Monday 14 October 2013

Jom Masak Cheesekut Sempena Raya Haji

Dalam minggu ni, tetiba je berdebum meletup-letup cerita tentang Cheesekut di kalangan anak-anak buah Presidential Master (PM) Cery. Ini semuanya gara-gara Master Wan Muliani yang mengepos gambar Chessekut yang dibuat beliau ke personal Facebooknya. Bila k.cery mula mengomen, berpusu-pusu lah kami semua melawat ke facebook Master Wan Muliani tu. 

Memang terliur la bila melihatkan hasil Cheesekut yang telah siap. Ada pulak resepi disertakan, dan bila dibaca diblog tersebut, mudah sangat cara nak buat. So saya pun pe lagi, gatai la nak buat jugak. Terus je dengan semangt ajak adik acad g L-Mart, nak cari bahan-bahannya. Tetapi, malangnya Cream Cheese tak de jual kat situ ( つ﹏╰)Jadi, terpaksalah ditunda akan pembikinannya.

2 hari selepas itu barulah berkesempatan pergi ke Mesra Mall. Nasib baik la ada cream cheese, kalo tak memang kempunan tahap tak-tau-nak-cakap-pe-dah. Memang pindah balik bangi time time tu jugak kot huhuhu...So inilah bahan-bahannya...
shaklee

Simple kan...So tanpa membuang masa, jom kita buat...Setengah jam je ni siap la...

Cara-caranya :

shaklee1- masukkan cream cheese (saya guna 1 bekas je : 200gm) ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang (disebabkan kemalasan nak basuh mixer, saya guna blender je).

2- masukkan 2-3 sudu susu low fat (resepi asal guna fresh milk, tapi kat umah stok yang ada hanyalah low fat, bleh je, layannn....)

3- masukkan pula susu penuh krim ke dalam campuran tadi (letak la dalam suku - setengah tin. bergantung kepada tahap manis yang digemari oleh anda). pukul kan sekejap bagi memastikan kesemuanya sebati.

4- tuang susu low fat tadi ke dalam bekas yang leper supaya mudah untuk mencelup biskut. celupkan biskut satu per satu ke dalam susu tersebut dan susunkan ke dalam bekas tupperware/loyang anda. Jika anda ada kertas pelapik/baking paper tu, bleh la guna untuk lapik tupperware/loyang anda. Jika tak ada pun tak pe sebab tujuan melapik itu hanyalah sekadar untuk memudahkan proses mengangkat cheesekut itu nanti.

shaklee5- selepas satu lapisan biskut siap, tuangkan sedikit campuran cheese tadi ke dalam bekas. banyak mana nak letak, terpulang pada tahap ketaksuban anda pada cheese. macam saya, tak de la suka sangat cheese, so saya letak nipis je. then ulang balik step no 4 sampai campuran cheese tadi tinggal sikit agak-agak untuk topping. setiap kali anda letak biskut tu, jangan lupa untuk tekankan sikit biskut tu, bagi mampat, tapi jagan sampai pecah pulak biskut tu.

shaklee masak-masak6- tuangkan lebihan bancuhan cheese tadi sebagai topping, kat sini nak letak banyak pun tak pe. then taburkan la potongan strawberi/nestum/biskut oreo/chocolate dan apa saja la yang anda gemar. Mengikut kekretifan anda dan selera anda. now siap sudah Cheesekut anda....Masukkan dalam fridge dan biarkan ianya mengeras sebelum dihidangkan. Memang sangat senang, tak perlu nak bakar ke apa ke kan....

So apa kata anda cuba buat kuih ni sempena raya haji yang bakal menjelang dan hidangkan kepada para tetamu anda. Tentunya seronok dan menarik kerana ianya adalah sesuatu yang baru dan sedap.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan hasil Cheesekut anda dengan saya ye....♥(ˆ⌣ˆԅ)
 
 
 
 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


No comments:

Post a Comment