Wednesday 11 March 2015

30 Minit Je Untuk Buat Brownies Nutella

brownies
american brownies secret recipe
Brownies....

Nak kata sedap sangat pun, idak la kot....Sebab ianya macam padat...Tapi sesekali terasa nak makan sesuatu yang berlainan, layankan la jugakan...Biasa kalo teringin sangat pun, beli yang kat Secret Recipes tu jela..Tapi setahun adalah sekali je pun hahaha

Bila dengar nama brownies ni, terlintas dalam hati, mesti susah nak buat ni...Kompem...Walaupun biasa buat kek, tapi bila dengar je brownies, zupppterus fikir, susah nak buat...Mainan otak sungguh huhuhu...

Namun, semalam, entah macam mana, boleh terbaca kat blog Namee Roslan tu, resepi brownies Nutella. Biasanya resepi yang ada kat blog Namee ni adalah resepi yang simple, yet sedap dan menjadi. So bila nampak resepi brownies, nutella pulak tu, terus rasa nak buat. Dah la budak-budak kat rumah ni hantu nutella...Baca punya baca entry tu, terus rasa...eh, senang rupanya nak buat brownies ni hihihi...Tula, tak cuba lagi trus cakap susah....Rugi rugi...

Plan asal nak buat petang semalam, tapi tak jadi sebab bngah tetiba muntah-muntah n cirit-birit. So rushing la g klinik. Balik klinik, settlekan makan, mandi, solat semua, then trus anak-anak tdo. So tak jadilah buat sebab dah semua pakat tido kan...

Maka, pulun la mama ni buat awal pagi tadi. Buat makan breakfast sekaligus bekal untuk blong bawa g skul. Gigih kot nak membaking awal pagi. Dlaam kepala otak dok bajet-bajet masa, sempat ke tak memandangkan pkul 7.20pagi blong dah kena gerak g skul...Zup zap zup zap, pkul 5.30pagi terjaga, mandi, solat, siap baju skul blong n baju keje en asben, then 6.15pagi dah terpacak kat dapur hihihi...

Trus amik bahan-bahan, panaskan oven dah bersilat dalam 20minit, then bakar dalam oven.....Ngam-ngam 7.05pagi, siap la brownies nutella ku..Alhamdulillah....

Memandangkan dok rushing buat, maka idak la ada gambar yang sempat disnap kecuali gambar masa dah ready untuk dibakar dan dah siap dibakar..Tapi tak, korang mesti boleh imaginekan je atau kalo susah sangat, boleh rujuk gambar kat blog Namee tu ye....

Maka, inilah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya....

Bahan-bahan
1- 200 ml nutella
2- 2 biji telur
3- 4 sudu susu pekat manis
4- 8 sudu sederhana tepung gandum
5- papercup size kecik/sederhana (ikut suka anda)

Cara Membuat

1- Bubuh nutella dan pecahkan telur dalam mangkuk yang ada nutella tu. Kacau guna pemukul telur tu sampai agak-agak nutella dan telur tu bergaul dengan mesra.
2- Then masukkan susu pekat manis tu dan kacau lagi sampai sebati 3 bahan tu.
3- Masukkan tepung sikit demi sikit. Sambil-sambil tu, gaulkan la juga supaya semuanya sebati. Masukkan sampai habis tepung tu ye. Kalo rajin, bolehla diayak tepung tu, tapi kalo agak tak sempat, boleh la buat-buat ayak dengan kadar sepantas kilat.
4- Bila semuanya dah sebati, boleh la discooopkan masuk ke dalam paper cup. Bubuh dalam setengah ke 3/4 cup je, sebab nanti dia mengembang masa bakar. Kang buh banyak sanagt, habis terkeluar dari papercup, tak cun la hihihi
5- Hiaskan la ikut suka. Saya tadi bubuh almond nip, coklat cair n coklat rice...Pastu sebab nak cepat, lupa nak gaulkan, end up, tertanggal la semua perhiasan itu masa nak makan huhuhu
6- Bakar dalam oven pada api 200darjah selama lebih kurang 15-20minit. Boleh la test-test dengan cucuk guna lidi untuk tau dah masak ke tak ye..If tak de yang melekat kat lidi, maknanya masak dah la tu ye....

Dan..Inilah hasilnya...

brownies nutella homemade kerteh
sebelum dibakar
brownies nutella homemade kerteh
ready untuk dimakan..sila makan time panas...nyummm
So lepas ni, tak payah dah la g beli brownies...Kita buat sendiri je ek...Jimat duitku hihihi.....Sedap pun sedap, senang lak tu...puas hati...Nanti cubala ye...Konpem tak menyesal...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

No comments:

Post a Comment