Friday, 17 May 2013

Kekal Cergas dan Bertenaga Sepanjang Masa Dengan Performance Drink Shaklee

May 17, 2013
Ramadhan dah dekat....Adakah anda semua dah bersedia?? Kepada ibu-ibu dan kaum wanita, dah habis ke ganti puasa Ramadhan yang lepas? Saya sendiri masih ada lagi 4 hari nak ganti. InshaAllah dalam masa 2 minggu ni selesaila kot sebab saya puasa Isnin & Khamis je, sekali harung dgn puasa sunat Rejab... ^__^

Dah tentu kita semua nak kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari di bulan Ramadhan, sama macam hari-hari lain kan...Yelah, ofkos kita tak mau tahap keeffectiveness kita berkurangan walaupun puasa, nanti ganggu plak kerja-kerja seharian kita...Jadi bagaimanakah caranya untuk kekal fit walaupun sedang berpuasa?

Tips kekal aktif dan cergas sepanjang berpuasa :
  1. melewatkan makan sahur...
  2. minum secawan Performance Drink Shaklee (PD) ketika berbuka & bersahur
  3. amalkan pemakanan sunnah seperti kurma ketika berbuka & bersahur
  4. jauhi aktiviti-aktiviti lagha, sebaliknya lebihkan amal ibadah
  5. sentiasa ingat apa tujuan kita berpuasa supaya kita ikhlas melakukannya
 Bagaimana PD mampu membantu kita sepanjang waktu berpuasa?

Performance Drink  mengandungi rumusan ekslusif OptiCarb yang bertindak untuk meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, mampu memberikan tenaga serta memelihara sirkulasi bendalir dalam badan. Ianya mengandungi lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga)  dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera berbanding minuman sukan yang lain.

komponenan dalam Performance Drink Shaklee

Manfaat Utama Performance Drink 
  • meningkatkan daya ketahanan badan : memberikan tenaga kepada oto dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fzikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh
  • membekal tenaga & daya ketahanan fizikal : mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh
  • mencegah penyahhidratan : mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kuit dan kelihatan lebih muda
  • mengekalkan paras gula : terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
    nutrisi dalam  performance drink shaklee
Selain untuk berpuasa, Performance Drink ini juga sangat sesuai untuk  para atlet, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, orang yang selalu keletihan, vagina yang kering, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan dan sebagainya.

Perlagairekod telah tercipta oleh mereka-mereka yang hebat dengan hanya meminum Performance Drink Shaklee ini. Antaranya : angkasawan NASA, para atlet antarabangsa dan satu penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sebagai penerbanagn berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekodnya masih kekal sehingga ke hari ini.

bagaimana performance drink shaklee bekerja

Nota kaki : Performance Drink Shaklee ini adalah minuman tanpa gas, jadi ianya sesuai juga diminum oleh kanak-kanak bagi mengekalkan kecedrasan mereka sepanjang berpuasa. Ianya juga lebh sedap jika dinikmati bersama-sama dengan ESP & Mealshakes.

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday, 16 May 2013

Kenangan Manis, but Yet Tak Mahu Diulang (Part 3)

May 16, 2013
26 minggu bayi pramatang
adik yang bersaiz kecil
Lebih kurang 2 minggu selepas adik acad keluar hospital, ujian mula datang. Sepanjang seminggu opah & atuk di rumah, semuanya baik-baik sahaja. Tiada sebarang masalah, malam adik acad dilayan seperti baby yang cukup bulan, dari segi mandinya, pakaiannya, tempat tdonya dan sebagainya. Rupa-rupanya, adik acad masih lagi dalam keadaan fragile. Kulitnya sensitif, tidak boleh terdedah kepada kotoran dan tidak boleh pergi ke tempat-tempat awam seperti shoping complex dan pasar.


Adik acad mula diserang  dibahagian punggung dan kemaluannya. Both tempah mula melecet, mama ingatkan adik kena diaper rashes. So mama dan ayah guna macam-macam cara, macam-macam krim tapi satu pun tak berhasil. Then bila adik ada apointment jumpa paed, mama tunjuk dan tanyakan pada doktor keadaan adik. Kebetulan pula masa doktor tengok, keadaan di tempat tersebut nampak sangat teruk sebab bahagian luka tu terkena air kencing adik. Terus adik direferkan kepada doktor pakar kulit.

Agak dalam 1-2bulan juga masalah adik berlarutan dan tiada penyelesaiannya. Semua ubat yang doktor berikan juga tidak menunjukkan kesan. Malah adakalanya mama tak pakaian adik diaper pun kat umah supaya tempat luka tu terdedah dengan harapan ianya cepat sembuh. Malangnya tidak berjaya juga, malah bertambah teruk. Malah adik acad penah ditahan diwad kanak-kanak selama seminggu untuk doktor review dan cuci, malangnya keadaan masih juga sama. Oleh kerana tiada apa-apa perbezaan, mama meminta doktor untuk membenarkan kami balik memandangkan lusa adalah hari raya.
26 minggu bayi pramatang
adik kena warded seminggu sebelum raya

Belum pun selesai masalah dibahagian kemaluan, tempat lain pula diserang. Oh ya, malam raya tu, ayah telah membotakkan kepala adik kerana kami risau adik kepanasan. Ayah cukur kepala adik sampai adik botak licin. Tempat yang mula-mula serang adalah tangan adik. Tangan adik jadi mengelupas dan melepuh. Terdapat gelembung-gelembung air juga ditangan adik, malah dipelipat tangan adik juga kena. Puncanya tidak diketahui, tapi bukan peluh sebab adik jarang berpeluh. Kemudian belakang kepala adik pula diserang. Mulanya keluar berbiji-biji berair, kemudian merebak sehingga ke separuh belakang kepala. Malah telinga adik juga diserang.
masalah bayi pramatang kulit
series of adik sakit kulit
Beberapa kali mama dan ayah berulang-alik ke hospital, namun keadaannya tetap sama. Pelbagai ubat telah disapu, namun tiada hasil. Malah ada ubat yang bila disapu akan menyebabkan keadaan semakin teruk. Namun mama dan ayah tetap tidak putus asa. Dalam pada itu, kami sempat pergi melancong ke Kota Kinabalu, Sabah kerana tiket telah dibeli setahu lebih awal, malah ketika itu mama belum pun mengandungkan adik lagi. Sehari sebelum ke KK, tengkuk adik pula diserang. Melepuh bagai terkena air panas. Habis keliling tengkuk adik sampai ke leher diserang. Entah la apa sebabnya, tiada yang tahu. Namun Alhamdulillah sepanjang di KK adik tidak meragam.

masalah kulit bayi pramatang
series of adik sakit kulit
Menjelang raya haji, pertama kali kami semua balik ke bangi. Raya puasa hanyalah disambut di Miri dengan ala kadar sahaja. Terkejut bukan kepalang semua orang yang melihat adik acad untuk pertama kalinya. Terus kami bawa adik ke klinik Pakar Kanak-kanak An-Nur, namun Doktor kes adik sepatutnya dibawah kawalan Pakar Kulit. Terus kami dirujukkan ke wad kecemasan Hospital Serdang. Appointment demi appointment dibuat, dan makan berbulan-bulan. Malangnya keputusannya tetap sama. Pelbagai ikhtiar juga telah mama dan ayah buat, cara kampung, cara hospital, petua macam-macam, namun hasilnya tetap sama.

Ada sekali mama mendapat tips untuk mandikan adik menggunakan air teh. Alhamdulillah ada perubahan, tetapi selepas semua parut hampir hilang, adik diserang lagi sekali. Sama seperti serangan yang pertama. Malah, rambut adik yang mula tumbuh juga tidak berwarna hitam. Rambut yang tumbuh berwarna putih macam uban atuk. Keluarganya juga tidak banyak, nipis sahaja tapi oenuh jugak la kepala adik dengan rambut putih. Ujian lagi....

Akhirnya, awal tahun 2012, kami berjumpa seorang doktor pakar kulit di Hospital Serdang. Beliau baru berpindah dari Hospital Kuala Lumpur. Rujukan demi rujukan dilakukan, akhirnya beliau mencadangkan adik diberikan Redoxon yang mengandungi zink & vitamin C dan beliau suspect adik diserang Seborrheic Dermatitis with secondary Bullous Impetigo dan Acrodermatitis Enteropathica (boleh google untuk tengok gambar pesakit2 ini sebab saya tak sampai hati nak taruk kat sini huhuhu). Akan tetapi, Redoxon adalh tidak sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak dibawah 2 tahun, maka option yang ada adalah mama menyalurkannya melalui susu memandangkan adik masih menyusu badan ketika itu. Inilah manfaat penyusuan ibu yang sangat bermakna ketika itu.

Alhamdulillah....tak sampai 2 minggu selepas mama makan Redoxon (hanya 1 botol sahaja), semua masalah kulit adik hilang. Adik sembuh seperti sedia kala. Kulitnya cantik kembali seperti sebelum diserang. Syukur tak terhingga mama dan ayah ketika itu. Rupanya adik hanyalah kekurangan zink memandangkan adik lahir tidak cukup bulat. Bukan itu sahaja, rambut adik yang dahulunya berwarna putih, mula bertukar menjadi hitam seperti biasa.

Maka berakhir;ah kesengsaraan yang adik tanggung selama lebih 6 bulan. Alhamdulillah. Kini adik hanya menerima rawatan untuk mata (normal check up setahun sekali), paed dan ENT (untuk rawatan hidung adik yang collapse due to CPAP treatment. Dan adik kini membesar dengan cergasnya, dan adakalanya progress adik lebih advance berbanding blong ketika blong berumur sama dengan adik.
bayi pramatang sihat sepenuhnya
arsyad hakim sihat sepenuhnya

Alhamdulillah..inilah permata hati kami yang satu ketika dahulu kami tak sangka pun yang dia akan survive. Doa mama dan ayah, semoga adik acad membesar sebagai seorang anak yang baik, adik yang menyayangi dan menghormati blong dan adik-adik yang lain, seorang Muslim yang taat pada perintah-Nya dan akan berbakti kepada agama & negara. Amin...

"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamba-Nya itu sendiri".


Kenangan Terindah, but Yet Tak Mahu Diulang (Part 2)

May 16, 2013
Allahuakhbar....1st time tgk adik acad dalam inkubator, hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya. Kecil sangat dia masa tu. Penuh wayar dari hujung rambut sampai hujung kaki. Alat pernafasan, CPAP, saje dah terlalu besar sampai cover separuh muka dia. Tak sampai hati nak tengok lama-lama, risau air mata akan jatuh. Hati ini teringin sangat nak pegang dia, tapi keberanian tu tak ada. Kata ayah, doktor cakap adik ok. Malah doktor puji adik sebab masa lahir adik ada kuarkan bunyi sikit macam baby yang lahir cukup bulan. Ketika ini, adik ditempatkan dalam inkubator yang khas untuk baby pramatang yang baru lahir dan di dalam bilik khas. Inkubator ni memang dah direservekan untuk adik sejak pihak hospital tahu yang mama mungkin bersalin awal. Menurut doktor, hospital hanya mempunyai dalam 3-5 biji sahaja inkubator jenis ini. Alhamdulillah pilihan mama dan ayah untuk mama bersalin di Hospital Miri adalah pilihan yang betul, walaupun ada pahitnya sepanjang seminggu mama di hospital.

9 hari adik dipakaikan CPAP, beberapa hari adik diserang mild jaundis, berat menurun dari 945gm kepada 800gm+, akhirnya adik dipindahkan ke inkubator biasa dan ke mass room. Adik juga sudah mula berak seawal 1 hari dia dalam inkubator, dan tu adalah tanda-tanda ususnya sudah boleh memproses susu mama yang adik minum melalui tiub. Alhamdulillah, keadaaan adik acad sudah stabil. Ketika ini, adik hanya dipakaikan alat bantuan pernafasan yang biasa memandangkan adik masih tidak dapat bernafas sendiri kerana paru-parunya belum cukup matang. Ketika ini, mama sudah berani untuk mengusap2 adik melalui lubang ang terdapat  pada inkubator. Setiap kali mama dan ayah nak sentuh adik, kami mesti membasuh tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan adik dari terkena sebarang kuman.
bayi pramatang 26week
adik acad dalam inkubator
Beginilah keadaan adik acad ketika dalam inkubator. Adakalanya kulitnya menjadi terlalu kering kerana suhu dalam inkubator yang dikekalkan sama seperti suhu dalam kandungan mama. Jadi ketika itu, mama akan sapukan krim baby/baby oil kat kulit adik. Bila kuku adik dah panjang, mama akan potongkan kerana risau adik mencederakan badannya sendiri kerana adik tak boleh nak pakai sarung tangan sebab tangannya terlalu kecil. Dekat sebulan lebih adik hanya bertelanjang sahaja di dalam inkubator itu, jadi kalo adik kencing dan terpancut terkena inkubator, maka nurse akan cuci inkubator tu sekali untuk elakkan sebarang jangkitan kuman.

