Thursday, 12 December 2013

Istimewanya Set Berpantang Shaklee

December 12, 2013
Berpantang dan jamu adalah 2 benda yang tidak dapat dipisahkan kerana setiap ibu yang baru lepas bersalin pasti akan mengambil jamu ketika dalam tempoh berpantang. Secara jujurnya, saya sendiri tidak terkecuali. Ketika bersalin anak pertama, saya telah membeli satu set berpantang dari jenama yang memang terkenal. Harganya mencecah hampir RM500!!! MEmang agak mahal, tetapi kerana ketika itu, ilmu masih kurang, malah merupakan kali pertama berpantang, maka saya merasakan itu sudah adalah yang terbaik. Set itu sememangnya terdiri daripada jamu yang telah dipilkan, terdapat juga minyak-minyak untuk ibu yang berpantang dan bayi.

Walaupun begitu, saya tidak menghabiskan set berpantang itu kerana tidak tahan dengan bau serta rasa pil jamu tersebut. Walaupun blong ketika itu tidak terkenal jaundice yang teruk, tetapi saya tidak mengamalkannya kerana risau akan efek dari jamu tersebut. Pada kelahiran anak ke-2 pula, saya setakat membeli set berpantang yang basic sahaja, kerana adik acad dilahirkan pramatang, jadi saya sangat risau untuk mengamalkan jamu-jamu kerana takutkan efek yang akan terkena pada adik acad yang ketika itu sangat fragile. Set itu juga tidak habis, malah masih ada dalam simpanan saya.

Berdasarkan pengalaman 2 kali berpantang sebelum ini, saya terasa ianya adalah suatu pembaziran apabila saya membeli jamu-jamu ini tetapi tidak dimakan kerana risaukan kesannya kepada bayi. Tidak sesekali saya menafikan kebaikan jamu. Memang jamu telah dipercayai sejak dahulu lagi akan keberkesanannya, namun cuma mungkin dizaman ini, ada alternatif yang lebih baik untuk para ibu yang dalam berpantang, malah lebih mudah dan keberkesanannya bleh dilihat dengan cepat berbanding jamu.

set berpantang shakleeApa yang ada dalam set berpantang Shaklee? Set asas berpantang Shaklee ini terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan juga Zink. Ada ibu-ibu berpantang yang gemar menambah ESP (Energizing Soy Protein) kerana gemarkan tenaga tambahan yang boleh diperolehi daripada Energizing Soy Protein disamping membantu dalam pengeluaran susu badan.

Mari kita lihat apa yang istimewanya set berpantang Shaklee ini. Memandangkan Shaklee adalah supplemen, maka setiap vitamin yang terdapat dapat set ini bukan sekadar merawat diri ibu berpantang dari luar, malah ianya lebih kepada merawat dari dalam dan merawat sehingga ke sel-sel badan kita supaya badan kita pulih secara sepenuhnya untuk jangka masa yang panjang.

Vitalea : mengandungi 20+ jen ismultivitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita terutama sekali selepas proses mengandung dan bersalin yang mana banyak urat-urat di dalam badan ibu yang telah 'terputus' mahupun 'tercabut' (bukan dalam erti kata yang sebenar). Jadi semua ini perlulah dirawat supaya badan ibu kembali segar dan sihat seperti sediakala

B Complex : lengkap dengan semua jenis vitamin B yang sangat diperlukan oleh ibu dan turut diperkaya dengan asid folik yang diperlukan oleh bayi. Walaupun bayi telah lahir, namun bayi masih memerlukan bekalan asid folik untuk membantu mereka menghasilkan sel darah merah dengan secukupnya

Vitamin C : membantu membentuk kembali kolagen dalam badan ibu yang telah hampir haus akibat daripada proses mengandung dan bersalin ini. Malah ianya sangat baik untuk membantu merawat luka daripada kelahiran mahupun pembedahan.


luka cepat sembuh dengan zink shaklee
contoh testimoni luka cepat sembuh dengan zink complex
Zink : mengandungi zink yang tinggi yang sememangnya sangat diperlukan oleh ibu yang baru lepas bersalin, terutamanya yang bersalin secara pembedahan. Sebelum ini, ibu bersalin biasa disarankan untuk mengambil pati ikan haruan untuk membantu memulihkan luka pembedahan. Ini kerana ikan haruan kaya dengan zink yang membantu proses ini. Namun kini, ibu tidak perlu risau lagi kerana ibu mempunyai alternatif lain yang lebih mudah, tidak berbau dan sangat berkesan.

Kesimpulannya, set berpantang Shaklee ini sememangnya adalah set berpantang yang terbaik di kala ini, malah ianya adalah sangat praktikal, mudah, berkesan dan yang paling penting, tiada kesan sampingan ke atas bayi. Malah harga nya juga jauh lebih jimat berbanding set-set berpantang yang ada di pasaran. Setiap vitamin yang terdapat dalam set ini mampu bertahan sehingga hampir 3 bulan, malah ibu boleh terus mengamalkannya walaupun telah habis berpantang untuk kesihatan yang lebih baik dan berpanjangan.

Jadi, mengapa berfikir lagi?? Hubungi kami segera untuk mendapatkan set berpantang Shaklee yang sememangnya terhangat di pasaran kini. Jangan ketinggalan kerana setiap vitamin ni dalam set ini sangat laku sehingga ada di antaranya kerap mengalami kehabisan stok dan terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk stok yang baru. Hubungi kami hari ini juga untuk set berpantang anda....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday, 11 December 2013

PANAS!!!...Testimoni Berpantang Czer Dengan Set Berpantang Shaklee

December 11, 2013
berpantang dengan set shakleeBersalin secara czer adakalanya menjadi pilihan ibu-ibu yang mengandung di zaman ini. Mungkin kerana faktor kurang rasa sakit menyebabkan pilihan itu dibuat. Namun ada yang memang terpaksa bersalin secara czer atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan dan demi menyelamatkan ibu yang mengandung itu. Namun, apa pun pilihan yang dibuat, semestinya semua mahukan keselamatan ke atas ibu dan bayi itu terjamin.

Penjagaan bagi ibu yang bersalin secara czer adalah berbeza berbanding ibu yang bersalin secara normal kerana mereka perlu menjaga dan berhati-hati dengan luka pembedahan di perut mereka itu kerana jika tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan jangkitan kuman atau pun sesetengah kes, jahitan itu terbuka kembali. Jadi, penjagaan yang sangat rapi adalah penting dan perlu dititik beratkan. Jika ibu itu bersalin czer  dan bayi terebut merupakan bayi pertama, mungkin tidak terlalu rumit kerana ibu hanya perlu menguruskan diri dan bayi tersebut sahaja, tetapi bagaiman jika ibu tersebut mempunyai anak-anak lain yang masih memerlukan perhatian? Sudah pasti ianya menjadi satu cabaran yang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.. Malah ibu itu juga perlu mempunyai tahap kesihatan yang super baik, demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama ibu tersebut tidak melalui fasa post natal yang teruk.

Ada sesetengah ibu yang beralin czer memilih untuk mengambil pati ikan haruan, ataupun gamat untuk memulihkan luka pembedahan itu. Namun, tidak semua dapat sembuh dengan baik dengan mengamalkan salah satu daripadanya. Malah ada customer saya yang ditanya oleh doktor tentang apa yang diamalkan ketika berpantang sebelumnya kerana doktor agak sukar mahu membuat pembedahan untuk kali ke-3 ini akibat daripada sel-sel baru yang sedang aktif walaupun jarak bersalin itu sudah hampir 3 tahun. Tidak kurang juga ada ibu yang luka pembedahannya mengambil masa yang lama untuk sembuh malah ada yang mengalami keadaan yang berair dan bernanah sehingga perlu berulang-alik ke klinik bagi mencuci bahagian pembedahan itu.

Ini adalah sangat memenatkan ibu tersebut kerana dalam masa yang sama, ibu itu perlu memberi perhatian kepada bayi dan turut memerlukan masa rehat yang panjang bagi memulihkan dirinya. Disebabkan itu, saya ingin mengesyorkan set berpantang czer khas untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin secara czer/pembedahan ini. Set ini telah diperakui oleh ramai pengguna, malah ada yang merasakan perbezaan yang sangat ketara berbanding bersalin sebelum ini.

Salah seorangnya adalah Puan Aya Radzuan yang sebelum ini, pada kelahiran anak pertama dan ke-2, yang juga melalui kaedah czer, mengamalkan pengambilan pati ikan haruan dan juga jamu. Namun, hasilnya tidak berapa memuaskan hati beliau menyebabkan beliau mencari alternatif untuk kelahiran bayinya yang ke-3 (juga melaui kaedah czer). Ikuti pengalaman beliau sendiri berpantang kali-3 dengan set berpantang Shaklee..



Bagaimana? Tidak inginkah anda tempoh berpantang yang lebih tenang, kurang sakit, masa sembuh yang lebih singkat dan dalam masa yang sama, bayi dapat menyusu secara eksklusif serta mendapat penjagaan yang rapi?? Ibu juga tidak perlu berulang alik ke hospital kerana luka pembedahan juga mampu sembuh dengan baiknya, malah ada ibu-ibu yang mengaku parut pembedahan mereka tidak terlalu ketara dan kelihatan lebih cantik berbanding dahulu.

set shaklee untuk ibu berpantangJadi, jangan berfikir lagi. Dapatka segera set berpantang Shaklee yang sememangnya menjadi rebutan ibu-ibu selepas bersalin kini. Ianya mudah, tidak perlu dibancuh, tidak pahit, mudah dibawa ke sana sini serta tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada ibu mahupun bayi itu sendiri. Saya akan bawakan lebih banyak testimoni di dalam entry yang akan datang, daripada ibu-ibu yang telah mengamalkan set berpantang Shaklee ini dan sangat berpuas hati dengan kesannya.

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan ataupun pembelian demi penjagaan yang lebih baik sepanjang tempoh berpantang anda.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday, 9 December 2013

Mengandung Dengan Set Kehamilan Shaklee

December 09, 2013
set kehamilan shakleeAlhamdulillah, genap adik acad berumur 2 tahun setengah, saya telah disahkan hamil sekali lagi. Memang kami merancang untuk setiap anak biar ada gap dalam 2 tahun supaya kami dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada setiap anak yang baru lahir, di samping tak abaikan si abang. So just nice, seperti yang kami rancangkan, dan turut diatur degan baik olehNya, kini adik acad bakal bergelar abang ngah acad...

2 bulan sahaja kami berusaha, dan tanpa disangka, bulan ke-2 terus 'melekat'. Mudah sungguh rezeki yang Allah berikan kepada kami kali ini. Memang sungguh tak disangka. Banyak pasangan yang mengalami masalah untuk hamil sekali lagi selepas mendapat anak pertama atau ke-2. Ada yang sampai kena pergi berubat, berurut dan sebagainya bagi memastikan mereka boleh mendapatkan zuriat lagi. Menurut dr zubaidi di dalam blognya, keadaan ini dinamakan ketidaksuburan sekuder. Ini biasa terjadi kerana beberapa faktor yang adakalanya tanpa kita sedari menjadi punca kepada permasalahan ini (sila ikuti link yang yang diberikan untuk mendapatkan info yang lebih lanjut)

hamil dengan shakleeDi sini ingin sekali saya kongsikan dengan anda bagaimana saya mampu hamil lagi mengikut perancangan kami, yang sememangnya direstui oleh Illahi. Sejak kami merancang untuk menambah ahli keluarga, saya dan suami terus mengamalkan set kehamilan Shaklee. Set yang terdiri daripada Vitamin E, Zink, Gla Complex dan Alfalfa ini sememangnya saya amalkan sebelum ini, tetapi untuk tujuan lain. Malah cara pengambilannya juga berbeza. Jadi, untuk merealisasikan impian kami, maka kami terus mengamalkanya mengikut cara makan untuk pasangan yang inginkan anak.

Zink dan Vitamin E untuk en suami manakala Gla Complex dan Alfalfa pula untuk saya. Apakah fungsi kesemua vitamin ini dan bagaimanakah ianya boleh membantu pasangan yang inginkan cahaya mata? Mudah sahaja caranya...

Zink & Vitamin E diambil oleh suami bagi membantu memekatkan air mani serta menghasilkan lebih banyak sperma yang kuat dan tahan lama serta lebih matang. Sperma yang dihasilkan juga akan lebih sihat dan berkualiti serta mampu bergerak jauh demi mencari telur untuk disenyawakan. Ini kerana, jika sperma yang dihasilkan adalah sperma yang tidak kuat, bagaimana ianya mahu berenang dan mencari telur untuk disenyawakan.

Gla Complex dan Alfalfa pula diambil oleh isteri. Tujuannya untuk menstabilkan hormon si isteri. Yelah, kalo hormon tak stabil, period tak barjalan mengikut aturan, telur yang dihasilkan juga kurang berkualiti. Malah tidak dapat ditentukan tempoh kesuburan isteri yang mana ianya adalah sangat penting kerana pada waktu subur isteri adalah waktu yang paling sesuai untuk persenyawaan berlaku. Alfalfa pula diperlukan untuk memastikan rahim betul bersedia untuk menerima bayi untuk tempoh 9 bulan ini. Juga ianya membantu menyelesaikan masalah keputihan yang mungkin dihadapi oleh isteri yang mana masalah ini juga boleh menjadi salah satu penghalang dalam proses mendapatkan bayi ini.

baby shakleeSekiranya anda juga sedang dalam proses untuk menambah cahayamata, atau mempunyai sedang berusaha untuk menadapatkan cahayamata, apa kata anda cuba tambahkan ke dalam usaha anda itu dengan pengambilan set kehamilan shaklee ini. Sudah ramai pasangan yang berjaya hamil dengan mengamalkan set ini. Malah ramai yang sangat berpuas hati kerana selain daripada membantu mereka mendapatkan cahaya mata, set ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan mereka. Jadi, sememangnya ia nya sangat-sangat berbaloi, malah ianya mampu bertahan sehinga 3 bulan, jadi anda sebenarnya membelanjakan sedikit wang sahaja demi mencapai impian anda ini.

Jadi, mengapa tunggu lagi??? Dapatkan segera set kehamilan Shaklee ini dan nantikan berita gembira dalam masa beberapa bulan lagi. Pastikan anda membeli dari pengedar Shaklee yang sah dan mendapatkan konsultasi selepas pembelian bagi memastikan anda mendapat hasil seperti yang diidamkan...Dalam pada itu, jangan lupa berdoa dan memohon juga bantuan dari-Nya kerana setiap kejadian adalah dengan keizinan daripada-Nya.

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Saturday, 7 December 2013

Rawat Selsema Dengan Vitamin C Shaklee

December 07, 2013
Di musim hujan ini, cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan, mampu menyumbang kepada pelbagai penyakit. Terutama sekali kepada mereka yang mempunyai tahap imonisasi rendah dan juga kanak-kanak serta bayi. Orang dewasa pun tidak terkecuali jika kesihatan tidak dijaga dengan baik.

selsema dirawat vitamin c shakleeSaya sendiri diserang selsema sejak Ahad lepas. Bermula dengan sakit telinga kanan secara tiba-tiba, diikuti dengan sakit tekak akhirnya hidung pun mula la berair. Memandangkan diri ini sedang mengandung serta menyusukan adik acad, maka saya memilih untuk TIDAK mengambil sebarang ubat selsema keran dikhuatiri ianya boleh mendatangkan efek kepada kedua anak ini. Yelah, kita tak tau apa yang terkandung dalam uabt selsema itu, bahan kimianya tidak diketahui selamat atau tidak untuk fetus yang baru nak membesar dan juga kanak-kanak yang berumur 2 tahun setengah.

Jadi apa optioin yang saya ada? Takkan nak biar je hingus dok meleleh dan badan lemah lemah kan. Dah la en asben nak balik kerteh, maka saya akan jadi Mama merangkap Ayah kepada blong n adik acad untuk jangka masa beberapa hari sepanjang ketiadaan en asben. So kenala juga buat sesuatu untuk merawat selsema ni kan...

set asas shakleeSebelum tu, saya memang sekarang setiap hari amik sebiji Vitalea, B Complex dan Vitamin C Shaklee untuk kandungan. Yelah, orang mengandung kan perlukan lebih tenaga dan vitamin untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. So memang sesuai sangat la ketiga-tiga jenis vitamin ini untuk keadaan saya ni. Vitalea yang kaya dengan 20+ jenis vitamin, mampu membekalkan vitamin dan mineral yang sangat saya perlukan. B Complex yang diperkaya dengan asid folik sememangnya sangat penting untuk kesihatan bayi, manakala Vitamin C pula sangat saya perlukan untuk kesihatan kuku saya bagi mengelakkan kejadian kuku rosak seperti apa yang telah saya alami pada kandungan sebelum ini.

