Showing posts with label bekal sekolah. Show all posts
Showing posts with label bekal sekolah. Show all posts

Wednesday, 11 March 2015

30 Minit Je Untuk Buat Brownies Nutella

March 11, 2015
brownies
american brownies secret recipe
Brownies....

Nak kata sedap sangat pun, idak la kot....Sebab ianya macam padat...Tapi sesekali terasa nak makan sesuatu yang berlainan, layankan la jugakan...Biasa kalo teringin sangat pun, beli yang kat Secret Recipes tu jela..Tapi setahun adalah sekali je pun hahaha

Bila dengar nama brownies ni, terlintas dalam hati, mesti susah nak buat ni...Kompem...Walaupun biasa buat kek, tapi bila dengar je brownies, zupppterus fikir, susah nak buat...Mainan otak sungguh huhuhu...

Namun, semalam, entah macam mana, boleh terbaca kat blog Namee Roslan tu, resepi brownies Nutella. Biasanya resepi yang ada kat blog Namee ni adalah resepi yang simple, yet sedap dan menjadi. So bila nampak resepi brownies, nutella pulak tu, terus rasa nak buat. Dah la budak-budak kat rumah ni hantu nutella...Baca punya baca entry tu, terus rasa...eh, senang rupanya nak buat brownies ni hihihi...Tula, tak cuba lagi trus cakap susah....Rugi rugi...

Plan asal nak buat petang semalam, tapi tak jadi sebab bngah tetiba muntah-muntah n cirit-birit. So rushing la g klinik. Balik klinik, settlekan makan, mandi, solat semua, then trus anak-anak tdo. So tak jadilah buat sebab dah semua pakat tido kan...

Maka, pulun la mama ni buat awal pagi tadi. Buat makan breakfast sekaligus bekal untuk blong bawa g skul. Gigih kot nak membaking awal pagi. Dlaam kepala otak dok bajet-bajet masa, sempat ke tak memandangkan pkul 7.20pagi blong dah kena gerak g skul...Zup zap zup zap, pkul 5.30pagi terjaga, mandi, solat, siap baju skul blong n baju keje en asben, then 6.15pagi dah terpacak kat dapur hihihi...

Trus amik bahan-bahan, panaskan oven dah bersilat dalam 20minit, then bakar dalam oven.....Ngam-ngam 7.05pagi, siap la brownies nutella ku..Alhamdulillah....

Memandangkan dok rushing buat, maka idak la ada gambar yang sempat disnap kecuali gambar masa dah ready untuk dibakar dan dah siap dibakar..Tapi tak, korang mesti boleh imaginekan je atau kalo susah sangat, boleh rujuk gambar kat blog Namee tu ye....

Maka, inilah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya....

Bahan-bahan
1- 200 ml nutella
2- 2 biji telur
3- 4 sudu susu pekat manis
4- 8 sudu sederhana tepung gandum
5- papercup size kecik/sederhana (ikut suka anda)

Cara Membuat

1- Bubuh nutella dan pecahkan telur dalam mangkuk yang ada nutella tu. Kacau guna pemukul telur tu sampai agak-agak nutella dan telur tu bergaul dengan mesra.
2- Then masukkan susu pekat manis tu dan kacau lagi sampai sebati 3 bahan tu.
3- Masukkan tepung sikit demi sikit. Sambil-sambil tu, gaulkan la juga supaya semuanya sebati. Masukkan sampai habis tepung tu ye. Kalo rajin, bolehla diayak tepung tu, tapi kalo agak tak sempat, boleh la buat-buat ayak dengan kadar sepantas kilat.
4- Bila semuanya dah sebati, boleh la discooopkan masuk ke dalam paper cup. Bubuh dalam setengah ke 3/4 cup je, sebab nanti dia mengembang masa bakar. Kang buh banyak sanagt, habis terkeluar dari papercup, tak cun la hihihi
5- Hiaskan la ikut suka. Saya tadi bubuh almond nip, coklat cair n coklat rice...Pastu sebab nak cepat, lupa nak gaulkan, end up, tertanggal la semua perhiasan itu masa nak makan huhuhu
6- Bakar dalam oven pada api 200darjah selama lebih kurang 15-20minit. Boleh la test-test dengan cucuk guna lidi untuk tau dah masak ke tak ye..If tak de yang melekat kat lidi, maknanya masak dah la tu ye....

Dan..Inilah hasilnya...

brownies nutella homemade kerteh
sebelum dibakar
brownies nutella homemade kerteh
ready untuk dimakan..sila makan time panas...nyummm
So lepas ni, tak payah dah la g beli brownies...Kita buat sendiri je ek...Jimat duitku hihihi.....Sedap pun sedap, senang lak tu...puas hati...Nanti cubala ye...Konpem tak menyesal...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

Tuesday, 3 February 2015

Tips Duit Belanja Sekolah Anak RM1 Je Tapi Mencukupi

February 03, 2015
Assalamualaikum....

Dah masuk bulan ke 2 nampak nya dalam tahun 2015 ni. Sekejap je masa berlalu kan. Pejam celik dah habis sebulan. Maknanya, dah sebulan la juga anak-anak kita memulakan sesi persekolahan. Bagi anak-anak yang baru masuk tahun 1, rasanya sekarang ni dah boleh sesuai kan diri dah dengan keadaan dan persekitaran persekolahan yang agak berbeza dengan zaman tadika.

Ok, biasa bila anak-anak pergi sekolah ni, ibubapa akan bagi duit belanja, btul tak? Selain bertujuan untuk anak itu berbelanja dan membeli makanan/minuman di sekolah, ianya secara tidak langsung membantu membentuk confidence level dalam diri anak itu. Anak akan belajar macam mana nak beli barang, macam mana adab nak minta barang yang dibeli dari makcik kantin tu, adab ketika membeli dan macam-macam lagi. Malah, mereka juga belajar matematik secara tidak langsung dalam masa yang singkat (sambil beli sambil kira duit berapa nak bayar dan berapa balance patut dapat dari makcik kantin).

duit belanja seringgitAgak-agak berapa ringgit duit belanja yang perlu diberi pada anak? Terus-terang kami hanya bagi RM1 je sebagai duit belanja blong. Mulanya saya nak bagi RM2, yelah, sian kot sikit sangat. Tapi en asben bertegas nak bagi RM1 je. Okla, kuasa veto kan, hikut jela....

So 2-3 hari skul, dok pesan pasal duit tu. 1st time kot blong dapat duit belanja sendiri. So feeling-feeling mama ni risau la, dok fikir macam-macam. Hari ke-3, mama g skul sendiri, tengok camne. Apa yang jual kat kantin tu. Cukup ke tak nak beli kalo duit belanja RM1 je. Dan alhamdulillah memang cukup pun...sebab semua benda yang dijual kat kantin tu harganya RM1 je...Air freem sekolah sediakan....Tu yang kadang bawa balik duit tu, ataupun paling-paling ada pun balance 50sen...

Apakah tips yang saya amalkan?? Inilah dia....

1- Pastikan anak breakfast sebelum ke sekolah setiap pagi. Breakfast tu tak perlu la heavy sangat. Secawan air coklat panas dengan beberapa keping roti/ kuih pun cukup dah. Then bagi la juga vitamin ataupun madu ke kan...Kalo anak suka kurma, bleh la juga bagi...

bekal anak sekolah
gambar ihsan google
2- Bekalkan makanan secukupnya untuk dimakan pada waktu rehat pagi (breakfast break). Setiap pagi saya akan buatkan bekal (tapi tak la capai tahap bento yang fancy-fancy tu hihihi). Cukup la sekadar roti canai ke, cekodok ke, roti sapu coklat ke dan sebagainya.

3- Jika anak anda suka beli air kotak kat sekolah, bekal kan siap-siap, so tak de lah diorang g beli dah. Kalo kita beli siap-siap secara pukal tu kan, or atleast sepeket (6 kotak) tu dan bekalkan pada anak, iaya sangat menjimatkan berbanding diorang beli kat sekolah. Bayangkan, harga 6 kotak air marigold laici tu saya beli hari tak sampai pun RM6, tapi bila dijual di sekolah, harganya mencecah RM1 - RM1.50 sekotak. So agak-agak berapa kita boleh jimat kalo kita beli sendiri dan bekalkan pada anak???

4- Pesan pada anak, waktu makan tengahari, makan je apa yang sekolah sediakan. Tak perlu dah g beli apa-apa, malah air  kosong pun minum je yang mama bekalkan.
>>> Ok, saya faham tak semua sekolah ada sediakan lunch, tapi kan kalo yang sekolah kebangsaan pagi tu, nantikan anak balik rumah tengahari sebelum diorang g KAFA pulak. So pastikan anak makan di rumah tengahari tu. Kalo yang g transit pulak, makan je apa yang tempat transit tu sediakan. Kita dah bayar siap-siap, so tak perlu lah anak tu belanja dan beli makanan dah waktu tengahari tu...

Jadi camne? Terfikir tak sebelum ni yang banyak sebenarnya kita boleh jimat. Malah anak-anak tak perlu pun bawa duit belanja banyak ke sekolah. Bukan pe, dikhuatiri kalo bagi duit belanja banyak, nanti bukan habis untuk diri dia sendiri, sebaliknya habis belanja kat kawan-kawan. Tak pun, takut habis beli entah apa-apa....pemadam lah, buku sticker lah, pensil la..dan ntah pape lagi....So sayang la kan.... (ㆆ_ㆆ)

Memandangkan GST hanpir tiba...Jadi elok la kita bermula dari sekadar berjimat cermat dan ajar anak tentang nilai wang. Jangan nanti sekarang dok bermewah-mewah beli macam-macam, sampai masa GST dilaksanakan, semuanya tak boleh nak beli sebab terduduk tengok harga yang melambung. Berjimat cermat dari sekarang, sementara masih sempat...(>‿◠)✌

Boleh dapatkan vitamin yang sesuai untuk anak anda yang sedang aktif membesar. Hubungi saya untuk keterangan lanjut....

vitamin untuk kanak-kanak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....


contact agen shaklee kemasik