Sunday 22 September 2013

Jalan-jalan Makan Durian

Musim durian kembali lagi, tapi saya belum berkesempatan memborong dan makan durian seperti tahun-tahun sebelum ni, sehinggalah hari selasa lepas. Terjumpa pulak port baru yang memang best. Duriannya sedap, murah dan menepati citarasa saya (saya suka durian yang isi tebal dan lembut)..

Kisahnya, selasa lepas saya pergi ke branch Shaklee di Wangsa Maju. On the way dari hotel (PNB Darby Park) ke branch, terjumpa la beberapa gerai yang menjual durian. Balik dari branch, pick up en asben, then terus pergi. Walaupun jalan jamed (sebab orang dah start balik kerja), demi durian, ku redah jua...✌✌✌

Pilih punya pilih, last-last kami pilih gerai yang ke-2 sebabnya...

1- Senang nak parking. Pakcik tu bukak gerai betul-betul tepi kawasan bangunan shoplots yang baru siap. So memang banyak la parking, semuanya kosong dan dekat je dengan gerai tu.

2- Ada disediakan tempat duduk yang selesa sebab plan nak makan kat situ je. Lagipun mana bleh bawak durian masuk hotel huhuhu

3- Ada juga disediakan air minuman percuma dan tempat basuh tangan untuk kemudian pelanggan

4- Layanan yang baik. Malah duriannya juga sedap walaupun sekadar durian yang berharga RM10 untuk 2 biji. Isinya yang tebal dan lembut serta manis je. Yang pasti bukan durian masak sebab diperam ye.

5- Harga pun murah, siap kira main cincai je lagi..

Mulanya makan berdua je dengan en asben. Blong tak minat, dia sibuk nak tolong buangkan bijik dan kulit durian dalam tong sampah je, adik acad pulak lena. Habis mengadap 2 biji durian biasa, gatal pulak nak makan yang D24. Cakap kat en asben nak beli yang kecik je sebab nak merasa, lagipun kalo amik yang besar, tak abis kang rugi pulak. En asben awal-awal dah serender...⚑⚑⚑

S So beli lah sebijik D24 yang seberat 2kg je (harga dalam RM10 je, kalau kat bangi tak dapat rege ni ☹). Bukak je durian tu, isinya banyak jugak. Kuning keemasan, memang tak sabarla tengok. En asben yang kunun tadi serender pun laju je makan, adik acad yang tido pun bangun bila terbau aroma durian tu, even blong yang tadi kunun tak mo makan pun layan jugak (selepas dipaksa rasa sikit oleh ayahnya, lepas tu sedap pulak, layan terus...)

So total kami makan 3 biji durian petang tu dan harga keseluruhannya hanyalaha RM20 sahaja. Lepas tu konon nak layan cendol kat Kedai Cendol Wahab, tapi sebab dah kekenyangan dan time tu pulak dah dekat nak maghrib, so kitorang decide untuk balik hotel je. Tapi sempat singgah dekat food court kat jalan seberangnya (tak sure namanya tapi macam ada Tasik la kat namanya sebab sebelah tu ada taman dan tasik [tapi en asben cakap tu bukan tasik, tapi loji kumbahan, ntah la]). Tapau tomyam, ketiou goreng, udang tepong, telur goreng n nasik. Balik hotel, mandi, makan-makan pastu semua tdo kekenyangan... Alhamdulillah...❤❤❤ Sempat telan Lecithin, OmegaGuard dan Alfalfa juga sebelum tdo, barulah tak risau berat naik hehehehe

Seronok dah jumpa port makan durian baru. Ingatkan besoknya nak g lagi, nak tapau durian dan cempedak untuk bawa balik umah, tapi plan bertukar...Kira tak de rezeki la...Tak pe, lain kali boleh pergi lagi....InshaAllah...
port durian wangsa maju
blong main susun air je, tak mo makan durian
port durian wangsa maju
bersungguh en asben mengopek durian sebelah tangan
port durian wangsa maju
tadi jual mahal, now dia yang beria makan
port durian wangsa maju
bangun tdo terus ngadap durian, padahal demam n batuk ni
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment