Showing posts with label prosante. Show all posts
Showing posts with label prosante. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

Pengalaman NGERI Dengan Energizing Soy Protein Shaklee

April 20, 2014
Lama dah hati ni dok teringin nak menginaikan rambut. Bukan la sebab rambut ni banyak uban (mak saya selalu inai rambut sebab uban), tapi saje-je...Geram tengok inai serbuk yang beli kat Mekah aritu... Dengan baunya yang sungguh menggoda, lagi la teringin. Dok la bg hint kat en asben lama dah, nak mintak tolong dia bubuhkan kat rambut, tapi sampai ke sudah xde tindakan huhuhu

So petang semalam, dalam pkul 2pm lebih, masa en asben dan anak-anak tidur petang, saya  pun memulakan projek menginai rambut...Rupanya tak susah pun...Saya bancuh inai ni sedang-sedang jela, tak pekat sangat n tak cair sangat. 3 sudu kecik inai serbuk, campur dengan 1 scoop susu Energizing Soy Protein Shaklee dan air secukupnya...Energizing Soy Protein Shaklee campur dalam bancuhan inai??? Selamat ke? InshaAllah selamat, lagipun nak risau pe, bukannya campur racun pun kan....Lagipun Energizing Soy Protein Shaklee ni kan memang selamat untuk penggunaan luar dan dalam....

Lepas tu, saya pun tepek jela kat rambut, ikut sesuka ati saya. Agak-agak sekata la...Cermin memang tak tengok sebab kalo ada cermin pun, bukannya nampak sebab saya bukak cermin mata masa dok tepek inai kat rambut. Kalo tak bukak cermin mata kang, tak pasal plak cermin mata ku penuh inai...dah lain plak citernya....Cukup-cukup je bancuhan inai tu. Lepas dah habis tepek, saya g pula cari shower cap yang ku dok kidnap tiap kali g hotel, untuk pakai supaya tak kena tempat lain.

Maka duduk la saya mengupdate blog sementara nak tunggu inai sebati kat rambut. Time ni, rasa best sangat. Walaupun saya pakai shower cap, kira rambut memang terperap kan, tapi langsung tak rasa panas atau rimas. Kulit kepala rasa sejuk je. Memang best la...Plan asal nak pakai sejam je, alih-alih jadi 2 jam plak sebab 1 jam update blog, satu jam lagi dok cuci rumah (read : vakum, mop & cuci tandas). Siap semua keje, so masa untuk cuci rambut. Sekali, bukak shower........tak de pulak air keluar....Cuak sey....Takkan tak de air plak huhuhu...Haru la kan...

Test pulak bukak air paip.....Lega...Nasib ada air tangki...Plan asal nak tembak rambut dengan air shower, so mudah la sikit tanggal kerak-kerak inai, tapi bila air x de, kira cincai jela...Air paip pun jadi la...

So saya pun cuci la rambut...memula cuci dengan air, bagi tanggal semua kerak-kerak...Kendian saya shampoo pulak rambut dengan Purifying Shampoo Prosante Shaklee....saya tonyoh-tonyoh gak la rambut sebab nampak macam ada kerak-kerak inai lagi yang tertinggal. Lepas tu, saya bilas bagi semua shampoo hilang. Last sekali saya tepek pula Lightweight Conditioner Prosante Shaklee dan biarkan dalam 5 minit macam tu. Cukup masa, saya pun bilas la rambut dan pastikan semua kerak inai tanggal dan rambut bersih sebersihnya. Lembut giler la rambut lepas tu...

Siap mandi semua, gatal la nak cek rambut ni...Adakah warna rambut saya bertukar jadi oren/merah macam inai yang kita pkai dok pakai kat jari tu kan..Belek punya belek, tak de beza pun rupanya hahahaha.....

Tapi, pagi tadi rasa tak puas hati..Sebab bila sendiri tengok kat cermin, dengan disuluh cahaya dari luar, nampak macam ada sikit la kaler oren kat rambut...Tapi xde la obvious macam orang yang kaler rambut guna pewarna rambut kat saloon tu kan...So saya pun suh en asben cek dan suluh guna lampu henpon kuikuikui...Tapi, yang saya dapat hanyalah...."Tak de pape beza pun...sama je....Cuma rambut nampak berkilat lebih la.." huhuhu...Jadila, atlis ada la jugak perubahan walaupun sikit hihihi...Tapi yang saya paling suka, bau inai tu masih lagi melekat kat rambut ni..Saya memang suka bau inai...

So apakah pengalaman ngeri saya dengan Energizing Soy Protein Shaklee ni?? Tak de apa pun, pengalaman yang best adalah sebab secara tak langsung Energizing Soy Protein Shaklee turut menyumbang kepada rambut saya yang lebih sihat dan cantik dengan gabungan inai dan shampoo rangkaian Prosante Shaklee...

Apa kata anda cuba pula sendiri...Memang sangat puas hati...Malah selamat juga untuk diri anda dan kandungan anda...≧◉◡◉≦ Bagi yang gemar warnakan rambut, boleh la cuba ni, atlis dapat la juga puaskan hati yang terpaksa menahan perasaan dari mewarna rambut akibat mengandung.....Jangan lupa ye....

p/s : takde gambar nak tunjuk sebab tak amik gambar huhuhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jana income dengan keahlian shaklee

Saturday, 19 April 2014

Banyak Yang TAK ADA Dalam Prosante Shaklee Ni

April 19, 2014
Sebelum ni, tak pernah terfikir pun nak cuba set penjagaan rambut Prosante Shaklee ni. Dok la beli shampoo yang jual kat kedai tu kan.. Tapi sejak mengandung ni, saya mula rasa tak sedap hati pulak bila dok ekspose diri pada bahan-bahan yang penuh dengan bahan kimia ni. Walaupun hanyalah sekadar shampoo, tetapi tahukah anda, jika shampoo tersebut mengandungi bahan kimia, sedikit demi sedikit ianya boleh meresap masuk ke dalam badan kita dan ianya boleh membahayakan kesihatan diri dan juga bayi yang dikandung.

prosante shampoo shaklee

 Oleh itu, 2 bulan lepas, saya pun try la beli salah satu shampoo yang terdapat dalam rangkaian Prosante ni. Asalnya beli shampoo jela, sebab tau dah diri ni bukannya jenis rajin nak tepek conditioner bagai. Lagipun rambut saya dan ahli keluarga yang lain tak la ada apa-apa masalah yang teruk. So saya pun beli lah sebotol Purifying Shampoo.

prosante shampoo shaklee

Apa yang menariknya tentang shampoo ini. Shampoo ni dapat membantu membersih dengan lengkap dan mendalam untuk menghapuskan kotoran dan pembentukan minyak tanpa menanggalkan rambut atau kulit kepala mahupun melunturkan warna rambut. Jadi, kita anda sering mewarnakan rambut, shampoo ini sangat baik sebab ianya tidak sekali-kali melunturkan warna rambut anda itu. Best kan.....

Rangkaian Prosante Shaklee ini banyak sangat benda yang TAK ADA di dalamnya, antaranya :
  • Tiada Natrium Lauryl Sulfat (SLS) / Natrium Laureth Sulfat (SLES)
  • Tiada Cocamide DEA / Lauramide DEA
  • Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat bahan kimia
  • Keseimbangan pH
  • Tidak mengandungi minyak yang menyebabkan tersumbat
  • Tiada Propilen Glikol
  • Tiada Quaternium 15
  • Tiada bahan pengawet "Penderma Formaldehyde
  • Tiada warna atau bahan pewarna
  • Tidak mengeringkan , tidak menanggalkan rambut
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji secara klinikal
  • Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat
  • Tidak diuji ke atas haiwan 
Jadi, ianya memang sangat selamat untuk penggunaan seisi keluarga. Malah, ianya juga menjimatkan dan tahan lama. Yang paling best, bila anda beli set ni, anda juga akan dapat point dan bolehlah dikumpulkan sehingga hujung bulan. Siapa tahu anda bakal mendapat bonus daripada pembelian produk Shaklee sepanjang bulan tersebut, dengan syarat anda adalah ahli.
 
Apakah hasil yang boleh diperolehi selepas menggunakan set Prosante ini? Menurut kajian dan juga pengalaman daripada mereka yang telah menggunakannya, hasil yang boleh dilihat dan dirasai adalah :
 
1- kurangnya keguguran rambut sewaktu bersikat : jumlah rambut yang kurang gugur mencapai sehingga 65%
2- kurang perpecahan : jumlah rambut yang mengalami pepecahan dikurangkan sebanyak 73%
3- rambut menjadi lebih tebal : 61% pengguna mendapati rambut mereka menjadi lebih tebal dan lebat selepas penggunaan shampoo ini
4- rambut bervolum/beralun : 55% pengguna menyatakan peningkatan yang ketara dalam jumlah rambut mereka
 
Jadi, sampai bila anda nak dedahkan diri anda kepada bahaya bahan kimia sedangkan anda mempunyai pilihan untuk hidup dengan lebih selamat dan sihat? Bertukar lah kepada rangkaian shampoo Prosante Shaklee untuk rambut yang lebih cantik, lebih tebal, dan lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
 
jana pendapatan dengan keahlian shaklee