Apabila berat adik dah mencecah 1kg+ barulah adik mula dipakaikan lampin. Masa nilah baru mama blajar balik macam mana cara melipat kain lampin... ^__^ blong hanya pakai diaper pakai buang, jadi memang tak ada pengalaman melihat kain lampin hihihi...2 bulan lebih adik duduk dalam inkubator, dan beberapa kali adik menghadapi apnea (keadaan di mana adik berhenti bernafas untuk seketika), Alhamdulillah semuanya selamat. Adik sentiasa memberikan respon yang +ve setiap kali diperiksa, malah pemeriksaan matanya juga tidak menghadapi sebarang masalah. Doktor juga telah mencuba beberapa kali mencabut alat bantuan pernafasan untuk melihat kemampuan adik bernafas sendiri. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya adik bersedia dan mampu untuk bernafas sendiri pada umur 2bulan.

Sepanjang adik berada di dalam inkubator ini juga, adik telah beberapa kali dimasukkan darah kerana menghadapi masalah kekurangan darah. Setiap kali sebelum darah dipindahkan, darah mama akan diambil dahulu bagi memastikan jenis darah yang akan dipindahkan kepada adik. Dan setiap kali selepas darah dipindahkan, adik akan dimonitor untuk melihat sekiranya terdapat penolakan darah antara darah lama dan darah baru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Rezeki adik juga sangat murah ketika ini. Susu mama terlalu banyak sampaikan mama dan ayah pening memikirkan bagaimana hendak menyimpan susu yang begotu banyak. Beberapa kali operasi memindahkan susu ke rumah bos sewa bos ayah, Uncle Robert, dilakukan dan kedua-dua fridgenya kami guna untuk menyimpan susu adik. Bila freezer di rumah dah penuh, kami akan hantar ke sana sehinggalah kedua-dua freezer penuh juga. Adakalanya, kami terpaksa memilih mana-mana susu yang dah expired untuk dibuang bagi memberi ruang kepada stok susu yang baru. Akhirnya, setelah kedua-dua freezer tersebut tidak dapat menampung stok susu adik, ayah belikan mama deep freezer. Syukur pada-Nya. Walaupun diuji beberapa kali deep freezer tersebut mengahdapi masalah, dan bekalan susu rosak, namun, Allah telah menggantikannya dengan lebih banyak susu sehingga deep freezer juga penuh.   
stok ebm bayi pramatang saya
sebahagian stok susu adik
2 bulan lebih mama, ayah dan blong berulang-alik ke hospital untuk menjenguk adik. Lepas sahaja ayah abis kerja, kami akan bergegas ke hospital yang jauhnya memakan masa 40minit dari rumah. Walaupun hujan, mahupun tak sihat, kami pergi juga mengenangkan nasib adik yang keseorangan di hospital.
the brother
gelagat blong selama melawat adik
Akhirnya, selepas berat adik mencecah 1.6kg dan kesihatan adik dah stabil, adik akhirnya dikeluarkan dari inkubator dan diletakkan dalam baby coat. Namun ketika ini tiub susu adik masih belum dicabut. Hanya selepas beberapa hari, barulah ianya dicabut selepas doktor mendapati adik sudah mampu untuk mmenyusu secara terus dari mama. Bukan kepalang rasa kesyukuran dipanjatkan ketika itu dan sentiasa berdoa adik akan terus dicabut tiub susunya dan tidak perlu dipakaikan alat bantuan pernafasan langsung. Ketika inilah pertama kalinya adik dipakaikan baju, tapi baju hospital yang besar lah. Walaupun saiz S, tapi tetap besar untuk adik.
perjalanan bayi pramatang saya
adik now out from inkubator n free from tiubes
Sebulan pulak mama dan ayah berulang-alik 2 kali sehari ke hospital. Adakalanya mama pegi dari pagi dan pulang petang kerana menyusu dan menjaga adik di hospital. Target sepanjang tempoh ini adalah untukadik mencapa berat 1.8kg supaya adik dapt balik ke rumah. Setiap kali hari timbang, mama pasti berdebar-debar sebab nak tahu berapa berat adik.

Akhirnya, selepas adik hampir 3 bulan dihospital, pada 8/8/2011, adik dibenarkan balik, dengan berat badan mencecah 1.85kg. Syukur.....Atuk dan opah juga ketika itu baru sampai dari Bangi. Sebenarnya tiket tersebut dibeli untuk atuk & opah datang untuk menjaga mama & adik dalam pantang sebab adik sepatutnya lahir pertengahan bulan 8. Tapi, ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu melawan. "Sesungguhnya kita merancang, tetapi Allah lah sebaik-baik perancang".

bersambung....

Wednesday, 15 May 2013

Kenangan Terindah, but Yet Tak Mahu Diulang (Part 1)

May 15, 2013
2 tahun dah berlalu....

Terasa masa berputar begitu pantas sekali. Alhamdulillah pada kurniaan Allah S.W.T. yang tak terhingga kepada kami, iaitu seorang bayi lelaki yang dilahirkan secara pra-matang. Siapa sangka bayi yang dulu dilahirkan dengan hanya seberat 945gm kini membesar dengan sihat dan cergas dan mencecah 9kg. Siapa sangka tanggapan negatif yang diberikan oleh para doktor hanyalah tanggapan yang salah semata-mata. Siapa sangka bayi yang dulu kerap kali berulang alik ke hospital kini membesar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah dan syukur sangat pada-Mu ya Allah ❤❤❤

Semuanya bermula ketika kandungan mama berusia 16minggu. Tiba-tiba sahaja mama mengalami pendarahan selepas mandi pada satu pagi. Bila diajukan kepada ayah, kami hanya beranggapan ianya hanyalah luka sahaja. Namun kami tetap bergegas ke klinik kerana risau jika ada masalah yang lain, tambahan pula ayah perlu ke offshore pada esok hari. Di klinik, doktor menyatakan terdapat masalah, namun ianya tidak merbahaya dan darah mungkin akan berhenti dalam masa beberapa hari selepas mama makan ubat. Namun, mengenangkan ayah akan ke offshore, dan kami tidak kenal sesiapa pun ketika itu, kami ketika itu tinggal di Miri, maka ayah mencadangkan mama & blong balik ke rumah atuk malam tu jugak.

Maka bermulalah kisah kami berulang alik antara Miri-Bangi-Miri kerana masalah ini. Beberapa kali mama  berjumpa Doktor Kamsiah, di Klinik Pakar Wanita, Annur, namun didapati tiada masalah yang ditemui. Kedudukan rahim tiada masalah, uri/palcenta juga berada dalam keadaan yang baik. Jadi doktor hanya memberi ubat untuk memberhentikan darah dan menguatkan rahim sahaja.
scan baby
adik dalam tummy mama
Minggu ke-24 adalah kemuncak. Darah keluar dengan banyaknya seperti wanita yang dalam haid. Ketika itu mama & blong baru mendarat di Miri. Tanpa berlenggah, ayah terus membawa mama berjumpa Doktor Aida di Columbia Hospital Miri. Masih teringat kejadian di situ di mana seorang nurse memaksa mama duduk di wheel chair kerana katanya orang mengandung yang mempunyai masalah pendarahan tidak sepatutnya banyak berdiri. Kami mengikut sahaja walaupun sebenarnya rasa tiada keperluan pun mama duduk di wheel chair mengenangkan bangunan klinik hanyalah bersebelahan dengan bangunan hospital.

Berjumpa Doktor Aida, menceritakan segala sejarah, lalu mama diperiksanya dan dia juga tidak jumpa apa masalahnya, Sekali lagi ubat diberikan dan doktor menasihatkan supaya banyak berehat dan jika darah tidak berhenti, hendaklah datang berjumpa beliau lagi dalam masa seminggu.

Seminggu berlalu, keadaan masih sama. Seminggu jugala mama tidak membuat sebarang kerja sebab ayah suruh rehat. Thank you ayah ❤❤❤ Beberapa hari kemudiannya, pada malam minggu, ayah mengajak keluar untuk membeli makanan. Mama ikut sama tapi hanya duduk dalam kereta sahaja. Balik ke rumah, tengah makan, tiba-tiba perut mama memulas, terasa seperti kontraksi sedang berlaku, Setiap 5min sakit tu terasa. Tapi mama masih tak anggap ianya sebagai tanda bersalin, kerana ketika itu kandungan baru berusia 25 minggu. Namun ayah berkeras supaya mama g klinik.

Keesokkan harinya, kami pergi berjumpa Doktor Aida. Tenyata apa yang mama rasa malam semalam adalah betul-betul kontraksi yang merupakan tanda-tanda bersalin. Pintu rahim telah terbuka 2cm ketika kandungan mama berumur 25minggu!!! Doktor Aida terus menasihatkan kami ke wad bersalin Hospital Miri kerana hospital mereka tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk menyambut kelahiran bayi pra-matang. Jika mama ingin bersalin di situ juga, possibility untuk adik acad selamat adalah sangat rendah kerana pihak hospital tetap akan menghantar adik acad ke Hospital Miri juga, akan tetapi, ketika itu survival chances untuk adik acad adalah sangat rendah kerana macam-macam boleh berlaku sepanjang perjalanan & proses perpindahan tersebut.

