Thursday 12 September 2013

Jangan Amalkan Makan dan Minum Ini Jika Sayangkan Anak Anda

Apakah?? Knapa pulak tak boleh makan dan minum ni? Apa kaitan makanan dan minuman dengan sayang anak ni? Tak pe, tak pe...baca lagi...

Masih lagi berkaitan penyusuan bayi sebab minggu ni tema saya adalah mengenai penyusuan. Banyak info yang nak saya sharekan dengan para anda semua. Sesetengah info adalah dari pembaca saya dan sesetengah info adalah dari pengalaman saya sendiri. Jadi saya nak sharekan supaya ramai yang mendapat manfaat seterusnya membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana menyusukan anak mereka senhingga bayi berusia 2 tahun.

Kalo entry sebelum ni cerita tentang makanan dan minuman yang boleh membantu membanyakkan susu badan, entry kali ni pula saya nak cerita tentang beberapa makanan dan minuman yang boleh mengurangkan susu badan. Tapi seperti yang saya mention dalam entry sebelum ni, setiap badan manusia adalah berbeza, jadi tak semestinya kalo saya makan dan minum makanan ni susu saya merudum, makanya anda pun sama. Mungkin susu anda akan lebih banyak, siapa tahu kan....It's about trial and error juga tapi boleh la digunakan sebagai panduan.

Antaranya :
    breastfeeding shaklee
1- Minuman yang berais : Minuman yang berais ni jika diambil dalam kuantiti yang banyak, sememangnya akan mengurangkan kuantiti susu badan. Saya dulu tak tau juga, so bantai minum milo ais pagi-pagi setiap hari, tau-tau je susu start merudum..Walaupun MILO boleh membantu penghasilan susu yang lebih banyak, tetapi apabila dicampurkan dengan ais yang banyak, kesannya natural jela sebab MILO umpama cas +ve, ditambah dengan ais yang bercas -ve, hasilnya kan natural...

2- Kubis mentah : ok ramai yang cakap kalau bengkak susu, letakkan kobis kat breast yang bengkak tu kan. even doktor kat Miri dulu pun cakap macam tu. Dia siap pesan suh potong kecik2 lepas tu sejukkan sebelum letak kat breast. Unfortunately, ianya tidak berjaya bagi saya, malah semakin bengkak adalah huhuhu. Tapi doktor yang saya jumpa kat Bangi pulak cakap, teori tu tak betul sebenarnya hehehe...entah la, tak tau nak cakap la. Cumanya ramai yang percaya kalo makan kobis mentah ni boleh mengurangkan susu badan, pe kata anda cuba try test tengok betul ke tak..≧◔◡◔≦


susu merudum
3- Herba seperti peppermint, oregano, sage dan parsley. Bab herba ni saya tak tahu sangat sebab saya bukanlah peminat herba. Mungkin ada yang lebih tahu dan lebih arif tentang ni dan berpengalaman dan berkongsi tentang herba ni..



Jadi kepada ibu-ibu yang menyusu, pandai-pandai lah elakkan makanan dan minuman ni kalo tak mau susu merudum tiba-tiba. Yelah kadang kita ni tak perasan, tau-tau anak mengamuk tak cukup susu atau pun pam susu tapi dapat sikit je...☻☻☻

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment