Showing posts with label cabaran. Show all posts
Showing posts with label cabaran. Show all posts

Tuesday, 15 March 2016

Yang Pertama Tidak Selamanya Terbaik

March 15, 2016
Assalamualaikum semua...

Beberapa hari tak update blog, gara-gara sibuk menyiapkan rumah baru. En asben amik cuti semata nak buat keje-keja mendrill dinding, so sebagai isteri yang taat (chewahhhh...) haruslah sentiasa di sisinya membantu. Paling tak tolong hulur barang time dia kat atas tangga hihihi....

Sambil tu, saya pun dok mengecat bilik anak bujang dan bilik solat. Asalnya bilik-bilik ni dah suruh pemaju catkan, tapi tak puas hati sangat dengan hasilnya, so redo balik la. Lebih kemas dan lebih puas hati kan...Tapi memandangkan kami ada anak kecil yang aktif lagi lasak, maka terpaksalah keja mengecat ni dilakukan masa dia tengah tidur. Jadilah kami 'burung hantu' yang mengecat bilik ditengah malam (hasilnya nanti saya update, lupa je nak amik gambar).

Siap mengecat dan drill tempat-tempat untuk gantung railing langsir, jam, rak dan sebagainya, masa untuk mencuci rumah pulak. Ni kali ke-2 sebenarnya kami cuci, tapi still kotor lagi. Plannya wiken ni, lepas betul-betul settle semua keje repair (by pemaju), dan sebelum kitchen kabinet dipasang, nak cuci satu round lagi (nasib air masih free).

Berbalik kepada tajuk, lately macam terkena pada diri sendiri. Biasa kita nak kan sesuatu, dan ada beberapa pilihan, kita mesti cenderung lebih pada pilihan yang pertama kan. Fikiran tu macam melekat kat pilihan pertama...Kalo tak dapat tu, memang terbayang-bayang la (ni saya la, orang lain maybe tak kot hihihi).....

Tapi bila kita apply konsep redha dalam kehidupan seharian kita, andai kata pilihan pertama terlepas, terkilan tu tak terasa sangat. Hati tenang je untuk beralih ke pilihan kedua dan seterusnya. Adakalanya, pilihan kedua @ yang seterusnya ni tak la teruk sangat, malah adakalanya lebih baik. Cuma kita sendiri je yang menghadkan diri sendiri untuk open kepada yang lain. 

agen shaklee kemasik
Satu contoh yang mudah, ialah dah terbiasa beli sabun basuh jenama TOP kaler merah. Bertahun-tahun guna, tak pernah beli yang lain. Satu hari, sabun tu tak ada stok langsung, so terpaksa beli kaler biru. Lepas try, rupanya yang kaler biru lebih wangi dan lebih best dari yang merah. Haaa...kan dah terkena....Terlampau menghadkan diri sendiri, kan dah rugi...(nak lagi best, try guna sabun Fresh Laundry Concentrate Shaklee, memang superb, gabung plak dengan Soft Fabric Concentrate, memang tak pilihan sabun lain dah...CONFIRM).

Banyak lagi contoh-contoh macam ni dalam kehidupan seharian kita. Jadi, it's time to change. Berubah la, jangan terlampau stick pada satu pilihan sahaja, dan cuba-cuba la jadi lebih open minded. Enjoy the life to the fullest, explore the world and try all the options that you have, as long tak masih dalam garis panduan agama dan adat la ye...Jangan hover plak ye.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me...

agen shaklee kerteh


Monday, 8 December 2014

Business Shaklee Ni Sangat Susah...Lupakan Sahaja...

December 08, 2014
Shaklee....Satu fenomena yang terbaru di Malaysia. Bukanlah satu produk yang baru, sebaliknya dah wujud dekat 50tahun dah, even kat Malaysia ni pun dah lama ianya bertapak...Malah lebih lama dari umur kita sendiri....Cuma tenggelam timbul jela...

Bila dah jadi satu fenomena, ramai lah dan berpusu-pusu la orang join. Ada yang join sebab nak makan sendiri, ada yang sebab nak business, ada yang sebab nak dapat harga murah dan macam-macam lagi lah. 

Kepada yang nak berbusiness tu, saya ada pesanan nak sampaikan. Direct dari upline saya yang dah memang berjaya tahap millionaire, tapi sangat down to earth dan tak jemu-jemu memberi panduan kepada downline agar sama-sama berjaya macam beliau. 

Dinasihatkan anda faham kan betul-betul tentang Shaklee ni sebelum anda berbusiness supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Inilah 5 sebab kenapa business Shaklee ni sangat SUSAH....
  1. Modal rendah, jadi SUSAH nak rasa terdesak untuk balik modal.
  2. SUSAH nak buat kerja-kerja bisnes di rumah, kerana sibuk dengan hal-hal rumahtangga dan anak-anak. Bisnes Shaklee pula tak perlu berkedai, kalau ada kedai senang sikit sebab boleh lari dari hal-hal di rumah.
  3. Tak ada orang yang nak audit, check akaun, minta gaji dan sebagainya. Jadi, SUSAH nak beri komitmen kepada diri sendiri bila tak ada orang yang menyebabkan kita terdesak kena bayar dan beri komitmen.
  4. Tak perlu bayar sewa premis, tak perlu keluar berpanas berjam-jam, mahupun tak perlu nak buat presentation di kafe... tiada keperluan menyebabkan bisnes Shaklee jadi SUSAH kerana tak ada sistem yang mewajibkan kita berurusan secara terus dengan orang lain.
  5. Kena rajin share di internet saja, SUSAH sebab tak payah jumpa dan bersemuka dengan orang, memujuk secara terus. Di internet cuma perlu buka komputer atau handphone, SUSAH bila komunikasi boleh dibuat di mana-mana tanpa bersemuka.
Jadi, melainkan anda rasa 5 point yang kat atas tu sebenarnya SENANG, maka boleh la anda join dan teruskan busines Shaklee ni. Jika sebaliknya, lupakan sahajala....Jangan membuang masa anda...

# jadikan setiap perkara yang susah itu sebagai cabaran, dan inshaAllah ianya akan menjadi suatu yang manis di hujung nanti....#

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

buat duit dengan shaklee