Friday 6 December 2013

Update Banjir Dari Adik di Permatang Badak

Alhamdulillah petang semalam adik saya yang stranded di kolejnya (KKTM) dapat balik ke rumahnya yang tak jauh dari kolej tersebut (kawasan perumahannya terletak di belakang KIPSAS, tak ingat nama tamannya). Dia pun dah dapat bekalan elektrik dan dapat la menghubungi mak dan berwhatsapp dengan kami.

Sempat juga dikirimkan gambar rumahnya yang dilanda  banjir. Alhamdulillah sekali lagi kerana ianya tidak terlalu teruk terjejas seperti mana rumah-rumah di kawasan lain yang mana ada sesetengahnya ditenggelami air sehingga ke bumbung. Nasibnya juga baik kerana dia mendapat bantuan dari para pelajar housematenya yang rajin datang membantu mencuci rumah mereka. Walaupun ada beberapa barangan elektrik yang telah terendam di dalam air, namun itu bukanlah suatu masalah yang besar kerana sekurangnya barang-barang dan dokumen-dokumen yang lebih penting terselamat.


rumah banjir permatang badak
ruang tamu yang dimasuki air
rumah banjir di permatang badak
ruang tamu
rumah banjir di permatang badak
laluan dan ruang dapur
rumah banjir di permatang badak
ruang dapur
rumah banjir di permatang badak
bilik extra
rumah banjir di permatang badak
bilik adik
rumah banjir di permatang badak
buku-buku yang dikeringkan
Menurut adik juga, cuaca semalam alhamdulillah agak baik. Tiada hujan yang turun sepanjang hari. Begitu juga laporan yang diperolehi dari kakak ipar yang duduk di kawasan Indera Mahkota. Menurutnya, kawasan beliau hampir pulih dan malam semalam mereka sudah boleh keluar ke bandar untuk mencari bekalan makanan memandangkan tiada lagi stok makanan yang tinggal di rumahnya.

Semoga matahari terus bersinar dengan cemerlangnya di sana dan semua tempat yang dilanda banjir kembali pulih seperti sedia kala. InshaAllah...Sambil itu, marilah sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan mereka-mereka yang sedang dilanda musibah ini...
doa sempena musim banjir
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment