Showing posts with label modal kecil. Show all posts
Showing posts with label modal kecil. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

Sistem Shaklee Yang Adil Walaupun Ianya MLM

March 01, 2014
Biasanya MLM ni dikaitkan dengan sistem yang menindas orang lain. Selalu kita dengar orang cakap bila buat MLM ni, orang bawah (downline) je yang kena kerja keras, orang atas (upline) goyang kaki je.. Tau-tau cukup bulan duit masuk dalam akaun. 

Jenuh la kalo macam tu kan..Confirm downline sampai bila-bila tak kaya, sebaliknya upline je yang makin mewah. Tak adil la macam tu kan..

Adakah sistem macam ni berlaku juga dalam Shaklee? Secara asasnya, Shaklee memang mengamalkan sistem MLM yang begitu, iaitu apabila downline bekerja, upline akan mendapat sedikit insentif. TETAPI, insentif tu TIDAK diberi secara PERCUMA ye... Sila ingat baik-baik..

Kenapa saya cakap begitu? Memang ada insentif akan diberi kepada upline apabila downlinenya membuat sales. Tetapi insentif tersebut adalah sebenarnya seakan upah yang dibayar oleh Shaklee kepada upline dengan syarat upline WAJIB la memberikan tunjuk ajar kepada downline-downlinenya. Bukan lah sekadar mendaftar mereka dibawah anda semata, kemudian membiarkan mereka terkapai-kapai sendirian. 

Sebenarnya, sedar tak sedar, keadaan seperti ini banyak berlaku. Sebab itulah ada di kalangan kami yang kadang-kadang menerima SMS/email/whatsapp dari mereka-mereka yang telah mendaftar menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) dengan orang lain, tetapi meminta tunjuk ajar dari kami. Bukan la kami ni kedekut dan tidak mahu memberikan tunjuk ajar, tetapi adalah TIDAK ADIL sekiranya kami bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang tidak mendaftar di bawah kami, dan upline mereka yang menerima insentif dan kami pula tidak menerima apa-apa. Lebih baik kami berikan tumpuan sepenuhnya kepada downline kami sendiri, didik mereka dan beri tunjuk ajar sehingga mereka dapat mencapai impian mereka, dan dalam masa yang sama, kami pun mendapat insentif hasil dari tunjuk ajar ini. Ini barulah dikira adil, betul tak? Sama-sama kerja, sama-sama pulun hasil kan....

Malah adakalanya, dalam Shaklee ni, terdapat kes-kes yang mana upline berpangkat lebih rendah dari downline, ATAU upline punya income lebih sedikit daripada downline dan sebagainya. Ini adalah sangat adil kerana pendapat yang dibayar oleh Shaklee kepada semua SID nya adalah mengikut kepada tahap kerja keras yang dilakukan oleh SID tersebut. Jika SID itu jenis goyang kaki je dan tunggu downline yang bekerja untuk dia, jawabnya bye bye la ye.

Sebab tulah saya sukakan Shaklee ni. Bukan sahaja produknya diperbuat daripada sumber yang semulajadi, ia juga selamat, mesra alam dan dijamin halal. Tambah pula satu lagi bonus yang mana sistemnya sangat adil. Jadi, tak de apa pun nak dirisaukan.

Untuk itu, jadilah pengguna yang bijak, pilih SID yang betul-betul dapat membimbing anda sebaik sahaja selepas anda mendaftar menjadi ahli. Jika anda rasa ragu-ragu nak pilih SID yang boleh membimbing anda, hubungi sahaja kami untuk pendaftaran dan kami lebih dari gembira untuk membimbing anda menuju kejayaan di dalam Shaklee ini...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee membership
 

Friday, 13 December 2013

Keahlian Shaklee Malaysia...Camne Yer??

December 13, 2013
Salam pagi Jumaat...Dah dekat 2 minggu kan bulan Disember berlalu, maknanya tinggal lagi 2 minggu jela lagi kita nak masuk tahun baru 2014. Kejap je kan..Pejam celik, pejam celik dah setahun. Memang sekarang ni masa berlalu dengan sangat pantas tanpa kita sedari. Siapa-siapa yang dok berlengah lagi, memang ketinggalan la jawabnya...

Nak masuk tahun baru ni, mesti semua orang dah start nak pasang azam baru betul tak? Azam tahun 2013 pulak camne? Dah selesai ke semuanya atau satu pun tak tercapai?? Tak mengapa, apa pun hasilnya, jangan berputus asa, kita cuba lagi dan gandakan usaha di masa hadapan. Yang lepas tak yah la dikenang-kenang lagi..

Salah satu daripada azam tahun baru saya untuk tahun 2014 adalah untuk menjadi orang yang lebih kaya supaya dapat membantu lebih ramai orang, menjadi lebih sihat dan membantu seramai mungkin orang lain bersama saya menjadi kaya dan sihat sentiasa. Bagaimana caranya saya nak capai impian ini? Jalan yang saya nampak semestinya bersama Shaklee. Inilah business yang telah saya ceburi selama 1 tahun sejak Oktober 2012. Alhamdulillah, sepanjang setahun ini, walaupun tidak terlalu mewah, tapi saya bersyukur kerana saya, walaupun hanyalah seorang surirumah, tetapi mampu untuk mempunyai pendapatan tetap setiap bulan, mampu berzakat, bersedekah dan yang paling mahal mampu membantu ramai orang mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Apa yang seronoknya berShaklee ni? Senang ke nak join Shaklee ni? Berapa modal nak join Shaklee ni? Perlu ke modal beribu sampai kena buat loan?  Banyak soalan kan bila kita nak buat sesuatu yang baru ni...Tak pe, bagus sebenarnya attitude tu sebab kita nak buat Shaklee ni bukan untuk sehari dua, tapi nak menjana pendapatan yang tetap. So semestinya kita nak tau dengan detail kan sebelum kita boleh join. Ok, meh saya jawab soalan anda ni satu persatu ye...
  1. Seronoknya Shaklee ni adalah produknya yang sememangnya dijamin SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan HALAL, sistemnya yang adil, langsung tak menindas mana-mana pengedar, syarikatnya yang kukuh selama hampir 50 tahun, upline yang sentiasa mesra dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu serta pulangan yang boleh diperolehi dari business ini.
  2. Sangat mudah nak join Shaklee ni. Hanya perlu cari mana-mana pengedar yang anda suka, yang anda percaya mampu membimbing anda, yang anda rasa anda boleh pergi jauh dengan dia dan terus cakap "Saya nak join Shaklee bawah akk"..Mudah kan?? (penting untuk anda join bawah pengedar yang memang berbusiness supaya anda tidak terpinggir atau dibiarkan keseorangan selepas mendaftar)
  3. Modal : murah je...Hanya RM75 untuk semenanjung Malaysia, dan RM85 untuk Sabah/Sarawak. Yuran pendaftaran ini adalah untuk seumur hidup, malah jika anda sudah berkahwin, ianya turut merangkumi pasangan anda juga.  Anda boleh juga mendapat keahlian secara percuma; caranya hanya dengan mengumpulkan order dari rakan-rakan anda/keluarga sehingga cukup pembelian sebanyak RM650 (200point), dan anda akan terus mendapat keahlian secara PERCUMA.
  4. Memang tak perlu lah buat loan kalo modal setakat RM75/RM85 je kan....hanya 0.01% je kot dari gaji bulanan anda. Sikit jekan....bayangkan pulangan yang bakal anda dapat...Ianya mampu mencecah sehingga 6 angka!!!
shaklee malaysiaSelain itu, apa lagi yang Shaklee dok tawarkan kepada pengedar-pengedarnya?? Banyakkkkkk...Sangat banyak faedahnya..Boleh baca dalam entry ni... Memang sangat rugi jika anda tak join. Bagi yang dah join pulak, memang sangat sangat rugi jika tak grab semua benefit yang Shaklee sediakan...Kenapa biarkan sahaja orang lain berseronok-seronok merebut dan menikmati DUIT-DUIT yang ditawarkan oleh Shaklee?? Kan lebih seronok kalo anda pun dapat menikmati bersama...

Jadi, apa tunggu lagi??? Grab all d opportunities yang ada depan mata dan mulakan langkah anda HARI INI juga dengan menyertai Shaklee bersama kami..Hubungi kami segera untuk mendapatkan tahun baru yang lebih bersinar dan gemilang....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================