Friday 12 July 2013

Koenzim CoQ10... CoQ Health Plus... Sama Ke Lain...

Entry lepas cerita pasal produk barukan, iaitu CoQ Health Plus. Tapi dalam entry tu pun ada sebut tentang CoQ10. Bunyi macam sama kan, tapi persoalannya adakah ianya sama atau berbeza? Apa benda sebenarnya CoQ ni. Macam peningkan.... >_<" Ok, x pe, jangan pening-pening, nanti pengsan plak-puasa kan.. (─‿‿─)

Ok, baca lagi ye...
CoQ Health Plus adalah nama produk baru yang dilancarkan oleh Shaklee..
Koenzim CoQ10 pulak adalah zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

coq health shakleeCoQ10 ini amat penting bagi jutaan sel tubuh, untuk menghasilkan tenaganya sendiri bagi kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

Jadi, berapakah jumlah pengambilan dietari Koenzim CoQ10 yang kita perlukan setiap hari??

keperluan coq health seharian
Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Mari lihat carta berikut bagi mengetahui jumlah CoQ10 yang kita makan setiap hari. [dipetik sumber dari : J Food Comp Anal. 2001;14(4):409-417]

Keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 akan menurun apabila usia bertambah. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan akan menurun pada 20 tahun berikutnya. Ini bermakna, pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 yang dihasilkan pada umur 20 tahun.
 level coq10 dalam badan

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pengurangan tahap CoQ10 dalam tubuh, seperti diet yang tidak seimbang, pendedahan harian kepada radikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolestrol. Oleh itu, pengambilan supplemen yang bermutu dapat membantu mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting dalam tubuh kita.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================






No comments:

Post a Comment