Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Wednesday, 11 March 2015

30 Minit Je Untuk Buat Brownies Nutella

March 11, 2015
brownies
american brownies secret recipe
Brownies....

Nak kata sedap sangat pun, idak la kot....Sebab ianya macam padat...Tapi sesekali terasa nak makan sesuatu yang berlainan, layankan la jugakan...Biasa kalo teringin sangat pun, beli yang kat Secret Recipes tu jela..Tapi setahun adalah sekali je pun hahaha

Bila dengar nama brownies ni, terlintas dalam hati, mesti susah nak buat ni...Kompem...Walaupun biasa buat kek, tapi bila dengar je brownies, zupppterus fikir, susah nak buat...Mainan otak sungguh huhuhu...

Namun, semalam, entah macam mana, boleh terbaca kat blog Namee Roslan tu, resepi brownies Nutella. Biasanya resepi yang ada kat blog Namee ni adalah resepi yang simple, yet sedap dan menjadi. So bila nampak resepi brownies, nutella pulak tu, terus rasa nak buat. Dah la budak-budak kat rumah ni hantu nutella...Baca punya baca entry tu, terus rasa...eh, senang rupanya nak buat brownies ni hihihi...Tula, tak cuba lagi trus cakap susah....Rugi rugi...

Plan asal nak buat petang semalam, tapi tak jadi sebab bngah tetiba muntah-muntah n cirit-birit. So rushing la g klinik. Balik klinik, settlekan makan, mandi, solat semua, then trus anak-anak tdo. So tak jadilah buat sebab dah semua pakat tido kan...

Maka, pulun la mama ni buat awal pagi tadi. Buat makan breakfast sekaligus bekal untuk blong bawa g skul. Gigih kot nak membaking awal pagi. Dlaam kepala otak dok bajet-bajet masa, sempat ke tak memandangkan pkul 7.20pagi blong dah kena gerak g skul...Zup zap zup zap, pkul 5.30pagi terjaga, mandi, solat, siap baju skul blong n baju keje en asben, then 6.15pagi dah terpacak kat dapur hihihi...

Trus amik bahan-bahan, panaskan oven dah bersilat dalam 20minit, then bakar dalam oven.....Ngam-ngam 7.05pagi, siap la brownies nutella ku..Alhamdulillah....

Memandangkan dok rushing buat, maka idak la ada gambar yang sempat disnap kecuali gambar masa dah ready untuk dibakar dan dah siap dibakar..Tapi tak, korang mesti boleh imaginekan je atau kalo susah sangat, boleh rujuk gambar kat blog Namee tu ye....

Maka, inilah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya....

Bahan-bahan
1- 200 ml nutella
2- 2 biji telur
3- 4 sudu susu pekat manis
4- 8 sudu sederhana tepung gandum
5- papercup size kecik/sederhana (ikut suka anda)

Cara Membuat

1- Bubuh nutella dan pecahkan telur dalam mangkuk yang ada nutella tu. Kacau guna pemukul telur tu sampai agak-agak nutella dan telur tu bergaul dengan mesra.
2- Then masukkan susu pekat manis tu dan kacau lagi sampai sebati 3 bahan tu.
3- Masukkan tepung sikit demi sikit. Sambil-sambil tu, gaulkan la juga supaya semuanya sebati. Masukkan sampai habis tepung tu ye. Kalo rajin, bolehla diayak tepung tu, tapi kalo agak tak sempat, boleh la buat-buat ayak dengan kadar sepantas kilat.
4- Bila semuanya dah sebati, boleh la discooopkan masuk ke dalam paper cup. Bubuh dalam setengah ke 3/4 cup je, sebab nanti dia mengembang masa bakar. Kang buh banyak sanagt, habis terkeluar dari papercup, tak cun la hihihi
5- Hiaskan la ikut suka. Saya tadi bubuh almond nip, coklat cair n coklat rice...Pastu sebab nak cepat, lupa nak gaulkan, end up, tertanggal la semua perhiasan itu masa nak makan huhuhu
6- Bakar dalam oven pada api 200darjah selama lebih kurang 15-20minit. Boleh la test-test dengan cucuk guna lidi untuk tau dah masak ke tak ye..If tak de yang melekat kat lidi, maknanya masak dah la tu ye....

Dan..Inilah hasilnya...

brownies nutella homemade kerteh
sebelum dibakar
brownies nutella homemade kerteh
ready untuk dimakan..sila makan time panas...nyummm
So lepas ni, tak payah dah la g beli brownies...Kita buat sendiri je ek...Jimat duitku hihihi.....Sedap pun sedap, senang lak tu...puas hati...Nanti cubala ye...Konpem tak menyesal...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Monday, 16 February 2015

Lolipop Coklat DIY Untuk Kenduri Kahwin

February 16, 2015
Counting days.......

Me counting days tinggal berapa hari lagi nak kenduri supaya dapat siapkan lolipop coklat untuk kenduri tu...
The bride plak offcourse la counting days untuk hari yang bersejarah tu kan...

