Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

Dan Orangnya Adalah.....

December 11, 2014
Ingat tak saya pernah luahkan tentang mata kiri yang berkelip-kelip for almot sebulan hari tu....Takpe, boleh baca balik kalo tak ingat ataupun aje nak refresh...

Dan ternyata memang betul pun firasat yang saya baca tu (idak la percaya sangat, tapi kebetulan sama...percaya 100% kang katanya kurafat plak 0_0" ). Tajul Muluk (jangan tanya sape tajul muluk ni, sebab saya pun tak tau, cuma nama ni biasa dikaitan dengan tafsir2 ni...kuikuikui ) kata, mata kiri yang berkelip-kelip tu adalah sebab nak jumpa orang yang dah lamaaaaaaaaaaaaaaa tak jumpa...Kasi banyak sikit A tu sebab memang dah lama pun tak jumpa.

Al-kisah, lepas sebulan lebh terkelip-kelip mata, tiba-tiba sedang lepak-lepak d rumah bersama anak-anak lepas siap kemas beg yang dihangkut bertravel seminggu, dapat kol dari nombor yang tak dikenali. Angkat dan jawab, rupanya...Abang Zaki..(suami kepada member lama yang dah lama tak jumpa...Azliza..). Diorang ada kat kemaman rupanya, ada program. Ok, meh la datang umah sebab dari kemaman nanti diorang nak naik ke dungun plak.

Janji punya janji, sampai harinya, memasak la macam-macam. Yelah, orang nak datang kan...Masak-masak, tepon masa tu tinggal kat bilik kat atas sebab charge. Letak tepon tu sebelah en asben yang tengah tido, dengan harapan dia akan dengar dan angkat. Rupanya dia tido mati... T_T...Dan akibatnya, tak dengar la bila diorang tu sampai umah. Bila rasa macam, "eh, patutnya dah sampai ni, kenapa tak nampak bayang pun lagi", terus mintak tolong blong g amik tepon kat atas. Rupanya....diorang dan sampai dan dah bergerak ke Dungun dah pun sebab panggil-panggil dan bagi salam tak de orang jawab...Wuarghhhhh.... T_T... Sedey....

Time ni, mata kiri tu memang tak stop lagi berkelip-kelip....

Ingat dah tak de rezeki jumpa diorang...Tapi...alhamdulillah 2 hari lepas tu, diorang singgah jugak sebab nak balik KL dah. Dapat la jumpa sembang-sembang walaupun tak lama sebab diorang rush nak balik KL. Jadilah..Cuma tak de la masak pape sebab tak dibagitau awal huhuhu...Hidang kek jelah..Jadilah...

Lepas diorang dah balik tu, tiba-tiba perasan.."Eh, mata kiri ni dah tak berkelip la..." Terus rasa..."Hokey, diorang ni la yang dirindui dan nak jumpa rupanya..."

Abang Zaki & Azliza Abdul Majid.....Nanti datang lagi ye...Jangan lupa ketuk pintu rumah tau bila dah sampai... 

*gambar tak de sebab tak ready & cepat sangat orang tu nak balik*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...
 
dbuat duit dengan shaklee
 

Wednesday, 5 November 2014

Mata Kiri Berkelip-kelip...Petanda Apakah Itu..

November 05, 2014
Hokey....Agak rimas diri ini sebenarnya...Dah dekat sebulan kelopak mata kiri ni asyik terkelip-kelip je. Mula memang la buat tak tahu je, yelah rasa macam tak de menda la...Tapi bila dah makin kerap, dan dah lama sangat, rasa tak best dan rimas plak huhuhu

Biasa orang tua-tua cakap kalo mata kiri yang dok terkelip-kelip ni, katanya ada benda yang tak baik akan berlaku. So hati ni sangat la risau, entah apa la benda buruk yang nak berlaku. Doa siang malam tak de malapetaka ataupun bencana yang menimpa kami sekeluarga dan ahli keluarga yang terdekat. Bila cakap kat en asben, dia senyum je..Biasa lah orang lelaki, part-part gini bukan diorang amik port sangat.

Sampai tak tertahan, balik rumah MIL aritu untuk kenduri akikah, citer la pada kakak ipar. Rupanya da pun baru je alami. Dia siap google lagi pasal mata kiri berkelip ni. Tak lama lepas tu, rupanya memang ada hal kurang baik la berlaku > suaminya kena audit... Trus risau tetiba dengan citer dia, tapi doa-doa la jugak sambil tu....

Nak jadi cerita, on the way balik dari rumah MIL tu ke kerteh, bleh la bateri cik city kami
mata kiri berkelip
en asben & abg ipar menaikkan cik city ke tow truck
kong masa kat stesen minyak. En asben dok berenti g isi minyak, trus lepas tu tak bleh start dah kereta. End up kami stranded la kat petronas Gambang tu. Tapi, rezeki Allah nak bagi, kakak ipar sefamily tu pun tengah on the way balik rumah diorang kat Kuantan, so minta la diorang tolong. Jump start bateri dekat setengah jam, tak boleh juga. So tinggal la kereta kat situ malam tu sebab tow truck insuran hanya boleh amik besok pagi je.

Ok, ingat stop dah la mata terkelip-kelip ni lepas hal ni. Rupanya tak....Mata kiri ni keep on berkelip lagi...So saya pun mula la tanya en google...dan hasilnya >> 

"kelopak mata kiri berkelip : seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita"

Tak tau nak percaya ke tak...Ntah betul ke tak, wallahualam....
Tapi nak citer, malam tadi, lepas terjaga dalam pukul 4pagi sebab menyusukan bb anas, saya tertidur dan mimpi jumpa 2 orang kawan lelaki masa uni dulu yang memang langsung tak rapat dan tak pernah kontek lepas habis blaja. Siap sembang-sembang macam kawan rapat lagi...Tak tau la apa plak petandanya...

Apapun, doa supaya dijauhkan dari sebarang malapetaka sentiasa di bibir setiap kali selepas solat...Semoga Allah melindungi kami sekeluarga dan orang-orang kesayangan kami....

p/s : agak-agak siapa la orang jauh yang teringin nak jumpa saya tu...errrmmm...tetiba suspen sendiri hihihi....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

jana pendapatan dengan shaklee