Friday, 6 December 2013

Update Banjir Dari Adik di Permatang Badak

December 06, 2013
Alhamdulillah petang semalam adik saya yang stranded di kolejnya (KKTM) dapat balik ke rumahnya yang tak jauh dari kolej tersebut (kawasan perumahannya terletak di belakang KIPSAS, tak ingat nama tamannya). Dia pun dah dapat bekalan elektrik dan dapat la menghubungi mak dan berwhatsapp dengan kami.

Sempat juga dikirimkan gambar rumahnya yang dilanda  banjir. Alhamdulillah sekali lagi kerana ianya tidak terlalu teruk terjejas seperti mana rumah-rumah di kawasan lain yang mana ada sesetengahnya ditenggelami air sehingga ke bumbung. Nasibnya juga baik kerana dia mendapat bantuan dari para pelajar housematenya yang rajin datang membantu mencuci rumah mereka. Walaupun ada beberapa barangan elektrik yang telah terendam di dalam air, namun itu bukanlah suatu masalah yang besar kerana sekurangnya barang-barang dan dokumen-dokumen yang lebih penting terselamat.


rumah banjir permatang badak
ruang tamu yang dimasuki air
rumah banjir di permatang badak
ruang tamu
rumah banjir di permatang badak
laluan dan ruang dapur
rumah banjir di permatang badak
ruang dapur
rumah banjir di permatang badak
bilik extra
rumah banjir di permatang badak
bilik adik
rumah banjir di permatang badak
buku-buku yang dikeringkan
Menurut adik juga, cuaca semalam alhamdulillah agak baik. Tiada hujan yang turun sepanjang hari. Begitu juga laporan yang diperolehi dari kakak ipar yang duduk di kawasan Indera Mahkota. Menurutnya, kawasan beliau hampir pulih dan malam semalam mereka sudah boleh keluar ke bandar untuk mencari bekalan makanan memandangkan tiada lagi stok makanan yang tinggal di rumahnya.

Semoga matahari terus bersinar dengan cemerlangnya di sana dan semua tempat yang dilanda banjir kembali pulih seperti sedia kala. InshaAllah...Sambil itu, marilah sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan mereka-mereka yang sedang dilanda musibah ini...
doa sempena musim banjir
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday, 5 December 2013

OmegaGuard Membantu Anak Menjadi Genius

December 05, 2013
Sekarang pasti anda dah yakin bahawa Omegaguard Shaklee TIDAK mengandungi bahan selain MINYAK IKAN sahaja...Berbanding vitamin lain yang berada di pasaran...

Dan tahukah anda bahawa minyak ikan yang sememangnya kaya dengan asid lemak Omega 3 juga mampu menjadikan seseorang kanak-kanak itu lebih bijak berbanding kanak-kanak yang tidak mengambilnya? Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para saintis luar negara...Ingin tahu bagaimana ini boleh berlaku? Ikuti video ini...



Bagaimana sekarang? Masih ragu-ragu lagi dengan kebaikan minyak ikan?? Jangan berfikir panjang lagi, dapatkan segera minyak ikan Shaklee/Omegaguard Shaklee demi memastikan masa depan anak anda yang lebih cerah dan gemilang. Persaingan yang sangat sengit di kala ini di kalangan pelajar sekolah adalah sesuatu yang harus kita, sebagai ibubapa fikirkan dari sekarang. Semestinya kita tidak mahu anak-anak kita berada jauh ketinggalan dibelakang, bukan???

Jadi mengapa begitu berkira untuk membeli sesuatu yang TERBUKTI mampu membantu anak-anak kita ke arah masa depan yang lebih cerah? Jangan berlengah lagi...Dapatkan 1 set Omegaguard pada harga yang sangat menjimatkan, HANYA di bulan ini sahaja....Atau jika anda hanya mahu membeli 1 botol dahulu pun boleh, hubungi sahaja kami dan kami sedia membantu anda...

Jangan lepaskan peluang keemasan ini...Ianya TIDAK mungkin berulang kembali dalam masa terdekat selepas promosi ini tamat....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Ketulenan Omegaguard Yang Tidak Dapat Dipertikaikan Lagi

December 05, 2013
Masih mengupas tentang Omegaguard lagi..Yelah kan tengah promo ni, mesti la saya cerita banyak-banyak tentang Omegaguard, supaya anda tak ketinggalan untuk mendapatkan stok Omegaguard ni pada harga yang dijamin BERBALOI....

Tapi kali ni nak share video plak..Kasi relax sikit anda...Tapi vidoe ni bukan saya yang buat la, tapi salah seorang dari team Shaklee kami. Nanti dah habis tengok video ni, boleh la order dari kami di Vitamins Kita atau pun hubungi saya terus di 0192826397 ye....

Ujian ni adalah untuk menunjukkan betapa tulennya minyak ikan yang Shaklee gunakan dalam pembuatan Omegaguard. Tidak mengandungi lemak mahupun benda asing yang boleh membahayakan kesihatan penggunanya. Seperti ujian yang biasa kita lakukan ke atas madu, ujian yang sama dilakukan ke atas sebiji Omegaguard Shaklee ini. 

Ketahuinya dengan lebih lanjut melalui video ini...Selamat menonton...


Bagaimana? Puashatikan melihat ujikaji ini..Jadi, jangan ragu-ragu lagi..Dapatkan segera sebotol sekurang-kurangnya Omegaguard ini untuk keluarga anda. 

Tapi...tunggu dulu....

Jika anda memesan pack combo kami, anda akan mendapat HARGA yang LEBIH SPECIAL berbanding belian 1 botol sahaja. Jadi, bertindaklah dengan BIJAK..Jadi lah PENGGUNA YANG BIJAK ye...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita email : hani03_00@yahoo.com call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

OmegaGuard In Promo, Tapi Sesuai Ke Untuk Semua Orang???

December 05, 2013
promo Omegaguard
Masih belum terlambat untuk saya mengannounce produk yang under promotion untuk bulan Disember 2013 ini. Selepas 2 bulan Shaklee membuat promosi untuk produk kecantikan, iaitu Shaklee Collagen Powder dan juga Vivix, tibalah masanya untuk Shaklee mengajak kita semua untuk menjaga kesihatan jantung kita. Disebabkan itu, bulan ini Shaklee membuat promosi OmegaGuard.

Ok, apa sebenarnya Omegaguard ni? Ianya adalah minyak ikan, yang dikapsulkan, yang diextract dari ikan-ikan yang tinggal nun jauh ke dalam laut, yang telah disuling, ditapis supaya segala bahan kimia yang mungkin terdapat dalam minyak ikan ini dapat disingkirkan dengan sebaiknya tanpa menjejaskan walaupun sedikit kualiti minyak ikan tersebut. Untuk lebih detail, ikuti kupasannya di sini...

Melihatkan kebaikan Omegaguard ini, pasti ramai yang teringin nak mencuba kan. Tambahan pulak tengah promosi yang mana anda boleh berjimat sehingga RM136 (untuk pembelian 1 set promosi Omegaguard), juga layak untuk keahlian Shaklee secara percuma dan juga cash bonus pada bulan hadapan. Namun, tahukan anda ada juga golongan yang TIDAK sesuai mengambil Omegaguard ini???

Golongan itu adalah, ibu mengandung yang baru sahaja disahkan mengandung atau dalam erti kata lain yang sedang dalam trimester pertama. Untuk pengetahuan juga, Omegaguard TIDAK termasuk dalam set kesuburan untuk suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Mengapa ianya TIDAK sesuai terutamanya untuk ibu mengandung? Mungkin kerana ianya bersifat "panas" dan tidak sesuai untuk janin yang baru terbentuk menjadi fetus. Oleh itu, sepatutnya, ibu mengandung yang baru memasuki trimester pertama, tidak disyorkan untuk mengambil Omegaguard ini.

Namun, sebaik kandungan anda memasuki trimester ke-2 (4 bulan keatas), anda boleh mula mengamalkan pengambilan Omegaguard ini kerana ketika ini, fetus anda sudah mula membesar dan sudah terbentuk dengan sempurnanya. Jadi, ianya adalah waktu yang sangat sesuai untuk mengambil Omegaguard terutama untuk menggalakkan perkembangan otak fetus anda kerana Omegaguard ini sangat kaya dengan DHA yang bertindak merangsang perkembagan otak fetus anda.