Kenduri kahwin kali ni, kami plan untukberjimat cermat semaksimumnya. So, siap la bagi-bagi kerja sikit sorang, sponsor dikalangan adik-beradik, dan tengok sebanyak mungkin kerja yang boleh dibuat sendiri, dipastikan dibuat dan bukan disubcon kan ke mana-mana pihak luar. Barang untuk goodies pun tak la beli yang mahal-mahal, sekadar untuk menggembirakan hati tetamu nanti. Okla tu kan hihihi

Me telah menawarkan diri untuk buat goodies bag untuk kids. Dalam goodies bag tu, plannya bubuh coklat wafer/cake apollo, sumi jelly, apollo roka dan juga lolipop coklat. Yeayyy....Lolipop coklat tu, me la yang gatal nak buat. Sebab rasa macam best je kalo anak kita sendiri dapat lolipop coklat tu kan, so mesti la budak-budak yang bakal dapat nanti pun sure happy. Seronokkan...

Maka bermulalah pencarian mencari cemana la cara dan apalah bahan-bahan untuk buat coklat lolipop ni. Google punya google, jumpa la blog kak Azlita MasamManis tu. Owwhh....my faveret blog. Suka giler tengok kek-kek dan segala macam makanan yang kak ita ni buat. Dah la nampak real, sedap giler, pastu senang je kot (selalu amik resepi cookies dia hihihi). So jumpa lah resepi untuk lolipop coklat ni dan cara-caranya.

Apalagi, terus senaraikan barang. Pesan kat bride yang dok ulang-alik balik ke bangi tu supaya g kdai kek Yummies kat bangi tu, dan beli segala bahan-bahan yang diperlukan. Cara buatnya memang senang sangat-sangat, cuma nak tunggu dia keras tu lambat sikit la sebelum boleh ditanggalkan dari acuan dan dipack masuk dalam plastik. Tapi okla, boleh dibuat secara sambilan-sambilan gitu, so tak de la stress sangat nak membuat 200 batang tu hihihi

Trus ke bahan-bahan dan cara membuatnya ye...

Bahan-bahan

Coklat compound (saya beli brand La Bourne macam yang kak ita suggest)
Acuan lolipop
Stick untuk lolipop
Biskut oreo

Cara Membuatnya

 1- Potong coklat kecil-kecil, dalam masa yang sama, masak air atas api sampai menggelegak. Masukkan coklat dalam bekas yang bila nanti lepas atas air tadi, punggung bekas tu tak cecah air pun...Bleh refer sini details dan gambarajahnya...

2- Tutup api air tadi tu dan letak bekas yang menggandungi coklat yang telah dipotong itu ke atas air tu tanpa punggung bekas jejak air. Seolah macam bekas tu tergantung la kat atas air tu...

3- Kacau coklat perlahan-lahan sehingga cair kesemuanya. Then angkat bekas tu, lapkan bekas dan pastikan tiada setitik air pun terkena pada coklat yang dah cair tu.

4- Sediakan acuan lolipop. Scoopkan sedikit coklat cair tu kesemua lubang acuan. Kemudian, ketuk sedikit acuan bagi memastikan setiap space dalam bekas tu diliputi dengan coklat. Bukak coklat oreo, dan letakkan sebelah di atas coklat yang ada dalam acuan tu.

5- Letakkan stick lolipop, kemudian tutup biskut oreo tu dengan kepingan yang satu lagi.

6- Akhir sekali, scoop sedikit lagi coklat cair itu sehingga ianya meliputi biskut oreo. Ketukkan sikit acuan selepas semua lubang dah dicober dengan coklat. Biarkan coklat dalam suhu bilik untuk ianya mengeras. Siapppp.....

Tips : Nak bagi mudah coklat tu tanggal dari acuan, agak-agak coklat dah keras dalam suhu bilik, letakkan acuan coklat ke dalam peti sejuk dalam kira-kira 1 jam. Then keluarkan dan tolak coklat dari bawah. Ia akan pop dan keluar dengan mudahnya dari acuan...

Jika rajin, boleh la trim tepi coklat tu sebab mungkin masa buat ada tersememeh kan. So tak cantikla...Kalo macam kak ita, dia bubuh edible image tu, tapi yang saya buat ni, tak de. The bride tak suka edible image tu hihihi....Siap semuanya, masukkan dalam plastik, then ikat. Lepas tu, masuk kan la dalam goodies bag bersama makanan dalam. Settle.....

Mudahkan....So pe lagi...Bleh la anda buat sendiri nanti, paling-paling untuk jamuan birthday anak kat tadika ke kan....Seronok tengok budak-budak kecil teruja dapat lolipop coklat ni. Penat pun hilang, puas hati sangat...Cubalah....

lolipop coklat DIY
acuan untuk lolipop..beli kat kedai jual bahan kuih dan kek
lolipop coklat DIY
coklat yang dipotong kecil dicairkan secara double boiling

lolipop coklat DIY
coklat yang telah cair sepenuhnya
lolipop coklat DIY
scoop coklat sikit dan letak biskut sebelah biskut di atasnya
lolipop coklat DIY
letakkan stick lolipop dan tutup dengan sebelah lagi biskut 

lolipop coklat DIY
scoopkan sedikit lagi coklat sehingga meliputi semua biskut
lolipop coklat DIY
dah siap dibungkus..
lolipop coklat DIY
ready untuk join kawan-kawannya didalam beg kertas itu...


**********************************************
Bekalkan anak anda dengan khasiat secukupnya sebelum mereka ke sekolah atau tadika supaya mereka dapat belajar dengan penuh bersemangat dan aktif. Malah, imun sistem mereka juga dapat dipertingkatkan, jadi dapatlah mereka pergi ke tadika ataupun sekolah dengan sihatnya dan terlindung dari sebarang bakteria mahupun kuman. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut...
 
contact agen shaklee kemasik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik