Sunday 5 August 2018

Pengalaman Pertama Hiking Bukit Bauk Dungun

Assalamualaikum...

Sejak mama join group detox dengan geng iReach (group besar Shaklee kami di bawah Master Lyna Noh), mama dah mula ada kesedaran tentang senaman, pemakanan yang sihat, kepentingan dan apa perlunya makan suku suku separuh dan segala yang berkaitan.

Kalo dulu, nak jalan hujung ke hujung Mesra Mall tu pun malas padahal idak ler jauh mana pun kuikuikui....tapi kini, ulang 2-3kali pun steady je, siap berboba dengan Lily lagi..maintainnnn...😌😝

Nak citer, sebelum ni en asben dah banyak kali la sebenarnya ajak g hiking kat Bukit Bauk, Dungun tu. Tiap kali lalu mesti dia ajak, tapi me being malas bagi 1000 hujah menolak ajakan dia...Anak kecik lagi la, tak sesuai la, mengandung lah 😂😂 Tapi kali ni, mama yang ajak...🤗

So sabtu lepas, kami pun bergerak la ke Dungun. Actually kalo ikut plan, pukul 7.30am nak keluar rumah dah. Yelah, nak menyinggah kedai beli bekalan dulu, pastu nak drive dari rumah ke sana tu dalam satu jam jugak. Ingat just nice la sampai sana around 8.30-9.00am 😎

Tapiiiii...biasalah..dah namanya hujung minggu, pastu dengan anak-anak kecil lagi, rupanya 8.30am tu baru nak kluar rumah 😋 Pastu singgah beli makanan, alih-alih sampai sana dalam pukul 10am lebih. Tengok tak de kereta apa pun, so suruh en asben g tanyalah dulu kat pejabat renjer..

Sekali rupanya renjer keluar. Dia tinggal
pengedar shaklee kemasek kerteh
notis je kat pintu pejabat. So kami pun, dengan bacaan bismillah, ayat kursi dan 5ayat pertama AlBaqarah memulakan pendakian kami. Kami tu refer kami kami sekeluarga....suami isteri, dan anak 4 orang (Ashraf-10tahun, Arsyad-7tahun, Anas-4tahun dan Lily-1tahun).

performance drink hiking pengedar shaklee kemasek kerteh terengganu
Masa nak daki tu, ada 2 track. Yang kanan tu, kalo ikut map katanya Laluan Ilmiah. Jalannya ikut jalan hutan la, track yang bekas orang lalu. Yang kiri plak ditulisnya Laluan Lasak. Tracknya dah dibubuh batu dan palang. Kami pilih track kiri sebab nampak macam tangga je dan ada hand rail, so ingat okla untuk anak-anak dan saya yang dok mendukung Lily. Acah-acah rasa diri ni dah cukup fit la nak lalu kat Laluan Lasak. Sekali rupanya, laluan tu walaupun ada tangga dan handrail, tapi laluannya agak curam ke atas. Dan tangga tu tinggi-tinggi, so kena hati-hati jugakla.

Maka mendaki lah kami dengan penuh berhati-hati...1st timer kan...Agak dalam 5minit gitu tengok-tengok hujung tu sampai je jalan yang ditar. Rupanya.....track untuk daki Bukit Bauk ni memang yang tadi tu jelah lalu hutan...Selain tu laluannya ilah jalan bertar satu hala untuk sampai ke puncak. Dan bukan tu sahaja....Laluan hutan yang kami lalu tadi tu oun bukan satu-satunya laluan masuk. Ada laluan yang memang bertar dari kaki bukit rupanya, kira macam 2nd entrance. Makna kata tempat yang kami parking kereta kami tu 1st entrance la kalo dari arah Kerteh.

