuantiti susu terutamanya dalam bulan Ramadhan, boleh la dapatknya dalam Majalah PaMa keluaran Julai 2013. Jangan lupa ya...Selain itu, boleh juga ambil supplemen Shaklee terutamanya vitamin seperti ESP (Energizing Soy Protein), Alfalfa dan Ostematrix, kerana ketiga-tiga vitamin ini sememangnya sangat terkenal sebagai milk booster juga

Shaklee Hari RayaInshaAllah tahun depan pun saya akan menyusukan anak juga dalam bulan Ramadhan tetapi bukan adik acad, tapi mungkin adik kepada adik acad sebab kami merancang untuk menambah ahli keluarga tahun depan... >_< Kalo tak sempat menyusu, mungkin masih mengandung kot hihihi...Semoga dimurahkan lagi rezeki kami...Amin...

Sempena Syawal yang menjelang tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan anda kata ada entry saya yang menyebabkan anda tersinggung, 10 jari saya susun meminta maaf... Selamat Hari Raya....

 
 
 
 
 
 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================