Monday, 9 February 2015

2 Rahsia Cara Makan GLA Shaklee Untuk Hamil

February 09, 2015
Saya suka GLA Complex Shaklee, bukan sebab ianya produk Shaklee, tapi sebab GLA Shaklee ni mengandungi borage yang 3 kali ganda lebih tahan dan lebih berkesan berbanding evening primrose oil (EPO). EPO sememangnya sangat baik untuk kaum wanita, ianya banyak manfaat, namun sekiranya ada sesuatu yang sama macam EPO, tetapi lebih baik daripada EPO, maka ofkos la kita akan amik yang lebih tu kan....

Banyak sangat kelebihan GLA Complex Shaklee ni, antaranya ia dapat membantu wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur membetulkan kitaran haid itu. Malah, ianya turut dapat membantu seseorang wanita untuk hamil. Namun, perlulah tahu bagaimana cara makan GLA Complex Shaklee dengan betul supaya anda mendapat hasil seperti yang diidamkan (getting preggy...yeaayyyy....)

Ok, hari ni saya nak dedahkan rahsia cara makan GLA Complex yang betul bagi mereka yang ingin hamil. Rahsia ni diajar oleh para nutritionist Shaklee kami la, dan saya rujuk sifu saya juga. Tak mau la bagi ajaran sesat kan...Macam ni caranya ye....Saya akan pecahkan kepada 2 situasi...

gla complex shaklee untuk hamil1- Period/kitaran haid teratur

Kira kitaran haid anda (ianya berbeza antara individu)
Contohnya : 28hari / 2 = 14 hari
Maka...
Cara makannya : ambil GLA Complex setiap hari dari hari pertama haid sehingga hari ke 14
Telan 2 biji sehari : sebiji selepas lunch dan sebiji lagi selepas dinner
 
Cukup 14 hari, stop amik GLA sehinggalah haid seterusnya
In case haid tak datang, sila la pergi beli pregnancy test dengan kadar yang segera ye...

2- Period/kitaran haid TIDAK teratur

Amalkan mengambil GLA Complex setiap hari setiap 8 jam, kiranya 3 kali sehari lah...
Ulang setiap hari sehinggan anda rasa kitaran haid anda sudah teratur...
Lepas tu, follow la cara makan seperti no (1) di atas...

Semoga cita-cita anda untuk menimang cahaya mata berhasil dengan bantuan GLA Complex Shaklee ini dan dengan izin dari-Nya....Boleh hubungi saya untuk pembelian dan juga tips-tips lain...Eksklusif untuk anda, para pelanggan kesayangan saya....

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
contact agen shaklee kemasik
 

Thursday, 5 February 2015

Mana Larat Nak Puasa Kalau Tengah Mengandung

February 05, 2015
Dalam islam memang ada kelonggaran dalam bab puasa bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu-ibu yang sedang hamil diberi kelonggaran untuk berbuka atau tidak berpuasa sekiranya khuatir memudaratkan diri atau pun bayi dalam kandungan. Tapi, jika berkemampuan, pada saya, lebih baik la puasa je, tak de la jenuh nak menggantikan nanti. Yelah, lepas dah bersalin nanti, nak menyusu bayi pula. Dok tunda punya tunda, kang tengok-tengok dah masuk ramadhan tahun berikutnya. Tak pasal je kena bayar fidyah.

Saya sendiri dah kena. Dok menunggu hari je nak bersalinkan blong 6tahun yang lepas, masuk ramadhan. Mak saya suruh juga puasa, saya pun rasa ok je, tak de hal. Dapat la puasa 8 hari sebelum blong dilahirkan pada 9 ramadhan tahun tu. Alhamdulillah....

Honestly, berpuasa masa tengah mengandung tak delah penat sangat. Tapi kalau tengah di awal kehamilan tu, masa tengah dok mabuk lagi, time tu memang tak dinafikan lah memang susah sikit. Kalo dok teruk sangat, sampai nak berdiri pun tak larat, so better tak payah la puasa time tu, nanti bila dah ok, slow-slow la ganti kan...

