Monday 7 October 2013

Goreng Cempedak Dengan Mealshakes

Sekarang ni kan tengah musim cempedak. Dan saya sebagai peminat cempedak memang tidak melepaskan peluang keemasan ini lah. Berusaha membeli cempedak demi memuaskan selera sendiri...tapi tidak la sampai hari-hari beli cempedak dan goreng..Sat g jadi muka cempedak pulak orang-orang kat umah ni hehehe..Tapi saya memang tak boleh tahan dengan bau cempedak yang harum, manis dan sedap tu...Memang terliur la sokmo... >_<

mealshakes shakleeOk, hari ni saya nak share resepi masak cempedak goreng dengan Mealshakes. Tapi sebelum tu, mestilah dapatkan cempedak & juga Mealshakes dahulu kan...Ni la rupa cempedak yang saya beli, dekat 2kg rasanya, isinya pun banyak, elok-elok semuanya...tebal pulak tu...Jangan terliur or meleleh air liur ye hihihi


Ini saya senaraikan resepi yang telah saya ubah suai :

1- sebiji cempedak yang telah masak
2- 8 sudu tepung gandum
3- 3 sudu mealshakes Shaklee
4- air secukupnya
5- garam & kunyit secukup rasa
6- minyak masak untuk menggoreng

Ada sesetengah orang gemar meletakkan kapur dalam bancuhan ini, tapi saya tak. Saya lebih gemarkan campuran ini...(>‿◠)✌ Cara masaknya senang sahaja...

mealshakes shaklee1- Bancuhkan tepung gandum dan mealshakes dengan air secukupnya. memandangkan anak-anak saya suka bahagian kerak-kerak di tepi yang garing tu, maka saya membuat bancuhan tepung yang sedikit cair.


 mealshakes shaklee2- Letakkan kunyit sedikit sebagai pewarna dan garam secukup rasa.









mealshakes shaklee 
3- Kemudian, masukkan cempedak dan gaulkan semuanya sehingga sebati sebelum digoreng.





4- Masukkan cempedak ke dalam kuali yang diisi minyak. Pastikan minyak masak itu telah cukup panas untuk menggoreng bagi mengelakkan penyerapan minyak terlalu banyak oleh cempedak.
mealshakes shaklee
5- Terbalik kan cempedak agak-agak bila dah masak. Lepas tu, angkat dan toskan minyaknya.. Siap untuk dihidang...Kalo banyak, bleh la dihantar ke rumah jiran tetangga sikit....
mealshakes shaklee
siap...sedia untuk dihantar ke rumah jiran tetangga
cinch tea shakleeMacam mana? Senang bukan...Berebut-rebut kami makan hihihi...Paling sedap makan time panas-panas, tapi terbako la lidah hahaha...Beza cempedak goreng Mealshakes ni dengan cempedak goreng biasa tak de la sangat, cumanya bila saya tambahkan Mealshakes ni ke dalam bancuhan tepung tadi, secara tidak langsung Mealshakes itu akan dinikmati oleh anak-anak saya dan seterusnya dapat membantu meningkatkan selera makan mereka serta membekalkan nutrisi yang terdapat dalam Mealshakes itu ke dalam badan mereka.

Untuk mengelakkan rasa bersalah makan tepung banyak, saya bancuh pula Cinch Tea Shaklee. Ianya boleh membantu mendetox minyak-minyak dan lemak yang terdapat dalam badan kita. Perahkan sedikit limau nipis ke dalam bancuhan Cinch Tea, dan siap untuk dinikmati...Marveleous....

Cubalah hari ini...Apa dia? Tak de stok Mealshakes & Cinch Tea Shaklee? Whatsapp je saya untuk pembelian ye... >_< ✌
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


No comments:

Post a Comment