Tuesday, 29 January 2013

Anak Sihat, Mama Cantik, Ayah Gembira

January 29, 2013
Pagi ni saya nak lari jap dari citer tentang ESP Shaklee & Mealshakes Shaklee. Idea tetiba datang untuk bercerita tentang Vitamin C Shaklee.

Seperti yang semua sedia maklum, Shaklee sekarang ni kehabisan stok Sustainable Retained Vitamin C (SRVC) 500mg yang sangat femes n meletop tu....So option yang ada ialah Chewable Vitamin C (CVC) 100mg tu. Sebelum-sebelum ni, CVC ni agak kureeenggg la permintaannya sebab target group untuk CVC ialah kanak-kanak. Orang dewasa memang konpem-konpem la akan amik SRVC. Tapi bila situasi kehabisan stok ni, CVC pun orang rembat jugak. *ternyata vitamin Shaklee sangat digemari oleh ramai orang*

chewable vitamin c shakleeApa bezanya antara kedua-dua vitamin ni 

 SRVC ==> mengandungi 500mg vitamin C
         ==> pelepasan nutrisinya adalah secara berperingkat dalam masa 5 jam
         ==> cara makannya adalah secara telan
         ==> boleh juga dijadikan sebagai masker

CVC ==> mengandungi 100mg vitamin C
      ==> boleh dikunyah mahupun ditelan
      ==> 1 biji SRVC = 5 biji CVC

Makanya, both vitamin C ni more or less khasiatnya sama. Jadi kepada anda-anda yang telah kehabisan/hampir kehabisan stok SRVC, usah la ragu-ragu untuk mengambil CVC. Boleh dikongsi makan oleh seisi keluarga, terutama sekali kanak-kanak / anak-anak. Jimat kan? (dengarnya Shaklee sekarang ni keluarkan CVC yang mengandungi 300biji/botol, lagiiiii la sangattt jimat). Sambil-sambil tengok tv, bleh la kunyah-kunyah CVC dengan anak-anak. Daripada makan snack-snack / junk foods, lebih baik la kunyah CVC.

Anak sihat, Mama cantik, Ayah happy sebab tak payah kuar duit tuk perubatan & kosmetik Mama hahaha (*,^)

happy shaklee family

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================



Monday, 28 January 2013

FAQ Mengenai Mealshakes Shaklee

January 28, 2013
Assalamualaikum.......

faq on mealshakes

Seringkali customer-customer saya yang telah membeli dan memberikan anak mereka Mealshakes akan merepeat order lagi dan lagi dan lagi kerana berpuas hati. Ada juga yang mula risau anak mereka semakin gemar makan dan beratnya bertambah kerana bimbang anaknya termasuk dalam kategori obesiti. Ada juga yang bertanya efek sekiranya mereka memberhentikan pengambilan Mealshakes dalam jadual makan anak mereka seharian. Oleh itu, saya createkan entry ini supaya anda semua @ ibubapa2 yang prihatin tidak merasa risau @ bimbang @ merasa ragu-ragu tentang Mealshakes

1- Sampai bilakah anak anda perlu mengambil Mealshakes?
Tak kisah sampai bila pun kerana Mealshakes adalah supplemen yang bertindak sebagai pelengkap nutirisi kepada kanak-kanak.

2- Anak sekarang dah semakin chubby sbb asek nak makan je, macam mana? Bleh jadi obes tak?
Bleh kurangkan sukatan pengambilan Mealshakes sehari untuk anak. Ibubapa hendaklah mengawal juga pemakanan anak, elakkan dari memberi makanan yg tidak sihat kepada anak.
3- Apa akan jadi jika stopkan pengambilan Mealshakes?
Tak jadi apa-apa, cuma ibubapa perlu lah memastikan anak mendapatkan secukupnya nutrisi yang diperlukan melalui pemakanan sehari anak-anak memandangkan pengambilan supplemen pelengkap diberhentikan.

4- Mealshakes hanya boleh diambil secara minum saje kah?
Tidak, bleh juga dicampurkan dalam makanan anak anda seperti oat, cereal dan sebagainya.

5- Banyak manakah had pengambilan Mealshakes dalam sehari?
Cukup lah sekadar 1-2 sudu saja sehari kerana Melashakes adalah makanan tambahan & pelengkap, bukanlah makanan utama anak anda.

FAQ mealshakes shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan....

pengedar shaklee kerteh

  

Saturday, 26 January 2013

Siapa Yang Memerlukan Mealshakes & Resepi Untuk Menikmatinya

January 26, 2013
mealshakesAssalamualaikum......

Tertunda 2 hari saya nak cerita tentang Mealshakes. Ni la jadinya bila hari cuti, Baru nak bukak laptop, adaaa je yang datang menghijack laptop huhuhu... budak-budak... (",)

Selain kanak-kanak yang jenis memilih makanan, Mealshakes juga sesuai untuk :

1- orang dewasa/tua yang tidak gemarkan supplemen dalam bentuk pil
2- wanita hamil
3- wanita menyusukan anak
4- orang yang ingin menurukan berat badan
5- para atlet
6- mereka yang gemar makan snek pada waktu terluang
7- penggemar sayyur-sayuran

Antara resepi / cara menikmati Mealshakes :
    mealshakes shaklee
  • air masak + mealshakes (paling basic)
  • susu botol + mealshakes (untuk kanak-kanak yang masih menyusu botol)
  • mealshakes + performance drink + ESP (set 3Gems)
  • mealshakes ice cream vanilla
  • mealshakes bandung
  • mealshakes oreo
  • mealshakes banana dan sebagainya...
Ini saja lah dulu sharing saya tentang Mealshakes sebab bateri sudah nak kong. Kang tak sempat pulak publish entry ni, hilang plak huhuhu....





   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.....

pengedar shaklee kemasek

Wednesday, 23 January 2013

Mealshakes...Peneman Setia Kanak-kanak...

January 23, 2013
cara tambah selera makan anak


Assalamualaikum....

Dah abis cerita tentang ESP Shaklee, jom kita tengok supplemen seterusnya yang terdapat dalam rangkaian produk SHAKLEE.

MEALSHAKES....inilah produk SHAKLEE yang ke-2 selepas Vita C yang saya beli. Masa beli tu, tak tau pun apa Shaklee ni. yang tau masa tu hanyalah nak cari supplemen untuk abg long yang sangat susah makan, terlalu memilih makanan sampai beratnya menyusut. Kira kalo bukak baju tu, nmpakla tulang paru-paru tu.udah macam gitar huhuhu..muka pun dah tak tembam...suma orang risau sampaikan atuknya pun siap belikan Appeton tuk abglong... :'(  tapi saya x mo bg dia Appeton tu sbb baca banayk review, orang kata ada side effect warrgghhh...Mama x rela blong... Pegi PAED plak, diorg suggest minum susu Pediasure..layan jela masa tu...

tambah selera anak-anak

Lepas habis 1 tin, tengok selera abg long adalah meningkat sikit, makan pun ok, selera pun ok, berat ada sikit la naik. Masa tu amik Mealshakes & Pediasure. Pastu terpikir nak stopkan Pediasure and bagi Mealshakes & susu je. Alhamdulillah lepas tu berdesup selera dia naik, berat pun bertambah, pipi pun dah stat kembang, perut pun mula nampak...Syukur giler...Ternyata tak salah pilihan kami...

Ibubapa mana yang suka bagi anaknya makan/minum sesuatu yang tak segar, yang ada campuran bahan kimia, yang tak asli? Pasti semua nak bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Begitu juga kami dan sebab itulah kami pilih Mealshakes sebab ianya semulajadi, bebas dari sebarang bahan pengawet, dan yang paling penting ianya HALAL. Jom kita tengok apa kandungan Mealshakes ni...

mealshakes shaklee


Banyakkan nutrisi yang terkandung dalam Mealshakes ni. So sekarang saya tak perlu risau abg long kurang nutrisi sebab selain makanan sehari yang diambilnya, mana-mana yang kurang, Mealshakes bleh tolong tampungkan...Tapi ingat ya, Mealshakes BUKAN makanan penganti, ia hanyalah makanan tambahan sahaja.

mealshakes shaklee

Apakah manfaat Mealshakes ni? Meh baca lagi...


1- Nutrisi Lengkap : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat yang diperlukan oleh badan manusia



2- Membekal Nutrisi Kepada Sel Badan : kaya dengan protein untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, rambut, kuku, organ, darah, imun dan lain-lain



3- Membantu Tumbesaran : mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran



4- Anti-oksida : vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan



5- Detoksifikasi : kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus



p/s : dengar-dengar, Mealshakes ni bagus juga untuk orang pregnant, yang nak tambah berat dan lain-lain. Kita citer dalam next entry ya... (*,^)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan...

pengedar shaklee kerteh

Tuesday, 22 January 2013

Khasiat Susu Ibu Kepada Bayi

January 22, 2013
Assalamualaikum......

Saja gatal tangan google2 tengok gambar tadi, jumpa satu gambar tentang khasiat susu ibu kepada bayi..jom rasa nak share ramai-ramai. jom pakat baca....

Banyak rupanya khasiat susu ibu kepada bayi. Boleh dikatakan bermanfaat untuk seluruh organ sistem badan bayi. Patutla islam menggalakkan penyusuan susu ibu kepada bayi seawal kelahiran bayi...

InshaAllah akan berusaha tuk bagi acad susu badan sampai umurnya 2tahun. 4 more months to go, I know I can do it..so do you mothers out there... 




Penyusuan dan Energizing Soy Protein Shaklee...

January 22, 2013
Assalamualaikum.....

Banyak orang suggest kalo nak tambah susu badan, amik Energizing Soy Protein Shaklee. Ni paling asas la, kalo ada bajet lebih, bleh tambah amik alfalfa, kalo banyakk lagi duit, bleh rembat terus set 3M. Tapi tula, agak-agak nape Energizing Soy Protein Shaklee is on the top of the list?

ESP Shaklee dan susu ibu

Dulu masa anak 1st, ilmu pasal penyusuan x cukup sangat, tp dapatla susukan abg long selama 6bln, alhamdulillah. Bila masuk anak 2nd, ilmu dah bertambah, tp still x banyak sangat lagi, but nekad nak fully bf acad sampai umur 2 tahun sbb dia lahir premature. Susu memang banyak giler, sampai berbuang, sampai tumpang fridge umah orang 2bijik, beli plak deep freezer tapi still x muat gak. Masa tu plak memang langsung x amik pape suplemen pun, acad pun duduk kat NICU for almost 3months, so susu memang pam je. Sampai mak-mak baby lain kat NICU tu heran cemana susu saya banyak.
stok ebm yang banyak 
suku dari stok susu yang dibuang. x tau kali ke berapa tah
Bila acad dah makin besar, dah makin lasak, saya dah mula rasa badan letih-letih, susu pun mula la kejap naik kejap turun. Masa tu dah mula berfikir-fikir tentang supplemen, tentang fm. Tapi still nak cuba gak genapkan 2tahun fully bf acad. Di sinilah mulanya datang Energizing Soy Protein Shaklee. Jeng jeng jeng....

Bila badan dah penat, otak akan dapat isyarat penat, so perlukan rehat, maka secara automatik production susu akan merudum sebab dia pun dapat isyarat rehat. Sedangkan sebenarnya kita bukan nak suruh production susu berehat jugak..haru kan huhuhu....

Disinilah datang nya fungsi supplemen a.k.a. Energizing Soy Protein Shaklee tadi. Energizing Soy Protein Shaklee yang bertindak sebagai pemberi tenaga membuatkan badan saya jadi hilang letih walaupun dok sibuk uruskan anak2, suami, umah dan sebagainya. Bila hilang letih, otak trus dapat isyarat bekerja, so susu pun trus banyak & cukup untuk tampung keperluan acad. Saya jenis tak pam/ buat power pumping / mermet. Df je sbb acad tak suka susu yang tak fresh...

Ini pengalaman saya sendiri dari sinilah saya tau apa sebenarnya kaitan Energizing Soy Protein Shaklee dan susu badan yang banyak. So kalo orang cakap Energizing Soy Protein Shaklee yang menyebabkan susu badan banyak, saya kurang bersetuju sebab Energizing Soy Protein Shaklee hanya bertindak sebagai pemangkin kepada pengeluaran susu badan yang banyak.

p/s : sebab tu Energizing Soy Protein Shaklee sesuai jugak tuk lelaki dan semua peringkat umur. sebab bukan Energizing Soy Protein Shaklee yang kluarkan susu badan... (",)

my kiddos
abg long bergambar smbil tgk tv
kiddos
adik acad yang bergaya

Tips Kecantikan Bersama Energizing Soy Protein Shaklee

January 22, 2013
esp buat masker


Assalamualaikum....

Taukah anda selain diminum, Energizing Soy Protein Shaklee bleh digunakan untuk apa lagi? tau tak? tau tak? kalo tau, bagusss....kalo tak tau, meh sini nak bgtau...

Sebelum tu nak tanya, anda biasa guna masker? berapa kerap anda bermasker? saya sendiri, honestly sangat jarang bermasker sebab tak biasa buat dan mahal plak tu kalo nak beli yang kat kedai. tapi lepas dah join shaklee, senang dah la, tak payah susah2 pegi beli masker kat kdai dah. beli yogurt plain je, pastu buat sendiri masker..jimat kan... 

Meh nak ajar cara-cara buat masker guna Energizing Soy Protein Shaklee...

Masker dengan ESP Shaklee
 
 Haaa...senang jekan...jimat plak tu..so kalo agak2 rasa jemu dah minum Energizing Soy Protein Shaklee, jangan risau, anda tak perlu membazir/buang Energizing Soy Protein Shaklee tu begitu saje. Hanya perlu ke kedai dan beli plain yogurt dan tadaaa....dah bleh buat masker sendiri...

Kenapa yogurt dipilih untuk digandingkan dengan Energizing Soy Protein Shaklee sebagai bahan membuat masker? Jom baca...

1- Asik laktik yang terdapat dalam yogurt berfungsi sebagai exfoliator (agen pengelupasan) dan menjadikan kulit wajah menjadi lembut. Yogurt sesuai juga untuk yang mempunyai kulit sensitif kerana pengelupasan yang berlaku adalah secara lembut. 

2 - Yogurt merupakan anti-fungul dan anti-bakteria yang boleh membantu mengurangkan jerawat dan memulihkan tona kulit tidak sekata, oleh itu ianya dapat membantu mencegah sebarang cela pada muka

3 - Zink yang terkandung di dalam yogurt berfungsi memberikan rasa nyaman kepada kulit yang terbakar serta memberikan kelembapan kepada kulit, oleh itu yogurt dapat membantu memulihkan kesan 'sun burn'

Kebaikan masker plak..
  • membantu mendapatkan kulit yang 'glowing', lembut, tona kulit yang sekata dan halus mulus
  • mengecilkan liang pori-pori serta melembabkan kulit wajah
  • mengurangkan bintik-bintik hitam dan putih tanpa perlu dipicit
  • mengembalikan keremajaan wajah dengan mengurangkan kedutan pada wajah
  • mengurangkan & merawat masalah kulit berminyak yang menjadi punca jerawat & pigmentasi
Namun begitu, sekiranya anda terlalu kerap menggunakan masker, ada juga keburukannya, antaranya..
  • Kulit akan menjadi kering sekiranya terlalu kerap menggunakan masker. Cukup lah sekadar 1-2 kali seminggu sahaja anda bermasker
  • sekiranya masker itu tidak sesuai/anda pakai terlalu lama, bleh menyebabkan radiasi pada kulit tambahan pula jika masker tersebut mengandungi bahan kimia yang tinggi. Akan tetapi, sekiranya anda membuat masker dari Energizing Soy Protein Shaklee, inshaAllah masalah ini tidak akan berlaku kerana Energizing Soy Protein Shaklee ada diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat & suci.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan....

pengedar shaklee kemasek