Jadi, sebelum anda membeli mana-mana produk Shaklee, pastikan anda mendapatkan konsultasi yang betul dari pengedar Shaklee. Rujuk dengan beliau sehingga anda faham dan jelas dengan sejelasnya mengenai produk yang ingin anda beli dan bukan lah membeli secara rambang sahaja. Pastikan juga anda mendapat konsultasi yang berpanjangan selepas pembelian dilakukan. Ini bagi memastikan anda mendapatkan manfaat yang semaksimum mungkin dari pembelian anda itu dan juga bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini. Disinilah pentingnya anda memilih pengedar yang betul, dan bukan lah setakat membeli dari kawan opis/sedara mara dan etc dan kemudian tidak tahu cara makan yang betul...Jom pakat borong Omegaguard ini dari kami... ^___^

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita email : hani03_00@yahoo.com call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Atasi Sembelit Di Kala Mengandung Dengan 1 Langkah Mudah

December 05, 2013
ostematrix shakleeMengandung adalah satu berita yang sangat ditunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin. Sama ada mereka merancang untuk mendapatkan anak secepat mungkin selepas berkahwin, mahupun ingin menundakan dahulu bagi memberi peluang kepada diri masing-masing, itu adalah pilihan masing-masing. Namun, tetap jauh disudut hati, setiap pasangan tetap inginkan anak dari darah daging mereka kerana anak adalah lambang kasih sayang dan cinta mereka, malah anak juga merupakan waris yang bakal meyambung keturunan mereka.

Ketika saya mengandung anak pertama dahulu, saya memang tidak menghadapi masalah yang teruk. Sekadar morning sickness yang biasa, itu memang adat la. Mengandung pula kali ke-2, alahan sedikit teruk. Demam panas, muntah-muntah setiap hari dan cabaran paling besar adalah bleeding yang berpanjangan sehingga anak ke-2 dilahirkan pada kandungan baru berusia 26 minggu. Namun, alhamdulillah kini anak ke-2 saya membesar dengan sihat seperti anak-anak cukup bulan yang lain.

Kini apabila disahkan megandung kali ke-3, rasa gembira memang tak terkata. Namun kebimbangan mengenai apa yang berlaku ketika mengandung kali ke-2 tetap menjadi igauan. Bermulalah episod morning sickness, tetapi kali ini impactnya turut dirasai oleh suami dan anak-anak (kuat betul penangan adik baby ni huhuhu). Tapi bukan itu yang nak saya highlightkan...

ostematrix shakleeSelain mabuk-mabuk, minggu pertama tu juga saya telah mengalami sembelit. Walaupun makan seperti biasa,water intake cukup, entah kenapa sembelit pula. Trauma jugak la bila perut memual rasa nak membuang, tetapi bila ke toilet, berpeluh juga sepanjang tempoh membuang itu. Mungkin bagi orang lain, mereka boleh meneran dengan kuat bagi memaksa proses detoks itu lancar. Namun, bagi saya, itu adalah suatu yang almost mustahil..kerana sejarah mengandung kali ke-2 (sila ikutinya di sini...)

Pintu rahim saya telah terbuka 2cm pada masa kandungan berumur 24 minggu. Jawapan yang diberikan kepada saya apabila bertanya kepada para doktor mengapa situasi ini berlaku adalah, "kemungkinan pintu rahim puan tidak tutup sepenuhnya selepas kelahiran anak pertama"....tak tau nak percaya atau tak, walaupun it sounds funny, tapi saya tetap terima jawapan tersebut kerana para doktor tahu apa yang mereka lakukan dan bercakap mengikut pengalaman mereka. Saya tetap respect jawapan itu...

Okey, apa kaitannya pintu rahim yang tak tertutup sepenuhnya dengan meneran ketika membuang air besar?? Ini teori saya sahaja la, dan bila cerita kat en asben pun dia gelak je huhuhu...tapi pada saya baik berhati-hati dari menyesal di kemudian hari...Long cut short, saya takut tersalah teran time tegah membuang tu dan end up bukan najis yang keluar, tapi fetus yang baru nak terbentuk pulak yang keluar...Nauzubillah....Tapi rasanya tak impossible pun kejadian itu boleh berlaku, kalo tak camne banyak berlaku kes orang buang bayi kat toilet kan...huhuhuhu

atasi sembelit dengan ostematrix shakleeJadi..bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku, terus malam tu juga, saya amalkan mengambil 4biji ostematrix sebelum tido. Selain membekalkan kalsium kepada saya dan baby, ostematrix juga mampu melawaskan perut dan melembutkan najis dengan kandungan magnesium nya..Sememangnya terbukti berkesan, malah diakui juga oleh suami kepada pelanggan saya yang perasan beliau dapat membuang dengan mudahnya setiap pagi tanpa perlu membuang masa lagi di dalam tandas.

Malah ada juga ibu mengandung yang sebelum ini sering mengalami cramp, kini bebas dari masalah ini selepas mengamalkan pengambilan ostematrix secara konsisten setiap malam. Berbalik kepada cerita saya, 2 hari selepas mengamalkan ostematrix, alhamdulillah hari-hari seterusnya saya tidak lagi dibelenggu masalah sembelit. Syukur sangat kepada Ilahi...Rasa tak menyesal berkenalan dengan Shaklee walaupun lambat (orang lain anak pertama dah kenal Shaklee huhuhu)

Sememangnya sangat berbaloi mendapatkan sebotol Ostematrix ni, malah saya merasakan ianya adalah vitamin yang wajib diambil oleh para ibu yang sedang mengandung selain asid folic. Sebotol mengandungi 120biji tablet dan harganya baru RM61 sahaja. Ianya juga mampu menghilangkan letih-letih badan, malah anda akan dapat tidur dengan lenanya pada malam itu dan bangun dengan segarnya pada keesokkan harinya. Tak percaya?? Cubalah beli sebotol dari saya...Bab harga jangan bimbang, sesuatu yang istimewa pasti menanti anda... Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan bebaskan diri anda dari segala masalah berkaitan sembelit ini....yeayyy...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday, 4 December 2013

Sesi MAGIC Di Musim Tengkujuh...Jadi Ke??

December 04, 2013
2 bulan yang lalu, geng-geng Shaklee Pahang telah mencadangkan diadakan satu sesi MAGIC group Jutawan di negeri Pahang. Lepas discuss begini begitu, maka tarikh telah ditetapkan pada 7 Disember 2013, yang akan berlangsung di Zenith Hotel, Kuantan, Pahang. Maka tarikh,tempat dan pendaftaran telah pun dibuka. Malah seramai 15 orang Masters dikhabarkan telah memberi persetujuan untuk turun ke sesi MAGIC ini, termasuk la Master group kami yang julung-julung kali turun ke program group Jutawan ini, iaitu Master Lyna Noh. Walaupun jarang turun ke program Jutawan, bukan lah bermaksud Master Lyna meminggirkan program Jutawan, cuma beliau telah membuat jadual beliau sendiri untuk program-program bersama anak didik dibawah beliau secara direct iaitu di bawah group LadyBoss.

Jadi bila dikhabarkan beliau telah bersetuju untuk datang ke program ini, maka ramai la juga geng LadyBoss yang mula merancang untuk turun ke program ini. Malah ada yang duduk di kawasan luar dari negeri Pahang juga telah siap-siap amik cuti semata-mata untuk attend program ni. Homestay, hotel, chalet mula dibook oleh mereka-mereka yang telah berdaftar.

Unfortunately, saya pula, selepas cek schedule dengan en asben bagi bulan Disember punya planning, saya tak dapat nak slot in kan program ni. Sedih sangat rasanya. Selalu pergi program by group Jutawan ni, Master Lyna tak de. Ni bila Master Lyna ada pulak, saya tak dapat pergi huhuhu...Keciwa mengenangkannya, tapi saya take it positively la sebab saya tahu apa yang dirancangkan oleh Allah untuk saya adalah sebaik-baiknya...Maka tidak la say mendaftar untuk program itu dan meneruskan hari-hari seperti biasa.

jutawan shaklee
notis postpone dr pihak AJK program
Bila berita banjir di Kuantan mula diperkatakan, kami semua tiba-tiba tersentak dan bertanya sesama sendiri mengenai kelangsungan program sesi Magic ni. Yelah, dah kuantan banjir, jalan nak masuk ke sana pun banyak yang ditutup, malah dikhabarkan hotel Zenith itu sendiri turun mengalami banjir, maka for sure orang-orang dari luar Kuantan tak dapat nak pergi ke sana. So lepas berbincang dengan AJK program, akhirnya program sesi Magic ini telah pun ditunda ke bulan Januari 2015. Alhamdulillah.....Ada hikmah disebalik banjir besar di Kuantan ini rupanya...

Maka, inshaAllah dapatka saya join program sesi Magic ini di bulan Januari tahun depan kerana time tu saya dah balik ke rumah kami semula di Kerteh. Yesss...inilah perancangan yang terbaik yang telah ditentukan oleh Allah untuk hambanya ini....Alhamdulillah...Subhanallah...Syukur....

