Wednesday 11 September 2013

Tips Menyambut Hari Lahir Anak di Tadika

9 September 2008, 5 tahun yang lepas, Muhammad Ashraf Hakim bin Mohd Zaha Mira Hisham telah dilahirkan. So tahun ni genap la umurnya 5 tahun..bujang dah ye hihihi...

Setiap tahun kami akan menyambut hari lahirnya di taska/tadikanya..Cuma tahun lepas je tak buat sebab time tu baru je pindah masuk tadika Petronas tu, so macam tak sempat nak berkenalan dengan cikgu-cikgu semua dan kawan-kawan. Ashraf pun time tu stil blur-blur dan malu-malu lagi kat tadika tu...

secret recipies
Soccer Fever kek from Secret Recipies
Tahun ni, masuk tadika lain plak, Tadika Annur sebab Tadika Petronas tu dah tutup. So kami pun
merancanglah nak buat jamuan sambutan hari lahirnya kat tadika tersebut...Seminggu sebelum hari lahirnya saya pun mulalah survey untuk kek hari lahir. Hajat di hati nak la beli kek yang ada shape tu kan, bentuk Angry Bird ke, bentuk Thomas ke, tapi malangnya tak jumpa. Kalo duduk kat Bangi/KL banyakla pilihan, tapi duduk kat Kerteh ni tak de plak huhuhu...So last resort tempah kat Secret Recipies jela...Jadilah, daripada tak de langsung kan...

Tapi nak dijadikan cerita, mama tersalah tarikh huhuhu....Besday on 9/9, so patutnya mintak la amik kek tu awal sehari, tapi saya g cakap nak amik pagi 9 September tu dalam pkul 10 pagi. Dah la waktu rehat untuk makan pagi tu pukul 10, so memang tak sempat la. Alih-alih bagitau cikgu Ashraf yang nak buat sambutannya hari esoknya, iaitu pada 10 September. Ditambah pulak dengan goodies bag yang tak siap so memang tak sempat la nak buat on the actual day huhuhu...

Goodies bag
Goodies bag for classmate blong n teachers
Akhirnya semalam pagi berlangsung la jamuan tersebut. Buat kecil-kecilan je, dengan classmate blong je, saje nak bagi dia seronok sambut besday dengan kawan-kawan. Saya pun bawak kek sebijik je, tak de plak bawa makanan lain sebab time jamuan tu sememangnya time makan pagi budak-budak ni, so dah memang ada makanan yang pihak tadika sediakan. Lagipun budak-budak bukannya makan banyak hihihi...Lepas dah potong kek, makan-makan dan bagi goodies kat kawan-kawan klas blong, kami pun balik la...Selesailah sudah jamuan sambutan hari lahir blong untuk tahun ni...Just a very simple jamuan untuk mengembirakan hati anak...(>‿◠)✌

Bagi ibubapa yang berhajat nak buat jamuan sambutan hari lahir di tadika anak anda, boleh la ikuti beberapa tips berikut :
  1. Maklumkan pihak tadika mengenai perancangan anda. Bincang dengan mereka akan rancangan anda.
  2. Sebaiknya maklumkan dalam seminggu sebelum hari kejadian dan bolehlah ingatkan pihak tadika sekali lagi sehari sebelum hari kejadian
  3. Buat persediaan seminggu lebih awal supaya anda tidak kelam-kabut 
  4. Pada hari kejadian, pastikan anda datang lebih awal sebelum berlangsungnya sambutan tersebut supaya anda dapat menyiapkan majlis tersebut seperti yang telah dirancangkan
  5. Pastikan juga tiada barang yang tertinggal bagi mengelakkan rancangan anda terganggu
Seronokkan sesekali dapat gembirakan hati anak-anak. Senyuman dan ciuman yang mereka hadiahkan terasa sangat bermakna...
kids n presents
hadiah birthday tahun ni...adik tmpg besday blong utk pow hadiah

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment