Tuesday 22 April 2014

Kawal Diabetis Ketika Hamil Sebelum Ianya Menjadi Lebih Teruk

kencing manis ketika hamil
Tahukah anda bahawa ibu mengandung mempunyai risiko diserang diabetis ketika sedang hamil, walaupun sebelum itu kesihatan ibu sangat memuaskan? Ianya dikenali sebagai diabetis kehamilan (GDM). Mengikut statistik, hampir 20% daripada jumlah ibu mengandung diserang GDM setiap tahun. Biasanya ia dikesan ketika kandungan berusia antara 24 minggu ke 28 minggu. Risiko yang lebih tinggi bakal dihadapi oleh ibu hamil yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan diabetis ini ataupun pernah kena pada kehamilan sebelumnya.

 Bagaiman ini boleh berlaku? GDM ini boleh berlaku apabila badan ibu tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan. Plasenta bayi akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

Lazimnya, pankreas ibu akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, ibu mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa. Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.
 
diabetis ketika hamil
Adakah keadaan GDM ini merbahaya?

Ya, sekiranya ianya tidak dikawal dari awal, ianya boleh membahayakan ibu dan juga bayi dan bayi mempunyai risiko mati di dalam kandungan akibat plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membekalkan bekalan secukupnya untuk bayi. Malah, ibu yang menghadapi GDM biasanya dinasihatkan supaya bersalin lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Bayi juga mempunyai risiko kecacatan. Menurut Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat dua golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dinamakan diabetes gestasi.

Golongan pertama pula terbahagi kepada mereka yang mengetahui menghidapi diabetes dan tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes, katanya. Golongan pertama yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat dan kaunseling doktor sebelum hamil. Mereka perlu mengawal kandungan gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah, katanya. Bagaimanapun golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.

Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi. Biasanya doktor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka ini biasanya perlu berada di wad bagi tujuan pemantauan, menurut beliau lagi. 

Golongan ketiga adalah wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula. Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) di mana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula. Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas dua jam minum air gula. Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu.

Adakah Shaklee dapat membantu ibu hamil dalam perkara ini? 
 
energizing soy protein shakleeYa...Ibu hamil boleh mencuba mengawal kencing manis anda dengan pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee. Energizing Soy Protein Shaklee yang rendah indeks glisemik amat sesuai dengan ibu yang menghidap kencing manis. Tanpa bahan pengawet, perisa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya, sememangnya selamat untuk ibu dan juga bayi anda. 
 
Apa pentingnya indeks glisemik rendah yang ada dalam Energizing Soy Protein Shaklee ini? Karbohidrat dengan indeks glisemik rendah membantu memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam badan ibu. Oleh itu, ia akan dapat membantu mengekalkan paras gula yang rendah di dalam badan. Tambahan pula, ang boleh Energizing Soy Protein Shaklee ini boleh membuatkan ibu berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang dan tidak rasa seperti nak mengunyah makanan yang manis setiap masa. Oleh itu, ibu dapat mengawal kuantiti makanan yang diambil dan bukanlah makanan yang manis yang boleh membahayakan ibu dan juga bayi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
jana pendapatan dengan keahlian shaklee
 


2 comments:

  1. Esp ni jrg sangat tinggal sepanjang preggy ni. Walaupun ada gdm, terkawal je bacaan gula ni. Alhamdulillah

    ReplyDelete