vitamin c shaklee rawat selsema
Vitamin C yang sememangnya baik untuk imunisasi ini kini saya upkan kepada 2 tablet setiap hari bagi membantu saya merawat selsema saya ini. Setiap hari saya akan telah 4 tablet ini samada selepas breakfast ataupun selepas lunch. Selsema saya bermula dengan lubang hidung sebelah kanan. Tersumbat sebelah untuk 2 hari, kemudian ok dan berpindah pula ke lubang hidung sebelah kiri.2 hari juga untuk ianya pulih dan hari ini, Alhamdulillah, apabila bangun tidur, tiada lagi hingus yang memblock hidung saya dan kini selsema saya sudah hilang sepenuhnya.

Seronok rasanya bila dapat rawat selsema ni hanya dengan makan vitamin C shaklee. Bukan apa, saya ni jenis tak suka makan ubat, dah la ubat semua pahit-pahit, memang jenuh la. Pulak tu, tak tau ubat tu sesuai ke tak dengan keadaan kita ni. Tapi kini, saya dah tak risau dah sebab dah tak perlu makan ubat yang pahit tu, yang adakalanya boleh membawa efek mengantuk yang keterlaluan, malah vitamin tu juga mampu memberi kesan sampingan yang sangat baik kepada kulit saya. Semuanya dengan izin daripada-Nya jua. Alhamdulillah...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Berkhatan Di Musim Cuti Sekolah - Pengalaman Pertama

December 07, 2013
Petang semalam, akhirnya anak sulung saya, Muhammad Ashraf Hakim atau kami pangginl blong telah pun selamat disunatkan di Klinik Zalfah, Bandar Baru Bangi melalui teknik lazer. Dengan semangat penuh wajar, tanpa merasa takut-takut atau pun bimbang, blong mengikut mama pergi ke klinik. Walaupun dia tahu dia akan disunatkan, tapi kebimbangan langsung tak terpancar diwajah blong tika kami melangkah keluar dari rumah atuk menuju ke klinik. Siap singgah kedai dulu sebab dia cakap nak beli makanan. Oh ya, kami pergi berdua sahaja, mama n blong, sebab ayahnya still on the way dari Kerteh.

Sampai klinik, appointment yang dibuat adalah pada pukul 4petang. Tengok-tengok pembantu klinik cakap, tunda pukul 4.45pm sebab budak yang appointment pukul 3.30pm baru je sampai dan sedang disunatkan. Ok la, kami duduk tunggu dulu. Time tu ada dalam 4-5 orang budak sedang tunggu turn juga. Dalam hati mama ni, dup dap dup dap dah sambil dok berdoa supaya cepat lah ayah sampai...Blong stil relax lagi, main handphone mama, saje kasi dia bertenang dan buat-buat tak nampak budak-budak yang dah selesai bersunat tu. Takut nanti dia tengok diorang, dia rasa cuak pulak...

Ok la, sampai masa nama blong dipanggil, kami pun masuk la ke bilik untuk sunat tu. Doc suh bukak seluar dan baring kat atas katil. Time tu la baru dia mula refuse tak mau sunat. Tak mau barig atas katil, nak turun dan nak balik. Ayah nya pulak tak sampai-sampai lagi. Mama pun mulala cuakksss huhuhu...Kesian pun ada, tapi dok pikir kami punya plan bulan depan, cekal kan jugak hati. Long cut short, akhirnya berjaga la juga doc memulakan proses menyuat, dengan 2 orang pembantu memegang erat kaki blong..Mama pulak dok pujuk-pujuk dia sambil pegang kedua tangan blong supaya dia tak tolak tangan doktor. 

Menjerit melalak la anak mama sorang ni..."Tak mau sunat" "Tak mau potong bird" Semua tak mau la. Punya la kuat dia menjerit sampai doktor yang duduk kat bilik rawatan selang 4 pintu datang cakap "Kuat suaranya ni, nanti boleh join Tegar menyanyi" Huhuhu...Half way proses berjalan, ayah pun sampai. Mama pun lega la sikit, sebab atlis bila nampak ayahnya dia adalah sikit rasa cuak nak jerit kuat-kuat sebab blong tau ayah dia tak suka dia menjerit kuat-kuat macam tu. 

So sepanjang proses berjalan, blong kejap nangis, kejap jerit, kejap bertenang, maybe sebab terasa sakitnya proses itu. Mama plak memang tak tengok la sebab sama ngeri juga..Maybe terasa lama proses berjalan, sambil-sambil nangis tu, sempat gak blong tanya "Bila nak siap ni, kenapa lambat sangat. Potong rambut kejap je. Potong rambut tak sakit" (wiken sebelum tu nangis juga sebab tak mau potong rambut, tapi lepas dipujuk-pujuk mau la dia dan dia ingat bersunat kejap je macam potong rambut)...Proses ini megambil masa lebih kurang 20minit. Naik cramp la juga pinggang mama sebab dok tunduk nak peluk dia dan pegang both tangannya...

Akhirnya, selesai la proses sunat...Rasanya lepas ni memang jenuh la nak ajak dia g klinik sebab mesti dia trauma sikit dengan pengalaman ni. Selesai semua, kuar dari bilik rawatan, blong masih mampu senyum dan gelak-gelak lagi dengan ayahnya. Maybe sebab ubat bius tu masih ada...Otw balik rumah atuk pun, stil boleh gelak-gelak dan sembang dengan Mama, tapi half way dia tertido. Penat menjerit dan menangis la tu..Sampai rumah atuk, ayahnya angkat bawa masuk. The blong terjaga....Maka....Bermula la lagi sekali episod nangis dia huhuhuhu....Ubat bius dah habis la tu....

Dan setiap 5-10minit dia akan nangis, sakit-sakit...Mama pun sampai dah tak tau nak buat camne...Melayan la juga dia sekejap...Sejam jugak la, tolong garu kaki la, pegang kain la, bukakkan laptop la n etc etc etc...Adik acad pun jenuh kena dijarakkan sebab takut adik terlanggar kat kawasan yang terlarang tu. Adik kan kecik, so mana la dia nak tau apa, jadi sebelum berlaku kejadian tak diingini, maka elokla berhati-hati. End pun Mama dan Ayah tertido awal sebab dok tunggu je dia, tiba-tiba dalam pkul 10pm macam tu dengar dia nangis, katanya "Semua orang tido, tak de yang jaga, so saya nangis la"....huhuhu....Manja tul anak Mama sorang ni...Last-last dekat pukul 12am baru dia tertido dengan sendirinya dengan tak makan dan hanya minum air sikit je..

Pkul 2am pulak, bangun nangis lagi sebab sakit...Tapi sekejap je...Ni dok tido tak tau la sampai pkul berapa, biarkan saje dia berehat dahulu. Pengalaman sungguh anak lelaki sulung bersunat ni...Next week will be adik acad punya turn pulak. Tapi untuk adik acad, kami akan amik teknik "Sutureless"...Entah apa la tekniknya ni, tapi menurut kata pegawai yang in-charge tu, teknik ni tak sakit dan boleh terus sembuh seperti sedia kala lepas selesai proses tu. Hope betul la sebab adik acad still on diaper dan Mama pun tak tau macam mana nak handle...

pengalaman bersunat
ceria menunggu tur bersunat dengan Mama
pengalaman bersunat
dah selesai bersunat. mata bengkak menangis banyak sangat
pengalaman bersunat
tertido kepenatan otw blk rumah atuk
pengalaman bersunat
menangis bila sampai rumah sebab ubat bius dah mula hilang
pengalaman bersunat
tdo kepenatan sampai ke pagi
Semoga blong akan terus tabah dan cepat sembuh supaya blong boleh pkai seluar balik...(dah siap fikir nak beli underwear apa pulak lepas ni hihihi)

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Friday, 6 December 2013

Business Dan Amalan Rohani Berjalan Seiring - Kelainan Jutawan Shaklee

December 06, 2013
Kelmarin dan semalam rata-rata kawan-kawan di dalam facebook saya membuat posting tentang kutipan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan. Banyak badan-badan NGO dan juga orang perseorangan (yang dipercayai) membuat kutipan dan pengumpulan barangan yang amat diperlukan oleh mereka-mereka ini seperti bahan makan, pakaian, selimut, barang keperluan, wang dan sebagainya.

