Thursday, 6 November 2014

Semperit...Tetiba Jadi Faveret....

November 06, 2014
Kuih apakah yang anda paling cari masa raya hari tu? For me, tahun ni adalah semperit. Kena pulak tahun ni turn raya kat kg en asben, so banyak la rumah yang dilawati sebab sedara mara en asben ni duduk sekampung je. Banyak pun idak la sampai 10 rumah sehari. Yelah, saya kan time tu tengah dalam pantang lagi, hujung-hujung pantang, baby anas pun masih dalam hari, so tak larat la nak g ke hulu hilir. Sat g malam baby meragam, sendiri jugak yang susah kan....

Nak cerita, kuih yang saya cari bila sampai umah orang, memang semperit je. Macam-macam rasa dan rupa ada. Tapi ada 1 rumah tu, kuih semperitnya sangat sangat sangatttt sedap. Seriously sedap, sampai anak-anak yang bukan jenis makan kuih raya pun berebut-rebut nak. Siap tapau bawak balik bleh tak hahaha..giler muka tak malu (tuan rumah adalah makcik kepada MIL, so okla, tak malu sangat hihihi)

Rupanya kuih semperit tu diperbuat menggunakan butter, instead of marjerin. Dah la sedap, harganya pun murah. Satu balang yang tinggi tu baru RM18 (kalo tak silap). Memang teringat-ingat la rasanya. Siap tanya kat Wan Induk tu bleh tak nak order lain kali. Wan Induk cakap boleh, tapi kena telefon awal-awal sebab kena bagitau orang yang buat tu. 

Masuk raya haji, semangat la mintak en asben kol kan Wan Induk sebab nak order. Bila Wan Induk kata ok, bersinar-sinar mata...Tapi...Besoknya Wan Induk kata, tak boleh sebab orang tu nak g Seremban seminggu...Wuarrghhh...Punah harapan huhuhu...

Nak jadi rezeki...Sabtu lepas g la baby & mom expo kat Shah Alam dengan kakak. Lepas dah penat memborong, sampai la masa isi perut. Kakak bawa g Restoran Lenggong (kat seksyen berapa, saya pun tak tau sebab follow dia je, blindly..). Tengah tunggu order sampai, dok la usha balang-balang biskut semperit yang memang dijual kat kedai tu. Dalam hati memang nak beli, tapi was-was dengan rasanya. Time bayar, blong bleh dengan selamba je cakap kat tokey dia nak rasa 1 bskut semperit tu hukhuk....End up en asben beli la 1 balang. Makan punya makan, sedap la pulak. Terus beli lagi 1 balang...So bawa la 2 balang balik, tapi blum pun sampai rumah, 1 balang dah nak licin...Memang sedap la...Lenkali tau dah mana nak cari kuih semperit yang sedap (tapi mahal sikit la kat kedai tu, biasalah harga bandar....sighh....)

*ada orang buat semperit bubuh mealshakes masa raya aritu, teringin gak nak buat, tapi tunggu dapur clear dulu hihihi*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...
 
buat duit dengan shaklee
 

Menang Membeli, Menang Juga Memakai

November 06, 2014
7 tahun dah usia perkahwinan kami, dan Alhamdulillah kami telah dikurniakan 3 cahaya mata. Semuanya hero belaka...Yang sulung, blong tahun ni dah 6 tahun, tahun depan 2015 start masuk sekolah rendah (tetiba rasa tua..arrghhh...)

Nak citer, masa awal-awal perkahwinan, biasalah ekonomi tahap hidung je. Nak plak tak lama lepas tu dikurniakan anak, so tak dapat la nak bermewah-mewah. Hidup pun masa tu kat rumah mak lagi sebab en asben selalu outstation, so the safest place to stay of course la rumah mak hohoho...Bila tiba masa nak beli barang-barang baby, tempat yang paling kerap dikunjungi time tu ialah warehouse sales. Tak kira la baju baby ke, peralatan baby ke, semuanya borong time warehouse sales. Tapi kadang terbabas la jugak beli baju kat kedai, biasala, anak sulung, over excited kuikuikui...