Allahurabbi!!! bergegar jantung mama dan ayah mendengarkan berita itu. Rasa tidak percaya dengan apa yang Doktor Aida baru sebutkan. Namun, dalam keadaan itu, kami bergegas juga ke Hospital Miri setelah mendapat surat referral dari Doktor Aida. Dengan tidak membawa apa-apa bekalan pakaian, kami terus ke wad bersalin Hospital Miri. Serasa tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku namun kami berserah sahaja pada-Nya. Segala proses kemasukkan dilakukan dan mama terus masuk ke bilik bersalin. Seorang doktor pelatih lelaki cina membuat pemeriksaan dengan kasarnya dan mengesahkan pintu rahim telah terbuka sebanyak 2 cm. Ketika itu, perasaan sakit dan marah lenyap kerana terlampau geram dan malu dengan doktor tersebut. Sudahlah lelaki, kasar pulak tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun ketika itu, kontraksi sudah tidak berlaku, malah sepanjang hari juga langsung tiada kontraksi.

Akhirnya mama dihantar ke wad apabila mendapat tiada kontraksi lagi. Maka bermulalah kisah ayah dan blong berulang-alik ke Hospital Miri untuk menjenguk mama. Ketika itu blong baru berusia 3tahun. Tarikh pada hari tu adalah 7/5/2011, seminggu sebelum tarikh lahir mama. Atuk dan opah bergegas terbang dari bangi ke Miri bila mendengarkan mama ditahan wad kerana dikhuatiri bersalin awal.

fodds at Hospital Miri
ღღღ sungguh besar pengorbanan mereka. tenkiu mak & ayah... ღღღ

my loves
buah hati mama
Seminggu mama ditahan di wad, dan darah tetap tidak berhenti-henti. Keadaannya ketika itu adalah seperti wanita yang sedang dalam haid, cuma mama juga mengandung ketika itu. Tiada apa yang boleh dilakukan sepanjang di hospital selain baring dan duduk sahaja kerana mama telah pun dikenakan arahan untuk bedrest. Sepanjang seminggu, setiap hari tanpa failed, pasti ada doktor yang akan memeriksa & menyeluk bahagian bawah untuk mencari punca darah tersebut. Adakalanya mama akan tangkap gambar untuk menunjukkan kepada doktor keadaan darah yang keluar untuk mengelakkan dari diseluk, namun doktor tetap memeriksa juga.

Ada sekali doktor lelaki yang membuat pemeriksaan. Beliau siap masukkan kamera melalui bawah untuk mencari punca kepada keluarnya darah tersebut, namun tiada jawapan. Malunya perasaan ketika itu tak terucap kerana in total  dekat 5 orang doktor berada dalam bilik tersebut, 2 lelaki dan 3 perempuan. Namun, tiada apa yang mama buat selain menahan perasaan dan bertawakkal kepada Allah. 3 hari sebelum adik acad lahir, false alarm berlaku lagi. Namun ianya sekejap sahaja, akan tetapi mama telah diajak oleh beberapa orang doktor untuk pergi ke wad bersalin kerana mereka bimbang adik acad akan dilahirkan pada hari tersebut. Tapi mama berdegil dan insist untuk duduk di bilik sahaja.

Malam 13/5/2011, dari jam 11 malam, mama mula merasa kontraksi. Otak mula berfikir macam-macam, tapi hati tetap menafikan. Sejam berlalu, kontraksi masih terasa. Butang kecemasan ditekan, namun tiada apa yang berlaku. Rosak rupanya. Berjalanlah mama dalam keadaan sakit ke kaunter nurse yang agak jauh dari bilik. Namun, bila diberitahu, dia langsung tidak mengambil berat, malah menyuruh mama balik ke bilik (@ mungkin dia salah faham dengan apa yang mama cuba sampaikan). Ayah pula ditelefon, namun handphone ayah mati kerana tiada bateri. Opah, atuk semua mama call, tapi tiada yang menjawab. Cubaan terakhir adalah telefon ke rumah, nasib baik opah yang ketika itu bangun untuk minum air mendengar dan mengangkat telefon. Alhamdulillah....

Terus ayah telefon balik ke hospital untuk memberitahu keadaan mama dan ayah pun bergegas ke hospital dengan kawan ayah, pakcik Wan Shahril. Di hospital, nurse kelam-kabut ke bilik mama dan menyuruh mama bersedia untuk ke wad bersalin. Nasib ayah sempat sampai sebelum mama ditolak masuk ke dalam wad bersalin. Nangis-nangis mama memikirkan nasib adik dan kalo boleh tak mau adik keluar lagi, sebab sepanjang seminggu di hopital, mama dimomokkan dengan chances adik untuk survive adalah sangat rendah sebab adik masih kecil lagi dan belum cukup matang. Namun, kenyataan tetap harus dihadapi dan zikrullah serta doa pada Allah sahajalah yang mampu ayah bekalkan dan mama baca.

Sepanjang malam mama di wad bersalin, sakit bukan kepalang. Ditambah pula terpaksa mendengar rintihan-rintihan dan keluhan dari ibu-ibu lain. Menjelang jam 5 pagi, beberapa minit selepas doktor memeriksa mama, dah menyatakan bukaan baru terbuka 5cm sahaja, tiba-tiba mama terasa nak bersalin. Dalam keadaan kelam-kabut, mama sempat memanggil nurse dan beberapa saat selepas itu, adik acad pun lahir, tanpa perlu diteran. Adik acad trus dibawa pergi tanpa sempat mama melihat walaupun sekilas. Alhamdulillah, adik acad lahir sama tarikh lahir dengan mama ✿✿✿✿✿

Bermulalah episod seluk-menyeluk oleh doktor untuk mengeluarkan uri adik acad yang koyak dan melekat kat rahim mama. Sakitnya bukan kepalang, lebih sakit dari bersalin, sampai tak tertahan sakitnya. Hanya Allah sahaja la yang tahu betapa sakitnya setiap kali doktor cabut uri yang melekat tu. Dekat sejam lebih keadaan tu, sampai adakalanya mama minta doktor berhenti sekejap kerana tak tahan sakit. Kemudian datang seorang doktor perempuan dan dengan agak kasar beliau menarik uri-uri tersebut. Akhirnya mama dah betul-betul tak tahan, mama minta ubat bius ataupun paling kurang operation untuk cuci. Nasib mama terpikir nak mintak, kalo tak mahu makan beberapa proses ini berjalan. doktor tersebut dengan muka masam dan marah-marah tinggalkan mama dan memberitahu nurse untuk ready kan mama untuk D&C. Sakit hati dengan doktor tersebut tak terasa kerana sakit dikorek lebih kuat.

Bius diberikan, pakaian ditukar, mama ditolak ketepi sementara menunggu operation theater kosong. Bila dah kosong, terus mama ditolak. Dalam keadaan mamai akibat bius, mama diterangkan segala hak, syarat dan segalanya. Mama dibius ketika dalam bilik operation. Tidak tahulah sama ada bius yang terlampau kuat atau mama yang tak kuat, tapi sepanjang D&C, mama mengigil-gigil kesejukan sampai terpaksa mengigit kain untuk mengurangkan gigi getaran dan lagaan gigi. Selesai D&C, mama ditolak ke wad dan mama terus pengsan penangan ubat bius.

24 jam mama diletakkan bawah pengawasan nurse dan dipakaikan tiub untuk kencing. Alhamdulillah semuanya ok dan besoknya mama dibenarkan balik ke bilik mama. Selepas mandi, nurse bagitahu NICU meminta susu untuk diberikan kepada adik acad. Pam susu ketika itu masih lagi dirumah. Kelam-kabut mama kol ayah mintak tolong hantarkan pam. Ketika itu, mama masih belum melihat adik acad. Perasaan ketika itu tertanya-tanya bagaimana keadaan adik. Alhamdulillah semuanya selamat, malah ayah sempat bagitau yang jari-jari tangan adik runcing macam baby girl. Tersenyum mama mendengarnya.

Mama pun mula mengepam susu sebaik ayah sampai ke hospital. Langsung tak terpikir sama ada susu badan ada atau tidak ketika itu, memandangkan adik acad lahir pada kandungan berusia 26 minggu. Alhamdulillah, kuasa Allah siapa yang dapat lawan. Kolostrum mula keluar berserta susu. Jumlahnya memang tidak banyak, tapi cukup untuk menampung keperluan adik acad. Selepas mengepam, mama dan ayah sendiri pergi ke NICU untuk melihat adik acad untuk kali pertam, bagi mama, dan entah kali berapa, untuk ayah.
gambar sekadar hiasan
bersambung....

OmegaGuard, Minyak Ikan yang Superb

May 15, 2013
Cuci mata dulu dengan gambar bentuk ikan yang diperbuat dari softgel OmegaGuard...

omegaguards shaklee

Ok..terus ke entry hari ini...Pagi-pagi ni mari kita bercerita tentang OmegaGuard Shaklee. Biasa kita dengar tentang DHA, ALA, EPA ataupun Omega-3 kan. Tahukah kita dari mana sumber-sumber tu datang dan apakah ianya sebenarnya. Baiklah, itu semua adalah singkatan bagi jenis-jenis asid lemak utama yang sangat diperlukan oleh badan kita akan tetapi badan kita tidak mampu untuk menghasilkannya. Oleh itu, kita perlulah mendapatkannya dari sumber makanan yang lain seperti ikan, sayu-sayuran dan sebagainya.

Namun, setiap ikan mempunyai kandungan asid lemak yang berbeza dan kadar ketumpatan yang tidak sama juga. Ini kerana ianya bergantung kepada jenis ikan dan habitatnya. Ikan yang hidup di laut dalam dan ikan yang hidup di laut sederhana dalam mempunyai kadar ketumpatan yang berbeza, malah risiko terdedah kepada pencemaran juga berbeza.

Asid lemak Omega-3 mempunyai kandungan kimia yg istimewa kerana, 
  1. Ia berupaya menarik molekul oksigen dengan berkesan kerana mempunyai struktur yang unik. Terma saintifik menerangkan keupayaan ini sebagai kecenderungan untuk menyebar. Ini membolehkannya mengangkut bahan-bahan seperti toksik ke atas permukaan kulit serta perkumuhan oleh usus, buah pinggang dan peparu. 
  2. Asid lemak Omega-3 adalah sedikit berakali, di mana ia berupaya menghasilkan ikatan lemak yang membolehkan berlakunya pergerakan sehala elektron, menyeberangi membran sel.
omegaguards shaklee 
Fungsi Omega-3 kepada badan kita
  1. Membantu merendahkan kadar lemak trigliserida dalam darah yang dibina di arteri-arteri (salur darah) yang boleh menyebabkan serangan jantung
  2. Merendahkan tekanan darah
  3. Mengurangkan kekakuan dan melembutkan sendi
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari
  5. Menguatkan memori
  6. Membantu mengawal berat badan
  7. Melegakan eczema
  8. Meningkatkan kualiti penglihatan
  9. Mengawal kandungan kolestrol
  10. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
Golongan-golongan yang memerlukan Omega-3 & Fungsi-fungsinya pula antaranya


1- Ibu yang sedang hamil mahu pun yang sedang menyusukan anak
  • Omega 3 sangat diperlukan oleh bayi memandangkan mereka tidak dapat membentuk lemak untuk badan mereka sendiri. Lemak ini sangat diperlukan untuk mengelakkan mereka kesejukan. Kandungan DHA & AHA juga dapat membantu merangsang minda bayi.
2- Otot terasa tegang
  •  ia membantu mengurangkan ketegangan urat leher, membantu menyihatkan paru-paru, mengurangkan risiko penyakit jantung
 3- Kebas-kebas tangan dan kaki sejuk
  •  membantu atasi kebas-kebas tangan dan kesejukan kaki dan tangan terutama pada wanita yang sedang hamil, selepas melahirkan anak dan wanita berumur lewat 50-an
4- Kanak-kanak 
  • meningkatkan perkembangangan kanak-kanak. Omega 3 sangat baik untuk meningkatkan kesihatan anak secara keseluruhan dan perkembangan fizikal dan mental. Hal ini terbukti bahawa anak-anak yang mengambil Omega 3 sebagai suplemen memiliki kemampuan baca yang lebih baik. Omega 3 juga bermanfaat bagi anak-anak yang menderita disleksia, dyspraxia dan ADHD.
5- Penyakit 3 serangkai (darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi) yang akan menyumbang kepada strok dan penyakit jantung  
  • ia mencegah salur darah dari tersumbat, mengelakkan strok, mengekalkan tekanan normal darah, merendahkan kolestrol, mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mencegah pembekuan darah dalam badan
Mari kita lihat apakah perbezaan di antara OmegGuard Shaklee dengan OmegaGuard jenama lain yang terdapat di pasaran hari ini.
perbandingan omegaguards shaklee
Malah harga sebotol OmegaGuard Shaklee adalah jauh lebih rendah berbanding jenama lain. Sebotol yang mengandungi 90biji hanyalah berharga RM136 (harga pasaran) sahaja dan hanya dimakan 1-2biji sahaja sehari (bergantung kepada keperluan).

Jadi, mengapa pilih yang lain apabila pilihan yang paling TEPAT dan TERBAIK berada depan mata.  

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================