Sememangnya Dia la sebaik-baik perancangan walaupun kita juga turun merancang. Yang penting, sentiasa lah bersikap positif dan bersangka baik pada-Nya. InshaAllah kita akan sentiasa merasa bahagia dan redha dengan segala ketentuan dari-Nya....

p/s : apa agaknya ye Sesi Magic (MAGIC SESSION) ni ye??? Ingin tahu??Sertai saya dan team STARS saya untuk masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Hubungi saya untuk megetahui dengan lebih lanjut...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Banjir di Kuantan...Kasihan Adikku

December 04, 2013
Alkisahnya, adik saya, Hamizah yang mengajar di kolej MARA Kuantan baru je balik ke sana selepas menghabiskan kursusnya selama 6 bulan di Melaka. Habis kursus, dia sambung pulak bercuti selama seminggu dan pergi berjalan-jalan ke utara Malaysia bersama mak dan ayah.

So ahad lepas dia pun bertolak la ke Kuantan sebab hari isninnya, 2/12/2013 dia akan start balik mengajar di sana. 6 bulan tinggalkan rumah, of kos la banyak benda-benda nak dikemas. Bilik pulak sure berhabuk semuakan. Ketika ini, hujan memang dok turun dah kat sana, tapi tak la terlampau lebat mahupun berterusan.


banjir rumah adik
halaman rumah yang dinaiki air
Memandangkan ini kali pertama dia menghadapi musim tengkujuh di pantai timur, tiada sebarang expectation yang dibuat kerana tidak tahu keadaan kawasan perumahannya bagaimana di musim tengkujuh tahun lepas. Jadi, dia tidak membuang sebarang persiapan bagi menghadapi banjir ini. Malah, pagi semalam, walaupun rumahnya telah mula dinaiki air, dia still pergi keje seperti biasa. Mungkin barang-barang kat rumah yang sebelum ni diletakkan di bahagian lantai dan kawasan yang rendah sudah pun dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi. 

Lalu dia pun pergi la ke tempat kerja seperti biasa. Menjelang tengahari, dia mula post di whatsapp group family mengatakan Kuanta telah banjir teruk. Malah dari kolej beliau, kenderaan ringan sidah tidak dapat dipandu keluar kerana air telah naik tinggi. Dalam erti kata lain, dia mula ternampak-nampak bayang-bayang yang dia akan stranded di kolej pada hari itu. Dengan hanya sehelai sepinggang, sambil mengenangkan nasib rumah dan barang-barangnya, dia pasrah meghadapi keadaan banjir ini. Inilah pengalaman pertama kali menghadapi banjir yang begitu teruk seumur hidupnya.

banjir besar
keadaan bandar kuantan pada 1/12/2013
banjir besar
hujan yang turun tidak berhenti di kuantan
banjir besar
jalan-jalan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan


Dan menjelang malam tadi, update dari adik mengatakan sumber elektrik akan diputuskan memandangkan air juga telah mula naik di kawasan stesen janakuasa TNB. Jadi, bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini, maka bekalana letrik diputus. Dan adik saya malam tadi nampaknya memang tidak dapat balik ke rumah dan hanya tidur di kolej nya sahaja. Sehingga kini, tiada update terbaru diterima kerana kami juga tidak dapat menghubungi beliau. Mungkin handphonenya dimatikan bagi menjimatkan bateri memandangkan bekalan elektrik diputuskan dan tidak diketahui bila pula akan disambungkan kembali.

Semoga kuantan secara amnya akan dapat pulih secepat mungkin dan semoga adik saya tabah menghadapi ujian ini. Kami sekeluarga mendoakan keselamatannya dan juga barang-barangnya yang penting. Amin...

Untuk kakak iparku, Pn Hazlina Mohd Kassim, juga yang duduk di Kuanta tu, semoga akak dan family selamat semuanya. Nasib baik rumah akak di kawasan yang agak tinggi. Syukur alhamdulillah....

Kepada ibubapa, awasilah anak anda. Jangan dibiarkan mereka bermain air di luar rumah dan sentiasa pastikan mereka ada bersama-sama anda setiap masa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Jagalah juga kesihatan anda sekeluarga kerana kebiasaannya di musim-musim hujan dan banjir ini, banyak penyakit mudah tersebar. Diharapkan semuanya selamat dan akan balik ke keadaan asal secepat mungkin. Amin... 

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================