Hari ni nak share beberapa peralatan baby yang pada saya sangat diperlukan, dan harga setiapnya boleh dikira agak mahal juga. Memandangkan time tu budget agak tight, so kami beli barang hanya berdasarkan harga dan kualiti...Jenama kita tolak tepi ye...

Barang-barang yang saya nak citer jap lagi ni semuanya kami beli kat warehouse sales My Dear je (pernah dengar brand ni? konpem takkan sebab jenama ni tak la terkenal macam Mclaren ke, Anakku ke dsbnya...). Actually kami pun 1st time dengar tentang warehouse sales ni, dan brand ni, tapi memandangkan lokasinya dekat dengan rumah mak, kat Puchong je, so kitorang pun pergila...Time tu pergi naik kereta satria en asben je sebab tak plan pun nak beli banyak barang (sekarang kereta tu hanya tinggal sejarah je hukhukhuk...). Sekali beli punya beli, penuh kereta sampai kena duduk celah barang huhuhu....

1- Baby Coat
Kami beli baby coat yang 2 lapis. Diperbuat dari kayu supaya tahan lasak, dapat tampung berat baby dan paling penting tahan lama. Beli 2 lapis supaya 1 boleh letak kat bilik tidur n satu lagi (yang kecil sikit) letak kat ruang tamu. Yang kecil ni ada tayar so bleh la ditarik ke sana sini. So takdela baby keseorangan kalo nak g masak ke apa ke kan...tarik je katilnya...

mydear baby coat
baby coat yang besar, letak kat blik tidur utama
baby cot baby mydear
bb anas enjoy dalam coat yang kecik
mydear baby coat
baby coat lapis yang kecil. baru siap assemble by en asben
stroller for baby
stroller yang memang sangat best
2- Stroller
Stroller ni antara kriteria yang kami cari :
a) boleh facing depan dan belakang
b) boleh dibaringkan sampai habis
c) sesuai untuk dari infant sampai toddler
d) tak berat, mudah dilipat n saiz tak besar sangat
e) ada tingkap untuk tengok baby kalo cover ditutup esp time baby tidur
f) fabrik tak panas sangat dan ada pengudaraan yang baik untuk baby
g) tayar ada suspension, so senang nak tolak n control



3- Car Seat
Sama macam stroller, car seat pun kami cari lebih kurang macam tu. Tapi adalah yang lainnya sikit....
a) boleh guna dari infant sampai toddler
b) boleh diadjust untuk duduk dan baring
c) fabricnya selesa dan tak panas 

mydear car seat baby toddler
bngah, model car seat
car seat baby toddler
bb anas enjoy ddk kat car seat. ada head rest utk infants sbnrnya, tp tertgl..
4- Bath tub Baby
Actually time beli bath tub ni tak pikir pape, sebab masa tu tak fikir lagi camne nak mandi kan baby bila baby dah lahir. Tapi kitorang beli jugak sebab rasa macam best je hihihi...Plus ianya nampak lain dari yang biasa. Dan bath tub ni la kitorang guna untuk mandikan ketiga-tiga anak dan juga rendam bngah lepas dia sunat hari tu...

baby bath tub best
bb anas sangat enjoy masa mandi dgn bath tub ni

And guess what....kesemua barang-barang diatas masih elok dan masih kami gunakan sampai anak ke-3 ni (6 tahun tuuuu)...Malah barang-barang ni semua dah ikut kami pindah ke sana ke sini (bangi-miri-kerteh) dan semuanya masih dalam keadaan yang baik (except stroller baru je diputuskan oleh blong bulan lepas sebab dah overweight hahahaha). 

Kesimpulannya, dalam keadaan ekonomi sekarang ni yang tak menentu, dan GST coming in next year, pandai-pandai la berjimat cermat. Tak semestinya barang yang berjenama hebat tu elok dan kekal lama, adakalanya jenama biasa-biasa ni pun boleh tahan bagusnya. Jadi, sediakan budget anda, dan berbelanjalah mengikut kemampuan anda.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

part time shaklee

Wednesday, 5 November 2014

Mata Kiri Berkelip-kelip...Petanda Apakah Itu..