Tapikan...Ada akak sorang ni, memang tengah dok mabuk la. Sampaikan puasa sunat yang biasa dibuat dalam bulan rejab dan syaaban pun tak dapat nak dilaksanakan sebab memang langsung tak larat. Namun, masuk je bulan ramadhan, dia cuba juga sedaya upaya untuk puasa dan tup-tup tengok cukup sebulan di puasa....Cekalkan.....

Jom kita dengar apa agaknya rahsia akak tu ye....


OOOOOOO...Gigih dok minum ESP rupanya...Patutla kuat dan bertenaga je dan mampu berpuasa sepanjang ramadhan....Alhamdulillah....

vitamin ketika mengandungSelain tu, ada lagi beberapa jenis vitamin untuk wanita hamil yang akak ni dok amalkan dan alhamdulillah, dengan izin-Nya, bayi yang dikandung tu, apabila lahir sahaja, dia lebih sihat dan perkembangannya lebih kehadapan berbanding adik-beradiknya yang lain. Tak banyak pun vitamin lain yang akak ni dok makan : vitalea, b complex, vitamin c, omegaguard dan juga ostematrix....5 jenis je, sekali ngap je tiap-tiap pagi, settle...
 
Perghhhh....2 daripadanya tengah dalam promosi, memang berbaloi-baloi la.....Jom cepat grab sementara tengah promosi ni, dan sementara tak de lagi penambahan harga disebabkan GST ni. Jangan lepaskan...Nanti kerugian besarrrr......Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, bayo sajelah harga mahal campur GST tu nanti hukhukhuk....
 
COD di kawasan kerteh, paka dan kemasik turut disediakan......

vitamin hamil shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
contact agen shaklee kemasik
 
 

Pentingnya Pemilihan Sekolah Untuk Masa Depan Anak Anda

February 05, 2015
Dilema masa mula-mula nak tentukan sekolah untuk blong hari tu. Mama dok sibuk nak masukkan ke sekolah rantau petronas tu, ayah pulak dah aim nak masukkan kat sekolah al-amin kerteh ni. Malah, bila dapat tau tadika annur kerteh ni ada link dengan sekolah al-amin kerteh tu, punya la semangat si ayah ni. Dengar pulak kata budak-budak dari tadika an-nur kerteh ni chances untuk diterima masuk ke sekolah al-amin kerteh ni lebih tinggi berbanding tadika lain. Tu dia...preparedah siap-siap...

Nak masuk sekolah al-amin ni ada kena amik test. Tu yang risau la jugakkan...Kotnya blong tak lepas test tu, sedey la kan...Mama ni dok nak masukkan kat sekolah rantau petronas tu pulak bukan sebab sekolah tu ada nama petronas, tapi sebab lokasi sekolah tu yang tak la crowded berbanding sekolah lain.

So awal tahun 2014, mama pun sibuk la uruskan pendaftaran blong untuk masuk sekolah. Apply siap-siap la kat sekolah, isi borang semua dan submit kat sekolah. Tapi time tu tak tau la dapat ke tak, sebab keputusannya bulan 8 baru keluar. Cuak jugak la sebab kalo ikutkan, sekolah rantau tu jauh la jugak daru rumah kami berbanding sekolah rendah kerteh ni (penempatan sekolah adalah mengikut alamat rumah).

Dipendekkan cerita, blong diterima masuk ke sekolah al-amin kerteh...alhamdulillah...tapi kenapa ntah, mama tak la rasa terkilan pun. Bila fikir-fikir balik, ok jugak la blong masuk sekolah al-amin kerteh tu. Antara sebabnya :
  1. waktu persekolahan yang panjang (7.30pagi - 3.30ptg), namun berkualiti. Nampak macam lama kan, 8 jam kat sekolah, tapi hakikatnya, waktu persekolahan blong lebih pendek dari kanak-kanak lain yang pergi sekolah kebangsaan waktu pagi dan kemudian KAFA pulak waktu petang. Seawal pukul 3.45ptg, blong dah boleh lepak dan rehat-rehat dirumah
  2. bacaan al-quran ditekankan di sekolah di mana, setiap pagi blong akan mengaji terlebih dahulu sebelum mula belajar. malah, blong turut belajar subjek agama yang lain seperti feqah, akhlak, sirah dan akidah selain subjek standard sekolah kebangsaan.
  3. penekanan tentang solat ke atas setiap murid. setiap hari, pada waktu rehat jam 1ptg-2ptg, semua murid diwajibkan solat zuhur berjemaah sebelum makan tengahari (bagi tahap 1). secara tidak langsung, ini akan mendidik blong (dan murid lain) tentang pentingnya solat dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Jadi, tak de la blong nak skip-skip solat dah macam masa tadika dulu.
  4. jimat perbelanjaan. kami tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli uniform sekolah blong kerana blong hanya memerlukan 1 set pakaian sahaja berbanding 2 set pakaian bagi mereka yang pergi ke sekolah kebangsaan biasa dan juga KAFA. 
Semoga blong membesar dengan cemerlangnya dan berjaya di dunia dan juga di akhirat sebagai seorang muslim yang soleh. Amin....
 
***kadang terharu juga bila blong sekarang, dengar je azan, terus g amik wudhu nak solat. kadang dia tolong kejut mama untuk bangun solat (time asar to be specific). dan adakalanya, blogn semangat nak g masjid solat subuh dan too my suprise, dia langsung tak mengantuk sepanjang hari tu sampai la tido balik dalam pukul 10 malam...syukur, alhamdulillah***
 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
AGEN SHAKLEE KEMASIK
 
COD ke kawasan kerteh, kemasik dan paka turut disediakan....

Wednesday, 4 February 2015

4 Vitamin Hebat Dalam Promosi Februari Ini

February 04, 2015
Makin dekat nak GST ni, makin baik pulak Shaklee ni. Gara-gara risau peminat-peminat vitamin Shaklee keputusan vitamin menjelang pelaksanaan GST ni, bulan ni sekali lagi Shaklee berbesar hati membuat promosi besar-besaran. 

Kalo dulu, setiap bulan, hanya satu jenis vitamin sahaja yang diberi promosi, then hujung tahun lepas, di upkan jadi 2 jenis vitamin. Namun, sejak bulan lepas, Shaklee membuat promosi bukan hanya pada 1 jenis, tidak juga pada 2 jenis, sebaliknya pada 4 jenis vitamin sekaligus. Amacam? Best kan....

Dah la tu, promosi bukan hanya meliputi vitamin untuk dewasa sahaja, tapi juga untuk kanak-kanak dan juga warga emas. Meh kita tengok apa kah 4 vitamin yang Shaklee dok  promo bulan ni...

promosi shaklee februari 2015

Ni lah dia...Ada 2 jenis promosi iaitu....

1- buy 6 FREE 1 : untuk ostematrix dan juga vitalea
2- buy 3 FREE 1 : untuk advance joint health dan vitalea for children

Vitalea ni adalah multivitamin. Sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi sebab ianya telah berada di pasaran hampir 100 tahun [WOWWWWW]. Ianya adalah multivitamin yang PERTAMA yang paling lengkap telah dicipta di DUNIA

Jika anda tak cukup budget nak beli vitamin-vitamin yang lain, tetapi betul-betul nak perbaiki tahap kesihatan anda, vitalea nilah yang paling sesuai untuk anda ambil. Memang tak rugi. Hanya 1 tablet sahaja sehari anda mampu rasai perbezaannya (dengan syarat makan secara konsisten setiap hari)....

Ostematrix dan juga advance jointh health adalah 2 jenis vitamin yang sangat baik untuk tulang dan sendi anda. Pasti anda tidak mahu menanggung kesakitan di sendi-sendi anda kan...Lagipun, sekali sendi tercedera, contohnya lutut, boleh menyebabkan aktiviti harian anda terjejas. Susah hati la kan macam ni....

Jadi, jangan lepaskan promosi hebat ini....Anda boleh menghubungi saya untuk keterangan lanjut dan saya sedia membantu anda. Konsultasi PERCUMA khas untuk pelanggan kesayangan saya....

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee kerteh contact

Rahsia Tampil Jelita Di Mata Suami Sehingga Suami Tak Alih Pandangan

February 04, 2015
Siapa sini tak pernah kena chicken pox?? [bajet ramai la readers yang baca posting ni kan hehehe]...

Bagi yang dah pernah kena, pasti tau kan betapa azabnya bila kena chicken pox ni. Dah la gatal-gatal satu badan, pastu nak garu tak boleh sebab nanti habis berparut sana sini. Nak tahan je memang tak mampu la sebab memang gatal sangat-sangat. Pulak tu, bila tengok biji-biji tu, rasa gerammmmje...Rasa nak picit-picit je. Stress wei....

Kebah je dari chicken pox ni, datang pulak 'kerja' lain. Iaitu kerja nak menghilangkan parut-parut akibat dari tangan yang gatal dok menggaru biji-biji air yang kluar tu. Kalo yang kat badan tu, ok la, boleh cover. Tapi masalahnya yang kat muka. Memang bleh buat self confident menurun sampai tahap negative la. Tak percaya? Meh dengar apa kata akak ni...



Haaa...tu dia..Muka memang berparut tahap kalo tepek bedak 10 inci pun still nampak la. Kalo ikut akak tu, katanya, memang malu la. Nak jumpa orang pun segan. Dan yang paling terkesan adalah, terasa dirinya sudah tidak cantik di mata suami. Bahaya tu...Takkan nak biar suami tengok muka kita yang dok berparut sana sini tu kan. Kesian la dia...Kalo nasib baik, suami tu tahan je. Dapat suami yang tak berapa nak baik, ditinggalkan nya, haaa tak ke haru..kan...

Nasib akak ni cepat-cepat cari penyelesaian. Apakah vitamin yang akak ni try? Sama seperti apa yang akak cantik lagi sorang ni guna....Tak percaya? Meh baca testimoni dia plak...

kulit cantik shaklee

Ada Energizing Soy Protein, ada b complex, ada vitamin c, ada vitamin E dan ada juga GLA complex..5 jenis vitamin je, dah mampu memberikan hasil yang sangat memberangsangkan. Malah, harga 5 jenis vitamin ni adalah lebih murah dari set penjagaan kulit berjenama yang terdapat di pasaran tu....

Apa yang penting, vitamin-vitamin ini merawat badan anda secara keseluruhan dari dalam bagi memastikan anda mendapat hasil yang betul-betul memuaskan hati dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Jadi, memang sangat disyorkanlah bagi wanita yang ingin kembali jelita di mata suami untuk mendapatkan 5 jenis vitamin ini. Dijamin puas hati...

Ketahui dengan lebih lanjut dengan menghubungi saya ye...Free consultation khas untuk para pelanggan saya...

contact agen shaklee kertih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee kerteh contact

Perangai Baru Bngah - Tantrum

February 04, 2015
Dulu saya tak pernah tau pun kewujudan perkataan "tantrum" ni. Apa bendanya tu pun macam tak de la nak amik pot pun sebab rasa macam tak de kaitan dengan hidupku hahaha

Tapi lately, nape tah, asek ternampak je perkataan ni di mana-mana, trus rasa nak cek apakah sebenarnya disebalik maksud perkataan ni. Rupanya, ia bermaksud...

"A tantrum or temper tantrum is an emotional outbreak, usually associated with children or those in emotional distress, typically characterized by stubbornness, crying, screaming, defiance, angry ranting, a resistance to attempts at pacification and, in some cases, hitting. Physical control may be lost; the person may be unable to remain still; and even if the "goal" of the person is met, he or she may not be calmed" [copy sebijik dari wikipedia]

Hokey...faham dah....Dalam bahasa melayu, secara ringkasnya, kanak-kanak meragam atau buat perangai bila kehendaknya tidak dipenuhi.

Blong dulu, dia tak de buat perangai sangat. Alhamdulillah he's a good boy. Tapi bngah ni, dia ada lain sikit perangai. Ada masa baik, memang baik, sampai rasa alahai, baiknya la anak aku ni. Tapi, bila dia mula buat perangai, mula keras hati, memang jenuh la....Paling kronik kalo kehendak dia tak dipenuhi dan time tu dia mengantuk. Dia tanpa segan-segan boleh buat perangai.

Yang paling latest, dia buat keras hati tak mau berjalan sebab mama tak bagi dia main handphone yang display kat kedai Samsung kat Mesra Mall tu. Seinci pun dia tak mau bergerak. Mama ni dah la dengan dok mendukung baby anas, bawa pulak barang-barang, pastu nak kena melayan dia. Sudahnya, mama pun buat keras hati, tarik je tangannya, dan buh dia dalam troli shopping TMC tu. Satu TMC tu boleh dengar dia nangis, sampai ada yang ingat dia kena tinggal dek maknya huhuhu...Haru kan....

Tapi rasanya level tantrum bngah ni masih terkawal la sebab dia tak de la sampai terbaring tak mau bergerak langsung ke...atau dok pukul-pukul orang ke..Just menangis melalak sekuat hati dan disulami jerit yang seakan melepaskan geram. Tu jelah..But still, for me, perangai itu sangat menyusahkan....

So nak tak nak, agak-agak kalo tau dia dah mengantuk @ penat, tak yah la nak gatal-gatal keluar bertiga je dengan bngah dan baby anas, sebab tak pasal je kang dia buat perangai dan mama nya ni pun mengeluarkan perangai juga hihihi...

Ada tak anak anda yang selalu bertantrum ini? Jom share dengan saya cerita anda pula.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

contact agen shaklee kemasik

Tuesday, 3 February 2015

Gigi Dia Dah Tumbuh!!!!

February 03, 2015
Hari ni kita cerita feeling mak-mak ye hihihi

Baby anas finally dah kluar gigi...Yeayyy....Setelah dok menyembur, main air liur dari umur 4 bulan, akhirnya..muncul jua si gigi sulung yang ditunggu-tunggu. Dan mangsa pertama yang kena gigit adalah......en asben...hahaha

my shaklee baby
muka tak bersalah....
Walaupun baby anas dok la menyusu dengan mama, tapi tak pernah pulak terasa gigi dia. 

Tapikan....Fikir-fikir balik...maybe ada kot...Pernah la 2-3 kali dia macam gigit, dan terasa macam tajam, tapi time tu tak terfikir plak la pasal gigi sebab dah berkurun jugak tunggu-tunggu gigi dia kluar, tapi tak muncul-muncul pun huhuhu Sampai kepala mama ni dah nak botak sebab rambut dok gugur dengan hebatnya kesan semburan air liur baby anas hahaha

Nasib baik ada set rambut shaklee...Lega la sikit mama...Kalo tak sian en asben tengok bini botak...Wuarghhhhh.....

So tulah dia..Pada umur menjangkau 7 bulan, akhirnya baby anas melangkah ke dunia baru...Dunia bergigi...Tapi alhamdulillah dia tak de la sampai demam...Just crancy crancy gitu jela...Tu pun jenuh la kami laki bini fikir kenapa..Padahal anak no 3 dah ko kuikuikui....

Maka dengan ini, mama haruslah berhati-hati setiap kali baby anak menyusu supaya dia tidak mencederakan mama......

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee kerteh contact