Isu paraben bukanlah satu isu yang baru. Rasanya ianya telah dibangkitkan dahulu, malah produk-produk kosmetik yang mengandungi paraben ini telah pun diharamkan pengeluaran dan penggunaanya. Namun, masih ada pengusaha yang degil dan masih memasukkan paraben ke dalam produk mereka tanpa memikirkan kesanya kepada pengguna. Manakala pengguna pula, tanpa memeriksa dengan teliti, terus sahaja menggunakan produk tersebut tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri pada masa hadapan.
Saya pernah mengulas tentang paraben dalam entry ini sebelum ini yang berkaitan dengan Herbal Cream Blend. Namun, rasa terpanggil pula nak bercerita dengan lebih mendalam tentang paraben ini kerana ianya sesuatu yang sangat penting kepada kaum wanita terutamanya memandangkan paraben ini terdapat dalam kebanyakan produk kosmetik yang semestinya digunakan oleh kaum wanita.
Mengapa paraben ini dimasukkan juga ke dalam kosmetik dan produk-produk kecantikan yang lain walaupun diketahui ianya mampu mendatangkan kemudaratan. Semestinya kerana harganya yang MURAH. Berbanding produk yang tidak mengandungi paraben, ianya memerlukan kos yang lebih tinggi untuk menghasilkannya kerana ia tidak mengandungi bahan pengawet, maka pengeluar perlu mencari sumber alternatif untuk dimasukkan ke dalam produk tersebut supaya ianya dapat bertahan lebih lama. Sedangkan paraben ini mudah dibuat di dalam makmal, jadi ianya tidak memerlukan kos yang tinggi.
Jika anda sebagai pengguna yang berpendapatan sederhana, ingin membeli satu produk, contohnya krim pelembap. Adakah anda akan
- memilih produk yang murah tanpa mengambil kira bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut,
ATAU
- membaca dan meneliti kandungan produk tersebut dan akan membeli produky yang tiada paraben walaupun ianya lebih mahal
Inilah risiko yang terpaksa dihadapi oleh kita sebagai pengguna. Namun, sejauh manakah kebenaran mengenai kesan paraben ini sebagai penyumbang kanser payudara?
Menurut Dr Zubaidi di dalam blognya, paraben ini bersifat lemah untuk bertindak sebagai hormon estrogen, jadi, bagaimana bahan yang 100,000 kali lebih lemah dari estrogen ini mampu menjadi penyebab kanser payudara? Jadi, masih banyak lagi ruang untuk perbahasan dan kajian mengenainya, namun kita sebagai pengguna haruslah bijak. Bijak dalam erti kata memilih produk yang betul-betul selamat dan bebas bahan kimia memandangkan kita akan menggunakannya untuk jangka masa yang lama. Ingat, pepatah ada menyebut, " Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Jadi, berwaspadalah...(͡° ͜ʖ ͡°)
**sertai
group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini
demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee...
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita
email : hani03_00@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
No comments:
Post a Comment