November 05, 2014
Hokey....Agak rimas diri ini sebenarnya...Dah dekat sebulan kelopak mata kiri ni asyik terkelip-kelip je. Mula memang la buat tak tahu je, yelah rasa macam tak de menda la...Tapi bila dah makin kerap, dan dah lama sangat, rasa tak best dan rimas plak huhuhu

Biasa orang tua-tua cakap kalo mata kiri yang dok terkelip-kelip ni, katanya ada benda yang tak baik akan berlaku. So hati ni sangat la risau, entah apa la benda buruk yang nak berlaku. Doa siang malam tak de malapetaka ataupun bencana yang menimpa kami sekeluarga dan ahli keluarga yang terdekat. Bila cakap kat en asben, dia senyum je..Biasa lah orang lelaki, part-part gini bukan diorang amik port sangat.

Sampai tak tertahan, balik rumah MIL aritu untuk kenduri akikah, citer la pada kakak ipar. Rupanya da pun baru je alami. Dia siap google lagi pasal mata kiri berkelip ni. Tak lama lepas tu, rupanya memang ada hal kurang baik la berlaku > suaminya kena audit... Trus risau tetiba dengan citer dia, tapi doa-doa la jugak sambil tu....

Nak jadi cerita, on the way balik dari rumah MIL tu ke kerteh, bleh la bateri cik city kami
mata kiri berkelip
en asben & abg ipar menaikkan cik city ke tow truck
kong masa kat stesen minyak. En asben dok berenti g isi minyak, trus lepas tu tak bleh start dah kereta. End up kami stranded la kat petronas Gambang tu. Tapi, rezeki Allah nak bagi, kakak ipar sefamily tu pun tengah on the way balik rumah diorang kat Kuantan, so minta la diorang tolong. Jump start bateri dekat setengah jam, tak boleh juga. So tinggal la kereta kat situ malam tu sebab tow truck insuran hanya boleh amik besok pagi je.

Ok, ingat stop dah la mata terkelip-kelip ni lepas hal ni. Rupanya tak....Mata kiri ni keep on berkelip lagi...So saya pun mula la tanya en google...dan hasilnya >> 

"kelopak mata kiri berkelip : seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita"

Tak tau nak percaya ke tak...Ntah betul ke tak, wallahualam....
Tapi nak citer, malam tadi, lepas terjaga dalam pukul 4pagi sebab menyusukan bb anas, saya tertidur dan mimpi jumpa 2 orang kawan lelaki masa uni dulu yang memang langsung tak rapat dan tak pernah kontek lepas habis blaja. Siap sembang-sembang macam kawan rapat lagi...Tak tau la apa plak petandanya...

Apapun, doa supaya dijauhkan dari sebarang malapetaka sentiasa di bibir setiap kali selepas solat...Semoga Allah melindungi kami sekeluarga dan orang-orang kesayangan kami....

p/s : agak-agak siapa la orang jauh yang teringin nak jumpa saya tu...errrmmm...tetiba suspen sendiri hihihi....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

jana pendapatan dengan shaklee
 

Monday, 3 November 2014

Pengalaman Sendiri Bersama....Omegaguards Shaklee

November 03, 2014
Sambil dukung bb anas yang dok menangis je tadi (meragam nak tdo), tetiba teringat perbualan dengan seorang ibu yang dok mendukung anaknya yang menangis je masa pergi Hospital Pakar Kuantan 2 minggu lepas. Time tu kitorang nak balik dah, lepas dekat 2 jam lebih bertapa kat hospital tu sebab nak jumpa doktor kanak-kanak.

Perbualannya lebih kurang gini...
 
