Sunday 30 June 2013

Buka Pintu Rezeki Dengan Amalan Dhuha

Solat Dhuha.....

Ramai yang tahu tentangnya, TETAPI tidak ramai yang melakukannya. Mengapakah??

Mungkin mereka TIDAK tahu tentang kebaikannya dan betapa besarnya fadilat disebalik solat dhuha ini. Boleh dikatakan bahawa solat Dhuha fadilatnya adalah sama seperti solat tahajud, akan tetapi ianya lebih mudah dilakukan kerana waktu solatnya adalah pada siang hari, berbanding tahajud yang dilakukan pada malam hari dan selepas kita tidur. 

Nahh....senangkan sebenarnya nak melakukan solat dhuha sebab kita memang sudah bangun. Tak perlu lagi nak kunci jam untuk bangun melakukannya. Malah, waktunya juga panjang, iaitu selepas waktu Isyraq sehingga waktu matahari tegak dan gelincir masuk waku Zuhur

Solatnya pula boleh dilakukan sekurangnya 2 rakaat, selebihnya 4/6/8 rakaat. Menurut Sayyidatina 'Aisyah, "Adalah Rasulullah s.a.w. sembahyang sunat Dhuha 4 rakaat dan baginda menambah beberapa rakaat yang dikehendakinya".

Antara fadilat solat Dhuha adalah ianya membuka pintu rezeki bagi kita. Seronok bukan...Hanya dengan bersolat sekurangnya 2 rakaat, Allah akan membuka pintu rezeki dan membantu memudahkan urusan kita pada hari tersebut. Tak susah pun kan..Agak-agak dalam pukul 8 pagi gitu, sebelum start kerja, bolehlah lari kejap g surau untuk bersolat, 2 rakaat pun jadilah dari tak buat langsungkan...(͡° ͜ʖ ͡°)

Cara-cara melakukannya sangat la mudah, semudah ABC je...Mari saya ajarkan ye....

Ⅰ- baca niat, iaitu..

 Ⅱ- Pada rakaat pertama, bacalah Al-Fatihah dan surah As-syam..

Ⅲ- Pada rakaat kedua pula, bacalah Al-Fatihah dan surah Ad-dhuha...

Ⅳ- Akhirnya, selepas selesai, bacalah tasbih berikut sebanyak 10x dan diikuti dengan doanya...
Senangkan....Akan tetapi, jika anda betul-betul tak sempat nak mendirikan solat dhuha ni, tak pe, jangan merasa gundah gulana...Bolehlah amalkan membaca doa dhuha ini dan sentiasalah minta dilapangkan waktu agar diberi masa dan kesempatan untuk mendirikan solatnya di masa hadapan...

Sesungguhnya banyak sekali fadilat yang tersembung disebalik solat dhuha ini. Jadi janganlah kita lepaskan peluang untuk melakukannya...

Sekadar peringatan dan berkongsi sesuatu yang baik untuk rakan-rakan yang tersayang..(✿◠‿◠)

*sumber dipetik dari buku Bimbingan Rohani, tulisan Abdul Halim El-Muhammady*

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


No comments:

Post a Comment