Showing posts with label gastrik. Show all posts
Showing posts with label gastrik. Show all posts

Monday, 9 February 2015

He Knows The Best

February 09, 2015
perancangan Ilahi
quote from en google
Adakalanya kita rasa sesuatu perkara itu berlaku secara kebetulan. Padahal sebenarnya ianya telah
dirancang dengan baiknya olehNya specially untuk kita. Banyak perkara yang saya tempuhi yang saya bila saya lalui, hati ini akan berkata..."nasib baik abang tak jadi g sana..." ataupun..."nasib baik la ada orang tolong tadi..." dan juga " patut la tak dapat..rupanya...."...

Haaa...biasa tak berlaku pada anda? Ok, latest yang saya lalui adalah pada 2 minggu lepas. Panjang ceritanya, tapi berbaloi baca sebab korang boleh nampak sequence dan perjalanan cerita saya ni...

 Jadual januari 2015 kami memang dah penuh. Biasa kami akan tulis kat white board apa tarikh-tarikh yang penting dalam bulan tu. En asben g offshore ke, meeting sekolah ke, exam anak ke dan lain-lain. Tujuan, supaya tak terlepas pandang la kan...as simple as that hihihi...

Weekand Yang Sibuk

Weekand minggu ke-3 januari kami memang sibuk. Dengan nak amik kereta baru, dengan ada orang nak menyewa rumah en asben kat jasin, dengan bb anas yang nak operate. Pastu the following week plak, en asben sepatutnya g offshore. Minggu ke-3 tu jugak, en asben ada training kat senawang. So memang sangat pack la.

Tapi, last minute, operation bb anas terpaksa ditunda ke minggu depannya, sebab doktor ada conference at overseas dan tak sempat balik on that day. Ok, postpone satu hal. The rest are as per schedule.

Nak jadi cerita pulak, dok fikir camne saya nak balik next weeknya dengan 3 anak tanpa en asben sebab dia sepatutnya g offshore on the following week tu. Kalo dulu, masa bb anas tak lasak lagi, boleh la nak drive dengan budak-budak ni je dari kertih ke KL sebab dia akan tido je kat carrier dia. But now, bila dah besar sikit, dah bijak, mana nak duduk dalam carrier dah lama-lama, so memang tak dapat la nak buat macam tu lagi.

Balik ke Kertih Dengan Mak Ayah Bersama Kereta Baru

So lepas bincang, decide bawak parents saya ikut kami balik kertih. Plannya nanti kami (saya dan anak-anak) balik dengan mereka la kan. Ok, settle...selesai..Maka balik la kami beramai-ramai ke kertih pada petang ahad (blong amik cuti sehari, nasib boleh hihihi)...

Ntah kat mana silapnya, dalam hari selasa tiba-tiba en asben kena gastrik. Gastrik yang teruk la sampai cirit-birit n muntah. Cuak dah la...G klinik plak, bleh doktor cakap suspek appendiks...Ah sudah, camne ni..Appendiks kalo btul dah la kena trus operate. Susah hati dah...Balik klinik, bincang dengan mak ayah. Camne ni..Dengan bb anas nak operate, dengan blong n bngah skul, takkan nak redah je g hospital dan serah diri untuk operate. Camne nak manage budak-budak ni. Doktor pulak mula nak refer trus ke hospital private kat kuantan. Bincang btul-btul, last minta 2 referral letter, satu ke hospital kemaman dan satu lagi ke hospital annur bangi. 

His Planning is The Best

Cantiknya aturan Ilahi, dengan adanya mak ayah kat kertih, maka urusan ambil anak-anak dibantu oleh ayah. Dan betapa hebatnya ketentuan-Nya, time tu alza (yang kami amik weekand sebelum tu), dah ada kat rumah, jadi kami ada 2 kereta auto yang boleh digunakan, ayah boleh guna city, kami boleh guna alza untuk ke hospital. Tak la ayah susah payah nak drive picanto yang manual tu...  Nampak tak dah 2 aturan-Nya yang hebat.

Last-last, decide g je dulu hospital kemaman, tengok btul ke appendiks. Alhamdulillah bukan, hanyalah sekadar gastrik yang teruk. So balik la kami semula ke rumah. Time ni bb anas dah dekat seminggu sebenarnya batuk selsema. Tapi, biasanya tiap kali bb anas selsema (baru 2-3 kali je pun hihihi), dalam masa seminggu je paling lama elok dah. Batuk pun kali ni teruk sikit, siap ada bunyi kahak. Saya pun mula la tak sedap hati, boleh ke la nak operate ni kan....

Then saya pun call hospital, bagitau condition bb anas, dan  hospital decide bb anas tak fit untuk operation sebab takut ada complication. Risau bius yang disedut nanti tak masuk betul-betul. So postpone la plak. En asben pulak, dah ditakdirkan oleh-Nya, platform yang dia nak pergi tu ada masalah, so tak jadi la pergi. Nampak macam bad news je kan, yelah, planning kita tak go as per planned. 

Hikmahnya

Sebenarnya TIDAK sama sekali, and that's actually the best planning for us at that moment. Nak tau apa hikmahnya di sebalik semua ni?? Hikmahnya adalah tak perlu dah saya fikir nanti lepas operation tu camne saya nak balik ke kertih dengan anak-anak je. Dah la bb anas baru lepas operate, sure nak dipegang je kan....Takkan nak ajak mak ayah ikut lagi balik kertih, dah tu camne pulak diorang nak balik bangi? Takkan dok ulang-alik je kejenya kan.....So itu lah dia....Camtu je jalan yang telah ditentukan olehNya untuk kami. Memang syukur sangat-sangat.

Habis tu, camne pulak mak ayah balik ke bangi minggu tu? Dah la mak tak boleh naik bas.... Takdirnya, adik saya yang duduk di kuantan tu memang nak balik bangi minggu tu untuk urusan borang nikahnya. So mak ayah pun balik la dengan dia. Settle....Hilang semua masalah...Maka, kami pun g la makan seafoods dengan gembiranya di Tanjung Lumpur minggu tu hohoho...Bahagianya hidup hihihi....

Jadi, janganlah kita bersangka buruk sekiranya apa yang kita plankan tidak menjadi. Terima takdirnya dan tengok-tengok la kot celah mana hikmahnya. Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian...(biasa dengar kan....)

ayat al-quran wamakaru
gambar dari en google...
Kalo korang ada plan nak try mahupun beli produk Shaklee, boleh la pm @ whatsapp saya ye...

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

agen shaklee kemasik

Monday, 2 February 2015

Cara Untuk Menghilangkan Gastrik Tanpa Perlu Makan Ubat

February 02, 2015
Minggu lepas, en asben yang memang ada gastrik, telah diserang oleh gastrik. Tapi kali ni lebih teruk sampai dia bangun pukul 3 pagi dan kejutkan saya yang time tu mamai-mamai bangun nak susukan bbanas. Seksa jugak la tengok dia, dan kemuncaknya dia muntah 2 kali dengan banyaknya...(sib baik time tu memang dah dalam tandas)...

Siang tu sebenarnya dia dah mula cirit-birit dan cakap tak sedap perut dah. Tapi tak suspek la gastrik sebab lunch n dinner tu dia makan ok je. Ingat kot salah makan kan....Tapi bila tengah malam pun dok ulang alik toilet, dan perut sampai cramp, muntah lagi, so dah suspek lain la.

Memula turun saya bancuhkan ESP+melashakes. Tengok dia lega jap, dapat la baring. Pastu turun bawah lagi, amik air suam dan ubat. Tak lama lepas tu yang dia muntah...Habis keluar semua isi perut. Then saya pun google la tengah-tengah malam tu, cara untuk menghilangkan gastrik. Dan terjumpa blog ni : hairul.com....

Petua yang dibagi, dari gaya penulisannya macam mujarab la sebab dia sendiri yang alami dan dia sendiri yang buat dan rasa. So macam boleh dipercayai. Jadi, turun lah saya lagi sekali ke dapur untuk membuatkan seperti yang tertulis dalam blog itu. Caranya mudah, dan bahannya memang ada kat dapur...

Apakah caranya? Ini di >>> "Bakar bawang putih sekali dengan kulitnya dalam 1-2 minit, kemudian buang kulit tu dan basuh bahagian yang hitam. Terus kunyah dan telan"...

Senang kan... Saya buatkan 3 ketul bawang putih bakar ni untuk en asben. Tapi dia makan 1 ulas je, yelah, benda tak sedap kan hihihi....Alhamdulillah lepas tu dia dpat la lena, then bangun untuk mandi dan solat subuh. Bangun pagi tu dia sendiri akui ada bezanya lepas dia telan bawang putih bakar tu...Syukur...Tapi, lepas tu kami g jugak klinik sebab nak cek betul ke gastrik sekaligus amik MC untuk en asben yang memang tak fit langsung untuk masuk kerja hari tu...Sian dia....

Selain dari menggunakan bawang putih, ada lagi 1 cara utnuk menghilangkan gastrik ni tanpa perlu amik ubat dan akak ni dah buktikan, walaupun sebelum ni dia adalah pesakit gastrik tahap gaban yang sampai level gulung-gulung tu [exegeration ye....(⊙.⊙(☉̃ₒ☉)⊙.⊙)]. Jom dengar apa pulak rahsia akak ni...

So nilah antara vitamin yang diambil oleh akak ni ye....

set gastrik kerteh

Alhamdulillah akak tu kini dah sembuh dari gastriknya. Dan ramai lagi yang dah berjaya sembuh dari gastrik ni lepas amalkan set ni. Kalo tak percaya, bleh baca testimoni di sini....

Jadi, boleh lah anda amalkan memakan bawang putih bakar mahupun set geastrik shaklee ni jika anda sayangkan diri anda dan nak bebaskan diri anda dari belenggu gastrik.

Ingin mencuba atau mendapatkan lebih info? Boleh hubungi saya melalui mana-mana cara dibawah....Saya sedia membantu anda...

contact shaklee kerteh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....


contact agen shaklee kemasik

Monday, 15 July 2013

Rawat Gastrik Dengan Energizing Soy Protein - Tapi AWAS Kesan Sampingannya

July 15, 2013
Bulan puasa memang sinonim la dengan Gastrik. Selalu je kita dengar orang yang tak berpuasa ni cakap dia ada gastrik, tak boleh nak puasa. Kalo kat klinik pun, ramai je yang guna alasan gastrik ni untuk dapat pelepasan tak berpuasa/MC di bulan puasa. Jangan la macam tu, bulan Ramadhan ni bukan selalu, sebulan je dalam setahun, apa salahnya kita berpuasa. Selain dapat pahala, perut pun dapat bercuti sikit. 11 bulan bekerja siang malam, sesekali bagi la perut kita rehat kan....Bagi yang memang betul-betul gastrik dan kronik, yang tu memang la boleh dimaafkan, tapi yang berpura-pura tu, bawa la bersabar sikit. Ramai lagi orang kat dunia ni yang tak cukup makan, tapi ok je...

esp shaklee rawat gastrikTapi hari ni, saya nak bercerita tentang penawar gastrik ni. Ramai dah yang mencuba dan berpuashati malah ada yang terus dah tak alami gastrik selepas mengamalkannya. Penawarnya adalah, dengan mengamalkan ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee setiap hari.

Apa itu Gastrik?

Gastrik (istilah perubatan Gastritis) terjadi apabila diding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastric, sejenis asid yang dikeluarkan oleh perut bagi tujuan pencernaan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan atau kulit, ia akan terkakis. Bagaimanapun, kehadiran lapisan mukosa (lapisan pertahanan) atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan bertindak sebagai pelindung kepada tisu perut daripada menerima kesan jus gastrik itu tadi.

Bagaimana Gastrik terjadi? 

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Di dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Sewaktu proses pencernaan ini berjalan, jus gastrik, enzim dan asid perut akan dirembeskan oleh kelenjar pada dinding perut. Dan antara asid yang dirembeskan adalah asid hidrolik, yang mana asid ini sememangnya bersifat menghakisini jika tidak diseimbangkan boleh menyebabkan keradangan seterusnya menyumbang kepada ulser perut.

Simptom Gastrik
pedih ulu hati
  1. pedih ulu hati
  2. muntah/mual
  3. kembung perut
  4. kelaparan yang melampau
  5. rasa tidak selesa di bahagian perut
  6. tiada selera makan, dan sebagainya
Punca Gastrik 
  • merokok
  • makan tidak tentu masa
  • kerap makan makanan pedas
  • pengambilan ubat tahan sakit yang kerap
  • peminum arak
  • stress
Banyak cara untuk menghilangkan gastrik, dan yang paling basic adalah dengan merawatnya dari punca terjadinya gastrik tersebut, iaitu contohnya : jika anda seorang perokok dan sering diserang gastrik, apa kata anda cuba berhenti merokok. Tentu penyakit tersebut akan hilang dengan sendirinya, dan sebagainya. Akan tetapi jika masih tidak dapat merawatnya, apa kata anda cuba amalkan meminum Energizing Soy Protein Shaklee. 
Energizing Soy Protein ini yang kaya dengan kacang soya terpilihnya, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut tadi. Malah, Energizing Soy Protein ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula 'bekerja' apabila wujudnya unsur protein dalam perut. Selain itu, nutrien yang terdapat didalam Energizing Soy Protein ini juga mampu membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan itu berlaku.

Mari baca beberapa testimoni dari mereka yang sering diserang gastrik dan telah sembuh selepas mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee ini.

1- Puan Dilla Roslan
testimoni rawat gastrik dengan esp shaklee
2- Puan Nurhida Nabir

testimoni rawat gastrik dengan esp shaklee

 3-Puan Sufiah Noor
testimoni rawat gastrik dengan esp shaklee
Jadi, jika pengguna yang mengamalkan ESP Shaklee ini bersetuju bahawa Energizing Soy Protein Shaklee ini mampu membantu merawat gastrik, apa pula kesan sampingannya?? Haaa...kesan sampingan di sini TIDAK merujuk kepada sesuatu yang buruk TETAPI sebaliknya adalah kesan sampingan yang BAIK, iaitu antaranya....
  • membantu menurunkan berat badan
    testimoni turun berat badan dengan esp shaklee
  • memberikan tidur yang berkualiti seterusnya segar apabila bangun pagi
    testimoni badan segar dengan esp shaklee
  • kecantikan dalaman & luaran serta bebas dari bau badan 
    testimoni esp shaklee
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================