Si ibu : nak balik dah ke?
Saya : a'ah, nak g amik ubat then nak balik
Si ibu : kenapa bb?
Saya : kena ekzema. tu muka jadi merah ni..(sambil tunjuk pipi bb anas). bb ni kenapa?
Si ibu : berkahak. banyak doktor dah pergi, ubat macam-macam dah, tapi tak kurang jugak. nangis je...(memang bb tu dari dia dtg saya tgk crancy je, maknya nak duduk pun tak dapat sbb bb tu akan nangis)
Saya : oooo...anak saya ni tak pernah pulak kena...dah try buat steam wap?

pam sedut hingus babytropika creamDan perbualan bersambung lebih kurang 5 minit dengan saya share tentang steam wap, setakat pembacaan dan apa yang saya tau. Praktikalnya memang tak pernah buat sebab baby anas tak pernah lagi setakat ni berkahak tahap yang banyak sampai susah nak tidur malam. Selsema pun walaupun pernah kena, tapi bukan la tahap kritikal. Kadang sapu krim tropikal n buat sedutan hingus guna pam yang kecil tuk , dia dah ok dah. Alhamdulillah...Lagi satu tips saya, tiap pagi saya amalkan tepuk belakang dia bila dia bangun pagi.

Tapi, apa yang saya perasan, kalo bb anas ni macam ada bunyi selsema atau berkahak, bila dia berak mesti akan kluar lendir-lendir. Kiranya dia akan berak kluar taik yang biasa tu (sorry bunyi geli sikit) beserta dengan lendir. Lepas tu hilang lah bunyi selsema @ kahaknya tu. 

vitamin selsema dan batukBila saya fikir-fikir balik, adakah amalan pengambilan omegaguards yang saya dok amalkan dari dalam pantang lagi menjadi penyebab atau membantu mencairkan kahak dan selsema bb anas sekaligus membuangnya melalui najis bb anas? Kalo betul la telahan saya ni, memang sangat berbaloi la saya amalkan omegaguards ni sebab hajat dihati amik nak turunkan berat badan (berat naik melampau time preggy, oh my....) tak tau la plak dapat kesan sampingan untuk bb anas. Kesan sampingan yang sangat baik plak tu...Memang tak sia-sia...

Rupa-rupanya ramai ibu-ibu lain yang mengamalkan pemberian omegaguards ni kepada anak-anak mereka sebagai pendinding dari serangan selsema dan batuk berkahak ni....Saya je yang tertinggal keretapi rupanya hihihi......

testimoni omegaguards shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...
 
kaya dengan shaklee
 

Wednesday, 15 October 2014

Kasih Sayang Ibu Sehingga Ke Akhir Hayat

October 15, 2014
Pagi-pagi buta ni dok mengupdate blog, bukak jap facebook sementara tunggu gambar diupload dan terjumpa cerita ni...

It's very touching..Tapi inilah kenyataan yang berlaku sebenarnya..Saya sendiri pun tidak terkecuali, tapi adakalanya memang tidak dapat nak elak kesibukan itu walaupun dah cuba. Benarlah kata pepatah, "ibu seorang mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu".

Jemput baca coretan ini yang saya petik dari seorang sahabat di dalam facebook...Lynn Dino III...

"Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan
yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Makyang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, “Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak.
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilandari ibu tanpa berjawab?


Rasa sedih membaca coretan ini?? Luangkanlah lebih masa untuk ibu anda walau dimana anda berada...Sekurangnya telefon jika tidak sempat nak balik berjumpa mereka. Jangan sampai Mak dah tiada, baru anda nak mencari...Ketiku itu, hanya batu nisan sahaja yang mampu anda tatapi dan pegang...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

jana income dengan shaklee
  

Welcome To The Family, Anas....

October 15, 2014
Hampir 4 bulan dah berlalu..Sungguh cepat masa berjalan...Ini bermakna hampir 4 bulan juga keluarga kami telah menerima ahli baru...Seorang bayi lelaki yang sangat comel, yang mana kelahirannya telah dipermudahkan oleh Ilahi..Hanya beberapa jam sahaja kesakitan yang dirasai oleh mama sebelum dia dilahirkan ke dunia...

Welcome to the family, our beloved baby boy..Muhammad Anas Hakim bin Mohd Zaha Mira Hisham...such a very adorable baby..same like you brothers....

baby boy
gambar umur 3 bulan
 Apakah maksud nama dia? Rujuk di sini untuk maksud nama anak-anak...Kita disarankan sangat supaya memberi nama yang baik-baik, yang mempunyai maksud yang baik kepada anak-anak kerana panggilan nama itu adalah satu doa. Nak pulak apabila dipanggil oleh ibu bapa..Doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab ye...

Anas bermaksud : kemesraan, cinta, kasih, mesra, periang....
Hakim pula bermaksud : bijaksana....

Semoga Muhammad Anas Hakim membesar sebagai seorang muslim yang bijaksana, penuh dengan kasih sayang dan sentiasa gembira dalam menghadapi apa juga yang dilakukan...Amin...

InshaAllah mama dan ayah akan berikan didikan yang terbaik untuk Anas dari segi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat dan juga abang-abang Anas. 

Anak-anak membesar dengan sangat pantas...jadi jangan lupa dan jangan culas untuk mengambil gambar mereka setiap hari supaya anda tidak merasa ketinggalan melihat mereka membesar. Proses pembesaran mereka ini sangat sekejap, dan ianya tidak akan boleh diulang kembali. Jadi, habiskan sekurangnya 10-15minit melayan kerenah anak-anak walau bagaimana sibuk pun anda...

baby shaklee
bangun tdo muka blur n garang
baby shaklee
disebalik toys dlm crabnya
baby shaklee
happy face bangun dari afternoon nap
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

jana income dengan shaklee 

Thursday, 8 May 2014

Trimester ke-3, Paling Mencabar (29-40minggu)

May 08, 2014
Trimester ke-3 (29-40 minggu) adalah tempoh yang tak kurang mencabar. Awal kehamilan, trimester pertama dikira mencabar kerana pada ketika itu masih di awal kehamilan. Segalanya perlu dijaga kerana fetus ketika itu masih lagi tidak berapa stabil, ditambah dengan keadaan ibu yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang sedang dialami.

Trimester ke-2 dikira agak selesa kerana kesihatan ibu sudah semakin baik, malah bayi dalam kandungan juga semakin selesa.

Namun, masuk trimester ke-3, ibu akan sekali lagi menghadapi minggu-minggu yang mencabar. Dengan keadaan perut ibu yang semakin membesar, berat badan ibu yang semakin meningkat, perubahan emosi yang tidak menentu malah terdapat juga bahagian badan ibu yang turut mengalami perubahan. Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan ibu semakin tidak selesa, malah ada sesetengah ibu yang mula mengurangkan pelbagai aktiviti harian kerana sudah tidak larat untuk melakukannya.

Ada juga ibu yang mula mengalami masalah kesihatan. Contohnya saya sendiri. Masuk sahaja trimester ke-3, saya mula tidak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Jika terlebih makan, mula la rasa nak muntah yang sangat memeritkan. Tekak terasa sangat perit sampai adakalanya terpaksa memuntahkan segala isi perut kerana terasa makanan yang dimakan sudah seperti nak keluar sendiri, terutamanya pada waktu malam. Kesannya, berat badan saya tidak naik seperti yang diharapkan ketika cek-up bulanan dilakukan, namun, alhamdulillah berat bayi naik dengan baiknya. Kuasa Allah....subhanallah...

Ok, apakah lagi perubahan yang bakal dihadapi oleh ibu-ibu dalam trimester ke-3 ni?? Mari kita lihat....

1- Sakit punggung
# ibu akan mula merasa kesakitan pada punggung. perkara ini berlaku kerana beban yang ibu pikul lebih berat berkadar langsung dengan pembesaran bayi anda di dalam kandungan

2- Payudara
# payudara akan mula mengeluarkan cecair kolostrum. kolostrum adalah makanan bayi pertama yang sangat kaya dengan protein dan antibodi
# pada timester ke-3 ini, anda juga akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar/sembelit. Ini berlaku kerana tekanan rahim yang membesar dan menghimpit usus yang menyukarkan perjalanan makanan dalam badan. Selain itu peningkatan hormon progesteron turut menyumbang kepada masalah ini

4- Pernafasan
# pada minggu ke-33 hingga ke-36, kebanyakan ibu hamil akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Ini disebabkan tekanan bayi yang berada di bawah diafragma dan menekan paru-paru ibu. Tetapi masalah ini akan hilang secara beransur-ansur setelah kepala bayi sudah turun ke rongga pinggul dan tidak lagi menekan paru-paru. ini biasanya kana berlaku pada 2-3 minggu sebelum bersalin. Anda akan berasa lega dan dapat bernafas dengan lebih mudah. Selain itu juga, rasa seperti terbakar di dada (heart burn) biasanya juga akan turut hilang. Ini disebabkan berkurangnya tekanana dari tubuh bayi kepada si ibu.

