Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts

Monday, 8 December 2014

Business Shaklee Ni Sangat Susah...Lupakan Sahaja...

December 08, 2014
Shaklee....Satu fenomena yang terbaru di Malaysia. Bukanlah satu produk yang baru, sebaliknya dah wujud dekat 50tahun dah, even kat Malaysia ni pun dah lama ianya bertapak...Malah lebih lama dari umur kita sendiri....Cuma tenggelam timbul jela...

Bila dah jadi satu fenomena, ramai lah dan berpusu-pusu la orang join. Ada yang join sebab nak makan sendiri, ada yang sebab nak business, ada yang sebab nak dapat harga murah dan macam-macam lagi lah. 

Kepada yang nak berbusiness tu, saya ada pesanan nak sampaikan. Direct dari upline saya yang dah memang berjaya tahap millionaire, tapi sangat down to earth dan tak jemu-jemu memberi panduan kepada downline agar sama-sama berjaya macam beliau. 

Dinasihatkan anda faham kan betul-betul tentang Shaklee ni sebelum anda berbusiness supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Inilah 5 sebab kenapa business Shaklee ni sangat SUSAH....
  1. Modal rendah, jadi SUSAH nak rasa terdesak untuk balik modal.
  2. SUSAH nak buat kerja-kerja bisnes di rumah, kerana sibuk dengan hal-hal rumahtangga dan anak-anak. Bisnes Shaklee pula tak perlu berkedai, kalau ada kedai senang sikit sebab boleh lari dari hal-hal di rumah.
  3. Tak ada orang yang nak audit, check akaun, minta gaji dan sebagainya. Jadi, SUSAH nak beri komitmen kepada diri sendiri bila tak ada orang yang menyebabkan kita terdesak kena bayar dan beri komitmen.
  4. Tak perlu bayar sewa premis, tak perlu keluar berpanas berjam-jam, mahupun tak perlu nak buat presentation di kafe... tiada keperluan menyebabkan bisnes Shaklee jadi SUSAH kerana tak ada sistem yang mewajibkan kita berurusan secara terus dengan orang lain.
  5. Kena rajin share di internet saja, SUSAH sebab tak payah jumpa dan bersemuka dengan orang, memujuk secara terus. Di internet cuma perlu buka komputer atau handphone, SUSAH bila komunikasi boleh dibuat di mana-mana tanpa bersemuka.
Jadi, melainkan anda rasa 5 point yang kat atas tu sebenarnya SENANG, maka boleh la anda join dan teruskan busines Shaklee ni. Jika sebaliknya, lupakan sahajala....Jangan membuang masa anda...

# jadikan setiap perkara yang susah itu sebagai cabaran, dan inshaAllah ianya akan menjadi suatu yang manis di hujung nanti....#

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

buat duit dengan shaklee

Wednesday, 23 April 2014

Jadi Kaya Hanya Dengan Solat Sunat Sebelum Subuh

April 23, 2014
Biasanya pukul berapa anda bangun untuk tunaikan solat subuh? 10minit sebelum azan? atau, 10 minit sebelum azan? atau 10 minit sebelum syuruk? (hokey...pedas ye..)

Memang liat sebenarnya nak bangun solat subuh ni. Kena pula kalo malam tadi tidur lambat sebab banyak keje. Lagi pulak time waktu subuh la hujan turun dengan lebatnya. Bilik pulak beraircond, perrgghhhh...memang liat la....Lagi sedap berkubang dalam selimutkan....

Tapi, kalo kita boleh bangun untuk pergi kerja, kenapa susah pulak nak bangun untuk solat subuh, betul tak? Lagipun, memang kena bangun awal kan, supaya dapat g keje awal untuk elak jalan jammed, betul tak...Jadi, memang sempatla nak solat subuh awal kan....

Nak cerita fadilat solat sunat sebelum subuh sebenarnya...Solat sunat antara yang paling mudah nak buat tetapi besar fadilatnya....Bukan susah pun...2 rakaat je sebelum kita tunaikan solat subuh. Solat sunat 2 rakaat, solat subuh 2 rakaat, baru 4 rakaat. 5 minit, siapp.....

Mari  lihat apa kata Rasulullah S.A.W. dan Saidatina 'Aisyah mengenai amalan solat sunat sebelum subuh ini...


Jadi, bagaimana nak jadi kaya hanya dengan menunaikan solat sunat sebelum subuh ni ye? Maksud kaya di sini bukanlah dengan menunaikan solat sunat subuh, anda akan dapat duit berjuta-juta pada harii tersebut...sebaliknya, maksud tersirat di sebalik apa yang diperkatakan adalah Rasulullah adalah, bahawa, solat sunat sebelum subuh itu adalah lebih baik dari segala yang ada di dunia dan isinya. Maknanya, manfaatnya sangat la besar, malah lebih besar dari apa yang kita boleh dapat di dunia sekarang ini. Bukan kah itu menunjukkan bahawa anda boleh jadi lebih kaya daripada orang lain.... *wink, wink*

So lepas ni, rajin-rajin la ye tunaikan solat sunat sebelum subuh tu. Solat subuh pun 2 rakaat je, jadi kalo tambah lagi 2 rakaat , iaitu solat sunat sebelum subuh ni, tak de la berat mana pun kan....

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana income dengan keahlian shaklee