Thursday, 20 June 2013

Penangan Vivix Shaklee...Panasss....

June 20, 2013
Sempena promosi Vivix Shaklee bulan lepas, saya turut tak ketinggalan untuk membeli untuk diri sendiri dan en asben serta mak saya yang memang makan Vivix. So untuk mak, kira dah masuk botol ke-2 lah, but untuk en asben dan saya, kira ni kali pertama kami try la. Walaupun kali pertama, tapi saya terus beli 2 botol sebab alang-alang tengah murah kan....ᕙ( ^ₒ^ c)

So kisahnya, kami pun mula lah mengamalkan makan Vivix ni sebelum tido. En asben yang mula makan dulu sebab dia dapat dulu Vivix...Yelah, kan saya yang hadiahkan sempena besday dia tu...Sayang punya pasal kan hehehehe...So dia pun makan la dengan patuhnya, tanpa komplen pape pun (sebab en asben ni memang jenis x suka komplen)....
vivix shaklee
Dalam seminggu lepas tu, saya pun stat amik...Hohoho...Saya sangat terkejut dengan kesan yang saya terus rasa...Nak tau apa kesannya??? (⊙.⊙(☉_☉)⊙.⊙)

Badan terasa panas....Berpeluh-peluh...Rasa macam baru marathon 10km..Perggghhhh...Memang kena duduk dalam aircond jelah kalo lepas makan Vivix ni...
vivix shaklee panas
Kalo kena gayanya, memang terdetoks habislah semua toksin-toksin dalam badan saya ni.....Senang la gini, tak payah dah makan Alfalfa hehehe...Disebabkan itu, saya perlu minum air masak sebanyaknya untuk mengelakkan badan saya dari dehydrate. Kang habis kering plak semua cecair dalam badan saya ni kan, susah plak huhuhu

N now, lepas dekat seminggu kami amalkan, dah kurang rasa panas dan berpeluh tu. Maybe yang panas tu jugak adalah merupakan tanda-tanda "healing crisis" yang memang biasa terjadi apabila kita mula mengambil sesuatu suplemen. Boleh baca dengan lebih lanjut dalam kupasan saya di sini.

Alhamdulillah juga, kini kaki kanan saya yang mengelupas dan gatal-gatal akibat tdo aircond dan mandi kolam renang di PNB Darby Park yang berklorin & bergaram itu kini dah mula baik. Tak de dah la saya tergaru-garu kat kaki tu. Yelah, garu banyak-banyak kang, habis berparut plak..x cun la kan...(╥﹏╥). Dan saya perasan pori-pori kat muka en asben pun dah berkurang..horeyyy....Kompen la ensem abis raya nanti hihihi...InshaAllah...

So begitulah serba sedikit pengalaman kami mengambil Vivix Shaklee. Namun, sedikit pun kami tak menyesal sebab kami tahu kebaikan yang terdapat dalam sebotol Vivix adalah berpatutan dengan harganya dan kebaikan yang akan disumbangkan dari segi kesihatan.

Jika anda ingin kelihatan cantik, segar dan awet muda di pagi raya ini, JANGAN LUPA dapatkan sebotol Vivix Shaklee HARI INI JUGA ya!!!...≧◠◡◠≦✌

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Special Trip For Kids

June 20, 2013
Pagi ni, nak lari sikit dari bercerita tentang Shaklee...

cuti-cut malaysiaSaja nak bercerita tentang trip ke Little Big Club yang terletak di Puteri Harbour, Johor Bahru. Actually lama
dah plan nak pergi, tapi memandangkan kami ni duduk nun di Pantai Timur, dan tempat tujuannya tu terletak nun di Selatan, jadi memerlukan perancangan yang teliti sebelum pegi (tapi kami last minit je plan pun hihihi).

Kami pergi pada cuti sekolah pertengahan tahun hari tu. Kebetulan en asben ada meeting kat Miri, so kami pun bergerak la ke Batu Kikir dulu untuk kenduri doa selamat hujung minggu tu. Then terus balik Bangi sebab kami akan tinggal di Bangi sementara en asben g Miri. Balik dari Miri, ada plak meeting kat KL. So seminggu lah kami di Bangi. Kebetulan pulak, hari Khamisnya, en asben tak de meeting pape, so dah alang-alang kat Bangi, dia pun amik la cuti. Alang dah bercuti, kami pun pergi la berjalan.

Petang Khamis kami gerak ke Johor Bahru. Lambat gerak sebab masih tak sure nak pergi ke tak memandangkan adik acad demam panas. At the end, decide nak pergi juga sebab budak-budak ni suka sangat kat cartoon Thomas tu. So mama tot, kot la diorang ni g sana, nanti akan happy giler, trus hilang demamkan...Tapi adakah itu yang berlaku??? Let's check it out....

hotel di NusajayaKami sampai ke hotel dalam pkul 8pm. Tido kat hotel biasa je sebab nak cari yang dekat dengan tempat tu.

Yelah, nanti kalo duduk jauh, kot la terlambat bangun ke, apa ke, paling pun x de la lambat sampai. Bukan pe, kejar jugak nak sampai awal sebab tak mau bersesak kat situ sebab kan cuti sekolah...Rezeki kami jumpa hotel tu, Mood Hotel namanya. Actually ada buat reservation kat hotel lain, tapi cari-cari tak jumpa, so malas la nak pening-pening, amik je depan mata. Hotelnya pun bleh tahan cantik, luas dan masih baru. So kira ok la untuk tido kan...(adik acad telah meninggalkan kesannya dihotel tu dengan muntahnya pada malam tu huhuhu. nasib kena sikit je hihihi)....

The kids sebenarnya tak tahu pun nak pergi sini. Saje tak nak bagitau blong, konon nak surprise la....So pagi tu, lepas mand semua, check out n trus gerak ke destinasi. Breakfast pun x sempat, sebab konon nak singgah mana-mana kdai on the way, tengok x de kedai pun sebab jalannya macam masuk highway, then trus je sampai. Along the way, banyak la banner & signboard, so at this time, blong dah tau la nak g mana...So tak sempat la nak surprise betul-betul..

cuti-cuti malaysiaThe best part of this place ialah ianya terletak indoor. So kids bleh main dengan happily tanpa perlu risau
panas..Plus cuaca sekarang kan sangat tak menentu, n adik acad plak tengah demam, so memang la tak sesuai kalo nak g tempat-tempat yang terbuka dan berjemur tengah panas.

Bila sampai je sana, blong memang dah excited giler. Kebetulan plak ada few character yang dok menyambut kedatangan pelanggan. So dia memang seronok la. Tapi lain  plak citer dengan adik acad. Dia takut sampai nak nangis...Mengamuk tak mo amik gambar huhuhu...mbe dia terkejut tengok Barney yang besar tu kot huhuhu...Lepas beli tiket, trus kami beratur untuk naik ke tingkat 2&3. Kami x g la tingkat 1 sebab kami x de anak perempuan. Tingkat 1 adalah level yang menempatkan Hello Kitty, so tak sesuai la untuk anak kami. Oh, between, tiket adalah berharga RM55 (untuk kids dan adults. Sama je harganya....)

Ini saya sajikan beberapa gambar kami di sana..
cuti-cuti malaysia nusajaya
kedatangan di sambut oleh Bob & Angelina
cuti-cuti malaysia nusajaya
main kat Pingu & Barney house..watching Barney show
cuti-cuti malaysia nusajaya
Thomas show & Thomas level
cuti-cuti malaysia nusajaya
having fun @ Thomas area
cuti-cuti malaysia nusajaya
giant slide @ Bob area & rehat makan-makan
cuti-cuti malaysia nusajaya
gelagat orang demam main
cuti-cuti malaysia nusajaya
leaving...beli popcorn seaweed & kari
Overall, keadaan agak memuaskan la kat sana. Tandas disediakan di setiap level, bersih dan luas, surau pun ada, gerai makan ada jugak tapi macam biasa a bit pricey la, parking pun banyak malah keadaan agak selesa sebab ada aircond dan tak terlalu ramai (sebab hari Jumaat). So kira agak berbaloi la jugak g situ, memandangkan d kids enjoy it very much...kami spend dekat 7 jam kat dalam tu, so worth it la kot dengan tiket RM55 sorang kan... ^__^

Nak balik, ofkos la kena 'cukai' kan...singgah jap kat kedai mainan n blong pilih nak beli tabung Thomas. So lepas ni bleh la dia menabung kalo nak g jenjalan lagi ye hehehe...lepas tu kami trus balik bangi and d kids tdo all d way (mama pun tdo jugak, sian ayah drive sorg)....

So mbe next trip kalo kids dah besar sikit, bleh la bawa g mbe Kidzania or Legoland. Tapi dalam 2-3 years lagi kot sebab hujung tahun ni dah ada plan untuk trip yang lebih bermanfaat.....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday, 18 June 2013

Promo Mealshakes Kembali

Pendek je entry kali ni sebab jap lagi nak g pick up blong kat skul...


Semalam dia dah komplen mama datang amik dia lambat...lambat 10minit je pun huhuhu 


Sori hari ni sharp 4pm mesti dah depan skul dia. Adik pun x tdo lagi ni, so panjang la sikit masa nak kuar jap lg.. Dinner x payah masak hari ni sebab en asben ajak berbuka kat luar hihihi...rezeki... ≧◔◡◔≦


So apa promosi Shaklee bulan ni?? Tak lain dan tak bukan....(drum sound plzz)...


MEALSHAKES....horeyy...Ini lah produk pertama yang saya beli sebelum join Shaklee...Sangat membantu dalam menambah selera blong yang time tu langsung tak nak makan...

mealshakes shaklee

Ingin tahu lebih lanjut tentang Mealshakes ni?? Sila ke page ni  dan juga entry ni untuk berkenalan dengan lebih mendalam dengan Mealshakes ni ya...

Mealshakes ni memang la sangat sedap. Kalo bukak je bekasnya tu, memang trus akan tercium bau Vanila...boleh meleleh air liur la..pergghh....memang sedap la kalo dibuat shake ke, aiskrim ke malah sangat sesuai ditambah buah-buah...rasa terliur pulak, dah la tengah puasa ni (─‿‿─)

Selain terkenal dengan membantu menambah selera, Mealshakes ni juga sangat membantu dalam membekalkan tenaga dan mengenyangkan terutama kepada mereka yang berpuasa. Haaa...sesuai sangat la kalo beli sekarang, bulan ni kan ramai kaum wanita dok sibuk mengganti puasa Ramadhan...Malah bulan Ramadhan pun dah tak lama lagi kan....

Jadi, pe tunggu lagi, amik tepon n terus la sms/whatsapp saya ye...Kalo rasa nak reserve dulu dan bayar masa dapat gaji pun bleh, tapi dengan syarat btul2 konpem la ye..tak mo la back off last minute...

Ni saya share sikit testimonial dari pengguna yang berpuas hati dengan Mealshakes ni ye...Selamat membaca...
testimoni mealshakes
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday, 17 June 2013

Award Day for Shaklee Independent Distributor

June 17, 2013
Haa...tu dia...ingat artis-artis je ke ada dapat award-award ni...

Dalam Shaklee pun ada jugak...Baru lah rasa berbaloi-baloi dengan usaha yang dicurahkan...Sekurangnya kita tahulah yang Shaklee menghargai distributor mereka dan tidak la menganggap kami ni sebagai pekerja mereka yang makan gaji je...Ni yang seronok dengan Shaklee ni...dah la produknya memang dijamin SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan yang paling penting HALAL pulak tu...siap ada dapat sijil halal lagi dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM...

Bercerita tenang Award Day ni, ianya lebih dikenali sebagai National Conference (NC). Kalo dengar namanya, mesti dok pikir yang on that day mesti dok bercerita tentang produk Shaklee, kajian-kajian la, journal la, perbincangan tentang masa depan Shaklee lah dan sebagainya sebabkan itu yang biasa orang dok buat dalam "Conference", btul tak??

national conference shakleeRupa-rupanya, jauh panggang dari api...Rupanya ia adalah hari memberi award kepada distributor-distributor Shaklee yang cemerlang sepanjang tahun kewangan sebelumnya. Ada lah jugak launching produk Shaklee yang baru, iaitu COQ10 yang memang best tu [tapi ni kita citer dalam entry yang lain ye (◑_◑) ], dan yang paling best dan bersemangat, semestinyanya sharing moments oleh 2 master yang dah cemerlang dalam Shaklee ni, iaitu Master Shareeza & Master Law.
 
Pada awalnya, saya tidak menaruh harapan untuk pergi kerana ianya diadakan di Sunway Resort, Selangor dan kami berada di Kerteh. Agak jauh untuk pergi, tambahan pula ianya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad merupakan hari bekerja di sini. Akan tetapi, apabila mendapat surat dari pihak Shaklee yang menyatakan kami (saya & suami, kerana saya turut registerkan nama suami as member) ada menerima 1 award, maka en asben pun bersetuju untuk pergi. Yeay!!! Nilah hasil pujukan mak Efie Muhammad untuk saya berkecimpung dalam Shaklee ni hihihi...

Pada hari tersebut, semua Masters datang, begitu juga dengan penerima award yang lain dan juga distributor Shaklee dari seluruh pelusuk Malaysia. Pada hari itu juga saya berpeluang berjumpa dengan ahli group Lady Boss dan Jutawan yang lain, yang selama ini berjumpa hanay di alam maya sahaja. Dapat juga berjumpa dengan Master-master dari group Jutawan untuk menyedut aura mereka, betapa seronoknya.

national conference shaklee

Selain daripada pemberian award, turut diadakan produk demo, promo buy 6 free 1 untuk COQ10, kuiz beserta hadiah yang menarik dan macam-macam lagi. Malah, untuk ibubapa yang membawa anak, turut disediakan bilik untuk anak-anak dan disediakan pelbagai aktiviti menarik. Malah terdapat goodies bag yang sangat menarik antaranya Shaker Shaklee yang tiada dijual dimana-mana.

Tadaa.....ni lah dia goodies yang diperolehi secara FREE je dari NC ari tu...all in semuanya worth >RM50 tu..siap ada voucher RM50 untuk beli VIVIX & COLLAGEN POWDER lagi..best kan...
national conference shaklee

Seperti yang saya sebutkan di atas, saya telah letakkan nama suami sekali masa register as member hari tu. So masa NC ari tu, goodies ni pun saya dapat 2 sebab 1 untuk nama saya dan satu untuk nama suami. Berbaloikan...register membership baru RM65 je seumur hidup, tapi dapat enjoy semua benefit untuk 2 orang.

Yang lagi best masa NC ni jugak, ramai penerima anugerah yang membawa anak naik ke pentas bersama untuk menerima award. Tiada sebarang bantahan pun walaupun pada hari tersebut, orang besar Shaklee Malaysia & Shaklee International turut ada pada hari tersebut. Ternyata Shaklee mementingkan konsep kekeluargaan dalam berniaga. Malah kalo ada lain-lain event Shaklee pun, memang ramai je yang bawa anak-anak bersama. So ibubapa tak perlu susah nak pikir mana nak letak anak-anak kalo ibubapa perlu attend event Shaklee...(っ◔◡◔)っ ♥

award at national conference shakleeDan inilah award yang saya dapat pada hari tersebut...

Untuk kategori Business Growth "New Rank Achievement". Siap ada nama kami lagi kat award tu hihihi...

Ni yang buat lebih semangat untuk berbusiness Shaklee ni. Dah la dapat tolong orang melalui produknya yang memang AWESOME tu..pastu dapat plak pengiktirafan...

Next year NC target : MASTER COORDINATOR horeyyy!!! InshaAllah...dan award-award lain termasuk la Car Bonus Achievement hihihi....

***ada teringin nak dapatkan semua ini?? ingin bebas dari beban kewangan?? sertai kumpulan kami dan ketahui cara membuat business SHAKLEE dengan betul dan berjayanya. Group Jutawan telah berjaya melahirkan 11 orang Master Coordinator sepanjang tahun kewangan yang lepas, jadi sudah tentu ianya terbukti mempunyai pelan perniagaan yang MANTAP. Dan paling penting, kumpulan ini TIDAK sama sekali mengamalkan perniagaan yang menindas downline. Malah anda akan diajar bagaimana untuk berbusiness TANPA PERLU SEBARANG MODAL mahupun sebarang pinjaman yang melampau dan membebankan***

master group jutawan shaklee

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Sunday, 16 June 2013

Bagus Sangat Ke Set Mengandung Shaklee?

June 16, 2013
Jom terus kita bercerita tentang set mengandung Shaklee....

Lama sangat dah tertunda sampai dah tak fresh...Alang adik acad pun akhirnya berjaya tdo, maka trus la saya nak bercerita dengan panjang lebar tentang set mengandung Shaklee yang memang BEST, memang BAGUS, memang TERBAIK dan memang LENGKAP la...

Pertamanya, mari kita fahamkan dulu mengapa wanita yang mengandung perlukan set mengandung Shaklee ni....Antara asbab dan sebabnya adalah...

set mengandung shaklee➊ kesihatan seorang wanita sebelum, semasa & selepas kehamilan adalah sangat penting untuk
perkembangan bayi secara tidak langsung
➋ ibu yang sihat mampu memberikan bekalan nutrisi yang secukupnya untuk bayi
➌ bekalan nutrisi yang mencukupi mampu mengelakkan bayi dari terkena sebarang jangkitan kuman/penyakit sejak dari dalam kandungan lagi
➍ bayi sangat memerlukan bekalan nutrisi yang secukupnya untuk menjamin tumbesaran yang seimbang
➎ sepanjang tempoh kehamilan, nutrisi yang diperlukan adalah lebih banyak kerana ibu mengandung turut menyalurkannya kepada bayi, nutrisi ini boleh diperolehi supplemen selain dari pemakanan kerana adakalanya ibu mengandung gagal mendapatkan makanan yang seimbang setiap hari
➏ apabila berat semakin bertambah, nutrien dalam badan boleh hilang dengan cepat, malah hormon juga akan menjadi tidak seimbang, maka pegambilan supplemen adalah digalakkan untuk mengatasi masalah ini
➐ 25-85% daripada wanita yang telah bersalin akan mengalami kemurungan untuk beberapa hari, dan set ini mampu menstabilkan emosi mereka dan mengelakkan berlakunya kejadian seperti "meroyan"

bayi shakleeJADI...

Apakah yang set mengandung Shaklee mampu sumbangkan dalam keadaan ini dan bagaimanakah ianya bertindak? Mengapakah set mengandung Shaklee ini menjadi sebutan di kalangan ibu mengandung di hari ini? Bagus sangatkah set mengandung Shaklee ni?? Betul ke set menagndung ni tak ada apa-apa efek kepada bayi, semasa & selepas mengandung?

Banyak persoalannya..Tapi selepas anda baca huraian di bawah pasti anda akan senyum dan terus rasa nak beli set mengandung Shaklee ni... ^__*

Sebelum itu, mari kita lihat apa yang terdapat dalam set mengandung Shaklee dan fungsi setiap satu vitamin..

Vitalea (multivitamin) : membekalkan sehingga 28 jenis vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Turut bertindak sebagai pelengkap nutrisi bagi menampung nutrien yang tidak diperolehi dari pemakanan seharian. Juga mengandungi zat besi, iaitu elemen yang sangat penting untuk ibu mengandung. Ini kerana ketika mengandung, kuantiti darah akan meningkat kerana ia bukan hanya menampung keperluan ibu, sebaliknya keperluan bayi juga. Kandungan hemoglobin yang secukupnya diperlukan bagi mengangkut oksigen dalam darah untuk keperluan ibu dan bayi.

Kekurangan zat besi ini mampu menyumbang kepada masalah anemia kepada ibu yang mengandung dan keadaan ini adalah sangat merbahaya. Ia akan menyebabkan ibu mengandung sentiasa dalam keadaan letih, lemah, tidak mampu memberi tumpuan yang baik, malah dalam kes2 yang major, ia bleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Tambahan pula, dalam tempoh-tempoh terakhir kehamilan, bayi akan menyerap lebih banyak zat besi dari ibu berbanding di awal kehamilan. Bekalan zat besi yang mencukupi juga mampu mengurangkan risiko kehamilan bayi pramatang.

kekurangan asid folikB Complex (dan asid folik) : pastinya ibu-ibu yang mengandung sudah tahu bahawa mereka adalah disuruh dan digalakkan untuk mengambil asid folik sejak dari hari mereka merancang untuk mengandung lagi. Ini kerana, asid folik sangat membantu dalam membantu memelihara sistem saraf yang sihat, menghasilkan hormon & sel darah merah, dan juga membekalkan tenaga. 

Pengambilan 400mcg setiap hari sebelum & sepanjang tempoh kehamilan mampu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neutron sehingga 70% . Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang sangat diperlukan, malah ianya diperkaya dengan "sistem penyerapan bioaktif" bagi membantu penyerapan asid folik yang maksimum.

Vitamin C : membantu menghasilkan kolagen bagi tujuan membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang fetus. Ia juga bertindak sebagai penguat sistem imunisasi kepada ibu mengandung bagi membantu melawan jangkitan dan penyakit. Bagi ibu yang menyusukan anak pula, satu kajian menunjukkan ibu-ibu menyusu yang mengambil vitamin C, mempunyai konsentrasi vitamin C pada bayi. Oleh itu bayi-bayi yang secara eksklusif diberi susu ibu tidak mengalami kekurangan vitamin C. 

Bagi Vitamin C Shaklee, ianya dihasilkan dengan mempunyai molekul yang sama dengan buah sitrus. Malah ianya diperkaya dengan bahan semulajadi seperti bioflavanoids, hespiridin dan rose hips bagi meningkatkan fungsi vitamin C tersebut.

Energizing Soy Protein (ESP) : mengapa protein sanga penting kepada ibu mengandung? kerana ianya merupakan blok-blok paling asas dalam badan bayi & ibu. Dalam timester ke-2 & 3, bayi akan membesar dengan pantasnya, maka mereka memerlukan bekalan protein yang secukupnya untuk mengelakkan gangguan dalam tumbesaran mereka. Protein juga dapat membantu dalam penghasilan susu ibu. 

Jadi apa yang ESP dapat sumbangkan, dan mengapa ianya sangat baik? Ini kerana ia 
√ mengandungi asid-asid amino lengkap termasuk 9 asid amino yang diperlukan oleh badan
√ bebas laktosa secara semulajadi
√ bebas kolestrol secara semulajadi
√ soya yang digunakan adalah soya yang TIDAK diubahsuai (non-GMO)

Ostematrix : membantu membekalkan kalsium yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Ini kerana, ketika hamil, bayi akan menyerap kalsium dari ibunya, maka jika ibu tidak mendapatkan bekalan kalsium secukupnya, masalah seperti gigi gugur, tulang mereput, osteoporasis, sakit belakang dan sebagainya mudah menyerang ibu. Dan keadaan ini juga boleh menyebabkan bayi mengalami masalah berkaitan kekurangan kalsium juga, terutama yang melibatkan tulang. 

Ostematrix Shaklee bukan sekadar membekalkan kalsium, malah lebih daripada itu dimana ia juga mengandungi vitamin yang membantu agar penyerapan kalsium ke dalam tulang tadi dapat dimaksimumkan dan bukan sebaliknya. Malah kajian membuktikan kalsium Shaklee mampu diserap sepenuhnya dalam masa 12jam selepas pengambilannya.Ostematrix juga mampu mengatasi masalah sembeli ketika mengandung mahupun dalam tempoh pantang.

OmegaGuard : apabila ibu mengandung mula memasuki trimester ke-2 & ke-3, boleh la mula mengambil OmegaGuard. Kandungan DHA & EPA dalam OmegaGuard mampu memberikan kesan positif kepada perkembangan kognitif dan visual bayi. Malah pengambilan Omega yang tinggi dalam tempoh ini boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Antara faktor mengapa Omega Guard perlu dipilih berbanding jenama lain boleh dibaca di sini.


**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
 

Penulis Jemputan Yang Istimewa

June 16, 2013
Alkisahnya, tiba-tiba semalam, ada orang volunteer nak tumpang menulis kat blog saya ni...Siap mintak satu column special untuk beliau lagik. Katanya beliau nak menulis pandangan tentang SHAKLEE dari perspekif seorang lelaki dan juga sebagai pengguna tegar ≧◉◡◉≦ hahaha tegar la sangat...kadang macam rela paksa je kuikuikui...

Dan beliau adalah tak lain dan tak bukan....

Memperkenalkan....

En asben saya...iaitu En Zaha Mira....

bakal master shaklee
bergambar masa NC 2012
So lepas ni saya akan buka 1 column khas untuk beliau menulis pandangan beliau dari perspektif seorang lelaki dan juga seorang suami dan ayah..Dah tentu ianya berbeza dengan apa yang saya tulis selama ni sebab kan lain-lain perspektifnya...

Sama-sama kita nantikan ye...

Tapi tak pastilah bila ianya akan berlaku sebab hari Rabu ni dah nak g offshore pulak...tak pelah, kita nantikan saje ye...(✿◠‿◠) Lagipun kan beliau yang volunter, so tak kan saya nak paksa-paksa plak kan...

Stay tune ya guys...(͡° ͜ʖ ͡°)

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Risiko Berulangnya Kejadian Yang Tidak Diingini

June 16, 2013
Fuh fuh fuh...tiup sawang jap....

Ni la akibatnya bila dekat 2 minggu tak berblog...sawang merata-rata T_T

Pe nak buat, dok bertravel sana-sini, dengan line tenet yang kejap ok kejap x ok, dengan anak2 yang bercuti sekolah & dok mengkonker lappy mama, macam-macam la...tapi tu sepatutnya bukan alasankan hihihi...

Dalam dok bertravel tu, sempat la jugak memenuhi appointment dengan Gynea kat Hospital Pakar Wanita An-nur, Dr Khamsiah Muda. Just a follow up apt mengenai hormon yang tak stabil yang menyebabkan aturan haid tak teratur. Bukan pe, bila ada masalah haid ni, sekaligus menganggu urusan ibadah, so haruslah diselesaikan dengan cepat. Sambil-sambil tu sempat jugak la bertanya pada beliau ttg perancangan mengandung saya untuk masa depan, yelah, adik acad pun dah 2 thn, so sesuai sangat la kalo nak menambah ahli keluarga baru. So x de la gap btwn adik-beradik ni jauh sangat kan... ❤❤❤

Seperti yang readers sedia maklum, masa sy pregnantkan adik acad, sy hadapi masalah uri melekat (boleh baca entry ni) & bb pramatang (¬‿¬) [baca juga di sini]. Tapi, Alhamdulillah semuanya selamat. So bila dok berplanning untuk next pregnancy, saya kena amik tau la pasal risiko yang saya akan hadapi sebab saya ada baca banyak kes yang kes berulang pada next pregnancy. And YES, doc konpemkan chances untuk kejadian tu berulang memang ada dan ianya adalah 20%. Alamak, merisaukan huhuhu...Then d next question, of course la cara nak prevent kan...

Jawapannya : TIADA. Hanya doa dan usaha je....

Ok, sungguh merisaukan...Tak sanggup kot nak ulang balik peristiwa 2 tahun lepas...ulang alik spital, peristiwa seluk2 yang sangat menyakitkan, kulit adik kurang zink sampai sakit n kn admit, n sampai sekarang ni pun stil dok ulang alik spital untuk appointment mata, paed n hidung adik...Penat dah kot huhuhu (─‿‿─)

TAPI...

vitamin shakleeBukankah setiap penyakit ada penawarnya, kecuali kematian kan...So, mesti ada jugak penyelesaian untuk kes ni kan...Even doc pun dah cakap kena usaha kan....So macam mana nak selesaikan masalah ni?? Caranya mudah je, iaitu haruslah kita tahu root causenya kan....Dalam kes saya ni, puncanya ialah jangkitan kuman. So macam mana nak atasinya...Haruslah dengan menjaga kebersihan, sama ada di kawasan yang terbuka, mahupun yang tertutup..tahap imunisasi badan juga haruslah dipertingkatkan, sebab bila badan kita mempunyai tahap imunisasi yang tinggi, maka kuman pun susah nak jangkit sebab ada protection yang kuat kan....

Memandangkan sekarang ni dok amalkan makan Shaklee selain kurma & madu, so harap2 dapat la membantu badan ni kuat dan menyerap seberapa banyak nutrisi yang diperlukan. Plus, Shaklee kan memang ada set untuk mengandung yang memang lengkap dengan segala nutrisi yang diperluka oleh ibu yang mengandung. So inshaAllah la ianya dapat membantu...

Teruskan membaca entry seterusnya untuk ulasan yang panjang lebar untuk set mengandung Shaklee ye... ^_^

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================