5- Kerap membuang air kecil
# pembesaran rahim di dalam perut akan menekan pundi kencing anda. Ini menyebabkan anda menjadi lebih kerap membuang air kecil. Ketika kepala bayi sudah turun ke rongga pinggul, perasaan ingin membuang air kecil anda akan lebih menjadi lebih kerap

6- Masalah tidur
# pada trimester ke-3 ini, perut ibu menjadi sangat besar dan bayi akan lebih kerap menendang pada waktu malam. Ini menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur lena pada waktu malam

7- Kemutan pada perut
# pada ketika ini, anda akan sering merasakan kemutan/kontraksi pada perut. Ini dipanggil braxton hicks contraction atau kontraksi palsu. Kontraksi ini tidak sakit dan menandakan badan anda sedang menyediakan diri untuk kelahiran. Kemutan yang dirasai merupakan rasa sakit yang tidak kuat, tidak teratur dan akan hilang apabila anda duduk atau sedang berehat

# pertumbuhan bayi akan menyebabkan peningkatan tekanan pada kaki dan pergelangan kaki anda. Tekanan ini kadangkala akan menyebabkan pembengkakan pada bahagian tubuh anda juga. Ia disebut sebahagian edema. Ini merupakan perkara biasa yang disebabkan oleh perubahan hormon yang menghalang pengeluaran air dari badan

# kekejangan pada bahagian kaki akan sering terjadi pada minggu-minggu kehamilan trimester ke-2 & ke-3. Ia biasanya berkaitan dengan perubahan dalam peredaran darah, tekanan pada saraf kaki ataupun kekurangan kalsium dalam badan

10- Cairan vagina
# peningkatan cairan vagina ketika hamil adalah normal. Cairan biasanya kelihatan jernih. Pada awal kehamilan, ianya sedikit likat dan akan  menjadi cait apabila semakin hampir mendekati saat kelahiran

11- Dinding rahim
# dinding rahim akan menjadi nipis. Ini menyebabkan bunyi-bunyian yang kuat dapat didengar dan boleh menjejaskan perkembangan bayi anda seperti bunyi kapal terbang dan kenderaan lain. Kandungan anda juga akan menjadi semakin peka kepada cahaya. Bahkan, ibu boleh melihat bentuk kaki, tangan dan punggung bayi setiap kali dia bergerak. Ketidakselesaan seperti pedih ulu hati, kekejangan, sukar bernafas dan keletihan semakin kerap terasa

12- Berat badan
# pertambahan berat badan akan mula berkurangan atau pun tidak akan berlaku. Malah, pada minggu kehamilan, anda mungkin akan kehilangan berat badan sedikit. Keseluruhan peningkatan berat badan yang normal sehingga sekarang adalah sekitar 12kg. Sekiranya anda mengalami peningkatan berat badan yang kurang dari 13kg, berkemungkinan besar, anda mampu untuk menurunkan berat badan dengan mudah selepas bersalin nanti. 

Semakin hampir menjelang hari kelahiran, semakin banyak cabaran yang bakal ibu rasai. Tetapi semuanya akan lenyap sebaik mendengar tangisan pertama bayi anda. Jadi, bertahan la dan nikmatilah saat-saat ini yang anda mungkin hanya akan lalui sekali lagi selepas beberapa tahun.

vitamin hamil shakleeUntuk memastikan kesihatan diri yang sebaiknya sepanjang kehamilan ini, disyorkan supaya anda mendapatkan set kehamilan Shaklee yang sememangnya telah terbukti mampu membekalkan segala nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi. Ianya selamat, semulajadi malah halal dan mudah untuk diambil. Dapatkan segera untuk bekalan nutrisi yang terbaik untuk anda dan si manja anda....




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

hubungi shaklee