Showing posts with label shaklee kerteh. Show all posts
Showing posts with label shaklee kerteh. Show all posts

Thursday, 17 November 2016

Bawa Kek Coklat Cheese Berhantu Ke Jamuan Akhir Tahun Sekolah

November 17, 2016
Assalamualaikum....

Yeayyy...Musim persekolahan 2016 dah nak sampai ke penghujung...

Exam dah habis, tunggu result jela sekarang ni....Dup dap jugak la sebab online sistem sekolah ditutup untuk sementara waktu. So tak dapat a nak cek result blong setiap hari. Harap blong inform jela bila dia balik, habis semakan kat sekolah setiap hari.

So hari ni sampai la hari jamuan kat sekolah blong. Hari selasa lepas je baru mualimah inform. So ada mama ada 1 hari nak prepare. Semalam dalam hujan-hujan, gigih la mama singgah Bakery A to Z kat Kerteh ni mencari bahan untuk buat Kek Coklat Cheese Berhantu tu.

Resepi dan step by step memang follow je 100% dari blog kegemaran, mana lagi kalo bukan blog kak Azlita MasamManis tu. Dari dulu memang kalo nak buat kek ke, biskut ke, slalu refer page kak Azlita ni. Kadang nak cari resepi masak pun, blog ni jugak la saya terjah selain blog kak Azie Kitchen. Dua blog ni, kalo follow step by step, memang jadi. Tak rumit pun, mudah sangat. Dan yang paling best, sedap.....

Dan inilah hasil membaking petang sampai ke malam semalam. Sampai tak masak dinner tau malam semalam, nasib en asben sporting tolong tapau dari kedai ahakkkssss.....

kek coklat cheese berhantu kerteh kemasek
Bubuh cheese dulu..sikit je sebab budak-budak lebih suka coklat.....
kek coklat cheese berhantu kerteh kemasek
Siap dah packing untuk bawa g sekolah pagi tadi
jamuan akhir tahun 2016 kek coklat cheese berhantu
Tu dia...Ni baru makanan yang anak-anak bawa, sekolah sediakan makanan berat plak lagi

 Next week dapat result peperiksaan, lepas tu cotiiiiii...Yeayyyy.... (ok mama ebih happy dari anak-anak hahahaha.......)

Kena fikir plak aktiviti untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tercari-cari supplemen yang paling selamat, terjamin kualiti dan sesuai untuk semua?

Dapatkan vitamin dari rangkaian Shaklee yang sememangnya terbaik....

Hubungi saya ye.....

shaklee kerteh kemasek

Tuesday, 3 March 2015

Operation Punya Pasal, Terus Babyku Kena Sunat

March 03, 2015
Setiap anak, cabarannya adalah berbeza. Anak lelaki, masalah lain, anak perempuan pula, lain masalahnya. Masalah yang biasa dihadapi oleh anak lelaki, yang biasa kita dengar adalah hernia @ angin pasang.Tapi, kami diuji dengan masalah lain pulak atas baby anas.

Lahir cukup bulan tidak menjamin kesihatan keseluruhan seseorang bayi itu. Buktinya, baby anas dilahirkan pada 38minggu (dah kira cukup term pada istilah doktor), tapi dia mnghadapi masalah "undescended testis". Apakah itu maksudnya? Ok...Boleh baca secara detailsnya di sini ye...

Dalam bahasa mudahnya, testis (telur) tidak berada di tempat yang sepatutnya selepas sesorang bayi lelaki itu dilahirkan. Kiranya, kantung kanak-kanak tersebut dikira kosong kerana testisnya tidak masuk ke dalam itu. Testis itu mungkin berada somewhere dekat area ari-ari. Biasanya doktor pakar akan buat pemeriksaan dan mengenal pasti kat mana testis tersebut berada dengan mencarinya secara menekan perlahan-lahan pada bayi.

Macam mana kami tau baby anas ada masalah ni?
Dihospital dimana saya melahirkan baby anas 8 bulan lalu, stiap bayi yang dilahirkan akan diperiksa oleh pakar kanak-kanak. Jadi dari situlah kami dapat tau yang baby anas ada masalah ni pada keesokkan harinya selepas dia dilahirkan. 
Punyala susah hati kami ni. Yelah, 2 anak lelaki sebelum ni tak de apa-apa masalah, tapi yang ketiga ni kami diuji pulak. Memang dari dalam pantang, dok la cek-cek sendiri kan, then tanya pendapat few doktor yang merangkap kawan en asben. Kami juga ada pergi jumpa paed surgn yang dicadangkan oleh pihak hospital. Dan bila doktor pakar cek, memang confirm la testisnya tak turun. Bukan sebelah je, malah both sides tak turun T_T

Bincang dengan doktor macam mana nak buat. Nak urut, memang tak berani la sebab benda sensitif kan. Pulak tu tak tau sape yang betul-betul pakar kalo nak urut. So kitorang memang berserah jelah. 2 bulan sekali g cekup kot-kot la testis tu berjaya turun sendirikan, sebab chances tu memang ada, tapi very slight la.....Doktor pulak memang bagi masa 6 bulan untuk biarkan ianya berlaku secara semulajadi, but sadly and unfortunately, ianya tidak berlaku...

So masa checkup time umur baby anas 7 bulan, doktor bagi pilihan, nak proceed atau nak tunggu lagi. Ikut pemahaman saya, dari apa yang doktor tu explain, lebih cepat testis tu diperbetulkan, lebih tinggi tahap kesuburannya bila besar nanti. So kami pun bincang-bincang, dan decide, operate jela terus memandangkan baby anas pun blum lasak lagi. So senang la nak jagakan.

Lepas 2 kali tertunda, akhirnya berjaya juga buat pada umur baby anas ngam-ngam 8 bulan, iaitu pada 20.2.2015 hari tu...Alhamdulillah...Smuanya berjalan lancar walaupun tempoh opration lebih dari yang dijangkakan. Dan syukur, tiada sebarang komplikasi...

1 malam berkampung dihospital sebab baby anas under bius....the next day lepas zuhur akhirnya kami dapat balik...Lama juga la nak tunggu dia boleh kencing dan berak, sebab if tak boleh membuang, memang kena tahan la. Mujur leepas dituam perut dan ari-arinya, dia berjaya juga membuang..Maka balik la kami ke rumah atuknya sebelum besoknya balik ke kerteh.

Baby anas pun alhamdulillah ok la. Cuma malam tu lepas operate meragam la...sakit kan...dan masa nak balik kerteh tu, demam sikit..Tapi secara keseluruhannya, pada saya, dia ok dan dia sangat strong sebab masuk je hari k-3, dia dah boleh meniarap macam biasa. Alhamdulillah....

Dan kini, lepas hampir 2 minggu operation, semuanya dah back to normal, malah baby anas tiba-tiba je pandai merangkak hahaha...padahal sebelum ni pandai mengengsot je..maybe sebab sakit kan kalo mengengsot tu, so dia cuba-cuba la merangkak dan dia brjaya...yeayyy.....alhamdulillah....

Beberapa gambar sepanjang operation baby anas 2 hari 1 malam di hospital pakar annur, bandar baru bangi...

operation baby boy di hospital annur bangi
semua nak tdo kat wad sama-sama..berkampung la ye...
operation baby boy di hospital annur bangi
leemah lepas bius hilang...diurut dengan air suam baru nak tdo...
operation baby boy di hospital annur bangi
guna untuk tuam supaya lawas membuang
operation baby boy di hospital annur bangi
inilah dia bilik kami utk 2 hari 1 malam...
***********************************************
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
agen shaklee kemasik




Promo ESP Shaklee Ni Membuatkan Poket Ku Rabak Tapi Berbaloi

March 03, 2015
Cycle baru Shaklee tahun 2015/2016 nampaknya bermula dengan sangat baik, dengan pihak Shaklee bermurah hati membuat lagi promosi Energizing Soy Protin atau lebih diknali sebagai ESP. Macam baru jelagi promo ESP ni, tapi tuptup datang lagi...

Definitely bukan sebab ESP ni tak laku ye, tapi disebabkan permintaan yang sangat tinggi, dan GST yang bakal menjelma (oh my god....), Shaklee tak mau la peminat ESP ni terputus bekalan kan. Tau jelakan, bila GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 ni, automatik, semua produk Shaklee harganya akan bertambah sebanyak 6% juga.

So bayangkan lah....Nanti naik harga, mesti semua orang rasa down kan....Nak makan vitamin pun rasa macam sayangggggg je kat duit tu kan. So disebabkan itulah, pada bulan Mac ni, yang juga bulan terakhir kita rakyat Malaysia boleh membeli barang tanpa dikenakan GST, pihak Shaklee bermurah hati membuat promosi hebat untuk ESP ni. Malahan, promo yang dibuat adalah luar biasa daripada yang biasa...Apa yang lainnya? Meh tengok poster ni...

Tadaaaa.......


energizing soy protein shaklee kerteh

energizing soy protein shaklee kerteh


Ada 2 promosi ESP....

1- beli 2 can ESP dan dapatkan diskaun sebanyak 5%
2- beli 6 can ESP dan dapat FREE 1 can (worth RM150/can)

So apa yang anda tunggu lagi....Kepada peminat-peminat ESP, jangan lepaskan peluang ni ye. Jangan sampai terputus bekalan ESP nanti ye. Kalo beli 6 can tu, memang stok setahun la tu. Untung la, still dapat maintain cantik dan gebu gebas pada modal yang sikit dan tak tergugat langsung walaupun GST dah mula berkuatkuasa...

esp banyak manfaat

(psssss...kalo nak harga lebih murah, roger ai ye...ai bagitau camne nak dapat harga yang murah semurahnya berbanding dipasaran...*wink wink*)

contact agen shaklee kemasik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
agen shaklee kemasik

Monday, 2 February 2015

Cara Untuk Menghilangkan Gastrik Tanpa Perlu Makan Ubat

February 02, 2015
Minggu lepas, en asben yang memang ada gastrik, telah diserang oleh gastrik. Tapi kali ni lebih teruk sampai dia bangun pukul 3 pagi dan kejutkan saya yang time tu mamai-mamai bangun nak susukan bbanas. Seksa jugak la tengok dia, dan kemuncaknya dia muntah 2 kali dengan banyaknya...(sib baik time tu memang dah dalam tandas)...

Siang tu sebenarnya dia dah mula cirit-birit dan cakap tak sedap perut dah. Tapi tak suspek la gastrik sebab lunch n dinner tu dia makan ok je. Ingat kot salah makan kan....Tapi bila tengah malam pun dok ulang alik toilet, dan perut sampai cramp, muntah lagi, so dah suspek lain la.

Memula turun saya bancuhkan ESP+melashakes. Tengok dia lega jap, dapat la baring. Pastu turun bawah lagi, amik air suam dan ubat. Tak lama lepas tu yang dia muntah...Habis keluar semua isi perut. Then saya pun google la tengah-tengah malam tu, cara untuk menghilangkan gastrik. Dan terjumpa blog ni : hairul.com....

Petua yang dibagi, dari gaya penulisannya macam mujarab la sebab dia sendiri yang alami dan dia sendiri yang buat dan rasa. So macam boleh dipercayai. Jadi, turun lah saya lagi sekali ke dapur untuk membuatkan seperti yang tertulis dalam blog itu. Caranya mudah, dan bahannya memang ada kat dapur...

Apakah caranya? Ini di >>> "Bakar bawang putih sekali dengan kulitnya dalam 1-2 minit, kemudian buang kulit tu dan basuh bahagian yang hitam. Terus kunyah dan telan"...

Senang kan... Saya buatkan 3 ketul bawang putih bakar ni untuk en asben. Tapi dia makan 1 ulas je, yelah, benda tak sedap kan hihihi....Alhamdulillah lepas tu dia dpat la lena, then bangun untuk mandi dan solat subuh. Bangun pagi tu dia sendiri akui ada bezanya lepas dia telan bawang putih bakar tu...Syukur...Tapi, lepas tu kami g jugak klinik sebab nak cek betul ke gastrik sekaligus amik MC untuk en asben yang memang tak fit langsung untuk masuk kerja hari tu...Sian dia....

Selain dari menggunakan bawang putih, ada lagi 1 cara utnuk menghilangkan gastrik ni tanpa perlu amik ubat dan akak ni dah buktikan, walaupun sebelum ni dia adalah pesakit gastrik tahap gaban yang sampai level gulung-gulung tu [exegeration ye....(⊙.⊙(☉̃ₒ☉)⊙.⊙)]. Jom dengar apa pulak rahsia akak ni...

So nilah antara vitamin yang diambil oleh akak ni ye....

set gastrik kerteh

Alhamdulillah akak tu kini dah sembuh dari gastriknya. Dan ramai lagi yang dah berjaya sembuh dari gastrik ni lepas amalkan set ni. Kalo tak percaya, bleh baca testimoni di sini....

Jadi, boleh lah anda amalkan memakan bawang putih bakar mahupun set geastrik shaklee ni jika anda sayangkan diri anda dan nak bebaskan diri anda dari belenggu gastrik.

Ingin mencuba atau mendapatkan lebih info? Boleh hubungi saya melalui mana-mana cara dibawah....Saya sedia membantu anda...

contact shaklee kerteh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....


contact agen shaklee kemasik