Malah ada juga rakan-rakan dari group Jutawan Shaklee kami membuat kutipan kilat dari rakan-rakan mereka dan menggunakan duit tersebut bagi membeli barang keperluan ini. Ada yang berjaya mengutip RM4,000 dalam masa 1 jam sahaja dan terus menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya untuk membeli barangan supaya dapat dihantar ke sana dengan segera kerana keadaan agak kritikal di sana.

Bersyukur sangat dikelilingi oleh rakan-rakan yang sangat prihatin untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik. Kerana ini adalah satu bantu prikemanusiaan yang tidak perlu dipertiakan kerana ianya juga mungkin melibatkan nyawa terutama sekali warga emas, bayi dan kanak-kanak.

Tidak ketinggalan juga, di dalam group besar Jutawan Shaklee kami, kami turun mewarwarkan mengenai mana-mana ahli kami yang terlibat dengan situasi ini, sekiranya memerlukan sebarang bantuan kewangan dan yang berkaitan supaya memakluman kepada upline agar kami semua dapat membantu mereka. Inilah sifat kekeluargaan yang terdapat dalam kumpulan besar kami. Mana-mana ahli kami yang ditimpa musibah, pasti kami semua akan cuba membantu sebaik mungkin.

Bukan niat untuk menunjuk, sebaliknya sekadar berkongsi mengenai kumpulan kami yang bukan hanya berniaga atas paksi kebendaan ataupun kemewahan, sebaliknya juga kearah kerohanian dan menjaga hubungan sesama ahli dan Pencipta kami. Tidak semua ahli di dalam kumpulan kenal sesama sendiri, yelah mana mungkin kami kenal ahli yang mencecah 10,000+ yang ada di dalam kumpulan itu, namun ukhwah tetap terjalin dengan baiknya.

Alhamdulillah kerana saya ditemukan dengan business yang betul, dijalankan dengan cara yang betul, malah tidak pernah diajar oleh upline untuk membuat sesuatu yang bertentang dengan agama mahupun prinsip perniagaan hanya semata-mata untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa yang pendek. Semoga semua yang berada di dalam group Jutawan Shaklee ini akan sentiasa success dalam perniagaan masing-masing serta cemerlang juga di akhirat sana nanti. InshaAllah...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Kisah Pakcik Penjual Laksa Beras...

December 06, 2013
laksa berasSedang saya melayari facebook, tiba-tiba ternampak newsfeed yang ada gambar laksa. Di awal pagi begini, ketika perut sedang lapar, sememstinya sekeping gambar laksa mampu menaikkan selera. Ditambah pula dengan keadaan diri yang sedang hamil, keinginan untuk makan itu boleh datang secara tiba-tiba....

Berbalik kepada cerita laksa tadi, rupanya ada kisah disebalik gambar itu. Penulis ingin menyampaikan kisah tentang pakcik penjual laksa itu yang pada saya apabila membacanya merasa terkesan dengan semangat yang ada pada pakcik itu dan terasa kerdil diri ni jika dibandingkan dengan pakcik tersebut. Maka kisah tersebut saya copy paste di sini supaya lebih ramai orang dapat mengambil ikhtibar dari kisah pakcik ini...

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras 
"Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran. Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan. Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti. Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas. Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung. Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?” Pakcik itu pun menjawap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak. Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit. Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari. Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar. Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam. “Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.” “Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?” MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal. Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini. Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak." (Khamal Abdul Hamid)

Terasa betapa kerdil diri ini. Dengan solat awal waktu yang kadang terbabas, duit business yang 'dibersihkan' hanya dengan zakat & sedekah sahaja, tiada tabungan untuk ke menunaikan Haji walaupun keinginan itu ada, perasaan risau dan tidak cukup dengan rezeki Allah dan macam-macam lagi sifat yang ada dalam diri ini yang langsung tak setanding pakcik ini. Ini lah yang membezakan seseorang hamba Allah dengan hambaNya yang lain, iaitu keimanan dalam diri.

Semoga diri ini dan rakan-rakan yang lain dapat mengambil ikhtibar dari kisah pakcik ini dan berusaha menjadi umat Islam yang lebih baik setiap hari demi mengejar redha Ilahi dan kebahagian di akhirat nanti. InshaAllah....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================