Kira takdelah lalu kat dalam hutan all the
pengedar shaklee kemasek kerteh terengganu
way. Mostly lalu kat laluan jalan bertar untuk sampai ke atas. Tapi tak mudah jugak sebab tinggi dan jauh jugak berjalan. Jalannya kebanyakannya tinggi la, dah nama pun mendakikan..Kalo menurun tu yelah ke bawah. Cuaca boleh kata agak panas sebab kami start dah lambat, tapi kebanyakan laluan terlindung dari panas sebab ada pokok-pokok. Time kami naik ni jumpa lah orang-orang dah mula turun huhuhu

Banyak kali jugaklah kami stop sebenarnya...Adalah dalam 4-5kali...Stop rehat dan minum air. Of course Performance Drink (untuk ganti balik bendalir yang dah keluar dan bagi tenaga) dan air masak. Honestly pagi tu sebenarnya saya tak makan apa-apa pun sebelum start sebab risau nak g toilet memandangkan perut tak berapa selesa pagi tu. Kena pulak malam sebelum tu "kawan baik" yang ditunggu-tunggu baru datang 😅...Jadi memang pancit awal...

Selepas beberapa episod jalan-rehat-minum air yang berulang-ulang, sampaila kami ke kawasan yang agak landai....Ada pencawang letrik situ. Ada jugak kerusi rehat dan dari situ pun dah boleh nampak pemandangan yang cantik kat bawah. Tapi tak sure bangunan apa 🤣😁 Kami agak-agak sebelah kiri tu bangunan Politeknik Malaysia Kampus Sultan Mizan. Sebelah kanan bukit plak nampak ada chamber api, tapi tak sure plant mana....
pengedar shaklee kerteh kemasek
posing dalam panas....
pengedar shaklee kerteh kemasek
Jumpa anak pokok periuk kera atas jalan..


pengedar shaklee kemasek kerteh terengganu
Nampak tak plant kat belakangggg tu?
Lama gakla kami rehat-rehat, lepak recharge, tangkap gambar, ajar anak-anak tentang tumbuhan hutan yang ada kat situ...Mula decide nak patah balik je sebab ikutkan penat dah (read : pancit dan tak larat), tp lepas rehat rasa bleh lagi nak naik sikit lagi sampainke pencawang telekomunikasi atas tu....Agak tak sampai 1km pun...So proceed..Jalan sikit lagi...Sampai je kat pencawang tu semua pun dah tak larat...Time tu jam pun dah 11am lebih, dah mula nak panas...Anak-anak yang kecik pun dah start crancky so rehat jap then kami pun bergerak turun....

Masa turun mencabar jugak....Kan tadi masa nak naik ada kawasan yang agak curam, so bila nak turun, terpaksa control kaki supaya tak terlaju...Sebab dikhuatiri kalo laju sangat boleh tergolek huhuhu...Dah la dok carry Lily all the way. So bila sampai kawasan cerun tu, kena jalan slow-slow dan sentiasa ready untuk brek hihihi Nasib tapak kasut tak haus....

Tak lama jalan, dah mula dengar bunyi kereta. So tau dah la dah nak sampai bawah. Kami turun guna track yang sama macam masa naik.

pengedar shaklee kemasek kerteh terengganu
Otw nak turun dah..

pengedar shaklee kemasek kerteh terengganu
Track lasak (as per peta petunjuk)

Finally...
Sampai la kami kat dataran balik...
Masuk kereta, lepaskan Lily dari boba...Terus rasa lega sangat...Alhamdulillah hiking trip kami yang pertama berjalan lancar walaupun tak sampai ke kemuncak yang betul-betul atas. InshaAllah lain kali boleh cuba lagi 🤭😍

Psssstttt....

pengedar shaklee kerteh kemasek terengganu
➡️ nak kabo ni, untuk elak kulit dari sunburn, saya guna Moisturizer SPF 50 dari YOUTH Shaklee...teksturnya yang sangat ringan meresap jauh ke dalam kulit dengan mudah. Melindungi kulit saya dari UVA & UVB...Sebab tulah kulit saya nampak elok je dalam gambar di atas 👆

➡️ untuk ganti bendalir dalam badan dan
pengedar shaklee kerteh kemasek terengganu
bekalkan tenaga, kami minum Performance Drink Shaklee sejuk yang berperisa oren. Tanpa gula, tanpa bahan pengawet dan sesuai untuk semua..😎

Till then readers...Nite nite...

~~~~~~~~~~~

Boleh follow saya di facebook dan page untuk lebih info tentang Shaklee
pengedar shaklee kerteg kemasek terengganu

No comments:

Post a Comment