Jumaat lepas adalah hari bermalasan dan melepak kami sekeluarga. Semuanya gara-gara en asben yang masih kepenatan sebab baru balik dari offshore. Sepanjang hari duduk je dalam umah x de buat apa, except pagi tu adalah kluar g Pasar Tani kat padang tu, 1st tu pegi lepas 10bulan duduk kat Kerteh ni hihihi...
pasar payang, tingkat 1 |
So hari Sabtu pulak, mula ingat nak bermalasan jugak, tapi pikir balik, boring la plak sebab sama je dengan semalam. So lepas je mandi, trus kami kuar rumah dan bergerak ke Kuala Terengganu. Tujuan x de pun, cuma rasa nak g jenjalan. Nak g kuantan, baru turun last week. So KT la pilihan kami dan tempat yang dituju semestinya Pasar Payang. Tu jelah pun tempat menarik kat KT. Tapi dengarnya Pasar Payang tu nak dirobohkan...errrmmmm ≧☉_☉≦
Sampai situ, terus tuju kdai jual Kaftan. Memang kalo nak beli Kaftan, situ jela pilihan saya. Dah beli 5 helai (mak kirim 3, adik kirim 1, sendiri punya 1 je sebab x cukup duit wuarggghhhhh), jalan lagi tengok-tengok. En asben pulak beli sehelai baju yang macam baju melayu tapi dibuat dari kain pelekat. Cantik jugak sebab guna kain pelekat hitam putih yang off course coraknya menarikla. Anak-anak plak sorang beli selipar, sorang beli soft toy angry bird. Pastu beli gajus setengah kilo, dan siappp....Duit pun licin hihihi...Saje x mo bawak duit banyak, sat g banyak yang dibeli...
Lepas tu g Giant jap sebab nak korek duit, makan, n kids sempat plak main kat indoor playground 1 round sementara nak tunggu turn dapat makan kat Pizza Hut. Lepas solat, memandangkan awal lagi, kami g Taman Tamadun Islam plak. Berapa kali dah g KT tapi x penah singgah, so kali ni mesti singgah...
kami sewa yang kaler hijau, RM20 sekali sewa |
Sampai situ pkul 5.15pm....Situ tutup pkul 7pm, luas tempat 800m, so rasanya sempat kot pusing. Tapi pikir-pikir macam tak sempat kalo jalan kaki, so kami sewa basikal 3 roda yang boleh duduk 3 orang, but 2 orang kayuh. Ada disediakan tram, tapi dah selalu naik, so kali ni try basikal plak. Oh ya, harga tiket RM20/adult n kids under 6 masuk free je.
So kami pun berbasikal la pusing-pusing tengok monumen masjid yang ada. Ada sesetengah monumen turut disediakan pameran dan tayangan seperti kat monumen Taj Mahal, Kubah As Sakhrah & Masjidil Haram. Tapi ada sesetengah monumen tu kami x singgah pun, tangkap gambar dari basikal je sebab dah penat n kejar masa...
Mari layan gambar-gambar yang sempat kami tangkap sepanjang 1 jam 45minit kat situ.
Sampai balik kat pintu masuk, ngam-ngam 5minit pkul 7, tapi kaunter dah tutup. Nasib x kena kunci kat dalam hihihi..Tu pun sempat kids main playground dalam tu 1 round huhuhu....Souvenir pun x beli sebab sumanya kepenatan, so beli air jelah...
Kluar dari situ, nampak Masjid Kristal. Alang-alang dah dekat maghrib, singgah trus la, solat jama' Maghrib & Isya. Pastu terpikir plak nak mandikan kids kat situ sebab sampai umah nanti x payah dah kejut diorang untuk mandi sebab konpem diorang akan tido keletihan otw balik ni. N guess what, nasib la mandikan diorang kat masjid sebab diorang memang trus tido sampai pagi...
Pkul 8pm lebih, kami pun gerak la balik Kerteh. Sampai umah pkul 10 lebih, tak larat dah kot nak makan dinner yang heavy, so en asben n me just makan jagung rebus yang beli otw masa nak g KT tadi setongkol sorang. Lepas tu tido...
Overall ok la Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal tu, tapi nampak macam agak terbiar dan tandas masjid sikit kotor. Memandangkan both places ini adalah tempat tarikan pelancong, kerajaan sepatutnya memeliharanya dengan baik la memandangkan banyak kos yang dah dikeluarkan. Till then...(>‿◠)✌
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment