Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Tuesday, 2 January 2018

Dear Dairy Day 2

January 02, 2018
Assalamualaikum...

Day 2 in year 2018. Hari ni baru berkesempatan jenguk bngah kat sekolah. 1st day semalam ayahnya yang hantar sebab mama kena temankan bchik.

Lepas dah hantar bchik kat tadika, n bchik pun nampak dah selesa tak de drama airmata bagai, so mama pun gerak la ke sekolah bngah. Agak ada 10minit sebelum sampai waktu break minum pagi, so tuunggu jela dalam kereta dengan baby lily. Nasib baik la si comel sorang ni baik je, lena tido dalam car seat dia..😴 Kebetulan hujan renyai-renyai pulak tu...

Turun g jenguk jap kelas bngah, tengok semua tengah duduk baik. Ada pengawas tolong cikgu kawal kelas.

shaklee kemasek kerteh kemaman terengganuCukup masa, elok sebaris keluar bngah n kengkawan dalam barisan. Mula nampak girls je dulu, then baru barisan boys. Happy giler muka bngah time lalu depan kereta mama, siap tunjuk bekal dia. Hari ni bawa nasi goreng n nugget. Agak semua pelajar dah settle duduk, dah baca doa semua mama pun g la jenguk kantin. Tengok dari jauh je sebab nak biar bngah bergaul dengan kengkawan dia. Alhamdulillah elok la makan, siap suap kawan dia nugget. Kawan pun ada yang minta nugget, okla share la kan....

Ingat kenyang dah la. Sekali bngah datang kat mama tanya,

Bngah: "Mama, boleh tak saya nak g beli makanan?"
Mama:  "Nasi goreng n nugget dah habis? Tak kenyang lagi ke?"
Bngah: "Nugget dah habis, nasi goreng je belum. Pedas la mama"
Mama: "Okla, g la beli" (dalam hati tahu dah, macam mana pun dia memang nak beli 😅)

Settle semua, then mama pun balik la. Banyak lagi urusan nak buat kat rumah.

Till then.....😘

XOXO

p/s: yang berminat nak dapatkan vitamin Shaklee, boleh la hubungi saya ye....

shaklee kerteh terengganu





Monday, 1 January 2018

Dear Diary Day 1

January 01, 2018
Assalamualaikum....

Berjumpa lagi kita di tahun baru....Tahun 2018 yeay....

Masuk tahun baru, maknanya umur pun bertambah la setahun. Walaupun tarikh lahir kita mungkin jatuh pada hujung tahun, seperti November ke...Disember ke...tapi secara teknikalnya, umur kita tetap dah bertambah setahun lagi. Kalo nak daftar sekolah pun ikut tahun lahir, bukan ikut bulan lahir kan...

Bila masuk tahun baru je, apa yang selalu dikaitkan?

Semestinya azam baru untuk tahun tu...Betul tak? Samalah saya...Dulu masa kecik-kecik memang setiap tahun mesti ada pasang azam baru bila masuk je tahun baru. Tapi entah la, tercapai ke tak pun tak ingat dah huhuhu...🙈

Untuk tahun ni, tak de la saya beria sangat pun pasang azam. Yelah, umur pun dah 30-an, so rasa macam tak sesuai je pasang azam kuikuikui   Cuma tahun ni saya bercita-cita dan dok pasang hajat nak repeat pergi ke umrah hujung tahun ni. Ntah kenapa terasa rindu sangat plak pada bumi Madinah dan Tanah Haram bila dok tengok kengkawan dan sedara mara yang berpeluang menjejak kaki ke sana pada cuti sekolah yang baru lepas ni. Semoga dipermudahkan... Doa la kan saya ye...😉

pengedar shaklee kemasek
Lagi satu saya azam nak update blog yang dah bersawang ni setiap hari. Nak buat blog ni ala-ala diari la. Rasa macam best je...Teringat pulak zaman kecik-kecik dok tulis diari tiap hari. Siap ada beli diari yang ada kunci kat tepi tu sebab tak mo orang lain baca hahaha...Ala-ala diari rahsia la kan hihihihi 

Tapi diari blog ni tak la rahsia, sebab blog ni pun saya create dari awal sebab nak berkongsi cerita dengan semua readers...

So to all readers, sudi sudi la drop komen lepas dah lawat blog saya ye..Nanti saya g jenjalan kat blog korang plak ye....

Till then...

XOXO

p/s : yang berhajat nak order Shaklee, boleh la hubungi saya ye...

shaklee terengganu